header-photo

Amanahkah Kita?

2011-04-26

Salamullahi alaikum..

Today's new entry is about sikap amanah.

Setiap muslim wajib tahu bahwa sifat amanah merupakan salah satu sifat wajib bagi nabi. Kita sbgai muslim juga dituntut untuk bersikap dengan sikap amanah ini. Sorg doc haruslah amanah terhadap tanggungjawab yg telah diberikan padanya untuk memberi rawatan kpd pesakit2.. Sorg guru perlu amanah mengajar ilmu2 yg bermanfaat kepada murid2nya...dan kita sebagai hamba kepada Rabbul Izzaty haruslah kita amanah terhadap segala suruhan dan larangan yg telah Islam gariskan dlm kehidupan kita seharian.

Thus today, sy bawakan sebuah kisah yg cukup hebat berkenaan dengan sikap amanah..


Ibrahim bin Adham adalah seorang raja yang sangat besar kekuasaannya. Oleh kerana kehidupan yang mewah dan serba cukup tidak membawa ketenangan kepada jiwanya, baginda akhirnya memilih untuk hidup sebagai rakyat biasa dengan mengambil upah sebagai tukang kebun.

Kebun yang dijaga oleh baginda itu ada banyak pokok-pokok delima. Ia menjaga kebun itu dengan patuh dan rajin. Suatu hari datanglah tuan kebun itu dan meminta Ibrahim membawakan sebiji delima yang masak lagi manis kepadanya. Ibrahim pun segera ke pokok-pokok delima untuk mencari buah delima yang paling masak.

Apabila tuannya merasa delima tersebut, air mukanya berubah. Kemudian berkata: "Wahai Ibrahim tolong bawakan kepada aku sebiji delima yang lebih manis." Sekali lagi Ibrahim pergi mencari buah delima yang lain tanpa mengetahiu mengapa tuannya itu menyuruh dia membawakan sebiji lagi. Setelah buah yang diberikan kepada tuannya itu dimakan, dengan sepontan buah itu dibuang oleh tuannya itu.

Oleh kerana terlalu marah sebab buah yang dimakannya itu masih masam, ia pun berkata dengan suara yang keras: "Wahai Ibrahim! Hairan sekali aku melihat engkau. Sudah begini lama engkau menjaga kebunku, tidakkah engkau tahu yang masam dan manis?" Lalu jawab Ibrahim dengan suara yang lemah dan sopan: "Tuan, bukankah saya ini diamanahkan untuk menjaga kebun supaya sentiasa subur dengan buah-buahan, tetapi tuan tidak memberi keizinan kepada saya merasa buahnya." Betapa terkejutnya tuannya itu apabila mendengar jawapan tersebut. Tidak terduga sama sekali akan besarnya sifat amanah yang ada pada tukang kebunnya itu.


Entry kali ini sangat ringkas, tapi sarat dengan pengajaran kepada kita semua. SO, moral daripada cerita ini...?

Fikir2kan lah ye.. (^__^)

2 comments:

yenyen said...

salam ziarah...
nice blog.. :)

The Medical Duo said...

wkumslm yenyen.. TQ :D

Post a Comment