header-photo

Aku Budak Mesir

2013-09-02



Salam alaik dan salam sejahtera.

Ada orang bertanya, macam mana pengalaman flow dalam bidang perubatan?

      Kalau nak sum it up, semuanya bermula lepas SPM, saya mengambil permohonan online daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk program ijazah sarjana luar negara (xpasti perkataan sarjana tu ada ke tak, tapi rasanya ada) dan memilih bidang perubatan timur tengah.

     Kemudian kena hadiri program temuduga yang diadakan di kedah. Ingat lagi waktu tu rasanya mula-mula pakai smart, berbaju kemeja, seluar slack, bertali leher dan kasut hitam berkilat, maklum la nak kena interview, pakaian kena jaga, konon nak impress penemuduga,heh. Kemudian saya ditempatkan di satu bilik, ada la dalam 5 orang. penemuduga siap tanya la sorang-sorang, macam round table. antara soalan yang ditanya,  kenapa ambil perubatan? ambil timur tengah kan, negara mana yang nak? takpe ke jadi doktor, nanti xde life, kerja di hospital je, dan ada juga diberi isu semasa untuk dibincangkan. Itu adalah sebahagian soalan yang dapat saya ingat, dan saya akui saya agak kekok serta cakap tersekat-sekat sewaktu ditemuduga serta sedikit inferior sebab ada je orang lain yang cakap lancar serta mempunyai idea yang bernas serta boleh berhujah. Memang lepas habis temuduga, saya memang tawakal dan berdoa agar diberi yang terbaik.

Macam ni la sesi round table interview yang saya kena   >__<

     Kemudian JPA ada aturkan program pendedahan kerjaya ke hospital, tapi saya tak ingat samada sebelum temuduga ataupun selepas temuduga. Lawatan tersebut bertujuan nak bagi kitorang dapat pendedahan tentang kerjaya perubatan. Saya ingat lagi, hospital yang saya kena adalah Hospital Kepala Batas, sewaktu program itu, ada juga student dari Allianze College of Medical Sciences (ACMS) yang join, jadi sewaktu lepak dengan doktor bincang-bincang, diorang lebih memahami bahasa perubatan berbanding saya, jadi angguk je la yang boleh saya tuturkan. Program itu berlangsung selama beberapa hari, seminggu tak silap saya.

     Kemudian result temuduga diumumkan dan Alhamdulillah saya diterima, serta ditempatkan di bumi Mesir di Universiti Kaherah. Tapi kena buat persediaan di INTEC UiTM Shah Alam selama 3 bulan, di sana belajar subjek physiology, biochemistry, anatomy, komputer sikit2 dan bahasa arab. Persediaan di sana sekali bersama dengan student jordan, dan itu adalah pengalaman pertama duduk di asrama, sebab sebelum ini duduk berulang semasa di sekolah menengah. Alhamdulillah tiada apa-apa masalah semasa berada di INTEC tu melainkan pengalaman baru yang indah2 belaka,hehe.

     Tamat di INTEC seingat saya dalam bulan 8 ataupun 9, kemudian bertolak ke mesir lepas raya pada 8 Oktober 2008, jadi sebelum bertolak tu memang buat persediaan sehabis mungkin la, cari barang macam makanan, baju, beg dan segala macam lagi la, heheh.

     Dan Alhamdulillah, officially 8 Oktober 2008 berlepas ke bumi Mesir sebagai pelajar tahun 1 di Universiti Kaherah, dan sekarang sudah masuk tahun 6. sekejap saja masa berlalu waktu study ni, baru rasa macam tahun lepas je datang mesir. Apapun, doakan mesir selamat dan kemelut yang dilanda cepat berakhir dengan selamat.

wslm wrh wbt.


0 comments:

Post a Comment