header-photo
Showing posts with label Mesir. Show all posts
Showing posts with label Mesir. Show all posts

Arrived with new life, new purpose

2013-10-07


     Alhamdulillah, Allah izinkan saya untuk menjejakkan kaki ke bumi Mesir kali ini, saya tiba di bumi mesir lebih kurang pukul 2.30 pagi, seturunnya dari kapal terbang, terus disambut oleh angin musim sejuk. Bulan oktober bulan yang agak sinonim dengan musim sejuk, sebab waktu ini musim panas melabuhkan tirainya dan musim sejuk datang mengambil pentas. pada awal musim sejuk ni, waktu malam, pagi dan waktu subuh merupakan waktu kemuncak tahap kesejukan.



Lapangan Terbang Kaherah
*gambar ehsan internet, tak sempat nak snap



     Memandangkan saya smpai pada waktu awal pagi macam ni, ditambah pula dengan perintah berkurung yang berkuatkuasa bermula 7 malam sehingga 5 pagi, so atas faktor keselamatan terpaksa tunggu sehingga waktu perintah berkurung tamat, tambahan pula saya menerima tugas untuk meneman akhwat (kat sini pelajar perempuan dipanggil akhwat) pulang atas sebab-sebab keselamatan.

     Sementara menunggu waktu perintah berkurung tamat, saya sempat berkenalan dengan seorang pelajar tahun akhir dentist di universiti al-azhar, sempat juga bertukar pendapat serta idea tentang keadaan mesir dan juga study.

     Tepat jam 5.20 pagi, saya meminta diri kerana ingin ke terminal 3, tempat akhwat tersebut turun sebab penerbangan mereka tidak sama, naik egypt air, mungkin sebab tu turun di terminal 3. malangnya untuk ke sana terpaksa naik shuttle train, tetapi perkhidmatan tersebut mula operasi pada pukul 6.00 pagi, jadi saya terpaksa tunggu sehingga pukul 6 pagi. tapi mungkin rezeki saya, pegawai operasi servis tersebut membuka shuttle train tu awal sedikit, iaitu pada pukul 5.50 pagi. Shuttle train ini mengingatkan saya pada aerotrain? di KLIA, cuma ia berhenti dibeberapa stesen, stesen terakhir adalah Terminal 2&3.



View dari dalam shuttle train

     Kemudian dalam pukul 6.30 pagi, kami mula bertolak dari airport ke kediaman masing, naik van besar(dipanggil coaster) sebab 5 orang beserta beg-beg, memang tak cukup. Alhamdulillah, perjalanan sepanjang itu memang lancar, actually memang expected, kalau pagi jalan di mesir tak sibuk serta padat, kalau nak dibandingkan pada waktu tengahari, petang serta malam. memang crowded sangat. Sekatan jalan raya oleh pihak tentera juga tidak kelihatan, walaupun pagar berduri kelihatan juga di beberapa tempat. so far keadaan mesir ok even sehari sebelum itu ada beberapa insiden di medan tahrir yang melibatkan kehilangan nyawa.

     Setibanya di rumah, perkara pertama sekali yang akan saya buat adalah mengemas bilik, bilik saya berdekatan dengan tingkap yang menghala ke luar, jadi lepas bercuti, bilik saya memang akan dihinggapi debu yang banyak. Saya akan mula dengan vacum karpet, kemudian lap meja, basuh baju  serta sarung bantal, dan tak lupa juga mencuci buku yang dicium oleh debu-debu.

     So lepas ni boleh la bersedia untuk ke tahun 6 sebagai pelajar perubatan Universiti Kaherah, ditemani oleh subjek Internal Medicine dan Surgery, mohon doa dipermudahkan segalanya. Amin.




Dari kiri : buku untuk clinical, internal medicine, dan surgery



Wordless Wednesday

2013-08-21


Wordless Wednesday 21/8/2013






Sekilas Julai

2013-07-09

                Alhamdulillah, post kali ini boleh dikatakan post-exam post. Syukur kepada Allah, kerana diberi kesempatan untuk menghabiskan peperiksaan tahun 5 kuliah perubatan di university kaherah, pada 4hb Julai 2013.  Banyak al-kisah yang berlaku beberapa hari sebelum itu.

                Antaranya yang sedang panas sekarang adalah keadaan di Mesir terutamanya.  Memang boleh diandaikan hasilnya akan begini, di mana rakyat turun ke jalan, seperti revolusi  25 Januari yang lalu, cumanya kali ini ia terdiri daripada 2 kumpulan; kumpulan yang menyokong presiden morsi dan kumpulan rebel @tamarrud. Ianya bermula pada 30 jun 2013, di mana pada tarikh itu, kumpulan tamarrud keluar berhimpun ke dataran tahrir bagi menyatakan bantahan seterusnya mendesak presiden mesir, Dr Morsi melepaskan jawatannya.

Himpunan di Dataran Tahrir


Kemudian diikuti pula dengan himpunan oleh kumpulan yang menyokong presiden Dr Morsi, kumpulan ini berkumpul di Dataran Rabiatul Adawiyah. Kumpulan ini juga diadakan di kawasan-kawasan lain di mesir bagi menyatakan sokongan terhadap Dr Morsi.

Perhimpunan di Rabiatul Adawiyah, Rab'ah


                Dalam keadaan jumlah kumpulan masing-masing semakin bertambah, dilaporkan keganasan tercetus, antaranya kecederaan orang awam, markas Ikhwan Muslimin diserang dan dibakar, sehingga ada yang melibatkan korban, juga terdapat laporan bahawa kumpulan rebel@tamarrud membawa senjata seperti pedang, parang dan juga senjata api.

                Kemudian pada 1hb Julai 2013, majlis tentera telah memberi tempoh kepada kedua-dua belah pihak bagi menyelesai kemelut yang dialami, antaranya menggesa Dr Morsi untuk tunduk kepada tuntutan rakyat. Pada tengahmalamnya, Dr Morsi mengumumkan dalam ucapannya, bahawa beliau tidak akan memenuhi tuntan majlis tentera, kerana beliau adalah presiden yang dipilih secara sah oleh rakyat melalui jalan demokrasi, iaitu pilihanraya.

 Sepanjang tempoh itu, saya juga mendengar khabar berita bahawa kemungkinan peperiksaan akan ditangguhkan berikutan keadaan semasa di Mesir. Jadual peperiksaan yang ada pada ketika itu adalah pada 4hb dan 6hb julai. Jadual asalnya pada 6hb julai, akan tetapi, khuatir jika peperiksaan 6hb ditangguhkan, maka saya memilih untuk menduduki peperiksaan awal, iaitu pada 4hb Julai 2013.

Malam sebelum peperiksaan, dikejutkan dengan rampasan kuasa yang dilakukan oleh majlis tentera ke atas presiden mesir. Saya secara peribadi, amat sedih dengan peristiwa tersebut, seorang presiden yang sah, digulingkan. Malam itu juga ada sebahagian rakyat mesir yang ‘gembira’ dengan peristiwa tersebut, dan ada yang bersedih atas peristiwa  itu.

Sekarang keadaan di Mesir berubah, himpunan masih berterusan, baik di Dataran Tahrir mahupun Dataran Rabiatul Adawiyah, kebanyakan student di sini mengambil langkah berjaga-jaga, dan secara keseluruhannya masih boleh menghela nafas lega, Cuma pergerakan malam dikurangkan serta tidak digalakkan keluar berjalan. Terima kasih kepada persatuan serta kedutaan yang mengeluarkan garis panduan keselamatan.

Mohon doa agar keadaan mesir kembali aman dan tidak berlaku konflik yang berlanjutan.

P/S : ulasan di atas hasil daripada penulis sendiri berdasarkan perkembangan yang berlaku di mesir 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pada hari jumaat 5hb Julai, saya dikejutkan dengan pemergian seorang sahabat sekolah menengah, Fahmi Rosli. Beliau meninggal disebabkan lemas ( menurut sumber yang saya diberitahu), Allah, betapa sedih serta terkejutnya saya tentang berita tersebut, dalam batch SMKA Al-Irshad 2003 – 2007, beliau yang Allah jemput dahulu.
Al – Fatihah
Semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman






Renew Visa

2012-12-28


Alhamdulillah, menulis lagi hari ini. Kali ini jugak nak kongsi tentang buat visa di mesir.  Selalunya visa student Malaysia di sini tahan selama setahun, jadi pada tahun hadapan memang kena renew semula. Tempat untuk renew visa ni di mugamma’, yang terletak di Tahrir, biasanya renew visa dibuat pada waktu pagi, supaya mudah dan tak perlu nak beratur panjang. Tambahan pulak mugamma’ ni tengahari  je dah tak berapa nak boleh renew kerana office hour diorang sampai tengahari ataupun sampai lepas zohor je. So nak x nak, memang kena gerak awal.

On the way nak ke mugamma’ ni, terpaksa menggunakan tren, orang mesir panggil metro. Lokasi tahrir dari rumah tidak jauh, hanya 2 stesen sahaja. Cumanya, keadaan di metro selalunya sarat dengan orang ramai, kalau orang sedikit, itupun pada waktu pagi ataupun tengahmalam.

 Tren (metro) tiba pada waktu pagi, orang pun tak ramai lagi waktu ni

Suasana di stesen metro


Mugamma’ selalunya buka pada pukul 8 pagi, kalau sampai awal sebelum pukul 8 pagi, memang kena tunggu beratur diluar sampai pukul  8 pagi, kemudian baru dibenarkan masuk. Bila nak renew visa, kena isi borang  yang memang tersedia di atas kaunter. Even kita datang awal, ada juga orang lain yang datang awal, so, awal-awal lagi memang akan penuh mugamma’ ni, dalam setengah jam, akan penuh orang beratur. Ramai juga pelancong asing datang ke sini, atas urusan visa, dan kadang-kadang ada juga yang ada urusan kehilangan passport, dan macam-macam lagi.

Mugamma’, tempat renew visa

Lepas isi borang, kena hantar dokumen-dokumen yang diperlukan, antaranya salinan fotostat passport, syahadah (macam surat approval untuk buat visa), salinan visa paling latest, sekeping gambar dan chop ketibaan sewaktu di airport mesir, kemudian kena bayar setem 8LE egyptian pound. Kemudian borang tersebut berserta dokumen akan diserahkan kepada pegawai untuk proses selanjutnya. Selepas itu, kena datang semula ke mugamma’ selepas 10 hari untuk mengambil semula, kemudian waktu tu, kena bayar lagi 83.10LE, after that kena tunggu selama 2 jam, then baru boleh ambil dan visa sudah selamat diperbaharui. Kalau lebih tarikh luput, memang kena denda, sebanyak 150LE.sebab pernah kena  J

Contoh visa mesir

Alhamdulillah, selesai sudah coretan serba sedikit tentang visa, insyaAllah post lain plak lepas ni. Doakan J.

WINTER 2012, EGYPT

2012-12-26


                

Alhamdulillah dapat lagi hidup pada hari ini untuk meneruskan hidup sebagai khalifah di bumi ini. Lama sudah tidak menulis, jadi rasa macam bermula dari bawah pun ada. Semoga diberi kekuatan untuk istiqamah dalam jalan ini.

Sedar tak sedar, dah hampir 5 tahun di bumi mesir, dan kali ini juga masuk kali kelima musim sejuk di sini. Rasa macam baru semalam je smpai mesir, dengan muka-muka fresh year tahun 1, tapi sekarang sudah berada di tahun 5. Cepat sungguh masa berlalu.

 keadaan lalu lintas di kaherah, mmg sesak!!


Mesir ni negara 4 musim, jadi tak terlepas dari 4 musim, spring, winter, fall dan summer, tapi musim utama di sini adalah spring, winter dan juga summer. Fall di sini tak macam di negara lain, tempohnya sekejap, dan ciri-ciri daun luruh itu memang ada. Winter di sini juga lain, sebabnya, takde salji, dan kesejukan adalah yg utama bagi winter di sini. Tahun ni winter bermula awal November, dengan hujan. Hujan di sini mostly sekejap sangat2, bila hujan, itu petanda mesir mengalami perubahan musim. Perubahan suhu di sini berlaku secara gradual, dari sejuk yg boleh ditahan, kepada sejuk yang tak tertahan.

sungai yang berasal dari sungai nil

Kalau winter di sini selalunya memang akan pakai sweater selalu, kalau di rumah pula, akan pasang pemanas bilik atau nama lainnya heater, dan sakhonah (pemanas air). Dan seperti biasa, akan dihinggapi selsema dan demam dek kerana perubahan suhu, dan selalunya juga akan kurang mandi, kerana mandi kerap sewaktu winter adalah sesuatu yang tidak baik untuk kesihatan, dan juga disarankan untuk memakan buah limau, kerana kaya dengan vitamin c yang mana sumber perlindungan waktu winter ini dari penyakit. Time winter jugak waktu malam menjadi lebih lama dan waktu siang lebih pendek, jadi kepada orang-orang yang puasa, ini merupakan satu kelebihan yang Allah bagi kepada mereka untuk istiqamah dengan puasa sunat.

Until then, J

p/s : mohon sama-sama doakan keselamatan serta kejayaan buat saudara-saudara kita di Syria, Palestin, dan Rohingya.