header-photo

Sayonara Year 4

2013-09-20


Assalamualaikum w.b.t

Lama jugak x menulis. Bahkan semenjak dah masuk tahun 4 ni, ni baru post ke berapa je. Tak sampai 50 post pon untuk tahun ni. Bukan malas nak menulis, cuma kadang2 kering idea. Tak tahu nk tulis apa. Maybe lepas ni kawan2 boleh sumbangkan idea ape yg patut sy tulis. Deh?

Today, 20hb September 2013 saya dah officially menamatkan zaman bujang tahun empat. Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik dah empat tahun di kuliah perubatan. Tinggal setahun je lagi nak habiskan MBBS. Lepas tu sambung houseman….kawen…mo..PG for MS….pHD…etc. Panjang angan2. Moga2 di permudahkan. Amin~


I just love 'hanging out'  in OT

Setinggi2 kesyukuran sy panjatkan kpd Allah sbb dengan izinNya sahajalah sy mampu habiskan tahun empat ni dengan jayanya. Hahaha. Exam result x tahu lagi tu, harap2 better la dari tahun lepas hendaknye.

Terima kasih pada ummi saya, ayahanda tercinta, kedua mama dan abah serta keluarga tersayang atas sokongan kalian. (ceyh…dah bleh masukkan nama mama ngan abah neh ^^). Dengan doa dan restu kalian kami berjaya meneruskan pengajian ke tahun akhir. Alhamdulillah~

Terima kasih buat semua pensyarah saya, dari O&G sampailah ke Surgery. Terima kasih yang tak terhingga di ucapkan atas bantuan, sokongan, didikan dan dorongan kalian yang tak jemu2 mengajar saya dan kawan2. Pengajian tahun ni enjoy sangat sebab semua lecturer sempoi belaka. Thank you so much dear doctors. Thanks for all ilmu yang kalian curahkan kepada kami. Semoga kalian sentiasa dalam lindungan Allah.

Jutaan terima kasih kepada warga pensyarah Hospital Sungai Buloh…Department Pediatrik, Emergency, Ophtalmology, ENT, Medical dan Surgical yang membantu saya selama sy belajar di HSB tahun ni. Tahun depan dah x p HSB dah…bye2 HSB…bye2 café HSB juge… T__T

Kepada kawan2 saya Group A Batch MBBS 2014, terima kasih atas sokongan korang. Terima kasih atas segala perkongsian ilmu yang tak jemu2. Semoga Allah memberkati perjuangan kita semua dan urusan kita agar di permudahkan. 

My comrades Group A MBBS 2014

Thanks to all 3 special ladies. Kawan2 MBBS kat UKM (Dr. Iera), UM (Dr. Jannah), UiTM( Dr. Atiqah) yang salu bagi sokongan bila sy stress. Thanks a lot gurls.

Syukran jazilan to admin blog ni, Imran sbb banyak bantu saya selama belajar. Thanks for the books… much appreciated bro.

…and to all of u yang sentiasa mendoakan kejayaan saya. Semoga Allah merahmati hidup saya dan kalian semua.

It’s been a lot of ups and downs this year. Some say tahun 4 la honeymoon sebab xde final exam. Takde pro exam. Tapi bagi sy, the most hectic year is this year. Mane x nyer...ade 12 posting yang kita kena cover. Plus cuti inter year cuma seminggu. Tapi ape2 pon seronok sebab banyak subjek baru yang kita belajar tahun ni. Tons and tons of memori yang takkan saya lupakan. Memori suka dan duka. Memori yang mematangkan saya sebagai seorang manusia. Memori yang membuatkan saya lebih menghargai insan2 di sekeliling saya. 7 hari dari sekarang saya officially 23 years old. 

To old to still play around.
To old to still cry about small stuff. 

 rasanya ramai orang pernah rasa kan? ke aku je...?
Because it’s a matter or a year from now and InsyaAllah I'm an MBBS holder. 30th September 2013 dah start final year. Belajar setahun cuti seminggu. Lepas ni kena rajin dah. Takleh malas2. Kena study harder. Sebab hujung bulan 8 tahun depan nak jumpa kekasih lama yang dah 2 tahun x jumpe iaitu...

…PROFESSIONAL EXAM III !!!

Doakan kami bahagia ye.


Wassalam.


2 comments:

Tengkubutang said...

Follower ke : 676
Hai.. Salam Kenal..
done follow.. jom follow blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

The Medical Duo said...

Wkumslm. Tq sudi singgah. :) InsyaAllah akan lawat blog anda nnt

Post a Comment