header-photo

Mana Mau Pigi Pas SPM????

2011-03-27


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua,

Post kali ni agak specific la, khususnya buat pelajar2 lepasan SPM 2010 yang baru mendapat result pada ....... . Buat yang mendapat result sukses, alhamdulillah serta tahniah buat kalian, bagi yang kurang bernasib baik, jangan sedih dan jangan down, sebab it's not the end of the world yet, lots of thing to come.

Ok la, buat anda semua lepasan SPM, mesti korang wondering and tertanya :
"ermm, nk amek ape ye pasni?"
" course apa yg harus aku amik ni?"

So, sehubungan dengan itu,kami dengan rasa rendah diri nk share and kongsi sket la, pasal course2 yang menjadi target buat pelajar2 lepasan SPM. Di sini kami nak highlightkan top 10 course yang menjadi rebutan
*kalo nk ikutkan byk, so amik 10 je k? :p

10 course yang menjadi rebutan tu adalah :


1. Perubatan, Farmasi dan Pergigian

Features : belajar pasal tubuh badan manusia, ubat-ubatan, surgeri serta penyakit-penyakit manusia dan cara rawatan.

Skop kerja : banyak, anda boleh menjadi doctor, surgeon, specialist mengikut bidang2 perubatan, pensyarah, pembantu makmal perubatan.

Negara yang menawarkan course ni : Malaysia, Indonesia, Russia, Mesir, Jordan, Ireland, UK, Australia.

Tempoh pengajian : berbeza mengikut universiti, tetapi minimum 5 tahun.

Keperluan : basic science, human science and kekuatan menghafal, sbb medic mostly korang akan byk menghafal :P



2. Kejuruteraan

Features : korang akan belajar pasal kira-kira, bina-bina dan prinsip fizik serta pengetahuan
praktikal untuk diaplikasikan dalam pembinaan.

Negara yang menawarkan course ni : banyak negara yang menawarkan, Malaysia sendiri pun ada menawarkan course ni.

Skop kerja : pembinaan, industri, design, automobil, kimia, robotic, pembuatan, perisian dan macam2 lagi, mmg luas, kira dari A to Z, ada saja skop kerja untuk engineer nih :D

Tempoh pengajian : minimum 4 tahun

Keperluan : basic mathematic, additional mathematic, physic.



3. Perundangan

Features : belajar pasal undang-undang, perbicaraan, peguambela dan peguamcara.

Negara yang menawarkan course : Malaysia, UK, America, mostly banyak negara yang menyediakan course ini.

Skop kerja : peguam, pensyarah dan hakim.

Keperluan : subjek sastera, sejarah, pandai berdebat dan banyak membaca,.



4. Accounting

Features : anda akan bermain dengan nombor-nombor, dengan pengetahuan matematik yang baru, berkaitan dengan pengurusan kewangan.

Negara yang menawarkan : banyak seperti Malaysia, UK, America, Australia.

Skop kerja : sebagai accountant samada di bank, syarikat insuran ataupun syarikat ekonomi dan
bussiness.

Keperluan : segala yang berkaitan matematik, kena main sudoku byk2 ye :P



5. Pendidikan

Features : akan menjadi pendidik, mahupun di sekolah rendah, menengah, matrik serta di mana
saja institusi pendidikan.

Skop kerja : Guru, pensyarah, pegawai di kementerian pendidikan.

Negara yang menawarkan : Malaysia, buat guru TESL, mybe ke UK, Canada, New Zealand.

Keperluan : all subject about teaching, n soft skill also :)



6. Senibina

Features : bidang ini terlibat dari designing hingga ke pembinaan, kadang-kala mereka terlibat secara langsung ataupun tidak di dalam kerja pembinaan.

Skop kerja : arkitek, pereka dalaman, juruukur, pensyarah.

Tempoh pengajian : 3 atau 4 tahun.

Keperluan : matematik, physic, lukisan kejuruteraan, dan alat melukis :)



7. Agama Islam

Feature : akan mendalami ilmu agama islam. Sebenarnya ilmu agama islam sangat luas, seperti al-quran, hadith, syariah, usuluddin,fekah, tasawwuf , and bahasa arab. akan menjadi
tulang belakang dalam masyarakat :)

Skop kerja : ustaz, ustazah, pensyarah, mufti, penceramah.

Keperluan : basic agama, niat yg ikhlas, insyaallah :).



8. Ketenteraan

Feature : bidang kerja yang lasak serta mencabar, khusus untuk lelaki, korang boleh jadi tentera untuk mempertahankan negara, serta menyertai misi-misi kemanusiaan.

Skop kerja : tentera darat, udara, laut, special ops, pengintip.

Keperluan : tubuh badan yang sihat, serta sanggup menerima heavy military training :D



9. Juruterbang

Feature : kerja anda membawa kapal terbang, ya, kapal terbang. satu kerjaya yang mencabar kerana kapal terbang bukan senang untuk dikemudi, tidak seperti membawa motosikal :)

Skop kerjaya : Juruterbang ataupun tenaga pengajar di pusat pendidikan juruterbang.

Keperluan : matematik, geografi serta menguasai subjek latitud dan longitud



10. Bussinessman

Features : anda mereka produk, rancangkan strategi peniagaan, and hit the market. walaubagaimanapun, kerjaya ini penuh rintangan, serta memerlukan buah fikiran serta strategi yang berkesan untuk memastikan pasaran anda berjaya :)

Skop kerja : luas, dan berkaitan dengan pemasaran, just create the product and hit the market :)

Keperluan : mathematic, accountancy, strategic mind, and a will to stay alive :)



Begitulah sedikit sebanyak tentang top 10 kerjaya yang menjadi rebutan, diharap segala kesilapan serta kesalahan dalam post ini dapat dimaafkan.

If you got something, just hit the comment ^^




0 comments:

Post a Comment