header-photo

Jet lag

2011-09-26

Photobucket

Assalamualaikum semua,

Hari ni nk bertulis serba sedikit tentang jet lag, memandangkan saya baru sahaja pulang ke bumi kaherah, dan masih di dalam fasa jet lag.

Jet lag atau nama medicnya desynchronosis, selalunya disebabkan travelling ke tempat yang jauh dalam masa yang singkat,serta mengakibatkan kita mengalami perubahan zon waktu dan ia akan mengganggu tubuh badan punya circadian rhythm . Jet lag ni jugak akan dirasai selepas travel, antara symptom2 dia :

- sakit kepala
- kitaran tidur yang tidak teratur. (tidur tidak ikut waktu di tempat baru)
- letih, lesu dan penat
- sedikit kemurungan
- sembelit dan diarrhea

Tempoh masa jet lag yang dialami oleh seseorang adalah berbeza, ada orang sekejap je n ada pula orang yang lama. tidak sama bagi setiap orang.

Walaubagaimanapun, ada management2 untuk jetlag ni, antaranya :

1. Sebelum penerbangan
- boleh membuat temu janji dengan doktor.
- gunakan light box bagi mempercepatkan adjustment jam tubuh badan.

2. Semasa penerbangan
- elakkan pengambilan alcohol dan caffeine, bagi mengelakkan dehydrasi. caffeine boleh
mengganggu jadual tidur.
- banyakkan meminum air untuk elak dehydrasi serta melawan kesan atmosfera yang
kering semasa dalam flight.

3. Selepas flight/On arrival
- cuba adapt kepada waktu tempatan dan makan mengikut jadual.
- dedahkan diri kepada matahari, it helps.


Itu lah dia, serba sedikit tentang jet lag. harap2 dapat membantu pembaca2 sekelian.
Sekian terima kasih.

Tablet dan Study

Assalamualaikum semua

"Tablet dan Study", seperti tajuk di atas. kalo sekarang, buleh dikatakan era tablet, asal keluar mana2 je, ada je individu2 yang memiliki tablet, buleh dikatakan sebagai gajet accessory lak. Tablet ni sebenarnya banyak kegunaan dia,macam-macam, bukan ntuk keseronokan je,hehe.

Tablet dalam study pun ada kegunaannya juga, sebagai contoh utama, fungsi e-reader ataupun pdf reader yang ada dalam tablet, membolehkan tablet menjadi buku eletronik, kerana segala macam bahan bacaan ada dalam bentuk pdf. Yang bestnya, buku teks yang tebal2 pun ada jugak dalam format pdf ni, so kalo nk study je, bukak tablet. senang. macam2 buku teks pdf dpat disimpan, tambahan pula, size datanya tidak begitu besar. So bayangkanlah, dalam satu tablet je ada macam2 buku n tablet gak tak tebal.

Photobucket

*tablet sebagai alat membaca

Jadi tablet mungkin juga bakal menggantikan buku2 teks bertulis, sekali gus merevolusikan cara pembelajaran buat student. Fungsi animation yang disertakan dalam buku2 pdf, membuatkan proses pembelajaran lebih menarik dan mudah difahami, dan mengurangkan kebosanan,hehe.

Walaubagaimanapun, sy nk sentuh jugak pasal kekurangan tablet dalam study ni, antaranya :

1.Senarai buku2 teks pdf ni, belum cukup banyak, jadi perlunya usaha mencari buku2 tersebut dalam internet terpaksa dilakukan secara double.

2. Even ada buku2 pdf yang senang dicari, mostly adalah yang dijual, n harganya buleh kata agak mahal. so better cari yang free, ada je, tapi kena gigih mencari kerana xsenang jugak nk cari buku2 pdf yang free ni. Salunya ntuk buku pdf free ni, ia terdapat diblog2.

3. Kalo student salah guna tablet, mmg jadi benda lain, sebab selain buku2 pdf, tablet juga diserta dengan applikasi2 yang banyak, mostly game.

4. Kalau tablet hilang, maka hilang la segala buku2 pdf serta fail2 yang lain, so take a good care of your tablet.

Tablet dalam study buat masa sekarang masih lagi diperingkat awal, dan ianya bakal berkembang, dan tidak mustahil ia dapat mengubah cara pembelajaran kita.

Dan setiap benda ada pro n cons dia, so terpulang kepada pengguna bagaimana untuk menggunakannya. be a wise user :D

Google Google Google

2011-09-15


Assalamualaikum semua,
Hari ni nak cerita sedikit pasal Google (gambar besar, sry ye).

Zaman sekarang memang canggih, nak apa-apa je, search je internet, semua ada, tak smpai satu saat, berduyun-duyun maklumat yang dikehendaki dipaparkan. Rasanya semua familiar kot dengan ayat ni

"ko tak tahu ke pasal tu? Google je"

Kalau dulu orang sebut je Google, memang internet yang terlintas, dan dulu gak, Google terkenal sebagai search engine. Salah satu yang aku suka search engine Google time tu adalah feature "I'm Feeling Lucky", yang mana membawa kita kepada source yang kita nak.

Tapi sekarang Google bukan lagi asing kepada pengguna-pengguna internet, buleh kata semua orang tahu akan kewujudan Google, smpaikan diberi nama encik kepada Google, maka jadilah 'Encik Google'. Kini, Google bukan lagi dikenali sebagai search engine provider yang femes, tapi dikenali juga atas sebab2 lain :

Antaranya :

1. Youtube - Ya, youtube yang femes, tempat orang streaming video n upload video merupakan milik Google. Sebut je cite ape, search youtube, insyaallah ada,hehe.

2. Google Maps - Kalau nak pegi mana2, dan nak tahu lokasi sesuatu tempat, Google Maps adalah pilihan yang terbaik, taip je alamat ataupun nama tempat, pastikan akan dijumpai. So, kalau plan nak pergi mana-mana, buleh la guna khidmat Google Maps untuk mengetahui peta dan lokasi, takut2 tersesat nanti.

3. Google Translate - Satu lagi feature dari Google yang awesome, iaitu Google Translate, feature ni buleh membantu kita untuk belajar bahasa2 asing. Jika ada saja perkataan dari bahasa asing yang kita tak paham, kita boleh copy and paste je pada Google Translate, dan ia akan menterjemahkannya untuk anda.

4. Android - Android merupakan OS (operating system) yang dibangunkan oleh Google. OS android sekarang banyak didapati pada telefon pintar dan juga tablet. Versi yang terdapat pada telefon pintar setakat ini adalah Froyo, Gingerbread dan Ice cream Sandwich (belum keluar lagi). Manakala untuk tablet adalah versi Honeycomb.

5. Google Chrome - Google Chrome ni merupakan web browser yang diperkenalkan oleh Google, it's simply fast n stable recently (sbb sy pengguna Chrome). Tapi Google Chrome ni memang tidak sepi dari pencabar2 yang lain seperti Mozilla Firefox, Apple Safari, Microsoft Internet Explorer, Opera dan lain2 web browser.

Itu lah dia Google, di sini saya dapat highlightkan 5 benda ni la, rasanya ada banyak lagi feature2 baru yang diperkenalkan oleh google pada masa kini. Apa pun, Google kini tidak hanya dikenali sebagai search engine provider, tetapi melangkah dengan lebih maju dengan improvement yg tersendiri.

Clinical Years


Salam alaik buat semua pembaca yg sy hormati dan kasihi..
Lately kepala pusing sangat sebab x da idea nak buat post. Then sy rasa sy perlu mintak pendapat member2 tentang ape yg sy nk tulis untuk post kali ni. Depa suruh tulis pasal clinical years. Tapi di sebabkan sy pon baru je nak mulakan study di clinical year, sy pon consult beberapa orang colleagues yg dah start clinical session and 2 3 orang seniors. All this great input are shared from my best buddies; Iera Shahira(MD UKM). TQVM sebab sudi share (^__^)
So now let’s talk about clinical year!
Clinical year merupakan tahun yg di nanti2kan oleh most student2 medic. Clinical year ni adalah tahun yg seronok sebab kita dh cm ala2 doc gituh..haha. Bukan la buleh rawat patients tapi study kita ada variety; bukanlah lecture and tutorial semata2.
Apabila anda sudah bergelar clinical year medical student, there are ward round…bed side teaching (belajar dari real patient yg warded kat hospital), case presentation and many other. Plus, theory paper is only once a year. Kalau anda student clinical tahun pertama(3rd year), anda akan cuti daripada menghadapi professional exam selama 2 tahun…sebab clinical year punye pro exam adalah during 5th year!
Ok..so ape agaknye yg kita perlukan bila nak masuk clinical year??
Here are some important things that u required in order to start your clinical year;
· Ilmu tentang ape yg dah anda pelajari sewaktu 1st and 2nd year; Anatomy, Physiology, Biochemistry, Pathology, Pharmacology, Microbiology and Forensic Meds (for IMS students). X perlu la hafal kesemuanya tapi at least anda tahu basic bagi setiap subjects taken.
· Sikap ringan mulut untuk bertanya dan sikap mesra dengan staff2 hospital. Kalau x tahu janganlah segan untuk bertanya and selalulah share findings and case dengan kawan2 yg lain. Kena salu punctual and avoid tertinggal sebarang kelas.
· Pakaian yg mengikut etika dan bersesuaian dengan profession yg bakal diceburi. Bagi lelaki selalunya attire preferred is baju kemeja dan berseluar slack. Bagi perempuan pula samada berbaju kurung, atau kemeja lengan panjang dan berseluar slack. Kalau ade fesyen2 lain boleh pakai asalkan sopan, formal dan bersesuaian.
· Kelengkapan belajar : Stethoscope, white coat, name tag, tendon hammer, pentorch, ruler, neuro pin and etc based on what subject u take. Tak lupa jugak buku teks and some important handy books yg recommended by your lecturers and seniors. Sediakan jugak one small note book.
So ni lah serba sedikit tentang clinical years.Sebenarnya banyak lagi benda yg saya x mention kat sini. Kalau ade yg nak tambah ape yg di perlukan boleh la tinggalkan di ruangan komen kat bawah ok? Kat sini jugak saya attach link untuk download list of recommended books for medical students and professionals.
Semoga sama2 beroleh ilmu insyaAllah..
Wassalam.
P/S: Kat atas tuh gambar buku recommended to buy bagi student2 yg baru nk mula clinical years..

Teori Evolusi Cita2 Kawe!

2011-09-11

Salam alaik buat pembaca sekalian...

Bulan September ni ramai adik2 yg akan masuk U..xlupa gak pada senior2 yg akan menyambung pengajian mereka. Bagi adik2 yg bakal masuk U, ada dlm klgn dowg ni yg dapat course yg di idam2kan selama ni. Ada gak yg dapat course yg xpernah mimpi pon nk dapat. Bagi yg happy dapat apa yg anda idamkan, syukur alhamdulillah. Bagi yg xdapat plak, jangan la adik berduka cita. Allah tahu apa yg terbaik buat adik2.

Setiap orang ade cerita mereka sendiri tentang cita2...today’s entry sy akan bercerita tentang teori evolusi cita2 saya..

Mummy and daddy sy neh dua2 cikgu. So dari kecik kalu owg len men kawen2 ke, men masak2 ke...sy akan pilih ntuk men cikgu2. Habis anak2 jiran x kira usia kena paksa jadik murid sy. Haha.. so mmg kecik2 dulu kalu orang tanya nk jadik ape, sy kate nk jadik cikgu.

Bila abis UPSR, mak n abah hantar sy ke sebuah skolah agama dekat Kelantan; Maahad Darul Anuar. 1st time sy jumpa bahasa arab sy cm culture shock gak la... tambahan plak tengok senior2 yg pandai cakap arab. Pergh...hebat la depa ni. So time tuh sy kate kat diri sy, sy akan amik pengajian bahasa arab bila dh masuk uni nnt...n nak jadik interpreter. Idola sy time tuh abg kawan bek sy yang menjadik seorang interpreter semasa dia study kat syria. Mudah terpengaruh betulla sy ni...kn?

Sy study kat MADA selama 3 tahun. Habis je PMR sy ditawarkan mengikuti science stream kat Maahad Muhammadi Perempuan KB. Mula2 hati ni berbelah bagi gak la..xtau la nk p ke x. Tapi bila pikir2 balik sy buat keputusan untuk sambung pengajian kat MMP. Bila dah masuk kelas science, mmg expected la... buleh kate almost all people nk amik medic. Just ade 2 3 orang yg nk amik engineering and other courses. So bila tengok sume orang nk amik medic hati sy pon tergerak gak la nk minat medic...

Tamat je SPM sy masuk matrik..tempat sy main2 (T.T) Kat sane hati ni masih lagi nk amik medic. So sy amik aliran sains hayat kat sane. Cita2 nk buat medic kat USM la mula2nyer...sekali cita2 tersungkur dek kerana pointer yg xseberapa. Sedih gak la...and sy cm menyesal x study elok2 time kat matrik. Tapi bak kate pepatah sesal dahulu pendapatan...sesal kemudian buang karen je. So bye2 la medic IPTA...(T.T)

Pernah bercita2 nak jadik angkasawan tapi lepas kejadian ni xjadik la...

Tapi gue x putus harapan. Bila kuar je pointer, sy trus apply medic kat sume IPTS yg applicationnya xpayah bayar...Haha. Macam2 uni sy apply...tapi application medic ke IPTS pon same je susahnye (T.T).Ahhh...lantak la! Dah x pk dapat ke x...mintak je dulu. Haha..

On the same time borang UPU kuar. Time tu gak sy pk ape agaknye sy nk buat kalau sy xjadik doc? Sy apply UPU macam2 course...ade cita2 nk mintak law tapi BI xde la power mane. So sy apply almost all courses yg ade relation ngn biology and health because i do bad in math so sy avoid mane2 course yg ade math.

Tup2 dapat UKM occupational therapy. Result IPTS x kua2...so sy assume yg application2 sy gagal..then sy pon membawa diri ke UKM. Nak minat course yg sy xpernah dicita2kan ni susah gak la memula. Tapi orang kate x kenal maka x cinta.. when sy dh masuk UKM sy dah xpk yg sy akan jadik mende len. So, sy nekad sekalipun aku xleh jadik doc sekurang2nya sy masih lagi buleh berkhidmat ntuk masyarakat...and aku akan jadik OT yg berjaya!

Sedang asyik sy ngan cita2 sy yg baru, MARA kol plak kate dapat tawaran medic kat MSU. Alhamdulillah, bila di tanya pihak MSU kate SPM sy combine ngan result matrik..memang ngam2 je nk buat medic and most of all my SPM la yg cover result matrik sy yg xseberapa tuh. Phewww... Nak minat medic sekali lagi lepas sy dah buang medic jauh2 dalam diri sy...cm immpossible je. Tapi sape sangka... here I am already finish two years my medics life..


Allah memberikan kita apa yg kita perlukan, bukan apa yg kita mahu...

Wamakaru wamakarallah...wallahu khairul maakirin :)