header-photo
Showing posts with label spm. Show all posts
Showing posts with label spm. Show all posts

9 1A PMR + 12 1A SPM

2011-10-02

Salam alaik buat semua pembaca…semoga Allah sentiasa merahmati kita semua.

Amin…

Sekarang sibuk kat fb duk wish gudlak ntuk candidates PMR. Mesti adik2 yg akan seat PMR tahun ni dh gelabah bagai sebab stress fikirkan exam. Hehe…buat those yg menghadapi situasi ni skang, let’s take some rest and read this post jap sebab post ni khas buat adik2 form 3, xlupa jugak buat adik2 form 5 yg bakal menghadapi PMR dan SPM tahun ni. Semoga beroleh manfaat…

So for u guys, here some tips yg buleh kami kongsikan ntuk adik2 semua.

1. Sentiasa banyakkan berdoa terutamanya di waktu2 mustajab doa; Selepas solat fardhu, duration di antara azan dan iqamah etc…insyaAllah semoga Allah menerima doa kita.

2. Lazimkan amalan2 sunat seperti solat sunat hajat dan solat sunat taubat. Solat sunat dhuha pun kena salu amalkan supaya Allah permudahkan rezki kita. Jangan lupa jugak ntuk bangun solat tahajjud dan istikharah jika terpilih…

Ukhti Madhihah...Maahadian contoh

3. Sentiasa membaca doa sebelum study. Cuba sedaya upaya ntuk berada dlm keadaan yg bersih time nak study.

4. Baca quran at least 1 muka surat selepas solat fardhu.

5. Kalo dh stress study, jgn selalu meng gunakan music sebagai jalan keluar ntuk release stress. Seeloknya, amik wuduk and baca quran. Kalo x mampu gak, tidoq la sat.

6. Time study jgn pulun semua benda dalam satu masa…baca satu persatu. Kalo sume nak pulun dlm satu masa takut la plak yg di kejar x dapat yg di kendong berciciran. Tambah2 plak masa dh x banyak…so make it smart study not hard one.

7. Hubungan dgn guru2 kena jaga.

Kisah benar ; Dulu sorang budak ni dia kerap gak la x dtg kelas EST …dan sebagai balasan kpd perbuatannya…EST dpt B3…sekaligus mencacatkan result SPM beliau…(T.T)…P/S: sapa dia biar la rahsia.

8. Mintak restu ngan mak ayah dh memang wajib lah kan. Then, mintak halal ilmu ngan cikgu2 yg mengajar kita. Kadang2 silap kita sumer, kita menganggap cikgu kita adalah cikgu yg mengajar PMR/SPM je. Dah hilang ingatan nama cikgu form 1 yg berpenat nak ajar kita pasal prime number dulu2. Walaupun dia dh x mengajar kita, dia tetap cikgu kita. Kalo bleh jumpa cikgu2 yg lama2 skali pon elok juga…

9. Baca doa sebelum buat exam. Jangan gelabah. Bagi yg xleh check jawapan pas paper, xpayah la check sekalipun kawan2 yg len duk sebok check. Bukan ape, takut nnt hilang semangat kalo tau dh buat silap dalam paper. Sure akan affect next paper.

10. Lepas abis exam tawakkal la. Allah akan membantu orang yg dh berusaha. Jangan la plak lepas dh bleh jawab soklan ngan yakinnya, terus lupa solat sunat segala yg diamal sebelum paper. Bagi yg agak xleh nak jawab mane tuh, jgn putus harapan. Allah yg jaga hati para pemeriksa paper2 anda sume. Mintak doa semoga Allah lembutkan hati depa time mark paper anda.

Semoga adik2 semua berjaya dalam exam PMR/SPM nanti. InsyaAllah…


Mana Mau Pigi Pas SPM????

2011-03-27


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua,

Post kali ni agak specific la, khususnya buat pelajar2 lepasan SPM 2010 yang baru mendapat result pada ....... . Buat yang mendapat result sukses, alhamdulillah serta tahniah buat kalian, bagi yang kurang bernasib baik, jangan sedih dan jangan down, sebab it's not the end of the world yet, lots of thing to come.

Ok la, buat anda semua lepasan SPM, mesti korang wondering and tertanya :
"ermm, nk amek ape ye pasni?"
" course apa yg harus aku amik ni?"

So, sehubungan dengan itu,kami dengan rasa rendah diri nk share and kongsi sket la, pasal course2 yang menjadi target buat pelajar2 lepasan SPM. Di sini kami nak highlightkan top 10 course yang menjadi rebutan
*kalo nk ikutkan byk, so amik 10 je k? :p

10 course yang menjadi rebutan tu adalah :


1. Perubatan, Farmasi dan Pergigian

Features : belajar pasal tubuh badan manusia, ubat-ubatan, surgeri serta penyakit-penyakit manusia dan cara rawatan.

Skop kerja : banyak, anda boleh menjadi doctor, surgeon, specialist mengikut bidang2 perubatan, pensyarah, pembantu makmal perubatan.

Negara yang menawarkan course ni : Malaysia, Indonesia, Russia, Mesir, Jordan, Ireland, UK, Australia.

Tempoh pengajian : berbeza mengikut universiti, tetapi minimum 5 tahun.

Keperluan : basic science, human science and kekuatan menghafal, sbb medic mostly korang akan byk menghafal :P



2. Kejuruteraan

Features : korang akan belajar pasal kira-kira, bina-bina dan prinsip fizik serta pengetahuan
praktikal untuk diaplikasikan dalam pembinaan.

Negara yang menawarkan course ni : banyak negara yang menawarkan, Malaysia sendiri pun ada menawarkan course ni.

Skop kerja : pembinaan, industri, design, automobil, kimia, robotic, pembuatan, perisian dan macam2 lagi, mmg luas, kira dari A to Z, ada saja skop kerja untuk engineer nih :D

Tempoh pengajian : minimum 4 tahun

Keperluan : basic mathematic, additional mathematic, physic.



3. Perundangan

Features : belajar pasal undang-undang, perbicaraan, peguambela dan peguamcara.

Negara yang menawarkan course : Malaysia, UK, America, mostly banyak negara yang menyediakan course ini.

Skop kerja : peguam, pensyarah dan hakim.

Keperluan : subjek sastera, sejarah, pandai berdebat dan banyak membaca,.



4. Accounting

Features : anda akan bermain dengan nombor-nombor, dengan pengetahuan matematik yang baru, berkaitan dengan pengurusan kewangan.

Negara yang menawarkan : banyak seperti Malaysia, UK, America, Australia.

Skop kerja : sebagai accountant samada di bank, syarikat insuran ataupun syarikat ekonomi dan
bussiness.

Keperluan : segala yang berkaitan matematik, kena main sudoku byk2 ye :P



5. Pendidikan

Features : akan menjadi pendidik, mahupun di sekolah rendah, menengah, matrik serta di mana
saja institusi pendidikan.

Skop kerja : Guru, pensyarah, pegawai di kementerian pendidikan.

Negara yang menawarkan : Malaysia, buat guru TESL, mybe ke UK, Canada, New Zealand.

Keperluan : all subject about teaching, n soft skill also :)



6. Senibina

Features : bidang ini terlibat dari designing hingga ke pembinaan, kadang-kala mereka terlibat secara langsung ataupun tidak di dalam kerja pembinaan.

Skop kerja : arkitek, pereka dalaman, juruukur, pensyarah.

Tempoh pengajian : 3 atau 4 tahun.

Keperluan : matematik, physic, lukisan kejuruteraan, dan alat melukis :)



7. Agama Islam

Feature : akan mendalami ilmu agama islam. Sebenarnya ilmu agama islam sangat luas, seperti al-quran, hadith, syariah, usuluddin,fekah, tasawwuf , and bahasa arab. akan menjadi
tulang belakang dalam masyarakat :)

Skop kerja : ustaz, ustazah, pensyarah, mufti, penceramah.

Keperluan : basic agama, niat yg ikhlas, insyaallah :).



8. Ketenteraan

Feature : bidang kerja yang lasak serta mencabar, khusus untuk lelaki, korang boleh jadi tentera untuk mempertahankan negara, serta menyertai misi-misi kemanusiaan.

Skop kerja : tentera darat, udara, laut, special ops, pengintip.

Keperluan : tubuh badan yang sihat, serta sanggup menerima heavy military training :D



9. Juruterbang

Feature : kerja anda membawa kapal terbang, ya, kapal terbang. satu kerjaya yang mencabar kerana kapal terbang bukan senang untuk dikemudi, tidak seperti membawa motosikal :)

Skop kerjaya : Juruterbang ataupun tenaga pengajar di pusat pendidikan juruterbang.

Keperluan : matematik, geografi serta menguasai subjek latitud dan longitud



10. Bussinessman

Features : anda mereka produk, rancangkan strategi peniagaan, and hit the market. walaubagaimanapun, kerjaya ini penuh rintangan, serta memerlukan buah fikiran serta strategi yang berkesan untuk memastikan pasaran anda berjaya :)

Skop kerja : luas, dan berkaitan dengan pemasaran, just create the product and hit the market :)

Keperluan : mathematic, accountancy, strategic mind, and a will to stay alive :)



Begitulah sedikit sebanyak tentang top 10 kerjaya yang menjadi rebutan, diharap segala kesilapan serta kesalahan dalam post ini dapat dimaafkan.

If you got something, just hit the comment ^^