header-photo

Dendam

2011-03-09

Assalamualaikum w.b.t

Dalam hidup kita seharian, banyak benda yg happen; baik perkara menggembirakan mahupun melukakan hati kita. Orang salu bagi perumpamaan hidup ini macam roda..tapi cmne lak persahabatan???

Persahabtan pon same gak. Same cm roda..kdg2 elok, kadang2 gaduh juge sesama kwn pon. Bila kita bergaduh, kita salu di ingatkan jgn simpan dlm hati..kena saling memaafkan. Tapi kata2 ni selalunya lebih senang berbanding perbuatan. Nak memaafkan kesilapan seseorang ni memerlukan sikap redha dan berlapang dada yg hebat, terutamanya kalau kita ade poblem ngn kwn bek..Haaa..sakitnya 2 lebih dari kwn biasa kan?

Hehe..hari ni saya nk share sebuah kisah yg mybe most of us dah tahu..kisah ubi kentang. Kisah ni mengingatkan kita supaya jangan berdendam, sebaliknya mempunyai sikap murni dat is memaafkan..hehe. Jom kita bace skit ok??

Pada suatu hari, seorang guru taman kanak-kanak telah mengadakan satu "permainan". Si
Guru telah menyuruh tiap-tiap anak muridnya membawa satu beg plastik
transparent bersama dengan beberapa biji kentang. Kentang-kentang
tersebut akan di beri nama berdasarkan nama orang-orang yang dibenci,
jumlah kentangnya tidak ditentukan berapa...bergantung jumlah
orang-orang yang dibenci.

Pada hari yang tersebut masing-masing murid membawa kentang dalam beg
plastik. Ada yang berjumlah 2, ada yang 3 bahkan ada yang 5. Sepertimana
perintah si guru mereka, tiap-tiap kentang di beri nama dengan nama-nama orang yang dibenci. Seterusnya murid-murid dikehendaki membawa beg
plastik berisi kentang tersebut kemana saja mereka pergi, bahkan ke
toilet sekalipun, selama 1 minggu.

Hari berganti hari, kentang-kentang pun mula menjadi busuk, murid-murid
mulai mengeluh, apalagi yang membawa 5 buah kentang, selain berat dan
baunya juga tidak menyenangkan.

Setelah satu minggu murid-murid tersebut berasa lega kerana penderitaan
mereka akan segera berakhir. Si Guru bertanya: " Bagaimana rasanya
membawa kentang-kentang tersebut selama 1 minggu ?"

Keluarlah keluhan dan rungutan dari murid-murid tersebut, secara umumnya
semua tidak senang dan selesa ketika membawa kentang-kentang busuk
tersebut terutamanya ke mana sahaja mereka pergi.

Si Guru pun menjelaskan apa erti dari " permainan " yang mereka jalankan.

Si Guru berkata : " Seperti itulah kebencian yang selalu kita bawa-bawa apabila
kita tidak dapat memaafkan orang lain. Busuk dan tidak menyenangkan
kerana membawa kentang busuk tersebut kemana saja kita pergi. Itu baru
hanya satu minggu. Bagaimana jika kita membawa (kentang2 busuk)
kebencian itu seumur hidup ? Alangkah tidak menyenangkan dan tersiksanya.

Haaa...so ape pandangan anda? Nak ke kita asik usung kebencian kita 2 merata2?? Ape yg kita akn dapat at the end agak2nye ek?? Tepuk dada, tanya iman :)

Khilasohnya, kebencian di hati hanya akn memburukkan diri kita sendiri. Jadilah seorang yg berlapang dada. Ada gak sy dgr kat radio dlm slot motivasi katanya kita dianjurkan ntuk memaafkan kesilapan org sebelum kita tidur. Semoga kita semua di jauhkan dengan sifat dendam kerana lagikan nabi ampunkan ummatnya, inikan kita manusia biasa..xgitu kengkwn??

Tengs 4 reading and salam :)

0 comments:

Post a Comment