Alhamdulillah, Allah izinkan saya untuk menjejakkan kaki ke bumi Mesir kali ini, saya tiba di bumi mesir lebih kurang pukul 2.30 pagi, seturunnya dari kapal terbang, terus disambut oleh angin musim sejuk. Bulan oktober bulan yang agak sinonim dengan musim sejuk, sebab waktu ini musim panas melabuhkan tirainya dan musim sejuk datang mengambil pentas. pada awal musim sejuk ni, waktu malam, pagi dan waktu subuh merupakan waktu kemuncak tahap kesejukan.
Lapangan Terbang Kaherah
*gambar ehsan internet, tak sempat nak snap
Memandangkan saya smpai pada waktu awal pagi macam ni, ditambah pula dengan perintah berkurung yang berkuatkuasa bermula 7 malam sehingga 5 pagi, so atas faktor keselamatan terpaksa tunggu sehingga waktu perintah berkurung tamat, tambahan pula saya menerima tugas untuk meneman akhwat (kat sini pelajar perempuan dipanggil akhwat) pulang atas sebab-sebab keselamatan.
Sementara menunggu waktu perintah berkurung tamat, saya sempat berkenalan dengan seorang pelajar tahun akhir dentist di universiti al-azhar, sempat juga bertukar pendapat serta idea tentang keadaan mesir dan juga study.
Tepat jam 5.20 pagi, saya meminta diri kerana ingin ke terminal 3, tempat akhwat tersebut turun sebab penerbangan mereka tidak sama, naik egypt air, mungkin sebab tu turun di terminal 3. malangnya untuk ke sana terpaksa naik shuttle train, tetapi perkhidmatan tersebut mula operasi pada pukul 6.00 pagi, jadi saya terpaksa tunggu sehingga pukul 6 pagi. tapi mungkin rezeki saya, pegawai operasi servis tersebut membuka shuttle train tu awal sedikit, iaitu pada pukul 5.50 pagi. Shuttle train ini mengingatkan saya pada aerotrain? di KLIA, cuma ia berhenti dibeberapa stesen, stesen terakhir adalah Terminal 2&3.
View dari dalam shuttle train
Kemudian dalam pukul 6.30 pagi, kami mula bertolak dari airport ke kediaman masing, naik van besar(dipanggil coaster) sebab 5 orang beserta beg-beg, memang tak cukup. Alhamdulillah, perjalanan sepanjang itu memang lancar, actually memang expected, kalau pagi jalan di mesir tak sibuk serta padat, kalau nak dibandingkan pada waktu tengahari, petang serta malam. memang crowded sangat. Sekatan jalan raya oleh pihak tentera juga tidak kelihatan, walaupun pagar berduri kelihatan juga di beberapa tempat. so far keadaan mesir ok even sehari sebelum itu ada beberapa insiden di medan tahrir yang melibatkan kehilangan nyawa.
Setibanya di rumah, perkara pertama sekali yang akan saya buat adalah mengemas bilik, bilik saya berdekatan dengan tingkap yang menghala ke luar, jadi lepas bercuti, bilik saya memang akan dihinggapi debu yang banyak. Saya akan mula dengan vacum karpet, kemudian lap meja, basuh baju serta sarung bantal, dan tak lupa juga mencuci buku yang dicium oleh debu-debu.
So lepas ni boleh la bersedia untuk ke tahun 6 sebagai pelajar perubatan Universiti Kaherah, ditemani oleh subjek Internal Medicine dan Surgery, mohon doa dipermudahkan segalanya. Amin.
Dari kiri : buku untuk clinical, internal medicine, dan surgery