header-photo

Isu PANAS Dunia Perubatan!!

2011-04-26

Kat sini kami nak kongsikan dua article mengenai isu doktor pelatih (HO).. sila tinggalkn pendapat anda ok?

SAYA bersetuju dengan pendapat 'suami doktor' yang disiarkan pada 13 April lalu bahawa kebajikan doktor diabaikan. Pengalaman saya ketika menjaga ibu di wad, mengesahkan andaian ini.

Seorang doktor muda yang ‘on-call’ melaksanakan tugas murninya dengan penuh dedikasi sepanjang malam dan keesokan harinya. Apabila saya bangun dari tidur, doktor berkenaan masih berada di wad itu. Raut wajahnya kelihatan tidak ceria ketika bertugas pagi itu, yang memberi isyarat bahawa beliau kepenatan.Yang mengejutkan saya, tugas doktor muda itu tidak terhenti pada pagi itu saja, tetapi berlanjutan sehingga jam 5 petang. Cuba bayangkan profesion apakah dalam dunia ini yang menuntut pekerjanya bekerja 34 jam tanpa henti?
Dalam kepenatan, sudah pasti beliau tidak mampu memberi tumpuan kepada tugasan yang diberikan. Apakah jaminan beliau tidak melakukan kesilapan ketika menjalankan tugas?

Kita tidak mahu melihat malapetaka menimpa pesakit akibat kesilapan yang mungkin dilakukan. Saya juga pernah terjumpa seorang doktor yang terbabit dalam kemalangan ketika pulang dari bekerja. Beliau tertidur seketika kerana terlalu penat dan mengantuk kerana malam sebelum itu beliau ‘on-call’. Beliau masih bernasib baik kerana hanya mengalami cedera ringan, walaupun keretanya rosak teruk.

Nasib baik juga kerana tiada kehilangan jiwa berlaku. Bagaimana sekiranya kemalangan itu membabitkan kematian? Mungkin selepas berlakunya malapetaka sebegitu barulah pihak bertanggungjawab ada sedikit keinsafan untuk menyemak semula pelaksanaan prosedur lapuk di hospital di negara ini.

Jarang sekali kita nampak keluhan daripada doktor sendiri dalam akhbar berhubung kebajikan mereka. Adakah doktor tidak mempunyai saluran untuk mengadu hal kebajikan mereka?
Kita juga tidak pernah mendengar sebarang pembelaan daripada Menteri Kesihatan sendiri yang membela nasib doktor dari segi kebajikan atau waktu bekerja. Justeru, tidak hairanlah berlakunya penghijrahan doktor ke hospital swasta.

INSAN SIMPATI,
Shah Alam.


Doktor latihan siswazah kena kerja 40 jam berterusan.

SAYA tertarik dengan pandangan 'insan simpati' berkenaan doktor muda yang disiarkan dalam ruangan ini pada 20 April lalu. Saya baru saja selesai tempoh sebagai pegawai perubatan latihan siswazah atau 'houseman' di sebuah hospital di selatan tanah air.

Memang benar seperti apa ditulis oleh ‘insan simpati’, malah ada yang lebih teruk lagi. Ada di antara kami yang bekerja berterusan selama 40 jam seandainya kami ‘on-call’, purata antara enam dan tujuh kali dalam sebulan.

Akibatnya, kami memang benar-benar keletihan hingga mudah berasa tertekan dan marah yang ada kalanya kami tanpa sedar meluahkannya kepada pesakit. Komunikasi dengan pesakit juga nampak kurang mesra kerana keletihan.
Kesilapan juga mudah berlaku, seperti yang pernah dialami antaranya salah memberi ubat, dos yang tidak tepat, terlupa menyelesaikan tugas, kerja yang tidak sempurna dan optimum sehingga berlaku ulangan kerja contohnya seperti prosedur mengambil darah, memasang jarum penghubung (branula) dan sebagainya.

Kesihatan dan nyawa doktor juga menjadi taruhan. Pernah berlaku, seorang teman satu universiti meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya selepas pulang dari kerja. Punca kemalangan akibat tertidur ketika memandu kerana keletihan.

Mungkin ada yang tidak tahu, sebagai seorang ‘houseman’, harus melengkapkan empat bulan ‘rotation’ di dalam satu jabatan. Untuk tempoh itu, hanya lapan hari cuti diberikan.

Ketika mereka wajib bekerja setiap hari. Sabtu dan Ahad biasanya hanya perlu datang pada waktu pagi dan petang untuk melakukan rondaan jika tidak ‘on-call’. Hingga kini tiada saluran khusus untuk ‘houseman’ mengadu masalah.

‘Houseman’ takut untuk mengadu kerana bimbang akan dipanjangkan tempoh latihan dalam jabatan, dilabel sebagai doktor bermasalah dan ‘lembik’, ‘mengada-ngada’ dan sering dinasihatkan untuk bersyukur dan dibandingkan dengan doktor zaman dulu.

Sememangnya adalah wajar untuk berlaku penghijrahan doktor ke sektor swasta.

Sebab utama kerana beban kerja yang tidak setimpal dengan gaji yang ada, di samping tiada masa terluang untuk aktiviti lain atau bersama keluarga tersayang.

Mungkin orang di luar mudah mengatakan ‘Ala, kerja biar ikhlas, jangan merungut’ tetapi realitinya kalau anda di situasi seperti ‘houseman’, apa anda sanggup?

DR CEKAL, Kuala Lumpur.


Amanahkah Kita?

Salamullahi alaikum..

Today's new entry is about sikap amanah.

Setiap muslim wajib tahu bahwa sifat amanah merupakan salah satu sifat wajib bagi nabi. Kita sbgai muslim juga dituntut untuk bersikap dengan sikap amanah ini. Sorg doc haruslah amanah terhadap tanggungjawab yg telah diberikan padanya untuk memberi rawatan kpd pesakit2.. Sorg guru perlu amanah mengajar ilmu2 yg bermanfaat kepada murid2nya...dan kita sebagai hamba kepada Rabbul Izzaty haruslah kita amanah terhadap segala suruhan dan larangan yg telah Islam gariskan dlm kehidupan kita seharian.

Thus today, sy bawakan sebuah kisah yg cukup hebat berkenaan dengan sikap amanah..


Ibrahim bin Adham adalah seorang raja yang sangat besar kekuasaannya. Oleh kerana kehidupan yang mewah dan serba cukup tidak membawa ketenangan kepada jiwanya, baginda akhirnya memilih untuk hidup sebagai rakyat biasa dengan mengambil upah sebagai tukang kebun.

Kebun yang dijaga oleh baginda itu ada banyak pokok-pokok delima. Ia menjaga kebun itu dengan patuh dan rajin. Suatu hari datanglah tuan kebun itu dan meminta Ibrahim membawakan sebiji delima yang masak lagi manis kepadanya. Ibrahim pun segera ke pokok-pokok delima untuk mencari buah delima yang paling masak.

Apabila tuannya merasa delima tersebut, air mukanya berubah. Kemudian berkata: "Wahai Ibrahim tolong bawakan kepada aku sebiji delima yang lebih manis." Sekali lagi Ibrahim pergi mencari buah delima yang lain tanpa mengetahiu mengapa tuannya itu menyuruh dia membawakan sebiji lagi. Setelah buah yang diberikan kepada tuannya itu dimakan, dengan sepontan buah itu dibuang oleh tuannya itu.

Oleh kerana terlalu marah sebab buah yang dimakannya itu masih masam, ia pun berkata dengan suara yang keras: "Wahai Ibrahim! Hairan sekali aku melihat engkau. Sudah begini lama engkau menjaga kebunku, tidakkah engkau tahu yang masam dan manis?" Lalu jawab Ibrahim dengan suara yang lemah dan sopan: "Tuan, bukankah saya ini diamanahkan untuk menjaga kebun supaya sentiasa subur dengan buah-buahan, tetapi tuan tidak memberi keizinan kepada saya merasa buahnya." Betapa terkejutnya tuannya itu apabila mendengar jawapan tersebut. Tidak terduga sama sekali akan besarnya sifat amanah yang ada pada tukang kebunnya itu.


Entry kali ini sangat ringkas, tapi sarat dengan pengajaran kepada kita semua. SO, moral daripada cerita ini...?

Fikir2kan lah ye.. (^__^)

Apa Saya Study di Tahun 1?

2011-04-25

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni lebih santai rasanya. Entry yg nak di share pon bukanlah tentang penyakit2 atau ubat2an. Entry kali ni lebih menjurus kepada aspek kehidupan dan pembelajaran seorang pelajar perubatan. Today, sy nak share dengan pembaca2 semua tentang subjek2 yg diambil oleh pelajar2 perubatan during our 1st year.

Kenapa sy pilih tajuk ni ntuk jadik isi kandungan entry sy??

This is bcoz salah satu aim kami (sy dan Imran) membina blog ni adalah ntuk menyampaikan medic kepada semua dengan bahasa yg mudah. Kami so eager to share the reality faced by pelajar perubatan nomater in what aspect it is. So, mmg anda akn dapati most of our entry adalah berkisar tentang life of a med student. Bagi anda yg ada shbt2 or anak2 yg mengambil jurusan perubatan, secara x lansung anda jugak boleh memahami kehidupan mereka dgn lebih baik ag… InsyaAllah.

OK now buleh sy mula?

Basically, medical school yg ada di dunia ni mempunyai beberapa sistem akademik yg berbeza. Kat sini sy nak share 2 sistem yg sy tahu. Ok..2 system yg sy mention td are traditional study and integrated study:

  1. Kalau yg study menggunakan sistem tradisional, mereka akan study hanya beberapa subjek setahun. Tetapi jgn pk senang ye yob? Susah juge sebenonye cuz yg nak kena bace is a whole book and its actually from kulit buku depan ke kulit buku blakang ( ni sekadar hiperbola shj ok?? Index ngan pengenalan buku xyah bace (^^.) ). During our 1st year, we all kena blaja the whole human Anatomy, whole human Physiology and whole Biochemistry. Masuk tahun dua baru we all study about Pathology, Microbiology and Pharmacology. Duration dia of coz la setahun je. So nak xnk, u kena cover, study and paham semua Anatomy tuh dlm masa setahun. Macam tu lah.. Most of med school yg masih mengamalkan sistem traditional ni termasuklah India and Timur Tengah.
  1. Sistem kedua ni is intergrated study. Kalau med school yg pakai sistem ni, mereka akan study system wise. Mereka akan study system by system and dlm setiap module, mereka akan cover all. Example kalo mereka study skeletal system (SS), mereka akan study anatomy of SS, physiology of SS, biochemistry of SS, pathology of SS etc. Mereka blajar banyak subjek dlm sesatu module but they study by system. Certain system will be covered in 1st year and the rest will be covered during 2nd year.

Perbezaan kat sini is, traditional study needs the student to take 3 subject/ year tapi study dia berat disebabkan banyak chapter yg nak di cover dlm a whole book for that particular subject. In the other hand for integrated study, mereka akan study bnyak2 subject terus but system wise.. and exam usually in module form. None of them is easier than one another as both system pengajian ni ade advantages and disadvantages juga ok?

My college is Indian based syllabus. So my med school mengamalkan sistem traditional. Thus, this entry akan ditulis based on sudut pandangan med student yg study traditional system..ok?

So, during 1st year for all Indian based program ( xkira la u banglore ke, manglore ke..karnataka ke or even some med school kat Malaysia like my school) mereka akan di exposed pada 3 subjek teras which are:

  • Anatomy:

Anatomy adalah science yg deal dengan pengajian tubuh manusia. It will comprise study of all structure yg ade dekat badan manusia…( blood vessel, nerve, vein, muscle, brain and it’s structure..etc.). Cara pengajian dia amat mencabar coz for Anatomy kita perlu attend dissection hall a.k.a mortuary a.k.a BILIK MAYAT. Mula2 nk tengok mayat tuh, memang sehari sebelum tuh smayg hajat la jugak moga2 Allah cabut sifat takut or gerun bila tengok mayat tu nanti. Usually kalo dalam 1st month tuh..rata2 student still coping lagi ngan mayat busuk tuh and the fear. Tapi bila dh masuk 2nd month alhamdulillah most of us dah jadi biasa..no more takut2 (^_^)

Under Anatomy ni jugak we study about another two branch of Anatomy which are Histology and Embryology. Histology ni berkait rapat tentang pengajian cells. So kita akan study specific for each cell kat badan manusia ni so that we can know the normal structure. Nampak cam xpayah study je..tapi kalu kita xtau normal structure cmne la kita nk diagnose disease kan?

Embryology plak is the study of development of an embryo from the fertilization of the ovum to the fetus stage. Kita akan blaja ape yg berlaku pada setiap gestational age ( usia dlm kandungan). Dalam subjek ni setiap inci kekuasaan Allah ditunjukkan dengan amat2 jelas. Macam mana dari ovum dan sperm boleh lahirnya seorang khalifah di bumi Allah ni. Sebenarnya semua yg berlaku ni merupakan ayah( bukti) yg nyata.. tapi bila kita study embryology ni..zuq dia lebih skit cuz kita study cmne perubahan demi perubahan berlaku kat dlm rahim ibu kita. Subhanallah….

  • Biochemistry:

In biochemistry we study a lot regarding chemical process that occur in human body. So kita blaja cmne cell2 kita bernafas, camne replacement of the dead cells happen, how our body generate energy and etc. Semua ni more toward molecular biology la g2. Hehe..

  • Physiology:

Tadi kita dh tahu normal structure of human body, so la ni kita nk tau ape plak function dia dalam badan kita. Thus kita kena Physiology la pulak. Contohnya kita study macam mana proses respiration boleh berlaku, macam mana brain memproses memori dalam otak kita, and etc. Di samping itu, we also study on how to take BP (blood pressure), how to use stethoscope, how to do and read ECG( electrocardiography). Semua ni merupakan basic clinical skills yg perlu ada sebelum kita masuk ke tahun 2. So secara amnya, physiology ni mmg nampak cam clinical medicine la jugak skit2. Memang suka amat la physiology ni.. (^O^).

Ni la 3 subjek yg sy dah tempuh tahun 1 dulu. Bagi adik2 yg berminat nak further study dalam bidang perubatan, hope semuanya makin bersemangat lepas bace entry ni ok? Nanti sy sambung lagi entry subjek tahun 2 di masa yg len ok? Nak sambung study ntuk subjek Patho.. tata.

Wassalam.

I LOVE U SO MUCH (^_^)

Assalamualaikum w.b.t..

Hari ni hari Isnin.. sy baru je abis exam td. Teori paper Microbiology..alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik and I think I do it nicely td. <--(betol ke??? )

Sy amat2 sibuk lately as my exam is still going on. 2nd admin, Imran also got some problem as dia xboleh nak post any entry now...( T.T ) But nevermind, hari ni sy akan post sesuatu yg berkaitan dengan cinta.

Hehe..

Rasenya ni 1st entry yg melibatkan cinta yg SINERGIHATI pernah letak kat wall ni. Tapi jgn salah sangka noh?? Bukan cinta uda dara... bukan gak cinta merong mahawangsa... ni sebuah kisah cinta yg xkan hilang selamanya..

Sape suka kn cinta, jom bace ngn sy jap ok??

So cite dia camni...

Alkisah...dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahwa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."

Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."

Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.
Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahwa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai saja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Subhanallah..

Cantik dan indahnya cinta kepada Allah 2.. boleh ke kita sehebat 2 kan shbt2?

Ketahuilah..

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.

2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.

3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.


Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima dan lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.

2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.

3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.

4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.

5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

P/S: Semoga kita sentiasa mencintai Allah..dengan melakukan suruhan dan menjauhi larangannya.

Cintakan bunga..bunga kan layu..
Cintakan manusia..manusia kan mati...
Cintakan Allah...kekal abadi.


NST: Prove yourselves worthy

2011-04-23

Salam alaik semua...

Kat sini merupakan sebuah surat yg dihantar kepada NST berhubung isu doktor perubatan semakin x competent lately.. sama2 kita renungkan. Article asal boleh view di sini.

2011/03/12
DR ISKANDAR FIRZADA OSMAN, Kuantan, Pahang
letters@nst.com

I'M writing in response to the report "Mediocre students becoming doctors" (New Sunday Times, Feb 20).

Nineteen years ago, when I did my housemanship at Ipoh Hospital, I had the opportunity to work with people who graduated from various medical colleges all over the world.

At that time, there were not as many house officers as today. The majority of us graduated from India (both from recognised as well as unrecognised medical colleges), from the three medical faculties in Malaysia (including my wife and I), Pakistan, Indonesia, the United Kingdom, Australia, New Zealand, Iraq and Belgium (who brought reference books in Flemish).


Initially, I could sense "favouritism" among the medical officers, clinical specialists and consultants towards house officers who graduated from certain universities.

As my wife and I graduated from the youngest local medical faculty from among the three, word went around that we were not as good as graduates from the other two faculties.

However, our attitude, dedication, commitment, accountability and passion during our housemanship earned us their respect.


I have had a colleague, who graduated from a prestigious medical college in the UK, asking me how to take blood from a patient because in the UK, she never had to do that (it was done by a phlebotomist).

She learnt and became an expert.

On the contrary, I also had a colleague who graduated from a well-known medical college in Australia who could not cope with the workload. It came to a stage where, during ward rounds, the consultant would prefer to ask the nurse about the patients' progress because the consultant did not trust the doctor's judgement.


On the second day after reporting for duty, a colleague took me aside. She was my senior in that department and had graduated from a recognised medical college in India.

She told me that she was assigned to teach me how to do an insertion into a central venous line.

She mentioned that she had performed many such procedures during her college days as well as during her posting at the department.

But I found that she was not doing it right. She, however, insisted that her method was correct.

In the end, the patient ended up with no central venous line but surgical emphysema and bilateral pneumothorax. The medical officer had to intervene and the patient had to have bilateral chest tubes inserted.

What I'm trying to say is that we should not prejudge our medical graduates based on where they graduated from. As graduates, they would have attained similar basic knowledge where medicine is concerned. What is lacking in some of them are the skills they should have acquired during their housemanship.

To those who have graduated from so-called low-ranking medical colleges, please do not feel disheartened. I challenge you to prove the critics wrong.

With the right attitude, dedication, commitment, accountability and passion to learn, you are not far from the quest to become a good doctor.

To the rest of you who have graduated from recognised medical colleges, discard the arrogance and be humble because without the right attitude, dedication, commitment, accountability and passion to learn, you are nowhere near to being a good doctor.


P/S: This letter rejuvenate many medical students! Let us prove to all that we can be great medical doctors one day. WE ARE THE BEST UMMAH and LETS STRUGGLE TO ACHIEVE THE MAQAM of BEST MUSLIM... InsyaAllah

Wasiat Allah kepada Rasulullah

Sebuah pengisian rohani...
sebuah wadah muhasabah..

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam aku diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikanku lima wasiat, antaranya :

  • Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau
  • Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
  • Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
  • Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
  • Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T.
Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

  • Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
  • Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.
  • Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
  • Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
  • Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
  • Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
  • Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."


Subhanallah...

Ya Allah ya Tuhan Kami...

Kami memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Kami memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,

Tambahkan kepada kami ilmu yang berguna,
Berikanlah kami amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepada kami rezeki yg meluas,
Terimalah taubat kami dgn taubat nasuha…

Amin...Ya robbal Alamin.

Semoga Allah mengampunkan dosa kita. Sentiasalah muhasabah diri dan memohon keampunan kepadanya kerana pintu taubat masih terbuka.

Wallahu subhaanahu wataala a'lam

Doktor Pakar Bahagian II

2011-04-22

Assalamualaikum wbt..

Apa kabar sume readers? Di harap anda semua sihat walafiat dan sentiasa di bawah redha Allah. InsyaAllah.

Entry kali ni adalah entry sambungan daripada Doktor Pakar Bahagian I yg Alhamdulillah (^^.) mendapat feedback baik dari shbt2 sume. Syukur sesangat. So jejari ni akan teruskan usaha membuat entry sekuel kpd bahagian satu n today im gonna discuss ONLY ONE SPECIALTY which taken by the doc to pursue their carrier after they finish their MD/MBBS/MBBCh degree which is Internal Medicine.

Mybe semua orang pelik. Nape hari ni saya just talk bout one particular field je? Kalau nak tahu nape saya just choose satu specialty je hari ni…kena la usha entry ni sampai abis ok?

So now we going to explore about INTERNAL MEDICINE as deep as possible.. OK?

So guys…what is internal medicine?

Internal medicine is similar to family medicine in which the physician give primary care and basic healthcare management of all areas of a patient's health.

Usually in medical school yg buat traditional study, kami akan study Internal Medicine ni during our third year. Memang subjek ni payah amat2..( ni komen senior2 sy la..sy snirik pon x amik agi Internal Med ni).. But what make them differ is the fact that in internal medicine ni kita xkan study pasal Pediatrics ( pengkhususan perubatan kanak- kanak) and Obstetric. Internal medicine akan memfokuskan lebih kepada cara- cara rawatan kat hospital (warded patient) and cmne nak give acute care for patient. Means that doctor2 yg salu jage patient kat dalam ward are mostly internal medicine doctors.

Tapi ape je yg masyuk tentang Internal Medicine ni????

Jeng3…!

Kat internal medicine ni..ade banyak sgt2 sub-specialties. Areas yg di cover dalam internal medicine ni banyak tau. So datz why la saya just cover this speciality je today. Basically what make this entry long today is because I’m gonna write about internal medicine punye sub- specialties. After a med doc dh amik specialty, dia kena sambung ag skali ntuk buat sub- specialty ni. So here ade beberapa area yg sy akan kongsikan bersama anda sumua. Sorry as I can’t talk bout ALL of them, but I will try my best to focus on these three most popular sub- specialties.

  • Nephrology

Pakar buah pinggang ( Nephrologist) is a person in charge in treatment of kidney conditions and it’s abnormalities. So, tugas utama seorang nephrologists adalah to diagnose the actual etiology (causes) of disease. Antara tugas2 lain seorang nephrologists termasuklah penentuan treatment and medication yg perlu diambil oleh seseorang patient (prescribe appropriate treatment such as medication, diet changes, or dialysis). Bila nephrologists ni dah buat keje dia and the patient still do not respond to the treatment, transplant (pemindahan organ) akan dilakukan oleh surgeon which specifically known as transplant surgeon. Example of disease yg selalu kita kaitkan dengan buah pinggang is the renal failure ( kegagalan buah pinggang untuk berfungsi dengan baik). So hope u learn well what is nephrologists ok?

  • Cardiology

Cardiology merupakan bidang pengajian yg fokusnya is towards diagnosis and treatment of diseases, conditions, or defects of the heart and circulatory system. Maksudnya, doc ni akan blaja mostly pasal jantung dan peredaran darah kita. If a person is about to work oversea, cardiology is a promising field that you can take. Nape??? Because USA for example really2 need Cardiologist ( pakar jantung) in a huge amount. This is because one of the most potent killers penduduk2 USA adalah heart disease. Hehe..( $.$)

Cardiologist ni akan bagi consult tentang medical cases related to CVS (cardiovascular problem) and they are those who specialized in diagnosing CVS congenital anomalies(abnormalities yg occur sejak bayi itu dilahirkan). Bila saya bercakap tentang cardiology je, mesti ade orang akan tnya..Asada Ryutaro dalam Team Medical Dragon tuh cardiologist ke??

TAK.. ASADA RYUTARO BUKAN SEORANG CARDIOLOGIST!

Kalau doc yg buat surgery macam Asada ni..mereka dinamakan sebagai Surgeon. Kalau nak jadik macam Asada Ryutaro tuh, anda kena amik specialist bidang surgery ok, bukan internal medicine. Bila anda dh amik specialist in surgery, anda akan ade sub- specialty and one of them is cardiothoracic surgeon (CTS). Kalau CTS ni they will perform open heart surgery, heart bypass surgeries and other cardiovascular surgeries. Ni lah baru bidang Asada Ryutaro ok? So tamao kompius2 dah pasni. (^^.). So this is all about cardiologist!

  • Oncology

Oncology merupakan satu bidang yg focus on pengajian tentang cancer dan cara rawatannya. Kalau sesape yg rajin tonton cite House MD.. mesti kenal ngan Dr. Wilson kan? He is one of the example of an oncologist ( pakar kanser). Kerja dia lebih kepada diagnosis of cancer and treating them. Oncologist gak perform some hematology practice (which is the treatment of cancers, malignancies and abnormalities yg occur dalam darah kita). Oncologists lah yg akan bertanggung jawab ntuk prescribe treatment untuk cancer patient (medication, radiation, chemotherapy, surgery, or palliative care). FYI, hematology is the study of blood. So kalau ade yg berminat nak buat oncologist ni, semoga anda berjaya (^__^).

Ni merupakan tiga bidang sub- specialties of internal medicine yg menjadi kegilaan ramai newbiez . Antara bidang2 lain yg also listed are:

  • Endocrinology: Bidang yg memfokuskan kearah diagnosis & treatment of disease related to endocrine disorder.
  • Geriatric medicine: Study of diagnosis & treatment of disease related to warga emas.
  • Infectious disease: Bidang yg memfokuskan kearah diagnosis, treatment and prevention of infectious disease ( penyakit berjangkit) example is Influenza and HPV infection.
  • Pulmonary disease: Bidang which focus on diagnosis and treatment of any problem related to the respiratory system.
  • Rheumatology: Field of study of diagnosis and treatment of conditions and diseases affecting joints, muscles, and bones.

So setakat ni jelah dulu second post pasal specialist ni. I will continue my post in da future with 14 more specialties left for me to discuss. Semoga ilmu yg baik ni sama- sama la kita sebar2kan..cuz disebutkan dalam sebuah hadis yg berbunyi:

Apabila seorang anak Adam meninggal maka terputuslah amalnya kecuali kerana tiga perkara;

  1. Sedekah jariyah,
  2. Ilmu yang bermanfaat
  3. Anak soleh yang mendoakannya

–HR Muslim

Wallahu subhaanahu wataala a’lam.

10 Amalan Dimurahkan Rezeki

2011-04-21

1-Mengabdikan diri untuk ALLAH S.W.T

tidak mensia-siakan pengabdian diri hambanNya seperti firmanya.”Wahai Anak Adam,sempatkanlah untuk menyembahku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu.Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukkan dan Aku tidak menutup.

(Riwayat Ahmad Tirmizi,Ibnu Majah dan al-hakim dari Abu Hurairah)


2.Memperbanyykan istighfar.

Sabda Nabi S.A.W “Barang siapa memperbanyakkan istighfar maka ALLAH S.W.T akan menghapuskan segala kedukaannya,meyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yg tidak disangka.”

(Riwayat Ahmad,Abu Daud,an-Nasa’i Ibnu Majjah dan al-hakim dari Abdullah bin Abas r.a)


3.Sentiasa Mengingati ALLAH

Firman ALLAH S.W.T,”Orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati ALLAH.Ingatlah hanya dgn mengingati ALLAH hati menjadi tenteram.

(Surah Ar-Radi ayat 20 )


4.Mendoakan Ibu Bapa.

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda.”Mendoakan Ibu dan bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki.Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (ALLAH) kepadanya.

(Riwayat Al-Hakim dan ad-Dailani)


5.Menjalin Silaturahim.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda.”Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak saudaranya.”

(Riwayat Bukahari)


6.Melazimi Kekal Berwudhu’.

Seorang arab desa menemui Rasullah S.A.W dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh ALLAH S.W.T.Lalu Rasullah S.A.W bersabda,”Sentiasalah berada dalam keadaan bersih(dari hadas) nescaya ALLAH akan menurunkan rezeki.\

(Diriwayatkan dariada Sayidina Khalid AL-Walid)


7.Bersedekah

Setelah mengundang rahmat ALLAH dan menjadi sebab ALLAH S.W.T membuka pintu seseorang itu.Nabi Muhammad S.A.W bersabda kepada Zubai bin AL-Awwa,.”Hai Zubair,ketahuilah bahawa kuci rezeki hamba itu ditentang arasy,yg dikirim oleh ALLAH azza wajalla kpd setiap hamba sekadar nafkahnya.Maka siapa yg membanyakkan baginya.Dan siapa yg menyedikitkan,nescaya ALLAH menyedikitkan bagimya.

(Riwatat ad-Daraquthmi dari Anas R.A)


8.Mengamalkan Solat Dhuha

Amalan solah dhuha yg dibuat waktu orang sedang sibuk dengan dengan urusan dunia(aktiviti harian)n juga mempunyai rahsia tersendiri.Firman ALLAH S.W.T,”Wahai anak adam,jangan sekali-kali engkau malas mejerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang(SOLAT DHUHA0,nanti pasti akan cukupkan keperluanmu pada setiap harinya.”

(Riwayat Al-Hakim dan Tharbani)


9.Bersyukur kepada ALLAH.

Syukur ertinya megakui segala pemberian dan nikmat ALLAH S.W.T.Melupainya adalah seperti kufur nikmat yg ALLAH berikan.ALLAH S.W.T berfirman,”Demi Sesungguhnya! Jika kamu bersyukur Aku tambahi nikmatKu kepadamu,dan demi sesungguhnya jika sesungguhmya jika kamu kufur,sesungguhnya azabKu amat keras.”

(Surah Ibrahim ayat 7).


10.Bertawakal.

NabI Muhammad S.A.W bersabda,”Seandainya kamu bertawakal kepda ALLAH dengan sebenar-benar tawakal,nescaya kamu diberi rezeki seperti burung iaitu Pada hari lapar dan dan petang hari telah kenyang.


(Riwayat Ahmadmat-Tarmizi,Ibnu Majah,Ibnu Hibban,al-Hakim dari Umar al-Khattab r.a)


Sumber : I Love Allah SWT and Prophet Muhammad SAW

Mimpi Hasan Al- Bashri

2011-04-20

Antara Hasan Al-Bashri dan Ibnu Sirin pernah ada rasa xpuas hati. Keduanya x mahu saling menyapa. Setiap kali mendengar orang lain menyambut nama Ibnu Sirin, Hasan Al-Bashri merasa tidak suka : "Jangan sebut nama orang yang berjalan dengan lagak sombong itu di hadapanku," katanya.

Pada suatu malam Hasan Al-Bashri bermimpi seolah-olah ia sedang bertelanjang di kandang binatang sambil membuat sebatang tongkat. Pagi hari ketika ia bangun, ia merasa bingung dengan mimpinya itu. Tiba-tiba ia ingat bahawa Ibnu Sirin yang kurang ia sukai adalah orang yang pandai menafsirkan mimpi.

Merasa malu bertemu sendiri, ia lalu meminta tolong seorang teman dekatnya: "Temui Ibnu Sirin, dan ceritakan mimpiku ini seakan-akan kamu sendiri yang mengalaminya," pesannya. Teman dekat Hasan Al-Bashri itu segera menemui Ibnu Sirin. Begitu selesai menceritakan isi mimpi tersebut, Ibnu Sirin langsung berkata:

"Bilang kepada orang yang mengalami mimpi ini, jangan menanyakannya kepada orang yang berjalan dengan lagak sombong. Kalau berani suruh ia datang sendiri kemari."

Mendengar laporan yang disampaikan temannya ini, Hasan Al-Bashri kesal. Ia bingung, dan merasa tercabar. Setelah berfikir sejenak, akhirnya ia memutuskan untuk bertemu langsung dengan Ibnu Sirin. Ia tidak peduli dengan rasa malu.

"Antarkan aku ke sana," katanya. Begitu melihat kedatangan Hasan Al-Bashri, Ibnu Sirin menyambutnya dengan baik. Setelah saling mengucap salam dan berjabat tangan, masing-masing lalu mengambil tempat duduk yang agak berjauhan.

"Sudahlah, kita tidak usah berbasa-basi. Langsung saja, aku bingung memikirkan dan menafsirkan sebuah mimpi," kata Hasan Al-Bashri.

"Jangan bingung," kata Ibnu Sirin." Telanjang dalam mimpimu itu adalah ketelanjangan dunia. Ertinya, engkau sama sekali tidak bergantung padanya kerana engkau memang orang yang zuhud. Kandang binatang adalah lambang dunia yang fana itu sendiri. Engkau telah melihat dengan jelas keadaan yang sebenarnya. Sedangkan sebatang tongkat yang engkau buat itu adalah lambang hikmah yang anda katakan, dan mendatangkan manfaat bagi ramai orang."

Sesaat Hasan Al-Bashri terkesima. Ia kagum pada kehebatan Ibnu Sirin sebagai ahli tafsir mimpi, dan percaya sekali pada penjelasannya.

"Tetapi bagaimana engkau tahu kalau aku yang mengalami mimpi itu?" tanya Hasan Al-Bashri.

"Ketika teman engkau menceritakan mimpi tersebut kepadaku, aku berfikir, menurutku, hanya engkau yang layak mengalaminya." jawab Ibnu Sirin.

Pengajaran dari cerita ni...semoga kita sentiasa menjadi orang seperti Hasan Al- Bashri yg xpernah malu untuk bertanya tentang ilmu...orang yg bijaksana namun tetap rendah diri seperti Ibnu Sirin..InsyaAllah.

Sumber : Kitab Wafyat al-A'yan oleh al-Shafadi

Blogger & Carpal Tunnel Syndrome???

2011-04-19

Salamullahi alaikum semua..

Sebelum sy memulakan cerita tentang entry baru di SINERGIHATI ni, sy dan co-admin nak ucapkan berbanyak2 thankx yg x terhingga kepada semua shbt2 yg sudi view dan follow site ni. Alhamdulillah..follower makin bertambah. Walaupun xbanyak mane, tapi kami berharap semua followers dapat manfaat dari entry2 yg kami postkan kat sini.

OK

Kali ni entry sy adalah khusus kepada SEMUA BLOGGER2 TEGAR kat luar sana!!

La la ni.. ramai sgt2 orang yg ade lappy, betol x? Most of us tau cmne nak pakai lappy, even budak kecik2 skalipon. Mak aih, siap ade Fb segala. So senang cite, sume owg tau pakai computer, kan? Tapi masalahnye.. xramai yg tahu berblog lama2 ni..buleh menjejaskan kesihatan.

BETOL, SAYA X TIPU!

Kawan2 semua pernah dengar x tentang satu syndrome ni, yg dinamakan Carpel Tunnel Syndrome? Bagi yg tahu alhamdulillah… sebar2kan lah pengetahuan dan ilmu itu. Bagi yg xtahu..jom usha entry ni sampai abis cuz im gonna talk bout it in details.

Ok..

Dalam perubatan, ade satu subjek ni yg dinamakan sebagai Anatomy. Anatomy merupakan bidang pengajian yg mengkhususkan tentang study of human body. Kita akan belajar semua. Pasal tulang, pasal muscle2.. pasal saraf (nerve)…blood vessel and also some syndrome related to the imparment of our body structure.

Sebelum saya cerita pasal syndrome ni, its better 4 me 2 give u guys some knowledge about the normal anatomy of this structure. Carpal tunnel syndrome happen kat pergelangan tangan kita. So now, saya akan share ngn kwn2 sume pasal anatomy tangan manusia dulu..ok? (^^.)

Sume tengok gambar kat atas ni jap.. nampak x benda kuning 2?? This is median nerve of a human hand.

Everybody must know that kat wrist kita ni ade satu saraf nama dia median nerve. Median nerve control sensations to the palm side of the thumb and fingers. Median nerve ni gak akan send message kat muscle2 kecik kat tangan kita so that fingers ngan thumb kita leh move.

Satu lagi…kalau kawan2 sume pasan, ade benda putih atas median nerve 2 kan? This is Carpal ligament. It’s function is secure median nerve 2 supaya dia smat2 duk tengah2 wrist kita. Cube kawan2 bayangkan kalau kita xde ligament ni… each time kita bergerak, median nerve ni will be dislocated kan? So, to prevent this..Allah yg bersifat dengan sifat Maha Mengetahui telah menciptakan tangan manusia ni dengan ligament ni. Hebatnya ilmu Allah kn kawan2? So datz y la kita boleh move our hand freely and without any problem as kita punye muscle2 kat tangan di innervate by this nerve.

Kalau kita bayangkan ligament 2 as atap, and muscle wrist kita as floor..kita akan dapat satu terowong kecik kat tengah2 2. Itulah yang dinamakan sebagai carpal tunnel. So, median nerve ni akan lalu kat dalam carpal tunnel tadi 2. Can u get what I mean?

Hope by this explaination u guys dah faham ape itu median nerve..kat mane actually it is located in our body…and what is carpal tunnel.

OKOKOK

Sofar sume steady agi x nak dengar lecture Medic dari saya??

Hehe..harap semua readers still steady and willing to continue reading this entry cuz now im gonna talk about the syndrome specifically.

Carpal tunnel syndrome occurs when the median nerve kita tadi is pressed or squeezed at the wrist. Carpal tunnel syndrome is the most common and widely known sebab median nerve ni senang sangat2 nak tercompressed. Bila nerve ni compressed.. person akan feel numbness, pain and, eventually, hand weakness. But how is this nerve compression can happen and what’s the relationship between CARPAL TUNNEL SYNDROME & BLOGGING?????

Im gonna tell this by a scenario.

Imran merupakan seorang blogger tegar.. and dia gak suke men game PC. Imran salu kalau online mau sampai 4 jam xpa henti. Bila duk depan lappy, dia dah lupe keadaan sekeliling. Tangan dia asik duk menaip entry je. Kalu penat, dia akan men game jap…pon pakai keybord 2..then sambung posting lagi kat blog.

Imran akan letak tangan dia cam gambar kat bawah ni

So, asenya sume dah tahu kn ape impact dia pada tangan kita? Secara direct, kita xceli sedang menekan median nerve tangan kita tadi. Tekan sejam maybe la xde effect lagi. Tapi, kita berblog bukan kejap… buat satu entry je dah berjam2. Kalau kita continuously do this for several years, we may develop Carpal Tunnel Syndrome.

Some of the symptoms like rasa burning kat jari, rasa kebas kat tapak tangan and jari, especially thumb, jari telunjuk and jari hantu and rasa jari bengkak..padahal x pon ( T.T )

So, bila kawan2 sume dah mula rasa sumeni..better la consult your personal physician. Berita baiknya CTS ni boleh diubati..Alhamdulillah.

As a prevention, same2 la kita pakai keyboard yg lebih rendah dari aras tangan kita..yg macam meja computer 2…yg boleh sorong2 dia punye tempat letak keyboard 2. It will be better and u can blog xpa rasa takut dapat CTS ni. Lakukan gak senaman tangan simple2 kalu dah lenguh2 tuh… ok?

Semoga semua mendapat manfaat dari entry kali ni. Kalau boleh, share la link post ni kat kawan2 anda or saudara mara yg suke berblog..bak kate owg zaman skg ni..Sharing is Caring (^^.)

Doktor Pakar Bahagian I

2011-04-18

Rasanya semua orang tahu Dr. Pakar 2 ape kan? Okeh.. bagi yg xtahu, Dr. Pakar adelah sowg Dr yg dh buat specialization.. some people misunderstood that bila seseorang 2 dh abis A- level/ Matrik/ Asasi/ STPM/ Diploma mereka trus amik specialization. Salu org akan tanya, awk ni amik doc bidang ape?

Xceli bagi mane2 yg berkelulusan seperti yg diatas, semuanya akan bermula pada degree pertama bidang perubatan which is either Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS), Doctor of Medicine (MD) or Medicinae Baccalaureus, Baccalaureus Chirurgiae (MBBCh). Semua ni membawa title Dr. Perubatan U41; kod perkhidmatan kakitangan kerajaan di Malaysia. So, semua mereka2 ni akan kena p buat housemanship kat hospital kerajaan selama 2 tahun..( rotate2 la department).

Ok.

So, Dr. Pakar ni cmne plak kan??

Ha…

Dr.Pakar ni akan dicapai oleh sumwan yg pursue study dowg selepas dah abis MBBS/ MD/ MBBCh diatas. It’s the same as postgraduate study yg courses lain buat..Means, bila dh abis housemanship (HO) and u dah berkhidmat selama beberapa tahun kat government punye hospital..bau u buleh apply ntuk buat specialization. So pasni bila ade kwn2 yg b4 dat xde title doc and dapat tawaran melanjutkan pelajaran dlm bidang perubatan, mereka2 ni akan grad as Dr je dlu nanti…bukan Dr. Pakar. OK?

Lepas sy dah clear kn kekeliruan ni, baulah sy procede with my actual topic today which is pengkhususan or kepakaran yg available dlm jurusan perubatan. Actually banyak jenis sebenarnya pengkhususan yg ada dlm medic ni..cume xsemua ade kat sesebuah negara. Certain2 negara yg baru je nak membangun, mereka ade kepakaran dlm bidang2 major mcm Internal Medicine..tp minor2 mcm Ophthalmology belum di develop well.. so cases yg ade mybe di rujuk ke negara lain yg dh ade kepakaran.

In today’s entry, im gonna talk about 5 specilization yg ada dlm medical field ni. Kepada viewers yg bercita2 nak amik medic, jom berangan2 bermula dari skarang..ape agaknye kita nak jadik in da future. OK?

So now I’m presenting…

  1. Anesthesiology

Anasthesiologist atau nama Melayu dia Pakar Bius merupakan sowg pakar dalam drug administration especially in Operation Theater (OT). Keje dia dalam OT mybe nampak cm simple je..just tengok2 je surgeon buat kerja. Tapi…hehe…jangan pandang cam2 je noh? Dia ni merupakan orang yg bertanggung jawab ntuk monitor patient punye vital sign ( heart rate+ respiratory rate+ blood pressure+ body temperature). Any fluctuation of this sign may result in fatal a.k.a DEATH of the patient. Kalau patient 2 xrespond pada bius yg dia bagik..so operation xleh dijalankan dengan baik..or mybe xleh buat trus. Hehe..So, dia merupakan owg yg PERGHH sebenarnya. Sonang cite..orang kalo tyme operation, yg bagik benda suh kita sedut and dia suh kita kira sampai 7…n tetibe kita lelap…haaaaa…ni la orangnye!

  1. Dermatology

Dermatology merupakan suatu bidang yg mengkaji secara khusus tentang kulit. Owg ni dia study bab kulit jaaa. Nampak memula cm senang. Tapi percayalah, dermatology bukanlah bidang calang2.. most keadaan penyakit melibatkan kulit adalah severe ( teruk gak la). Contoh penyakit yg melibatkan kulit adalah Kaposi Sarcoma yg sering melanda patient HIV/AIDS. U can study more bout Kaposi Sarcoma here. Basically, dermatology akan focus hanya pada diagnosis penyakit, cara rawatan and cara nak elak penyakit2 ni. Kalau kawan2 semua rajin, boleh tengok berapa banyak sakit kulit yang ade kat dunia ni dekat site ni. Subhanallah…semoga kita semua sihat dan jauh dari sebarang penyakit. So, datz all about dermatologist!

Next is…

  1. Emergency Medicine (EM)

OKOK..nak Tanya skit buleh? Sape penah tengok ER? Ala..cite omputeh kat Tv tuh la.. Ha..ni la bidang ER. EM ni adalah sebuah speciality yg amat2 best ntuk newbiez..means doctor2 muda. Usually EM Dr. akan deal with cases yg memerlukan medical attention immediately. Salu kalu tengok dalam ER tuh, patient2 yg datang mostly adelah dari case2 accident la, kena tikam la..or even heart attack. Kalu kita pegi hosipital, kita akan jumpe satu department yang besar sgt2 kat c2..nama dia A&E department. A&E ni adalah nama singkatan bagi accident and emergency department. Kat sini kehebatan utama yg terserlah kat doc2 incharge adalah kepantasan mereka bekerja and most of all kebijaksanaan mereka buat keputusan dalam masa yg singkat. Kalau yg suke tengok Miami Medical tuh pon same gak. Memang tahap hebat la dowg ni kalu uat keje. Benda paling cool bagi sy kat EM department ni is dat dowg hebat dlm performing resuscitation ( yg tekan2 kat dada patient yg sakit 2). So kalu sape2 yg berminat 2, buleh la pursue dlm EM ni. Tapi bagi bakal Dr. wanita yg ade kat lua sane 2.. pk dalam2 gak la ek bidang ni. U akan busy amat!

  1. Family Medicine (FM)

Bidang Family Medicine (FM) ni adalah pengkhususan yg broad. Hehe..cmne 2? Cmni..FM merupakan care field yg memerlukan seorang Dr ntuk cover basic healthcare needs of patients. Ok2..nampak cm general physician je kan? But its not! Xceli for doc yg specialized under FM ni..dia kena cover disease from all ages..means from infant( bebudak) hinggalah kepada geriatric ( warga emas). Dah namanya FM..so coverage dia 2 besar la. Contohnye, katelah dlm sebuah rumah terdiri dari ayah, ibu, anak lelaki, anak perempuan, nenek dan datuk…dan seorang bibik warga asing. Haaa… kesemua peringkat umoq ni doc ni kena jage. Tapi exmple bukanla smpai jadik pediatrician or gynecologist… dia hanya akan cover basic needs sahaja. Kalau kat area2 shah alam ni..banyak clinic2 yg dibangunkan oleh doc2 yg amik speciality dlm bidang ni. Menarik and menguntungkan juge. Hehe ($.$)

  1. Obstetrics & Gynecology

Yg ni mmg feymes di kalangan student medic laki. Kalau anda2 semua tengok kat memane, ramai sunggoh pakar sakit puan ni terdiri dari kaum Adam. So, bagi yg Dr.2 muslimah tuh, kalau buleh kita amik la speciality bidang O&G. Saya snirik pon xceli minat cardiology, tapi O&G pon dlm list gak. Just sofar still ngan cardio la… Okok balik pada citer kita.

Anda2 sume pasan x…kalau kat hospital, department obstetric akan diasingkan daripada gynecology. Kenapa??? Sebab, obstetric tertumpu kepada healthcare of pregnant lady..samada waktu mengandung ( pregnancy) mahupun sewaktu bersalin ( parturition/ labor). O&G specialist kena bertanggungjawab tentang keselamatan baby yang di lahirkan. So, bagi anda2 yg sukakan baby..buleh la mempertimbangkan bidang ini.

Gynecology pulak merupakan bidang yg focus kepada diagnosis, treatment, and prevention of diseases, disorders, and conditions of the female reproductive system. Ape2 sahaja penyakit melibatkan reproductive organ of female, gynecologist yg akan di consult.

Okla..jari pon dh penat nak menaip.. harap2 readers sume dapat manfaat daripada entry kali ni ok? Sy akan post the other 15 selected specialty yg akan sy ulas kat blog ni. As for the time being, smpai stakat ni jelah dulu. Nantikan sambungan entry ni di masa akan dtg.

Wassalam

Persahabatan Nabi Isa dan Temannya

Suatu hari, Nabiyullah Isa AS melakukan perjalanan dengan seorang temannya. Mereka hanya berbekal tiga potong roti. Ketika sampai di suatu tempat, mereka berdua beristirahat.
"Bawa roti itu kemari," kata Nabi Isa AS kepada temannya.
Lelaki itu memberikan dua potong roti.
"Mana yang sepotong lagi?" tanya nabi Isa.
"Aku tidak tahu."

Setelah masing-masing makan sepotong roti, keduanya kembali melanjutkan perjalanan hingga sampai ke tepi laut. Nabiyullah Isa menggelar sajadahnya di atas laut, mereka berdua lalu berlayar ke seberang.

"Demi Allah yang telah memperlihatkan mukjizat ini kepadamu, siapakah yang telah makan sepotong roti itu?" tanya Nabi Isa kepada temannya."Aku tidak tahu."

Mereka kemudian melanjutkan perjalanan. Di tengah jalan mereka melihat seekor kijang. Setelah dipanggil, kijang itu pun datang menghampiri beliau. Beliau lalu menyembelih, memanggang dan memakannya. Sehabis makan, Nabi Isa berkata kepada tulang-tulang kijang, "Berkumpullah kamu." Tulang-tulang itu pun berkumpul. Beliau lalu berkata, "Dengan izin Allah, jadilah kalian seperti semula." Tulang-tulang itu segera bangkit dan berubah menjadi kijang."Demi Allah yang telah memperlihatkan mukjizat ini kepadamu, siapakah yang telah makan sepotong roti itu?" tanya Nabi Isa AS."Aku tidak tahu," jawab temannya.

Nabiyullah Isa bersama temannya kembali melanjutkan perjalanan hingga sampai pada sebuah tempat. Mereka duduk beristirahat. Nabiyullah Isa memungut tiga bongkahan batu.
"Dengan izin Allah, jadilah emas," kata Nabi Isa AS.
Batu itu pun segera berubah menjadi emas.
"Ini untukku, yang ini untukmu dan yang satu lagi untuk orang yang telah makan sepotong roti itu," kata Nabiyullah Isa:
"Akulah yang telah makan roti itu," kata temannya.
"Ambillah semua emas ini, aku tak mau berteman dengan pendusta," kata beliau sambil meninggalkan temannya.

Lelaki tadi lalu duduk di dekat emasnya. Ia tidak mampu membawa ketiga-tiganya, tetapi juga tidak rela meninggalkan sebagian darinya. Ketika ia sedang memikirkan cara membawa ketiga bongkahan emas itu, datanglah dua orang lelaki. Melihat keindahan emas itu, timbul keinginan di hati kedua orang itu untuk memilikinya.
"Kalian tidak pantas mengambil milikku dan kalian sama sekali tidak akan mendapatkan bagian," kata pemilik emas.

Melihat mereka berdua hendak membunuhnya, ia segera berkata, "Emas ini kita bagi saja, satu untukku dan sisanya untuk kalian berdua."Mereka pun rela dengan pembagian itu.

"Ambillah secuil dari bongkahan emas ini, pergilah beli makanan," kata pendatang kepada pemilik emas.
Setelah mengambil secuil emas, ia lalu pergi membeli makanan untuk mereka bertiga.

"Untuk apa aku membagi emas itu dengan mereka berdua, emas itu kan milikku," pikir si pemilik emas. Timbullah niat untuk meracuni makanan.

"Jika mereka berdua mati, emas itu akan jatuh ke tanganku lagi," pikir si pemilik emas.
Ia lalu membeli racun yang paling ganas, siapa pun yang memakannya pasti akan mati seketika. Racun itu lalu ia taburkan di atas makanan mereka.

Kedua pendatang tadi juga mempunyai rencana, "Mengapa kita harus memberi dia. Jika telah kembali, kita bunuh saja dia. Emas itu semua akan menjadi menjadi milik kita berdua."

Mereka berdua kemudian membunuh si pemilik emas. Dan dengan perasaan senang karena mendapat emas lebih banyak, kedua lelaki itu kemudian menyantap dengan lahap makanan yang baru saja dibeli.
Beberapa tahun kemudian Nabi Isa bersama kaumnya melewati tempat itu. Mereka melihat tiga bongkahan emas dan tiga kerangka manusia.

"Lihatlah bagaimana dunia memperlakukan mereka," kata Nabi Isa AS kepada kaumnya.

Beliau kemudian berdiri di depan emas dan berkata, "Jadilah seperti asalmu." Emas itu pun kembali menjadi batu.

Bila travel sesame bau kita tau..sape kawan baek kita_syukur kwn2 sy baek2 sumenya Alhamdulillah


MaCaM MCM

2011-04-17


Salam alaik semua, moga sihat-sihat blake semua =)



" student medic ni semuanya nerd, menghadap buku je"

nerd = ulat buku 24jam


Saya percaya, mesti sahabat-sahabat pernah dengan ayat-ayat yang sama waktu dengan ayat di atas bukan? Saya pun tidak terkecuali, bahkan saya juga pernah dikatakan sedemikian ketika menziarahi rumah saudara ketika menyambut hari raya aidilfitri.

Akan tetapi, sejauh mana kebenaran statement di atas? jika ditanya kepada orang lain mengenai statement itu, mesti mereka menganggap student medic ni membaca je kerjanya, makan dengan buku, tidur dengan buku, berehat pun dengan buku, pendek kata setiap masa saja dengan buku, 24/7 with books. Suatu kebenaran iaitu buku dan student medic, memang tidak dapat dipisahkan, bagai isi dengan kuku. =P

Kami di sinergi, memang tidak menafikan, student medic banyak berdamping dengan buku-buku, ini kerana buku yang perlu dihabiskan banyak, kadang-kadang satu subjek ada sampai 2 buku, tebal-tebal pula tu, tetapi, tidaklah smpai 24jam sentiasa bersama buku, hal lain juga perlu diperuntukkan juga. Terlalu asyik dengan buku sehingga benda lain terabai hak-haknya, tidak elok juga, Paling penting, jangan sampai hak Allah diabaikan, jangan dan jangan.

Sempena post ni juga, kami ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat sekelian. Bagi kami, student medic tidak semuanya nerd, mereka sebenarnya versatile =P, kerana mereka mempunyai pelbagai cara untuk study, tidak semestinya melalui nerd saja =P. Antara cara yang kami dapat kenali, antaranya :

1. Style Photostat

Kalau cara ni, memang macam mesin photostat. Segala isi yang ada dalam buku, ada dihafal each word by word, yang lebih dahsyat lagi, mereka dapat mengingat pages dari buku. Kalau exam, diorang ni just keluarkan semula apa yang ada dalam otak diorang.

2. Sports man

Mereka ni buleh dikatakan balance type, sebab diowang ni besukan n study, so diorang ni fit, so cam balance, steady and go, =D

3. Fotographic type

Yang ini, banyak bergantung pada gambar, kiranya gambar akan memudahkannya untuk study dan mengingat, so kalau masuk biliknya, jangan terkejut kalau dinding biliknya ada gambar.

4. Funky Freak

Haa kalo yang jenis ni, korang akan lihat dia, di kuliah, bukan main, bising-bising gaya cam havoc. Tapi, bila exam, result dia yang paling otai, ada umphh la. Salu diowang yang camni, akan kuat study tatkala pulang ke rumah.

Hehe, rasanya itu la cara yang diaplikasi oleh budak-budak medic ni, haa, diorang bukan nerd, cuma mempunyai cara study yang pelbagai, serta mengekalkan core activity medical student tu sendiri, iaitu, sentiasa ada bersama buku. Sekian. Wassalam.


Riya'..Nauzubillah T.T

Salamullahi alaikum...

Tajdid iman di pagi hari..sebuah perkongsian.

Pada suatu waktu sahur, seorang abid membaca Al-Quran, surah "Thoha", di biliknya yang berhampiran dengan jalanraya. Selesai membaca, dia berasa amat mengantuk, lalu tertidur. Dalam tidurnya itu dia bermimpi melihat seorang lelaki turun dari langit membawa senaskhah Al-Quran.

Lelaki itu datang menemuinya dan segera membuka kitab suci itu di depannya. Didedahkannya surah "Thoha" dan dibeleknya halaman demi halaman untuk tatapan si abid. Si abid melihat setiap kalimah surah itu dicatatkan sepuluh kebajikan sebagai pahala bacaannya kecuali satu kalimah sahaja yang catatannya dipadamkan.

Lalu katanya, "Demi Allah, sesungguhnya telahku baca seluruh surah ini tanpa meninggalkan satu kalimah pun". "Tetapi kenapakah catatan pahala untuk kalimah ini dipadamkan?" Lelaki itu berkata.

"Benarlah seperti katamu itu. Engkau memang tidak meninggalkan kalimah itu dalam bacaanmu tadi. Malah, untuk kalimah itu telah kami catatkan pahalanya, tetapi tiba-tiba kami terdengar suara yang menyeru dari arah 'Arasy : 'Padamkan catatan itu dan gugurkan pahala untuk kalimah itu'. Maka sebab itulah kami segera memadamkannya".

Si abid menangis dalam mimpinya itu dan berkata, "Kenapakah tindakan itu dilakukan?".

"Puncanya engkau sendiri. Ketika membaca surah itu tadi, seorang hamba Allah melewati jalan di depan rumah mu. Engkau sedar hal itu, lalu engkau meninggikan suara bacaanmu supaya didengar oleh hamba Allah itu.

Kalimah yang tiada catatan pahala itulah yang telah engkau baca dengan suara tinggi itu".

Si abid terjaga dari tidurnya. "Astaghfirullaahal-'Azhim! Sungguh licin virus riya' menyusup masuk ke dalam kalbu ku dan sungguh besar kecelakaannya. Dalam sekelip mata sahaja ibadahku dimusnahkannya.

Benarlah kata alim ulama', serangan penyakit riya' atau ujub, boleh membinasakan amal ibadat seseorang hamba Allah selama tujuh puluh tahun".

Perubahan

2011-04-16


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ya, perubahan, atau dalam bahasa inggeris iaitu change. Bagi kebanyakan orang, menyebutnya begitu senang sekali, bagai angin meniup daun yang gugur. Akan tetapi, untuk melaksanakannya bukanlah suatu yang boleh di pandang mudah, hal ini kerana tidak semua mampu melaksanakannya. Malahan, yang melaksanakannya sekalipun, tidak semua perubahan yang dirancang, berjaya dilaksanakan. Walaubagaimanapun, usahlah berduka cita dan masam mencuka, kerana:


Allah telah memperingatkan kita, supaya tidak berputus asa daripada rahmat Allah, ini kerana rahmat serta kasih sayang Allah terhadap hamba-Nya maha luas. Justeru itu, andai kata, perubahan yang anda idamkan tidak membuahkan hasil yang yang diidamkan, usahlah bersedih hati, kerana kita mempunyai Allah, tempat bergantung serta memohon pertolongan. Janganlah malu untuk berdoa, kerana Allah amat amat amat amat amat suka tatkala hamba-Nya memohon daripada-Nya. Maka, berdoalah, berdoalah dan berdoalah, jangan penah sekali merasa jemu, dan jangan lupa, sertakan juga tawakal, kerana hanya kepada Allah kita bertawakal.

Juga perlu diingatkan, dalam melakukan revolusi perubahan, sikap putus asa harus dibuang jauh-jauh, kerana ujian seringkali menjelma tatkala hati kita bersemangat untuk melakukan perubahan. Tidak lupa juga, perubahan yang diidamkan harus dibaja dengan keazaman yang tinggi, moga benih-benih perubahan akan mekar menghijau.

Akhir kalam yang serba sedikit ini, perubahan itu suatu yang amat berharga, dan jalan untuk menempuhnya dipenuhi onak duri yang tidak jemu mengganggu orang yang ingin menuju ke arahnya. Walaubagaimanapun, itu tidak bermakna kita tidak mampu melakukannya, buat peringatan, perubahan itu bermula dari diri kita.Sekian.

*Nukilan di atas adalah peringatan buat diri kami serta sahabat-sahabat, moga bermanfaat, insyaallah

*jika ada point yang salah atau tidak kena dalam nukilan di atas, harap maklum =)

Bedah siasat atau Autopsi jenazah

Soalan : Apakah hukum melaksanakan kaedah autopsy/bedah siasat ke atas mayat dan berikan dalil yang mengesahkan pernyataan tersebut.."


Jawapan :

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-25 yang bersidang pada 13 Disember 1989 telah memutuskan;

“Pembedahan mayat orang Islam hanya boleh dilakukan jika keadaan benar-benar memerlukan (dharurat) sahaja seperti terlibat di dalam kes-kes jenayah yang sangat memerlukan post mortem atau si mati tertelan benda yang berharga atau si mati yang sedang mengandung sedangkan kandungannya masih hidup.”

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-61 yang bersidang pada 27 Januari 2004 dalam membincangkan mengenai hukum bedah siasat mayat yang kematian bukan dikategorikan kes jenayah telah memutuskan;

“Hukum asal pembedahan mayat adalah haram tetapi dibolehkan sekiranya dalam keadaan dharurat dan terdapat keperluan yang mendesak seperti membuat kajian terhadap penyakit, mengenalpasti punca kematian dan penyelidikan serta pendidikan khususnya dalam bidang perubatan.”

Jenis-jenis Bedah Siasat Mayat

i. Bedah siasat Clinical

Bedah siasat mayat dijalankan bagi mengesahkan punca kematian, kesan sesuatu penyakit atau kecederaan serta bagi tujuan pembelajaran dan penyelidikan. Kes-kes kematian ini tidak berkait dengan kes Polis seperti kes penyakit mudah berjangkit atau kematian di wad. Pegawai Perubatan Kerajaan perlu mendapat keizinan dari waris sebelum membuat bedah siasat. Dalam kes-kes yang melibatkan kepentingan umum seperti kes di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), bedah siasat mayat dibolehkan tanpa perlu merujuk atau mendapat keizinan waris.

ii. Bedah siasat Medicolegal

Bedah siasat ke atas mayat yang dikaitkan dengan kes Polis seperti kemalangan, mati lemas, kebakaran, pembunuhan dan kematian yang disyaki/tidak pasti sebabnya. Majistret atau Polis akan mengeluarkan arahan (Borang Pol. 61) kepada Pegawai Perubatan Kerajaan untuk menjalankan bedah siasat mayat tanpa perlu merujuk atau mendapat keizinan waris.

Keperluan Bedah Siasat Mayat

i. Bedah siasat mayat dilakukan kerana ia keperluan undang-undang untuk membuktikan kebenaran dan menegakkan keadilan bagi si mati dan waris.

ii. Bedah siasat mayat dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini yang timbul di masa hadapan setelah mayat dikebumikan.

iii. Hasil bedah siasat mayat dapat digunakan bagi menyelamatkan dan melindungi orang ramai daripada penyakit berjangkit yang berbahaya pada masa akan datang.

iv. Bedah siasat mayat dapat menambah ilmu dan ke-pakaran dalam m bidang perubatan.

v. Kajian daripada hasil bedah siasat mayat dapat meningkatkan tahap kesihatan dan keharmonian hidup masyarakat.

Kematian yang perlu bedah siasat

Selain bedah siasat mayat yang dibenarkan mengikut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, terdapat juga kematian yang perlu kepada bedah siasat mengikut peruntukan undang-undang dan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia yang selaras dengan kehendak syarak (dharuriyyat dan hajiyat)

ETIKA BEDAH SIASAT MAYAT MENURUT ISLAM

Kaedah melakukan bedah siasat mayat bukanlah sesuatu yang mutlak. Individu atau kumpulan yang terlibat dalam urusan bedah siasat mayat perlu memenuhi etika yang digariskan oleh syarak antaranya;

1. Menghormati, menjaga hak dan kemuliaan mayat sebagai manusia

Semua Pegawai dan Petugas Perubatan Kerajaan yang terlibat dalam proses bedah siasat hendaklah menghormati mayat seperti manusia yang masih hidup.Islam menyuruh orang yang masih hidup supaya menjaga kemuliaan, hak-hak dan kehormatan orang yang telah mati sepertimana orang hidup tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Islam melarang seseorang menganiayai seseorang yang lain sama ada pada diri, maruah dan harta mereka. Firman Allah S.W.T. dalam Surah al-Israa‘ ayat 70 yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.”

2. Menyegerakan urusan bedah siasat mayat

Urusan bedah siasat mayat hendaklah dijalankan dengan segera supaya selaras mengikut kehendak syarak yang mewajibkan mayat diuruskan dengan segera, sebagaimana hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Segeralah penyelesaian pengurusan jenazah kerana kalau ia jenazah orang soleh maka bererti kamu menyegerakan kepada kebaikan dan apabila sebaliknya (mayat yang tidak soleh) maka bererti kamu telah melepaskan kejahatan dari bahumu”. (Riwayat Muslim)

3. Kebenaran Waris

i. Bagi kes-kes bedah siasat clinical, Pegawai Perubatan Kerajaan perlu mendapat kebenaran daripada waris untuk melakukan bedah siasat.

ii. Bagi kes-kes bedah siasat medicolegal kebenaran dari waris tidak diperlukan untuk melakukan bedah siasat.

4. Melakukan bedah siasat dengan cermat (tidak kasar)

Pembedahan hendaklah dilakukan dengan cara cermat supaya tidak merosakkan kehormatan dan kemuliaan mayat. Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;

Dari Aisyah r.a. Raslululllah s.a.w. bersabda; “Memecahkan/mematahkan tulang mayat sama seperti memecahkannya/mematahkannya sewaktu hidupnya”. (Riwayat Abu Daud)

5. Melakukan bedah siasat mayat setakat yang diperlukan sahaja

Bedah siasat mayat yang dilakukan tidak boleh melampaui batas atau had rukhsah yang dibenarkan kerana mengambil kira hukum asal menyakiti mayat adalah haram. Oleh itu, bedah siasat mayat boleh dilakukan ke atas mana-mana anggota mayat yang diyakini boleh membantu mencapai matlamat pembedahan dan mengenalpasti sebab-sebab kematian. Ini bersesuaian dengan kaedah fiqhiyyah iaitu ‘perkara dharurat adalah dikira mengikut kadarnya.

Sumber : disunting dari soal Jawab Agama JAKIM, http://baheis.islam.gov.my, Nombor Rujukan – PANEL SJAI 160608

Aku Tidak Sejahat Firaun!!

Dunia yang hanya sementara
Salamullahi alaikum...

Izayyik? ( ape kaba dlm bahasa arab mesir)..semoga semua sihat walafiat..

Lately sy bnyak post entry pasal sejarah2 Islam. Entry kali ni sy nk bercerita tentang sebuah kisah menarik mengenai Khalifah Al- Makmun. Sebuah kisah yg saya petik dari buku fevret yg selalu ummi sy bacakan tyme saya kecik2 dlu.

Khalifah Al-Makmun memang kurang disukai oleh rakyatnya. Banyak ulama dan orang salih yang memusuhinya. Bahkan sejarah mencatat beberapa nodahitam dalam masa pemerintahannya.

Oleh kerana itu, acap kali mimbar-mimbar agama dimanfaatkan oleh para mubalig untuk menyerukan masyarakat agar lebih bersungguh-sungguh melawan kemungkaran dan kezaliman para penguasa. Namun sejauh itu, tidak ada yang berani menunjuk hidung dan dengan terang-terangan mencacinya.

Pada suatu Jumaat, Khalifah Al-Makmun mengunjungi Bashrah. Ia ikut sholat di masjid agung kota kelahiran Imam Hasan Al-Bashri itu. Tiba-tiba sang khatib dalam khutbahnya menyebut namanya dengan nada tidak sopan dan membongkar serta menuduh keculasan-keculasan secara kasar. Khalifah mengelus dada. Siapa tahu khatib itu cuma terbawa emosi akibat hawa panas yang sedang menyengat seluruh negeri?

Kali yang lain, ketika Khalifah menjalankan sholat jemaah di mesjid yang berbeza, kebetulan khatibnya sama, seperti pada waktu ia bersembahyang di masjid agung Bashrah. Dan khatib itu mengulangi kembali makian serta kutukan-kutukannya kepada Al-makmun. Di antaranya sang khatib berdoa, "Mudah-mudahan Khalifah yang sewenang-wenang ini dilaknat oleh Allah s.w.t." Maka habislah kesabaran Al-Makmun. Khatib itu diperintahkan untuk datang menghadap ke istana. Setengah dipaksa, khatib tersebut akhirnya mahu juga mengunjungi Khalifah.

Kepada khatib yang keras itu Al-Makmun betanya, "Kira-kira, manakah yang lebih baik, Tuan atau Nabi Musa?" Tanpa berfikir lagi, sang khatib yang galak itu menjawab, "Sudah tentu Nabi Musa lebih baik daripada saya. Tuan pun tahu bukan?" "Ya,ya. Saya fikir begitu," sahut Al-Makmun. "lalu, siapakah menurut pendapat Tuan yang lebih jahat, saya atau Firaun?" Disini sang khatib terperangah. Ia sudah boleh menduga kemana tujuna pertanyaan itu. Namun ia harus menjawab sejujurnya. Maka ia lantas berkata, "Pada hemat saya, Firaun masih lebih jahat daripada Tuan."

Al-Makmun kemudian menegur, "Maaf, Tuan. Seingat saya, bagaimana pun jahatnya Firaun, sampai ia mengaku tuhan, dan bertindak kejam kepada umat Nabi Musa, malah telah menebus hidup-hidup dayang-dayang putrinya yang bernama Masyitah beserta susuannya, pun Nabi Musa diperintahkan Allah untuk berkata dengan lemah lembut kepada si zalim itu. Tolong dapatkah Tuan membacakan buat saya perintah Allah yang dimuat dalam Al-Quran tersebut?"

Tergagap-gagap sang khatib membacakan surah Thoha ayat 44 yang artinya: "Berikanlah, hai Musa dan Harun, kepada Firaun nasihat-nasihat yang baik dengan bahasa yang halus, mudah-mudahan ia mahu ingat dan menjadi takut kepada Allah."

Khalifah Al-Makmun tersenyum sebelum dengan tegas bertitah,"kerana itu, pantas bukan kalau saya meminta Tuan untuk menegur saya dengan bahasa yang lebih sopan dan sikap yang lebih bertata krama? Lantaran Tuan tidak sebaik Nabi Musa dan saya tidak sejahat Firaun? Ataukah barangkali Tuan mempunya Al-Quran lain yang memuat ayat 44 surat Thaha itu?"

Khatib tersebut tidak boleh menjawab sepatah pun. Hatinya tidak puas, rasanya masih ingin mengutuk Al-Makmun dengan kalimat yang lebih garang dan keras. Akan tetapi, bagaimanapun pahitnya, perintah Allah harus dipatuhi, ayat Al-Quran harus dipegang. Kerananya, sejak saat itu ia berkhutbah dengan nada yang berubah dan isi yang lebih menyentuh. Terbukti, dengan cara itu, makin banyak masyarakat yang terpikat dengan pengajaran-pengajarannya, lalu berbalik langkah dari dunia hitam yang penuh maksiat, untuk bertaubat melaksanakan ibadah yang lebih taat.

Melalui mimbar-mimbarnya, ia sudah berani lantang mengutip surah An-Nahl ayat 125 yang berbunyi : "Serulah ke jalan Tuhanmu dengan bijaksana, dengan nasihat yang baik, dan berhujahlah kepada mereka dengan landasan yang lebih mendalam."

Nyatanya, acap kali manusia dapat menggali mutiara dari lumpur laut yang hitam legam. Sebab dari seekor ular yang berbisa dan menjijikkan, keluarlah berbutir-butir telur yang halal dimakan. Maka patutlah apabila Sayidina Ali bin Abi Thalib pernah berpesan, "lihatlah apa yang dikatakan, dan jangan melihat siapa yang mengatakan."

So, ape yg kita dapat dari entry ni?

Sesungguhnya xde manusia yg diciptakan sebagai SEMPURNA di muka bumi Allah ini..dia xkan lari dari membuat kesilapan. Sebesar mana pun silap dia di mata kita, hnya 2 perkara yg kita perlu amik perhatian;

  1. Dia manusia dan kita juga manusia. Xkan lepas dari silap dan sama2 lah kita menegur silap masing2. Addin an nasiihah ( agama itu nasihat)..so sama2 la kita nasihat menasihati.
  2. Dia punye harga diri sama seperti kita..menegur seseorang tanpa mengaibkan adalah tindakan yg amat bijaksana. Dan beware pada suatu perkara; jika kita membuka aib sahabat kita di dunia..nanti kan lah balasannya di akhirat kelak. Allah akan turut membuka aib kita..nauzubillahi min dzalik..
Usiykum..wa iyya ya..Wassalam