16hb Ogos 2013
Aku naik bas. Dalam hati ni berdebar2 sebab
banyak lagi benda x settle. Aku tinggalkan semua kerja kat parents aku. Bukan
nak lepas tangan tapi komitmen masa tu memaksa aku untuk balik ke Shah Alam
sebab ade kelas. Biasalah… dah nak habis tahun 4, so memang la busy yg amat
masa tu.
Handphone asik kat tangan je. Kejap2 aku kol umi
aku… tanya semua dah siap ke belum. Umi kata semua dah settle. Sepupu sepapat
aku tinggal nak susun kerusi meja je. Cuma ada satu masalah, bakul buah x isi
ape pon lagi…
Sepupu dan jiran tetangga datang membantu
Say what mommy?
Tapi tak tahu kenapa rasa calm je masa tu sebab
umi kata semua akan ok je. So aku pon ape lagi, off phone then tidoq mati sebab
lately memang la x cukup tidur sbb posting Surgery, banyak sangat nak kena
cover… and banyak pulak coursework yg nk kena completekan.
Ok
17hb Ogos 2013
Lepas beberapa jam tidur yang lena, aku pon terjaga.
Lebih kurang pukul 3. Aku dah sampai merapoh. Lepas tu tengok jam. Hoih…kenapa
bas ni slow sangat? Selalu jam 1.30 dah sampai merapoh. Hah sudah!
Dah mula rasa gelabah balik…tapi dalam sejam je
gelabah.
Sebab lepas tu aku tidoq…
Tau2 aku terjaga pukul 6. Sebab depa berhenti
azan subuh. Aku tengok tempat. Mak aih…tak masuk KK pon lagi. Sudoh doh la aku…takpa2,
turun semayang dulu apa2 pon. Tapi memang lepas semayang subuh, handphone akan
berbunyik setiap 30minit. Kuaga kalut tanya aku kat mana. Maksu paksu sepupu
sepapat semua dah ada. Yang aku ni xdak pon lagi. Haha…kelakar sangat masa ni. Sapa punya event tah...
So lebih kuang pukul 8 lebih la jugak aku
sampai rumah. Majlis pukul 10. Kentang x?
Aku sampai je umah, Wae terus ajak aku and Umi
pergi pasar tani hari tu carik buah nk letak dalam bakul. Adoi…memang dengan x
mandi hape pon pagi tu berus gigi je. Wae kate, xpe…presentable tu. Aku pon
layan jela…
Balik pada pasar tani, aku terus berkejar untuk bersiap sebab
x siap apa pon lagi. Sebbaik la baju aku dh siap ber iron. Yes…bila lagi nak
ade chance mengarah2 orang ni dalam hidup. Bahagia terasa… So lepas siap mana yg patut, aku pon dress up la. Baju biasa ja. Baju raya hari tu. Pakai ja mana yang ada. Xde tempah2 baju. Sederhana. Lagipon bukan nak menikah. So dengan baju tulah
aku berlari kehulu kehilir siapkan mana yang patut.
Tengah2 dok tolong paksu
kat dapur, sekali maksu aku panggil suh pergi tengok hadiah sebab aku memang x tengok ape2 pon lagi bab2 hadiah. Just sebelum balik Shah Alam aku dah beli. Gubah ka apa semua bagi depa ja buat. Busy women. So kesian la paksu
aku sorang2 duk sediakan tembikai kat dapur. Banyak okey sebab untuk 500 orang
makan. Maafkan orang ye paksu? ^^
So aku pon pergi la tengok hadiah semua.
Terkesima dengan apa yang ada di depan mata sebab asalnya janji takmau pon
meriah sangat tapi last2 Wae aku nak jugak buat meriah sikit untuk meraikan anak
sulung lelaki dia. Aku pon layan aje…
Ok approximately 10.30 macam tu, member aku tu
kol kate dia dah sampai dekat CIMB bank…which just beberapa langkah je depan
rumah. And caterer x siap hantar lauk lagi pon (T__T ). Tapi aku cool je sebab
masa tu just tinggal sambal je yang belum sampai. So, sepupu aku yang paling
tua…kira abang long dalam family la…bertemankan Umi ngan Maksu jemput member
aku dan keluarga dia.
Ha…itulah serba sedikit betapa kecohnya ‘hari’
tu.
Apa yang berlaku lepas tu?
Wassalam.
2 comments:
As salam izzah selamat bertunang.
Wkumslm kak zie. Terima kasih. Alhamdulillah selangkah lebih dkt nk menjadi isteri ni makin gementar pulak :) Doakan yang baik2 untuk kami kak
Post a Comment