header-photo

PRO 3: Pengalaman

2014-10-01



Assalamualaikum wbt  dan helo untuk semua pembaca

Dah lama rasanya tak update blog ni. Tengok jumlah post untuk tahun ni baru ade 4. I am so busy with all of my study stuff (konon) so yeah…sorry for that. 

Update kali ni nak share dengan semua pembaca pasal my final Professional 3 exam yang baru berlansung lebih kurang seminggu yang lepas. Tapi sebelum tu, bagi yang x familiar dengan term “Professional exam”, let me briefly explain what it is all about. OK?

Final exam bagi medical school ni di panggil sebagai Professional exam. Selama 5 tahun belajar, kitorg wajib menempuhi 3x professional exam. Pro1 di tahun 1, Pro2 di tahun 2 & Pro3 berlansung di tahun 5. Di tahun 3 dan tahun 4, kami masih mempunyai exam tapi exam tersebut tidak di kira sebagai exam major. Sekalipun exam di tahun 3 bukanlah exam major, tapi sesiapa yg gagal di tahun 3 tetap tidak boleh meneruskan pengajian ke tahun 4. So lebih kurang macam tu la…

Pro 3 ni consist of theory and clinical exam. For theory part soalan dibahagikan mengikut field basis: MEDICAL BASE or SURGICAL BASE.  Subjek2 medical based adalah Medicine, Pediatric, EM, Primary care, Psychiatry, Commed & Urban health. Subjek2 surgical based plak Surgery, O&G, Orthopedic, ENT, Anesthesiology dan Ophtalmology. Subjek Radiology plak bole hade kat dua2 (medical based or surgical based). Setiap field akan ade 60true false MCQ , 2SEQ, 2MEQ ngan OSCE. Exam 3 hari je. Takde gap. Memang balik rumah tak sempat nak bernafas sebab banyak sangat topics nak kena review.

Kalau nak cerita pasal soalan memang tak dinafikan la soalan MCQ especially sangat2 la menguji iman. Sesiapa yg seat for MCQ true false ni faham la kot bahawa satu-satunya tactic untuk pass MCQ adalah dengan menjawab soalan yg anda tahu sahaja. Soalan yg x tahu, tibia je semua true. Masa exam hari tu, medical based MCQ memang susah la. Keluar rasa macam nak nangis sebab tak tahu ape benda aku mengarut dalam paper tadi. Tapi sebab dah cube sebaik mungkin (tembak sebaik mungkin) so pasrah jelah. MEQ plak memang akan menguji kebijaksanaan kita untuk buat keputusan yang TEPAT dalam masa yang singkat. Sofar MEQ ramai student akan score sebab soalan akan keluar common cases. Barangsiapa yang rajin gi ward work insyaAllah kacang je. 

After theory we will have 20 stations of OSCE. OSCE ni akan comprise from every single thing yang kita boleh imagine. Pathology specimen, lab interpretation, performing some procedures, audiovisual till patient counseling semua ade. Memang Allah je tahu, masa seat for 1st 10 OSCE aku rasa punyelah semangat. Tapi makin lama makin bosan sebab pikir dalam kepala bila la nak habis 20 station ni. Haha. 

Pengalaman yang paling takleh dilupakan masa exam OSCE adalah Primary care station. Kitorang dapat breaking bad news for simulator patient; pregnant lady with positive HIV.  Sangat takjub dengan skill lakonan dia. Kelakarnya aku tak tahu ape aku council patient tu sebab gelabah tak tahu nak cakap ape. Aku bagi dia tisu, suruh dia sabar, refer to fetomaternal specialist and schedule kan patient for ELSCS. Yang lain2 aku tak ingat aku merapu meroyan ape dalam tu. Lepas habis je station tu, terus aku blah laju2 sebab malu ngan examiner and patient. Hahaha.

So dengan berakhirnya OSCE maka berakhirlah theory exam.

Lepas theory aku rasa lega kejap la. Sebab dah 30% habis exam. Haah. Aku anggap theory tu macam 30% je actually sebab major part of Pro3 bagi aku adalah clinical. Theory ni even singkat masa exam dia, kita masih ade masa nak berfikir and soalan dia standard buat semua student. Tapi kalau clinical ni, memang based of rezeki masing- masing la. Rezeki kes yang baik, examiner yang murah hati, and patient yang co-operative. Setiap orang akan dapat 1 long case and 3 short cases. Cases ni boleh datang daripada apa2 sahaja posting kecuali posting Primary care, Community Medicine ngan Urban Health.

Sebab batch aku 89 org so kitorang di bahagikan kepada 3 hari. Group A ngan B 1st day, C & D 2nd day and E&F 3rd day. Nak di jadikan cerita, aku ni Group A so aku pon exam hari 1st tu la. Cuak toksah cerita la sebab takde lagi budak batch yang exam. Gemuruh group 1st ni aku rasa sangat2 kuat sampai aku muntah2 di pagi exam. Dahsyat kan penangan exam ni? 

Ok sambung cerita exam.

Kitorang exam clinical dekat HSB. Kena keluar rumah lepas subuh sebab kena kumpul kat tempat exam  awal untuk mencabut undi. Undi untuk menentukan giliran exam. Rezeki aku lagi di pagi tu adalah aku orang ke 2 yang exam (T___T) Masa aku tengok nombor dua tertulis kat situ, aku dah mula rasa palpitation. Aku tak tahu nak cakap ape masa tu. Mulut tak henti berdoa moga aku dapat kes yang baik.
So dengan tawakkal kepada Allah aku pon memulakan la journey exam long case aku.
Masa diberi macam biasa 1 jam for clerking and the rest 15-30min is for discussion. Sebelum sampai ke bilik exam aku rasa cuak sangat tapi lepas aku bukak je pintu bilik exam tu aku rasa macam nak menangis je. Tahu tak kenapa?? Aku dapat long case SURGERY!!!!!

Case: central neck swelling. 

Aku syukur sangat sebab itu yang aku harapkan sebenarnya. Alhamdulillah.Nak di jadikan cerita pulak, sebelum ni aku tak pernah nak review thyroid examination elok2. Tapi dengan izin Allah pagi tu sebelum exam aku tergerak hati nak try buat dengan kawan2. Subhanallah rasa sangat2 pemurahnya  Allah masa tu. Allah berikan aku patient yang baik dan case yang baik. Tapi aku masih cuak sebab aku tak tahu sape examiner aku. Elok je aku habis buat final review of the case, masuklah 2 orang examiner and seorang examiner pemerhati. Kira ade 3 orang doctor la masa aku exam hari tu. Syukur Alhamdulillah, examiner aku baik and aku bleh jawab most of the questions. Syukur dapat buat dengan baik sekalipun ade je yang salah jawab beberapa soalan. Ala kulli hal okla. 

Lepas habis je long case, aku masuk ke quarantine room. Aku dapat soalan untuk next short case.
Aku dapat Pediatric, ENT ngan Medical. 

ENT aku ade study common2 cases and Medical memang aku ade practice Physical Examination (PE) malam sebelum exam tu so rasa sedikit tenang. Tapi masa tengok perkataan Pediatric tu aku rasa cuak gila sebab developmental milestone evaluation pon salah satu soalan. Aku cam tak master sangat bab tu so memang aku doa la supaya tak dapat soalan tu.
Lepas beberapa jam aku pon di panggil lagi untuk nex round. Short cases a.k.a the killer exam is starting!!!

1st station: Pediatric

Baca bismillah aku pon bukak pintu bilik exam. Masuk2 je ade 2 orang examiner ade berdiri kat situ. Dalam hati aku tak putus berdoa moga2 hari ni dia lembut hati. Aku tengok sekeliling ade lagi 3 orang Pediatrician sebagai pemerhati. Aku dapat case Thalassemia. Alhamdulillah syukur case tu senang and patient aku pon even seorang kanak2 sangat2 mesra and cool je masa aku examine dia. Habis je exam aku kua bilik. Aku lega sebab dah habis 1 short case and aku terus jalan ke station seterusnya. 

2nd station: ENT

Masa aku tengah tunggu station tu, aku bersiap2 dengan Otoscope dalam poket. Aku berdoa moga2 aku dapat case yang aku study and Alhamdulillah aku dapat ape yang aku nak. Doctor yang examine aku memang super duper baik la sebab masa aku gelabah dia pesan kat aku suruh calm and selawat. Aku syukur dapat buat dengan elok. Alhamdulillah…

3rd station: Medical

Yang ni memang aku tak tahu nak komen ape. Aku dapat Graves disease. Patient co-operative, examiner pon ok. Cuma aku careless sikit masa ni and ade buat kesilapan jugak masa examine patient. Tension skit la tapi aku gagahkan jugak habiskan station last ni. Maybe sebab aku over confident kot. So station ni jujurnya memang aku takleh buat sangat la. Lepas habis masa yang diperuntukkan, aku pon melangkah keluar daripada bilik exam tu.

Tapi…

Even aku tension sikit masa exam last tu, bila keluar je dari bilik tu aku rasa satu perasaan yang sangat ohsem. AKU DAH HABIS EXAM! Last exam for undergraduate. Last exam for medical school. Aku cam duk happy sensorang masa tu. Tapi kejap je happy. Aku terus teringat pasal result. Terus palpitation aku datang balik (T__T)
So basically itulah serba sedikit pengalaman yang aku bleh share kat sini pasal pengalaman aku menduduki Pro3. Lepas ni kita cerita pasal result pulak ok?

Wassalam.

4 comments:

RumputHijau said...

Sis, dah lama tunggu ur entry. Memang buat orang gelak sorang2 kat ofis. Good luck, sis. May Allah bless :)

EMILIA MUHAMMAD SYAWAL said...

Salam sis. Nampak mcm susah dah stressfull je. Sy pun berminat nak ambik medic ni. Stress ke blaja medic ni.. All the best sis

The Medical Duo said...

RumputHijau: Thanks sbb sudi visit blog kami :D

Emilia: Stress tu memang stress tapi stress yg best kalau kita minat insyaAllah

sherlina halim said...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : melasian77cs@gmail.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
asianbet77.com

Download Disini

Post a Comment