header-photo
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Nisfu Syaaban: The Countdown

2012-07-04


Salam alaik dan salam sejahtera buat semua pembaca…

Lepas 4 bulan approximately x buat sebarang post, hari ni Alhamdulillah ade sedikit masa terluang untuk sy menulis. Sebab dh lama sangat x menulis ni, idea agak kering jugak currently. Ape2 pon di harapkan post ni mampu member serba sedikit ilmu buat semua pembaca. InsyaAllah…

Hari ni dh masuk 14 Syaaban. Esoknya 15 hb Syaaban which means ade lagi setengah bulan sebelum datangnya bulan 1000 rahmat; Ramadhan! Memang happy tengok keadaan sekeliling sebab ramai yg berpuasa sunat hari ni. Semoga amalan kita semua di terima oleh Allah insyaAllah (^^).

Dalam kita berpuasa dan bersembang tentang Nisfu Syaaban ni, agak2nya kita ni cukup arif tak tentang ape itu Nisfu Syaaban? Bagi anda2 yg dh tahu, syukur Alhamdulillah. Tapi bagi yg belum, insyaAllah di post ni kami akan berkongsi dengan anda serba sedikit mengenai Nisfu Syaaban.

Dalam bahasa arab, nisfu bermaksud separuh. So Nisfu Syaaban bermaksud separuh daripada Syaaban a.k.a 15 hb Syaaban. Syaaban adalah salah satu bulan dalam kalendar Hijrah dan bulan yg menandakan kita semua semakin hampir kepada Ramadhan. Istimewanya Syaaban bertepatan dengan hadith yang di riwayatkan oleh Umamah Al Bahili ra, yg berkata: Rasulullah S.A.W bersabda;


"Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."


Rasulullah juga pernah menyebut bahawa di namakan sebagai bulan Syaaban itu adalah kerana padanya amal kebaikan akan berkembang dengan banyak sekali.

Sebagai hamba Allah yg lemah dan banyak melakukan kesilapan, kita di anjurkan untuk sentiasa membersihkan diri kita dari dosa setiap hari. Jika setiap hari kita melakukan perkara yang baik, di bulan Syaaban ini perlulah segala amalan itu di lipat gandakan lagi. Contohnya…kalau sebelum ni kita puasa sunat setiap hari isnin dan Khamis, mungkin di bulan Syaaban ni kita boleh buat 5x seminggu. Puasa di bulan Syaaban ni merupakan latihan awal kita sebelum kedatangan Ramadhan. So kalau kita dh mula berpuasa di bulan Syaaban, insyaAllah di bulan Ramadhan nanti kita dh terbiasa dengan puasa dan hasilnya takde la kita nk longlai je masa Ramadhan nanti, kan?? (^^,)



Di riwayatkan juga dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril as pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!" Kata saya (Nabi Muhammad SAW): "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."

Segala dalil ni dah membuktikan cinta Allah kepada para hambanya dengan mengurniakan kita semua jalan serta cara untuk mendapat pahala. Tunggu kita ni je…nak mengambil peluang itu ataupun tidak.
Sama- samalah kita berdoa:


"Allahuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan"

Yang bermaksud:

"Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan."

Jom perbanyakkan amalan kita di bulan Syaaban yang berbaki 15 hari saja lagi…dan bersedia untuk menantikan bulan yang din anti- nantikan oleh seluruh ummat Islam; RAMADHAN!!
Illal liqa wa maas salaamah.

Ramadhan Versi Saya (^__^)

2011-07-30


Salam ziarah buat semua readers… semoga rahmat Allah bersama kita semua.

Hari ni 28 Syaaban 1432.

Andai sampai Ramadhan ni pada sy kali ni, tahun ni merupakan tahun ke 21 sy menyambut Ramadhan. Sy yakin setiap orang ada versi Ramadhan mereka sendiri. Entry hari ni sy nak share tentang versi Ramadhan sy. Semoga kita mendapat manfaat bersama.

Sy mula berpuasa sewaktu umur 6 tahun. Time tu puasa bukan takutkan berdosa ke ape, tapi sebab kena paksa dengan mak. Kali pertama bangun sahur memang semangat, tapi bila sampai pukul 9 pagi mula masuk dapur cari makanan. Haha… naïf sungguh time tu. Bila masa bersahur macam2 sy makan, tapi x tahu la nape dugaan sungguh bila tengok adik2 yg x puasa makan… rasa nk berbuka time tu jugak. Dugaan anak sulong la katekan.

Apa yg menghairankan, orang skang ni bukan setakat x puasa, tapi bleh plak order makan kat kedai time bulan pose. Adehhh… sakit2. Malu pada Allah sah2 la dh xde sebab dia x pose… at least malu la skit ngn bebudak kecik yg bau start nk pose. Respect la depa ni sket. Pastuh kalu kena angkut ngan van jenazah oleh jabatan agama Islam mula la cakap ayat drama:

“Enchik… sy x bersalah enchik!!”

Padahal dah nyata suun kat pipi… hahaha.

Ni ok la lagi… ade yg lagi dasat; mengaku diri tuh bukan orang Islam. Subhanallah…

Hal di atas ni merupakan salah satu fenomena biasa di negara kita lately. Kalo dulu susah nk tengok golongan2 cmni, tapi la ni bersepah.

Habis satu cerita…

Ok2 balik pada cerita sy tadi.

Bila masa nk berbuka puasa plak, mak ngn ayah sy akan bawak kami adik beradik pergi bazaar Ramadhan kat area2 wakaf che yeh tu. So memang heaven la ngan segala jenis makanan. Sebut je nak ape… sume ade. My favorite is nasik kerabu. Makan tiap2 hari selama 30 hari during bulan posa tu pon xpa. Haha…

Bila orang tanya kita tentang Ramadhan, jawapan kita:

“ Bulan penyucian hati dan jasmani”

Kalau disebutkan tentang hal penyucian jiwa sy rasa kita semua dah sedia maklum tentang isu tazkiah nafs yg sy sentuh dlm post seblum ini. Bagaimana pulak dengan penjagaan jasmani?

Kalau bulan puasa ni, ramai orang ske kurangkan kerja physical sebab nk jaga energy. Asik tidow je manjang. Kalo x pon lepak je kat umah. Pukul 6 petang kua cari makan kat bazaar.

Kalau boleh Ramadhan tahun ni, kita sama2 perbaiki kekurangan kita di Ramadhan2 terdahulu. Kurangkan tidow… banyakkan aktiviti sihat..berkebun ke…senaman2 ringan ke. Time membeli belah kat bazaar plak jangan nafsu merajai perut. Pantang tengok….sume benda nak beli. Kalo beli banyak2 ntuk di sedekahkan xpe…syukur alhamdulillah…

Tapi kalau setakat untuk diri sendiri yg nak makan bersederhana tu lebih baik kan?

Gambar ni saya cari kat sini

Bila sebut plak tentang puasa mesti kita akan terfikirkan betapa bestnye solat terawih. Kat sini kita boleh lihat betapa istimewanya Ramadhan ni bila teraweh ni Allah letak hanya pada bulan Ramadhan sahaja.

Fenomena di sesetengah tempat di negara kita…

10 malam pertama: Jemaah 50 orang

10 malam pertengahan: Jemaah 25 orang

10 malam terakhir: Jemaah 10 orang

Jemaah makin sikit. Bila di tanya kenapa, jawapannya:

“Sibuk la banyak lagi persiapan raya x buat… baju anak2 xbeli lagi…xsiap jahit lagi…langsir x gantung lagi. Haaaa….kueh2! Kueh pon x buat lagi ni…adehh stress! “

Persiapan raya ni xsalah pon bahkan perlu sebab kita menantikan kedatangan hari kemenangan ummat Islam selepas sebulan mengharungi dugaan bulan puasa. Sy pon seronok nak sambut raya! (^__^) Tapi jangalah sampai kita terlupa tentang satu lagi keistimewaan Ramadhan; Lailatul Qadr. Kalau boleh Ramadhan tahun ni kita bahagikan masa dengan sebaiknya supaya persiapan raya nnt sempat di setelkn sebelum datangnya 10 malam terakhir. Amacam???

Let us perbaiki diri di bulan Ramadhan ini supaya Ramadhan kita lebih baik dari sebelumnya. Ramadhan merupakan platform penyucian diri yg Allah hadiahkan kepada kita dalam proses kembali kepada fitrah…kalau la ini Ramadhan terakhir kita, moga2 ia menjadi Ramadhan terbaik selama kita hidup ini. InsyaAllah

Marhaban ya Ramadhan!