header-photo

SPA, MMC, KKM dan PTM

2015-04-04


Assalamualaikum wbt dan hello buat semua pembaca. Semoga kalian semua sihat sejahtera…

Ramai yang bertanya pasal proses selepas habis belajar MBBS pada aku; baik student local or overseas. So hari ni insyaAllah post aku adalah tentang proses nak menjadi seorang doktor berdaftar di Malaysia or senang cerita apa yang nak di lakukan selepas lulus MBBS. Sebelum aku memulakan bicara dengan lebih lanjut aku nak congratulate those yang membaca entry ni yang mana korang dah lulus MBBS, MD or MBBCh dengan jayanya. Tahniah2!

Step 1: Apabila kita nak kerja sebagai doktor di Malaysia, kita kena berkhidmat sebagai houseman selama 2tahun. So untuk keje ngan gomen, kita kena apply dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Cara permohonan SPA ni adelah dengan log in ke website SPA dan isi jelah segala jenis details yang di perlukan. Benda ni boleh siap within 10 minit je so no problem…

Step 2: Korang wajib menghantar borang permohonan pendaftaran pengamal perubatan sementara ke Malaysia Medial Council (MMC) sebab MMC nilah council yang bertindak untuk mendaftarkan kita sebagai seorang doktor di Malaysia. Kalau foreigner nak kerja di Malaysia pon kena apply melalui MMC jugak. Lepas dah mendaftar dengan MMC, kita akan diberikan sijil perakuan pedaftaran sementara dan nombor pendaftaran yang kita akan pakai selama 2 tahun…if HOship x extend la… haha. Lepas dah mendaftar under MMC dan dah dapat nombor pendaftaran kira korang ni dah officially menjadi seorang doctor berdaftar di Malaysia. Masa dapat surat MMC nilah aku rasa happy sgt sbb surat tu depan dia tulis Dr. Rasa syukur and puas hati sebab akhirnya orang dah recognized kita as doctor. Cita-cita dah separa tercapai. Haha.

Ok2 kembali kepada tajuk asal kita.

Step 3: Waktu aku ni kami kena apply post di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan mengisi Borang Maklumat Diri (BMD). Kat borang ni lah korang kena tulis hospital pilihan korang beserta dengan sebab- sebabnya sekali. Special sikit bagi sesiapa yang apply KL and Selangor, bila korang MO nanti kena apply luar drp KL dan Selangor. Kenapa? Aku pon x tahu. Tanyalah KKM. Haha. Yang pasti aku apply Kelantan. Tiga- tiga choices aku memang Kelantan.  
P/s: Sistem baru bermula Mac 2015 plak, graduan perubatan dh tak perlu isi BMD manually. Korang just perlu isi eHouseman je online. Mudah dan cepat. Terus dapat placement within 10minutes. Bagus x?

Ok.

Step 4: Lepas semua ni settle, kitorang di panggil untuk temuduga SPA. Certain uni akan buat temuduga sebelum professional exam. Certain akan buat lepas Pro. Kalau korang student oversea, korang kena booking date personally and usually akan temuduga dekat Putrajaya. Tapi if korang student local or student offshore yang ade main campus di Malaysia, boleh temuduga di university masing2 pakai batching macam local uni. Student offshore uni kitorang (IMS Ramaiah Banglore) temuduga kat Putrajaya and kitorang kat uni kampus Shah Alam. Kenapa berbeza, toksah la tanya..tetibe rasa baran je nak jawab. Hahaha

Ok kembali kepada temuduga punye story. Temuduga SPA ni nak kate lepak x jugak, nak kata susah pon bukan. Kenapa?

Sebab depends pada penemuduga kot. Masa kitorang temuduga, kitorg dlm 50+ org camtu la. Ade 2 bilik. And panel semuanya MEDICAL DOCTOR. I repeat..MEDICAL DOCTOR.  Orang kuat KKM seyh… Aku ade tanya kawan- kawan lain yang temuduga tapi dorang ade je orang SPA bidang non- medical yang jadi penemuduga. So takdelah soalan2 medic bagi dorang. Cuma soalan- soalan bab government la. Segala dasar akta bagai. Cuma bagi aku kalau dapat soalan medical ni senang sikit sebab kita dah biasa dengar. Tahu ingat ke x je. If soalan akta semua ni ken abaca balik la sebab masa study Malaysian Studies dulu sah- sahla takde nak ingat dah. So basically ade pro and cons jugak la korang dapat siapa pon penemuduga tu.
Berbalik kepada cerita tadi. asalnya dorang nak buat 2orang sekali masuk. Lepas tu dorang tukar pikiran buat sorang2. Cuak mak! Haha. Aku kena bilik 1, ngan 2 orang penemuduga. Sorang laki sorg pompuan. Bila korang dapat orang KKM as panel, expect la soalan medic sesikit. Dua2 bilik ni memang penemuduga tanya soalan. Worst is, of them adalah someone working for WHO. Aku dah la pergi sane x prepare soalan-soalan medic pon. Hafal rukun negara je. Bhahaha. Banyak baca pasal dasar2 kerajaan sebab dorang cakap penemuduga selalunya bukan medical doctor pon. Dah elok aku sampai tetibe kawan2 ralit study. Dalam pale..habisla aku.

Ni standard soalan yang kami dapat masa temuduga:

1.       Perkenalkan diri anda
2.       Kenapa nak jadi doctor?
3.       Siapa diri anda 10 tahun dari sekarang
4.       For medical questions, dorang bagi common cases la especially current outbreak. Macam aku hari tu  kena soalan pasal banjir. Disease yg kita akan encounter during banjir like typhoid and cholera and how we as medical professional can help those victims.
5.       Mintak mane for housemanship and why?
6.       Kalau dapat Sabah Sarawak nak pergi ke x?
7.       Family vs Job…which one came 1st?

Ape jawapan aku, biarlah rahsia. Yang penting aku flunk jawapan cholera masa temduga hari tu. Haha. But everything went well and alhamdulillah semua kawan2 aku lulus je temuduga tu. 

Step 5: Lepas korang dah settle temuduga ni, beberapa lama lepas tu korang akan dapat surat SPA melalui pos sebagai menandakan yang korang ni dah berdaftar sebagai government servant. Surat tu explain kat korang beberapa items yang kena bawak masa pergi Program Transformasi Minda (PTM) a.k.a Induksi. (Aku pon masa tengah menulis post ni tak siap- siap lagi items ni semua).

Anyway, list ni korang kena settlekan sebelum pergi ke PTM:

1.       Buat KWSP
2.       Bukak akaun or pakaila akaun ape2 and dapatkan salinan muka depan buku akaun tu.
3.       Buat medical checkup
4.       Buat surat akuan sumpah
5.       Buat copy IC, transkrip and yg sama waktu dengannya banyak- banyak and make sure document tu semua disahkan.
6.       Sediakan gambar passport banyak- banyak.

Step 6: Bila semuanya dah settle so aku just tunggu jelah result placement. Masa isi borang BMD dulu aku apply semuanya Kelantan; HRPZ II, Hosp Kuala Krai and Hosp Tanah Merah. Reason dia yg aku isi dalam borang adalah nak stay dekat dengan family. Haha. Jujur kan? Alhamdulillah tepat 16hb Mac 2015, tibalah masanya nak check online dapat hospital mana. Punyalah drama sebab pagi tu aku demam selsema, so makan la ubat selsema. Well, memang akan sure lentok punyelah kan bile dah makan ubat selsema ni. Tapi aku gagahi jugak xnak bagi tertidur. Sekali tak sedar bila tah mata ni tertidur, tahu- tahu je handphone dah macam nak meletup sebab message banyak masuk phone. Aku terjaga and terus tengok whatsapp and masa tu rasa nak dapat arrhythmias je rasa sebab kawan2 semua dah update dapat hospital mana. Aku pon dengan mamainya sambil berdebar2 cuba check website KKM. Dah nak dijadikan cerita crash pulak websitenya tak boleh nak access. Last-last member aku tolong check. 

Alhamdulillah dapat 1st choice kot; Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu, Kelantan. Seronokla sebab 15minit je daripada rumah aku. Dari kecik salu angan-angan one day akan kerja kat situ. Syukurlah tercapai jugak impian masa kecilku..wah!

Step 7: Lepas je dah dapat tahu tempat tu, so kami menanti pulak surat untuk tahu tempat Program Transformasi Minda (PTM) or orang panggil induksi tu bakal berjalan. Alhamdulillah 3hb 4 dapat tahu induksi and zon timur semuanya dikumpulkan di Terengganu. So insyAllah 13hb April sampai 17hb April ni aku bakal start kerja la. Bermulanya dengan menghadirkan diri ke PTM tu dulu. Moga- moga semuanya dipermudahkan buat aku dan kawan- kawan semua. Amin..

Itu sajelah dulu. Nanti kita update pasal PTM pulok yob!

PRO 3: Pengalaman

2014-10-01



Assalamualaikum wbt  dan helo untuk semua pembaca

Dah lama rasanya tak update blog ni. Tengok jumlah post untuk tahun ni baru ade 4. I am so busy with all of my study stuff (konon) so yeah…sorry for that. 

Update kali ni nak share dengan semua pembaca pasal my final Professional 3 exam yang baru berlansung lebih kurang seminggu yang lepas. Tapi sebelum tu, bagi yang x familiar dengan term “Professional exam”, let me briefly explain what it is all about. OK?

Final exam bagi medical school ni di panggil sebagai Professional exam. Selama 5 tahun belajar, kitorg wajib menempuhi 3x professional exam. Pro1 di tahun 1, Pro2 di tahun 2 & Pro3 berlansung di tahun 5. Di tahun 3 dan tahun 4, kami masih mempunyai exam tapi exam tersebut tidak di kira sebagai exam major. Sekalipun exam di tahun 3 bukanlah exam major, tapi sesiapa yg gagal di tahun 3 tetap tidak boleh meneruskan pengajian ke tahun 4. So lebih kurang macam tu la…

Pro 3 ni consist of theory and clinical exam. For theory part soalan dibahagikan mengikut field basis: MEDICAL BASE or SURGICAL BASE.  Subjek2 medical based adalah Medicine, Pediatric, EM, Primary care, Psychiatry, Commed & Urban health. Subjek2 surgical based plak Surgery, O&G, Orthopedic, ENT, Anesthesiology dan Ophtalmology. Subjek Radiology plak bole hade kat dua2 (medical based or surgical based). Setiap field akan ade 60true false MCQ , 2SEQ, 2MEQ ngan OSCE. Exam 3 hari je. Takde gap. Memang balik rumah tak sempat nak bernafas sebab banyak sangat topics nak kena review.

Kalau nak cerita pasal soalan memang tak dinafikan la soalan MCQ especially sangat2 la menguji iman. Sesiapa yg seat for MCQ true false ni faham la kot bahawa satu-satunya tactic untuk pass MCQ adalah dengan menjawab soalan yg anda tahu sahaja. Soalan yg x tahu, tibia je semua true. Masa exam hari tu, medical based MCQ memang susah la. Keluar rasa macam nak nangis sebab tak tahu ape benda aku mengarut dalam paper tadi. Tapi sebab dah cube sebaik mungkin (tembak sebaik mungkin) so pasrah jelah. MEQ plak memang akan menguji kebijaksanaan kita untuk buat keputusan yang TEPAT dalam masa yang singkat. Sofar MEQ ramai student akan score sebab soalan akan keluar common cases. Barangsiapa yang rajin gi ward work insyaAllah kacang je. 

After theory we will have 20 stations of OSCE. OSCE ni akan comprise from every single thing yang kita boleh imagine. Pathology specimen, lab interpretation, performing some procedures, audiovisual till patient counseling semua ade. Memang Allah je tahu, masa seat for 1st 10 OSCE aku rasa punyelah semangat. Tapi makin lama makin bosan sebab pikir dalam kepala bila la nak habis 20 station ni. Haha. 

Pengalaman yang paling takleh dilupakan masa exam OSCE adalah Primary care station. Kitorang dapat breaking bad news for simulator patient; pregnant lady with positive HIV.  Sangat takjub dengan skill lakonan dia. Kelakarnya aku tak tahu ape aku council patient tu sebab gelabah tak tahu nak cakap ape. Aku bagi dia tisu, suruh dia sabar, refer to fetomaternal specialist and schedule kan patient for ELSCS. Yang lain2 aku tak ingat aku merapu meroyan ape dalam tu. Lepas habis je station tu, terus aku blah laju2 sebab malu ngan examiner and patient. Hahaha.

So dengan berakhirnya OSCE maka berakhirlah theory exam.

Lepas theory aku rasa lega kejap la. Sebab dah 30% habis exam. Haah. Aku anggap theory tu macam 30% je actually sebab major part of Pro3 bagi aku adalah clinical. Theory ni even singkat masa exam dia, kita masih ade masa nak berfikir and soalan dia standard buat semua student. Tapi kalau clinical ni, memang based of rezeki masing- masing la. Rezeki kes yang baik, examiner yang murah hati, and patient yang co-operative. Setiap orang akan dapat 1 long case and 3 short cases. Cases ni boleh datang daripada apa2 sahaja posting kecuali posting Primary care, Community Medicine ngan Urban Health.

Sebab batch aku 89 org so kitorang di bahagikan kepada 3 hari. Group A ngan B 1st day, C & D 2nd day and E&F 3rd day. Nak di jadikan cerita, aku ni Group A so aku pon exam hari 1st tu la. Cuak toksah cerita la sebab takde lagi budak batch yang exam. Gemuruh group 1st ni aku rasa sangat2 kuat sampai aku muntah2 di pagi exam. Dahsyat kan penangan exam ni? 

Ok sambung cerita exam.

Kitorang exam clinical dekat HSB. Kena keluar rumah lepas subuh sebab kena kumpul kat tempat exam  awal untuk mencabut undi. Undi untuk menentukan giliran exam. Rezeki aku lagi di pagi tu adalah aku orang ke 2 yang exam (T___T) Masa aku tengok nombor dua tertulis kat situ, aku dah mula rasa palpitation. Aku tak tahu nak cakap ape masa tu. Mulut tak henti berdoa moga aku dapat kes yang baik.
So dengan tawakkal kepada Allah aku pon memulakan la journey exam long case aku.
Masa diberi macam biasa 1 jam for clerking and the rest 15-30min is for discussion. Sebelum sampai ke bilik exam aku rasa cuak sangat tapi lepas aku bukak je pintu bilik exam tu aku rasa macam nak menangis je. Tahu tak kenapa?? Aku dapat long case SURGERY!!!!!

Case: central neck swelling. 

Aku syukur sangat sebab itu yang aku harapkan sebenarnya. Alhamdulillah.Nak di jadikan cerita pulak, sebelum ni aku tak pernah nak review thyroid examination elok2. Tapi dengan izin Allah pagi tu sebelum exam aku tergerak hati nak try buat dengan kawan2. Subhanallah rasa sangat2 pemurahnya  Allah masa tu. Allah berikan aku patient yang baik dan case yang baik. Tapi aku masih cuak sebab aku tak tahu sape examiner aku. Elok je aku habis buat final review of the case, masuklah 2 orang examiner and seorang examiner pemerhati. Kira ade 3 orang doctor la masa aku exam hari tu. Syukur Alhamdulillah, examiner aku baik and aku bleh jawab most of the questions. Syukur dapat buat dengan baik sekalipun ade je yang salah jawab beberapa soalan. Ala kulli hal okla. 

Lepas habis je long case, aku masuk ke quarantine room. Aku dapat soalan untuk next short case.
Aku dapat Pediatric, ENT ngan Medical. 

ENT aku ade study common2 cases and Medical memang aku ade practice Physical Examination (PE) malam sebelum exam tu so rasa sedikit tenang. Tapi masa tengok perkataan Pediatric tu aku rasa cuak gila sebab developmental milestone evaluation pon salah satu soalan. Aku cam tak master sangat bab tu so memang aku doa la supaya tak dapat soalan tu.
Lepas beberapa jam aku pon di panggil lagi untuk nex round. Short cases a.k.a the killer exam is starting!!!

1st station: Pediatric

Baca bismillah aku pon bukak pintu bilik exam. Masuk2 je ade 2 orang examiner ade berdiri kat situ. Dalam hati aku tak putus berdoa moga2 hari ni dia lembut hati. Aku tengok sekeliling ade lagi 3 orang Pediatrician sebagai pemerhati. Aku dapat case Thalassemia. Alhamdulillah syukur case tu senang and patient aku pon even seorang kanak2 sangat2 mesra and cool je masa aku examine dia. Habis je exam aku kua bilik. Aku lega sebab dah habis 1 short case and aku terus jalan ke station seterusnya. 

2nd station: ENT

Masa aku tengah tunggu station tu, aku bersiap2 dengan Otoscope dalam poket. Aku berdoa moga2 aku dapat case yang aku study and Alhamdulillah aku dapat ape yang aku nak. Doctor yang examine aku memang super duper baik la sebab masa aku gelabah dia pesan kat aku suruh calm and selawat. Aku syukur dapat buat dengan elok. Alhamdulillah…

3rd station: Medical

Yang ni memang aku tak tahu nak komen ape. Aku dapat Graves disease. Patient co-operative, examiner pon ok. Cuma aku careless sikit masa ni and ade buat kesilapan jugak masa examine patient. Tension skit la tapi aku gagahkan jugak habiskan station last ni. Maybe sebab aku over confident kot. So station ni jujurnya memang aku takleh buat sangat la. Lepas habis masa yang diperuntukkan, aku pon melangkah keluar daripada bilik exam tu.

Tapi…

Even aku tension sikit masa exam last tu, bila keluar je dari bilik tu aku rasa satu perasaan yang sangat ohsem. AKU DAH HABIS EXAM! Last exam for undergraduate. Last exam for medical school. Aku cam duk happy sensorang masa tu. Tapi kejap je happy. Aku terus teringat pasal result. Terus palpitation aku datang balik (T__T)
So basically itulah serba sedikit pengalaman yang aku bleh share kat sini pasal pengalaman aku menduduki Pro3. Lepas ni kita cerita pasal result pulak ok?

Wassalam.

My Last EOP

2014-07-23

My first End of Posting (EOP) was on Novermber 2012...

..today 23rd July 2014 was my last EOP clinical exam.

                      MVA with tension pneumothorax... P/S: Tatu x baik untuk kesihatan

"You will be a good doctor. Keep on doing what you are doing now".

Thanks to all my cooperative patient that allowing me to examine you and asking you tons of questions in history. Thanks for believing in me. I will strive my best for PROIII...

...and be a safe doctor in a future.

Random Things 2

2014-07-21



Assalamualaikum wbt semua…

Lamanya x update blog ni. Bersawang dah gamaknya site aku neh. Haha. Sorry la blog sebab tuan hang ni busy class memanjang. Bajet busy…

Post sebelum ni special pasal semester 9 (konon…) when I finished O&G, Peads ngan Medicine. Alhamdulillah result clinical untuk ketiga2 subject dah pon keluar. Macam biasa la, peads sure akan jadi result paling sadis dari dulu sampai sekarang. Tapi takkan membantutkan semangat untuk terus berusaha untuk PRO3. Moga2 aku dan kawan2 lulus PRO3 with flying colors. Amin…

And Alhamdulillah…

Syukur kehadrat Ilahi sebab hari ni (20/7/14) officially habis kelas di tahun 5!! (Yaaa…hari Ahad pon ade kelas hokeyh!)Last class as medical student InsyaAllah. Rabu ni exam EOP Emergency and OSCE on Friday. Lepas tu nak cuti raya 2hari and sambung perjuangan study lepas raya. Sokmo raya x bebas sebab lepas raya je major exam. So cruel..yes I know I know (T__T)

Now aku dan kawan2 dah berjaya completekan another 3 more postings di semester 10 (konon); Surgery, Orthopedic and Emergency. Post today just recap sikit2 pasal each and every posting.

4th posting this year is Surgery. 

This year Surgery okla. Best tu best tapi sebab stress semua mende dah nak kena hafal one by one memang sakit jiwa jugak la. Tapi dengan bantuan sahabat2 group aku, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Sekalipun di saat2 akhir (kinda kelas last jugak la) ade sedikit drama yang berlaku ( noe what am sayin?), tapi ahamdulillah semuanya happy ending. Teaching masyuk, exam je yang sadis sikit sebab study mende lain dapat case mende lain. But anyhow Surgery tahun ni berjaya di tempuhi dengan jayanya. So Alhamdulillah…

Next posting lepas Surgery is Orthopedic. 

Ini memang posting paling heaven. Sebab? 

Kelas banyak kat IMS Learning Centre and pagi2 boleh pekena nasik lemak tak pon roti telur. Bhahaha.. Orthopedic this year kami cover most of Ortho based case sebab fracture cases dah cover masa tahun 4. Banyak kena study pasal tumor. Osteosarcoma…banyak oma oma yang kena baca. Kami belajar pasal SUFE, Perthe’s disease, DDH dan manyak lagi. Jujurnya Orthopedic case lebih best daripada fracture case sebab ade pathophysiology yang senag di fahami. Kalau fracture bagi aku bosan sikit la sebab mai2 patah ja. Tapi pandangan masing2 la kan? 

                                     Posing lepas habis BLS...lepas 5 tahun kena ambik lagi


Cuma even tahun ni focus akan more towards ortho cases, still jugak exam aku di bombard dengan soalan tahun 4. Apekah? Haha. Jawapan: Bila dah tahun akhir, ko kena be prepared sebab soalan akan datang dari segala macam sudut even soalan2 di Tahun 1. But Ahamdulillah even though banyak cabaran dan halangan yang mendatang tahun ni, aku berjaya attend beberapa Surgery yang best. Yang favourite tu flap ngan skin graft sebab sebelum ni aku amat2 minat plastic. So bila tengok orang buat flap memang rasa teruja! Haha.. 

And last posting yang alhamdulillah dah complete today is Emergency Medicine. 

                                           Habis kelas ngan ED Specialist Dr. Zaid J
This year kitorg posting kat ED HTAR. Subhanallah memang havoc sangat2. Tambah2 pulak skang ni kan bulan puasa. Pengalaman on-call kat ED HTAR memang yang paling mencabar yang pernah aku lalui sebab boleh tengok sendiri doctor kerja sampai tak sempat nak duduk. Dulu salu komplen kalau pergi ED lambat dapat treatment tapi lepas duduk sendiri kat situ, memang rasa la peritnya. Allah je Maha Tahu…

Pengalaman resus patient tahun ni berbeza sikit sebab lebih banyak exposure yang kita dapat. Plus tahun ni dah complete BLS course and dah ade licence. Alhamdulillah. Cuma time BLS semua nampak senang je. Masa course BLS rasa buat 3 rounds CPR maintain je high quality chest compression. Tapi bila betul2 perform kat patient memang seriously balik rumah tangan kaki cramp and memerlukan stamina yang kuat. Pada pandangan aku, nak dapatkan good CPR 1st kita ni sendiri kena fit. So exercise la ye mulai sekarang so that lepas kita resus patient, kita xkan di resus oleh team mates kita pulak.

Some of our patients survive, some don’t. My condolences to all the family members yang kehilangan. Mereka sudah, waktu kita akan menyusul. Apa yang perlu kita sentiasa ingat is that mati itu pasti and Allah dah janji dalam Surah Ali- Imran ayat 185: 

Every soul will taste death, and you will only be given your [full] compensation on the Day of Resurrection. So he who is drawn away from the Fire and admitted to Paradise has attained [his desire]. And what is the life of this world except the enjoyment of delusion.

So itulah serba sedikit yang aku nak share malam ni. Coretan ni mudah2an kekal di sini and bila dah grad nanti boleh datang site ni baca balik. Kenangan di zaman medical school.



Jadual PRO3 pon dah keluar. Doakan kami semua berjaya insyaAllah. Jadi doctor berjaya buat ummah insyaAllah. 

Wassalam.

P/S: Al- Fatihah buat semua yang terlibat dalam nahas MH370 dan MH17. Al- Fatihah. Doakan juga saudara kita di Palestin



Random Things

2014-03-12



When it comes to  final year, most of the time I will spent my time planning to study but not doing one. Haha. So konon2 lama tak update ni sebab busy study bila dah masuk tahun 5..but believe me it’s not! Haha...

So it’s almost 5 month since I’m a final year student. Alhamdulillah sofar dah habis O&G posting, Pediatric and Medicine posting and currently I’m in Surgery posting. Lagi dua posting: Orthopedics and Emergency sebelum Professional yang akan berlansung on 8th of September 2014.

O&G went well. Exams pretty much OK la. Same goes to Pediatric. Buat my medicine tak berapa perform sangat sebab gelabah sangat2 masa short case. I wish I can do better but insyaAllah as my specialist said, masa untuk perbetulkan masih ada. Harap2nya ProExam nnt boleh buat lebih baik la.

Bila dah makin dekat ngan ProExam ni semua org gelabah kan, sebab 12 subjects nak kena revise and theory will be so much of probs kalau kita tak study awal2. So start dari sekarang lagi, memang kena mula baca balik all those ENT notes, Ophtalmology and other stuff. Even dah habis O&G and Peads tetap jugak ken abaca sikit2 sebab believe me, kalau tinggal terus and baru nk baca masa dekat nak pro, it will be a humongous disaster la. Tapi skg tak start baca lagi pon. Ahaaa!

Currently tengah posting Anesthesiology for 2nd time sebab 1st time dulu masa tahun 4. Beza jugak la sebab bila dah masuk year 5 ni, dah banyak kita faham berbanding mula2 posting Anest masa tahun 4. Di harapkan OSCE Anes nanti buleh la jawab. Xmo la terkorban sama macam OSCE medicine tahun ni. Hoho…
Takde point je post kali ni. Harapkan doa kalian dalam menempuhi tahun akhir ini.

       Pediatrics posting 

         Medicine posting



P/S:Doa yang tak putus juga pada MH370. Semoga kalian sentiasa dalam lindungan Allah.