header-photo

Clinical Year: Emergency Medicine

2013-04-21


Assalamualaikum wbt

Waaa…lame jugak la tak update blog kan? Hari ni tiba2 pulak buang tebiat nak update blog. Maybe sebab semangat esok dah nak kena hadap posting baru.

Okey…

Post hari ni memang nak cakap pasal pengalaman posting2 sebelum ni aje. Latest update pasal posting is Clinical Year: Orthopedic kan? Kalau tak bace lagi bab Ortho ni, boleh tekan dekat link ini ok?

So roughly lepas je habis Orthopedic, me and my team mates sambung next posting which is Emergency Medicine. Kalau sebelum ni posting Orthopedic kami buat dekat Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang …but now for Emergency posting we are posted to Hospital Sungai Buloh. Ohsemmm~

Posting ini berlansung selama sebulan. Banyak benda yang sy belajar selama posting kat Eemergency department HSB ni. Kat sini pagi2 kena attend ward round sebab specialist akan ajar banyak benda masa tu (tapi…jarang sangat nampak muka ni kat situ pagi2 ^^)… then bila habis je ward round kitorg kena carik case macam biasa la. Semua orang agak yang Emergency Medicine ni sama je ngan Medicine kan? Tapi actually tak same pon T___T. 

Management patient dekat Emergency Department (ED) lebih kepada stabilization of the patients. So, ED doctors ni buleh kate laju jugak la otak mereka berfikir sbb semua benda kena buat dengan cepat sebab ade nyawa yang perlu di selamatkan. Kitorang tetap jugak ade kelas and lecture macam biasa. Then bila lepas pukul 5 ptg, memang kena oncall la. Oncall ni la masa kita nak tengok fresh cases… macam patient yang accident and jaw dia hancur….patient psychiatric yang masih meracau2….Orthopedic patient yang perlukan close reduction and traction…orang nak beranak….and macam2 kes lagi la.

Scene2 yang kita salu tengok dalam ER (kalu sesape yang lahir tahun 90-an tahu la citer ni) memang banyak la kat department ni. Macam CPR…chest tube insertion…intubation… patient crash…and so on. Mula2 posting memang nak masuk dekat pon takut sebab it’s too stressful, tapi sebab doctor2 kat HSB suka membantu especially specialist2 mereka, so lastly  kami boleh adapt gak nga department ni.

Syukur Alhamdulillah.

Pengalaman manis kat department ni memang banyak, especially kalau kita boleh tolong seseorang kat sane. Tapi saya dan kawan2 pon ade pengalaman pahit jugak kat department ni… which was patient meninggal. Memang kesan dia…Allah sahaja yang tahu. (T____T)

Ok that’s all for emergency la… kalau ade sesiapa yang nak buat posting emergency masa elective nanti, I strongly suggest you to choose HSB.

So berbalik kepada cerita…

Lepas je habis Emergency, kitorang posting Primary care and Psychiatry. Tak banyak sangat la bezanya dengan apa yang berlaku di tahun tiga. Cuma kami lebih banyak peluang untuk practice clinical skills sebab dah masuk tahun empat kan… Tapi yang stressnya, bila tak ingat or tak tahu sesuatu ayat typical yang akan kena kat muka was “eh, u kan dah tahun empat…macam mane tak ingat/ tak tahu ni???” T___T

Haha..

Tapi Alhamdulillah Psychiatry and Primary care saya tahun ni way better than last year. And next year (year 5) saya dh tak ambik subject Psychiatry and Primary care ni. So long Psy and PCM. ^^

Ok next posting will be…

Community Medicine and Urban Health…

Tapi next post la pulak ok?

Tata.

Wassalam.

8 comments:

Anonymous said...

Salam..
Hai, i'm 14 and saya suka sgt baca blog nie..
I hope i can be a doctor one day..
Amin..

The Medical Duo said...

Wkumslm dik. Thanks for visiting our blog. InsyaAllah akk doakan cita2 adik jadi kenyataan. Mane la tahu nanti kita kerja sama2 ke, kan? Study elok2 for your upcoming PMR and SPM. Semoga berjaya dunia dan akhirat :)

Anonymous said...

InsyaAllah kak...
Thanks for your supporting..
Amin.. Semoga Allah merahmati akak.. :)
Banyak sangat ilmu yg saya dapat dekat blog ni..

Anonymous said...

salam dik..akak baru 1st time baca blog ni.tu pun secara tak sengaja sbb akak gugel kerjaya doktor bius..akak ni cikgu kimia..hehe..tp 1st time view blog ni mcm dah jatuh cinta..well done dik..nnti kalau boleh adik post pasal Psychiatry pulak boleh..citer la pengalaman nk handle patients kt dept tu..sbbnya rasanya rmai yg teruja nk tahu keadaan patient psychiatry..

Anonymous said...

salam dik..akak baru 1st time baca blog ni.tu pun secara tak sengaja sbb akak gugel kerjaya doktor bius..akak ni cikgu kimia..hehe..tp 1st time view blog ni mcm dah jatuh cinta..well done dik..nnti kalau boleh adik post pasal Psychiatry pulak boleh..citer la pengalaman nk handle patients kt dept tu..sbbnya rasanya rmai yg teruja nk tahu keadaan patient psychiatry..

The Medical Duo said...

Tq kak sbb sudi singgah ke blog yg x seberapa ni. Alhamdulillah la kalau blog ni dapat memberi manfaat kepada org lain sbb itulah niat sy buat blog ni at the 1st place. Actually sy pernah tulis pasal Psychiatry kak. Boleh baca dekat link ni

http://synergistichatidoktormuda.blogspot.com/2012/03/clinical-year-family-medicine.html

Husna Adnan said...

Salam sis, where are you studying actually? Egypt or msia?

The Medical Duo said...

Wkumslm Husna. Sorry for the late reply. Just checkin my inbox. Akk study kat MSU Shah Alam. My fiance in the other hand study kat Cairo egypt :) we work on this blog together.

Post a Comment