header-photo
Showing posts with label Adab2. Show all posts
Showing posts with label Adab2. Show all posts

Menghormati Tetamu

2011-05-28

Seorang telah datang menemui Rasulullah S.A.W dan telah menceritakan kepada baginda tentang kelaparan yang dialami olehnya. Kebetulan pada ketika itu baginda tidak mempunyai suatu apa makanan pun pada diri baginda mahupun di rumahnya sendiri untuk diberikan kepada orang itu. Baginda kemudian bertanya kepada para sahabat, "Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai tetamunya pada malam ini bagi pihak aku ?"
Seorang dari kaum Ansar telah menyahut, "Wahai Rasulullah S.A.W, saya sanggiup melakukan seperti kehendak tuan itu."

Orang Ansar itu pun telah membawa orang tadi ke rumahnya dan menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata, "Lihatlah bahwa orang ini ialah tetamu Rasulullah S.A.W. Kita mesti melayaninya dengan sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada diri kita dan semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di rumah kita."
Lau isterinya menjawab, "Demi Allah! Sebenarnya daku tidak ada menyimpan sebarang makanan pun, yang ada cuma sedikit, itu hanya mencukupi untuk makanan anak-anak kita di rumah ini ?"

Orang Ansar itu pun berkata, "Kalau begitu engkau tidurkanlah mereka dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka. Apabila saya duduk berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang sedikit ini, dan apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu, sambil berpura-pura hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidakk akan ketahui bahwa saya tidak makan bersama-samanya."
Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan seluruh keluarga tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri terpaksa menahan lapar semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang.

Berikutan dengan peristiwa itu, Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud,

"Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan." (Al-Hasy : 9)

Selamat Hari Guru...Cikgu!

2011-05-16

Salam alaik buat semua..

Semalam wish samat hari guru kat my ma and my pa. Rasa happy sgt2 dapat ucap paling awal..even the date is actually today. Hehe..

Today’s post is about Hari Guru..so I was wandering and planning to talk a little bit bout my own story. Kinda weird actually to make a post bout my self but I guest I should give it a try. Ok, so this is a story a bout my excellent teachers that brings me to who I am today.

Sy kepoh. So tyme tadika lagi cikgu2 salu bagik tumpuan kat sy and classify me as budak nakal. Hehe.. Cikgu tadika sy sowg ni merupakan sumwan yg ajar sy ntuk solat dengan betul..1st person that give me chance to show my talent time tadika… and I still remember her name; Cikgu Zah. Dia salu bagi sy galakan ntuk be brave atas pentas and excel in my exams. Seawal umur 6 tahun sy dah masuk pertandingan syarahan peringkat PASTI..hehe. Rasenya x menang pon, tapi that is my 1st time I stand among big crowds. TQ cikgu sbb ajar sy solat…TQ cikgu sebab ajar sy cara nk bercakap depan orang…and TQ cikgu ntuk semua pengalaman yg xkan sekali2 sy lupakan ini.

Bila masuk skolah rendah I do have issues ngan membaca. Sy boleh membaca ngan elok time darjah 2. Teruk kan? Hehe.. Nama cikgu Bahasa Melayu sy time tuh is Cikgu Zainab. Garang wooo… tapi sebab dia garang gak la sy dh boleh membaca smpai ke hari ni. Setiap kali sy bace buku, sy akan ingatkan cikgu. So here I wanna give my greatest credits for u..Cikgu Zainab. TQ kerana sabar mengajar sy smpai sy boleh membaca.

One of the biggest reason why I choose medicine is I do so bad in Math. Pengalaman paling sy xleh lupa pasal math is during my lower form kat MADA dulu. Sorang cikgu sy ni nama dia Cikgu Yati. Seorang yg amat2 hebat mengajar math. Sy ni slow tahap gaban la math dedolu…( skg pon asenya). Tapi tyme study math form 3, dia bg sy semangat. Dia kate, sy cabar awk ntuk buktikan yg awk mampu buat A dalam math sekalipun awk xsuka math. The result, alhamdulillah I got A. Hanya Allah yg Maha Tahu betapa sy amat rindukan cikgu. Terima kasih cikgu atas segala usaha cikgu, dorongan yg dah cikgu bagik smpai sy berjaya dlm PMR. Wanna noe something guys? Sy xleh nk hafal sifir and sampai hari ni sy masih xdapat hafal sifir 6, 7 and 8. (^_^)

My life start to be more exciting when I enter maahad. MMP is such a great school yg membariskan tenaga kerja yg superb! The most unforgettable academic memory I have during my study session kat maahad was Miss Hayley..( I dunnoe the correct spelling of her name so for those readers that used to be my school mate, correct me if I’m wrong). She’s awesome. Her English is like I’m talking to a native American people. I love her slang!!! She inspired me to better my English. She help’s a lot in my study and alhamdulillah teacher…I do score your subject. TQ Miss Hayley as u always encourage me to be brave and used my English even it was totally broken…cuz today it’s a way better than before.

Dedolu sy penah enter pertandingan syarahan and debate BA masa kat maahad. Memula cuak gak la. Tapi bila dh move to the next and next round perasaan gugup tuh makin hilang. Tau x sape jurulatih sy?? Ustaz Akmal and Ustaz Suazhar..ustaz feymes kat maahad. Ustaz Akmal banyak bagi sy tunjuk ajar…siapkan teks syarahan yg panjang berjela2 tuh. Ustaz Su plak xpenah jemu bagi sy semangat. Im sorry as I can’t make to the top for syarahan but as I promised to both of u..me and my comrades to very well in debate. So ntuk Ustaz Su and Ustaz Akmal, ashkurkuma alfa3 syukran for all those memories!

Grad from maahad I move on to matrik gopeng. Tempat yg sy amat2 xnak pegi tapi kena pegi gak last.. (T.T) but I end up loving KMPk with my entire heart..so irony kan? My precious memory kat KMPk is so many but most unforgettable is when I was selected to represent our country for some event kat Manila. Puan Rosyidah is person in charge tyme tuh and she believes in me. I was so nervous but she talk to me herself and said:

“This is a dream come true…to represent our college..our nation..our country but most of all.. our religion. Go and shine! “

So here ntuk Puan Rosyidah…TQ for your support..TQ for the opportunity u gave…and TQ for being my advisor. Puan Rosyidah is not my teacher but she teach me something I can’t get from classes…it’s BELIEVE IN MY SELF!

Before I boarded into medicine, I used to take allied health science kat UKM KL for one semester. Kat sane there is one lecturer that teach me subjek Pengurusan Masa (PM). Nama lecturer ni is Dr. Fadhilah (sorry ingat2 lupa nama lect ni). Dia pernah ajar kami tentang objective hidup. Sy pernah speak up my objective…one of it is that after I grad my OT’s degree, I wanna apply for Commonwealth scholar to do medicine. Dia aminkan cita2 saya hari tuh and 2 weeks later cita2 sy dimakbulkan. Sy xde la dapat scholar commonwealth…but I get opportunity to do medicine. She was so happy and dia nasihatkan sy ntuk sentiasa memandang ke bawah skalipun siapa sy akan jadi suatu hari nanti. TQ Dr. sebab aminkan doa sy hari tu… and TQ for being a role model to me.

Mereka yg sy mention diatas hanyalah beberapa orang guru yg dh mencorak hidup sy hari ni. Siapa pon kita…kita bermula dengan sowg guru. A doctor…even a prime minister… semuanya bermula dengan didikan seorang guru. Untuk kawan2 choose to be a teacher syukurlah sangat2 pada Allah kerana tugas sorang cikgu adalah tugas yg amat mulia. Sekalipun anda dah xder nanti…ilmu bermanfaat yg anda ajarkan pada anak2 didik anda nanti merupakan wasilah (jalan) ntuk anda beroleh pahala.

Subhanallah…

Sebelum mengakhiri entry hari ni…SINERGIHATI nak mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua guru2 di mana saja anda berada..Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara!

Sambutan Hari Ibu Menurut Islam

2011-05-08

1. Sambutan yang dilakukan sebaik-baiknya secara sederhana, tidak melalaikan tanggungjawab seorang Muslim terhadap Allah s.w.t. dan tidak bersifat membazir.


2. Sambutan yang baik adalah dengan cara mengasihi sesama sanak saudara melalui amalan ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka, menzahirkan rasa syukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa sebarang musibah.


3. Sebaik-baik sambutan adalah dengan mengadakan sembahyang berjamaah bersama ahli keluarga, majlis tahlil dan doa selamat, pesanan dan nasihat yang baik serta dalam suasana yang mahabbah.


4. Setiap ibu bapa perlu merenung kembali dan muhasabah diri ke atas amanah serta tanggungjawab yang terpikul di bahu mereka. Adakah kita telah memainkan peranan sebagai pemimpin keluarga dengan penuh kasih sayang, melalui jalan kebenaran untuk menikmati kedamaian hidup di dunia dan kebahagiaan akhirat.


5. Setiap ibu bapa perlu menyayangi dan melindungi ahli keluarga mereka daripada segala bentuk ancaman akidah dan kelalaian dunia. Ibu bapa perlu menjadi contoh terbaik di dalam keluarga dan disegani, dihormati serta disayangi oleh ahli keluarga.


6. Setiap ibu bapa perlu mewujudkan persekitaran yang baik dan selesa agar ahli keluarga merasa selamat, dihargai dan dihormati dalam usaha melahirkan insan syumul.


7. Setiap ibu bapa perlu prihatin dan memainkan peranan bersama untuk membabitkan diri dalam membanteras gejala sosial dan maksiat yang berleluasa dalam masyarakat, melalui program amar makruf nahi mungkar bagi melindungi ahli keluarga daripada terjebak.


8. Setiap ibu bapa perlu memperingatkan dirinya perihal pentingnya peranan mereka dalam menyemaikan nilai-nilai etika dan spiritual yang tinggi dalam kalangan ahli keluarga mereka.


9. Setiap ibu bapa mestilah mengambil langkah-langkah proaktif bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran keibubapaan (parenting skills) bagi menyediakan anak-anak mereka untuk lebih berupaya menghadapi cabaran masa kini.


10. Didikan agama yang sempurna adalah satu faktor perlindungan (protective factor) yang mampu menyelamatkan manusia dari terjebak ke dalam perbuatan keji yang hanya akan merosakkan dirinya sendiri. Apabila pegangan serta keutamaan tidak lagi berkisarkan kepada tunjang agama yang kukuh, dengan mudah sahaja seseorang itu melakukan sesuatu perbuatan yang merugikan diri, keluarga, masyarakat dan negaranya.


10 Amalan Dimurahkan Rezeki

2011-04-21

1-Mengabdikan diri untuk ALLAH S.W.T

tidak mensia-siakan pengabdian diri hambanNya seperti firmanya.”Wahai Anak Adam,sempatkanlah untuk menyembahku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu.Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukkan dan Aku tidak menutup.

(Riwayat Ahmad Tirmizi,Ibnu Majah dan al-hakim dari Abu Hurairah)


2.Memperbanyykan istighfar.

Sabda Nabi S.A.W “Barang siapa memperbanyakkan istighfar maka ALLAH S.W.T akan menghapuskan segala kedukaannya,meyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yg tidak disangka.”

(Riwayat Ahmad,Abu Daud,an-Nasa’i Ibnu Majjah dan al-hakim dari Abdullah bin Abas r.a)


3.Sentiasa Mengingati ALLAH

Firman ALLAH S.W.T,”Orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati ALLAH.Ingatlah hanya dgn mengingati ALLAH hati menjadi tenteram.

(Surah Ar-Radi ayat 20 )


4.Mendoakan Ibu Bapa.

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda.”Mendoakan Ibu dan bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki.Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (ALLAH) kepadanya.

(Riwayat Al-Hakim dan ad-Dailani)


5.Menjalin Silaturahim.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda.”Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak saudaranya.”

(Riwayat Bukahari)


6.Melazimi Kekal Berwudhu’.

Seorang arab desa menemui Rasullah S.A.W dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh ALLAH S.W.T.Lalu Rasullah S.A.W bersabda,”Sentiasalah berada dalam keadaan bersih(dari hadas) nescaya ALLAH akan menurunkan rezeki.\

(Diriwayatkan dariada Sayidina Khalid AL-Walid)


7.Bersedekah

Setelah mengundang rahmat ALLAH dan menjadi sebab ALLAH S.W.T membuka pintu seseorang itu.Nabi Muhammad S.A.W bersabda kepada Zubai bin AL-Awwa,.”Hai Zubair,ketahuilah bahawa kuci rezeki hamba itu ditentang arasy,yg dikirim oleh ALLAH azza wajalla kpd setiap hamba sekadar nafkahnya.Maka siapa yg membanyakkan baginya.Dan siapa yg menyedikitkan,nescaya ALLAH menyedikitkan bagimya.

(Riwatat ad-Daraquthmi dari Anas R.A)


8.Mengamalkan Solat Dhuha

Amalan solah dhuha yg dibuat waktu orang sedang sibuk dengan dengan urusan dunia(aktiviti harian)n juga mempunyai rahsia tersendiri.Firman ALLAH S.W.T,”Wahai anak adam,jangan sekali-kali engkau malas mejerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang(SOLAT DHUHA0,nanti pasti akan cukupkan keperluanmu pada setiap harinya.”

(Riwayat Al-Hakim dan Tharbani)


9.Bersyukur kepada ALLAH.

Syukur ertinya megakui segala pemberian dan nikmat ALLAH S.W.T.Melupainya adalah seperti kufur nikmat yg ALLAH berikan.ALLAH S.W.T berfirman,”Demi Sesungguhnya! Jika kamu bersyukur Aku tambahi nikmatKu kepadamu,dan demi sesungguhnya jika sesungguhmya jika kamu kufur,sesungguhnya azabKu amat keras.”

(Surah Ibrahim ayat 7).


10.Bertawakal.

NabI Muhammad S.A.W bersabda,”Seandainya kamu bertawakal kepda ALLAH dengan sebenar-benar tawakal,nescaya kamu diberi rezeki seperti burung iaitu Pada hari lapar dan dan petang hari telah kenyang.


(Riwayat Ahmadmat-Tarmizi,Ibnu Majah,Ibnu Hibban,al-Hakim dari Umar al-Khattab r.a)


Sumber : I Love Allah SWT and Prophet Muhammad SAW

Persahabatan Nabi Isa dan Temannya

2011-04-18

Suatu hari, Nabiyullah Isa AS melakukan perjalanan dengan seorang temannya. Mereka hanya berbekal tiga potong roti. Ketika sampai di suatu tempat, mereka berdua beristirahat.
"Bawa roti itu kemari," kata Nabi Isa AS kepada temannya.
Lelaki itu memberikan dua potong roti.
"Mana yang sepotong lagi?" tanya nabi Isa.
"Aku tidak tahu."

Setelah masing-masing makan sepotong roti, keduanya kembali melanjutkan perjalanan hingga sampai ke tepi laut. Nabiyullah Isa menggelar sajadahnya di atas laut, mereka berdua lalu berlayar ke seberang.

"Demi Allah yang telah memperlihatkan mukjizat ini kepadamu, siapakah yang telah makan sepotong roti itu?" tanya Nabi Isa kepada temannya."Aku tidak tahu."

Mereka kemudian melanjutkan perjalanan. Di tengah jalan mereka melihat seekor kijang. Setelah dipanggil, kijang itu pun datang menghampiri beliau. Beliau lalu menyembelih, memanggang dan memakannya. Sehabis makan, Nabi Isa berkata kepada tulang-tulang kijang, "Berkumpullah kamu." Tulang-tulang itu pun berkumpul. Beliau lalu berkata, "Dengan izin Allah, jadilah kalian seperti semula." Tulang-tulang itu segera bangkit dan berubah menjadi kijang."Demi Allah yang telah memperlihatkan mukjizat ini kepadamu, siapakah yang telah makan sepotong roti itu?" tanya Nabi Isa AS."Aku tidak tahu," jawab temannya.

Nabiyullah Isa bersama temannya kembali melanjutkan perjalanan hingga sampai pada sebuah tempat. Mereka duduk beristirahat. Nabiyullah Isa memungut tiga bongkahan batu.
"Dengan izin Allah, jadilah emas," kata Nabi Isa AS.
Batu itu pun segera berubah menjadi emas.
"Ini untukku, yang ini untukmu dan yang satu lagi untuk orang yang telah makan sepotong roti itu," kata Nabiyullah Isa:
"Akulah yang telah makan roti itu," kata temannya.
"Ambillah semua emas ini, aku tak mau berteman dengan pendusta," kata beliau sambil meninggalkan temannya.

Lelaki tadi lalu duduk di dekat emasnya. Ia tidak mampu membawa ketiga-tiganya, tetapi juga tidak rela meninggalkan sebagian darinya. Ketika ia sedang memikirkan cara membawa ketiga bongkahan emas itu, datanglah dua orang lelaki. Melihat keindahan emas itu, timbul keinginan di hati kedua orang itu untuk memilikinya.
"Kalian tidak pantas mengambil milikku dan kalian sama sekali tidak akan mendapatkan bagian," kata pemilik emas.

Melihat mereka berdua hendak membunuhnya, ia segera berkata, "Emas ini kita bagi saja, satu untukku dan sisanya untuk kalian berdua."Mereka pun rela dengan pembagian itu.

"Ambillah secuil dari bongkahan emas ini, pergilah beli makanan," kata pendatang kepada pemilik emas.
Setelah mengambil secuil emas, ia lalu pergi membeli makanan untuk mereka bertiga.

"Untuk apa aku membagi emas itu dengan mereka berdua, emas itu kan milikku," pikir si pemilik emas. Timbullah niat untuk meracuni makanan.

"Jika mereka berdua mati, emas itu akan jatuh ke tanganku lagi," pikir si pemilik emas.
Ia lalu membeli racun yang paling ganas, siapa pun yang memakannya pasti akan mati seketika. Racun itu lalu ia taburkan di atas makanan mereka.

Kedua pendatang tadi juga mempunyai rencana, "Mengapa kita harus memberi dia. Jika telah kembali, kita bunuh saja dia. Emas itu semua akan menjadi menjadi milik kita berdua."

Mereka berdua kemudian membunuh si pemilik emas. Dan dengan perasaan senang karena mendapat emas lebih banyak, kedua lelaki itu kemudian menyantap dengan lahap makanan yang baru saja dibeli.
Beberapa tahun kemudian Nabi Isa bersama kaumnya melewati tempat itu. Mereka melihat tiga bongkahan emas dan tiga kerangka manusia.

"Lihatlah bagaimana dunia memperlakukan mereka," kata Nabi Isa AS kepada kaumnya.

Beliau kemudian berdiri di depan emas dan berkata, "Jadilah seperti asalmu." Emas itu pun kembali menjadi batu.

Bila travel sesame bau kita tau..sape kawan baek kita_syukur kwn2 sy baek2 sumenya Alhamdulillah


99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman

2011-04-10

Bismillah..

Semoga mendapat manfaat..InsyaAllah

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan usil dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur karena kezaliman;
14. Jangan goyah karena fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25. Biasakan solat malam;
26. Perbanyak zikir dan doa kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;
33. Berlatihlah konsentrasi pikiran;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila
karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Perbanyak silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin;
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Sering-sering bersalawat kepada nabi;
56. Cintai keluarga Nabi saw;
57. Jangan terlalu banyak hutang;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia
adalah
kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti
mengobrol yang tidak berguna;
61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan
kejahatan lagi;
66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan
kesulitan.
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berkata dusta;
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan d! an kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang
yang
lebih berprestasi dari kita;
78. Ambillah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan
negara;
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85. Hargai prestasi dan pemberian orang;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak
menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma
agama
dan kondisi diri kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal atau mental kita
menjadi terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan
pandai-pandailah
untuk melupakan jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan
jangan
berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman
kita
sebelum dipastikan kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan
keramahan dan tidak berlebihan;
96. Jangan memforsir diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan
diri;
97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan
lari
dari kenyataan kehidupan;
98. Yak! inlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan
setiap
kejahatan akan melahirkan merusakan;

99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang

"Sebarkanlah walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah
memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.
Dan
barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah
mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)


Ayat Kursiy Menjelang Tidur

2011-01-15

Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya.
"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah.
Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan."

Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin ? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru.
Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Maka bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?"
Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahwa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahwa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya.

"Bohong dia," kata Nabi : "Pada hala nanti malam ia akan datang lagi."
Kerana Rasulullah S.A.W berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun ditingkatkan.Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap.
"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."

Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah menegaskan : "Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi."
Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu saja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah S.A.W ? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya ? "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun."

Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya.
"Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahwa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata : "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."

image from islam.jsyedali.com

"Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi."
Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang.
Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah S.A.W untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi.

"Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasul sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya.
"Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah.
"Kalimat apakah itu?" tanya Nabi.
Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."

Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi S.A.W berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi S.A.W bertanya pula : "Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang ertemu denganmu tiap malam itu?"
"Entahlah." Jawab Abu Hurairah.
"Itulah syaitan."

Adab2 di Masjid dan Cara Menghormatinya

2011-01-07

gambar dari sgtown.com

Setiap orang Islam yang mendampingi rumah-rumah Allah ( masjid ) hendaklah menjaga kehormatan dan kesuciannya sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad di dalam sabdanya ;

Ertinya ;

"Apabila seseorang dari kamu masuk ke masjid maka janganlah terus duduk sehingga ia mengerjakan dua rakaat ( tahiyatul masjid )

Ertinya ;

"Dari Abi Qatadah radiallahu Anhu bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam telah bersabda, "Apabila seseorang dari kalangan kamu masuk ke masjid, hendaklah ia mengerjakan sembahyang dua rakaat ( tahiyatulk masjid ) sebelum ia duduk

Ertinya ;

Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu berkata, Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda "Dan tidak berhimpun sesuatu kaum dalam sebuah rumah ( masjid ) dari rumah Allah sedang mereka membaca kitab Allah serta mereka mempelajari kandungan isinya, melainkan mereka dilingkungi oleh para malaikat ( pembawa rahmat ) dan turun mereka semangat tenang dan tenteram serta mereka diliputi oleh limpahan rahmat. Dan juga mereka dipuji oleh Allah Taala dalam kalangan ( malaikat-malaikat ) yang ada di sisinya".

Mengenai orang-orang perempuan yang mengunjungi ke masjid, Abu Hurairah radiallahu Anhu berkata,

Rasulullah s.a.w. telah bersabda "Janganlah kamu melarang perempuan hamba Allah pergi ke masjid-masjid Allah dan hendaklah mereka keluar ( dari rumah mereka ) dengan memakai pakaian yang sederhana dan tidak pula memakai bau-bauan.

Walaupun orang-orang perempuan tidak dilarang mengunjungi masjid-masjid Allah dengan syarat mereka memakai pakaian yang sopan dan tidak memakai bau-bauan tetapi dalam sebuah hadis yang lain ( riwayat Imam Ahmad dan Al tabrani ) bahawa semasa baginda menjawab pertanyaan Ummu Humaid baginda bersabda ;

"Dan ( sebagai seorang perempuan maka ) sembahyangmu dalam bilikmu lebih baik bagimu daripada sembahyangmu di masjid-masjid kampungmu ".


BERIKTIKAF DI MASJID

Di antara amal-amal baik bagi memakmurkan masjid ialah beriktikaf di dalamnya. Beriktikaf di masjid ertinya duduk di masjid dalam suatu masa yang tertentu untuk mengerjakan amal bakti kepada Allah Subhanahu Wata'ala Dalam masa beriktikaf itu hendaklah diisi dengan mengerjakan sembahyang sunat, membaca A--Quran, berzikir ( tasbih, tahmid dan tahlil ), beristighfar, berselawat atas Nabi s.a.w., berdoa dan lain-lain lagi dari amal-amal bakti yang mendampingkan diri seseorang makhluk kepada Allah s.w.t. yang telah menciptanya dan mencipta sekalian alam serta mentadbirkannya.

Amalan beriktikaf itu telah disyariatkan oleh Allah Taala semenjak zaman nabi-nabi yang telah lalu sebagaimana yang diterangkan di dalam Al-Quran

Ertinya ;

Dan ingatlah ketika kami jadikan Baitullah ( Kaabah ) sebagai tempat manusia berulang alik ( tempat berziarah ) dengan aman dan sentosa. Sebab itu ambillah ( jadikanlah ) olehmu akan makam nabi Ibrahim itu sebagai tempat sembahyang. Dan kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan ismail supaya kedua-duanya membersihkan rumahku ( kaabah ) untuk orang-orang yang tawaf dan untuk orang-orang yang iktikaf, juga untuk orang-orang yang ruku dan sujud ( surah Al-Baqarah : 125 )

Hukum beriktikaf di masjid ialah Sunat Muakkad pada tiap-tiap waktu dan lebih afdhal lagi pada 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan untuk menunggu malam lailatul Qadar, tetapi jika seseorang itu bernazar untuk beriktikaf di masjid dalam satu-satu masa yang tertentu maka hukumnya adalah wajib.

Siti Aishah Radiallahu Anha ada berkata ,

Ertinya ,

Adalah Nabi Muhammad s.a.w. apabila hendak beriktikaf, baginda sembahyang subuh ( pada waktu fajar ) kemudian baginda masuk beriktikaf di tempatnya yang khas di dalam masjid. Diterangkan lagi dalam sebuah hadis yang lain ;

Ertinya ;

Bahawa Nabi Muhammad s.a.w. biasanya beriktikaf pada 10 hari yang akhir dari bulan Ramadhan sehingga diwafatkan oleh Allah azawajalla, kemudian ( amalan iktikaf itu ) diteruskan oleh isteri-isteri baginda sesudah itu.

Adab- adab berdoa

2010-12-26


Assalamualaikum w.b.t..

Dalam kehidupan kita seharian, setiap orang dianugerahi dengan masa selama 24jam. Sebagai muslim, kita di wajibkan solat 5 waktu. Bermula dari waktu Subuh sehinggalah waktu Isya', setiap kali usai solat, tentunya kita berdoa kepada Allah. Allah menyukai hambaNya yang sering berdoa kepadanya.

Allah berfirman maksudnya "Minta doalah daripadaKu, nescaya aku akan menerima doamu" (al-Mukmin 60)


Orang- orang yang tidak berdoa dikira sebagai orang yang sombong. Dalam kita berdoa, pernahkah kita terlintas untuk mengetahui apakah adab- adab yang perlu kita jaga sewaktu berdoa? Justeru itu, saya terasa terpanggil untuk share dengan sahabat2 semua..tentang ADAB2 BERDOA :) Antara adab2 berdoa yang perlu kita patuhi adalah:
  • Memilih waktu yang baik bila bedoa seperti hari Arafah, hari Jumaat, bulan Ramadan, waktu sahur, waktu malam dan sebagainya.
  • Memilih suasana yang baik seperti di waktu sujud, waktu hendak mendirikan sembahyang waktu di antara dua khutbah dan sebagainya.
  • Mengadap ke Qiblat dengan mengangkat dua belah tangan sehingga nampak ketiaknya dan menyapu dua tangan ke muka apabila selesai berdoa.
  • Tidak mengangkat suara di waktu berdoa.
  • Berdoa dengan penuh perasaan takut, gerun, kehebatan dan kebesaran Allah serta khusuk kepadaNya.
  • Merasa tenang dan yakin dengan penerimaan Allah dan menaruh penuh harapan kepadaNya.
  • Doa susunan katanya tidak memberatkan dan tidak bersajak.
  • Berdoa dengan penuh perhatian dan mengulang-ulang sebutan.
  • Memulai doa dengan menyebut nama Allah dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  • Membersihkan batin dengan bertaubat kepada Allah dan hanya menerima Allah sepenuhnya.
  • Bersih badan dari kekotoran hadas dan najis.

So lepas ni, bolehlah kita amalkan adab2 berdoa ni. Mudah2an doa kita akan diterima oleh Allah SWT..insyaAllah :)