header-photo

Wordy Wednesday #7

2013-11-13

My second last week of O&G in year 5

I'm having an awesome day ever because I able to do things that previously only belong to sentence:

"I would like to complete my examination by..."

If u know what I mean.




P/S: To my beloved specialist and patient, thanks for all your support and cooperation. Hopefully I can repay you guys back one day by being a good comrade to my specialist and a good safe doctor to my patient.

Hari Raya Ke Sepuluh: Part 1

2013-11-12



16hb Ogos 2013

Aku naik bas. Dalam hati ni berdebar2 sebab banyak lagi benda x settle. Aku tinggalkan semua kerja kat parents aku. Bukan nak lepas tangan tapi komitmen masa tu memaksa aku untuk balik ke Shah Alam sebab ade kelas. Biasalah… dah nak habis tahun 4, so memang la busy yg amat masa tu. 

Handphone asik kat tangan je. Kejap2 aku kol umi aku… tanya semua dah siap ke belum. Umi kata semua dah settle. Sepupu sepapat aku tinggal nak susun kerusi meja je. Cuma ada satu masalah, bakul buah x isi ape pon lagi…


 Sepupu dan jiran tetangga datang membantu
Say what mommy?

Tapi tak tahu kenapa rasa calm je masa tu sebab umi kata semua akan ok je. So aku pon ape lagi, off phone then tidoq mati sebab lately memang la x cukup tidur sbb posting Surgery, banyak sangat nak kena cover… and banyak pulak coursework yg nk kena completekan.

Ok

17hb Ogos 2013

Lepas beberapa jam tidur yang lena, aku pon terjaga. Lebih kurang pukul 3. Aku dah sampai merapoh. Lepas tu tengok jam. Hoih…kenapa bas ni slow sangat? Selalu jam 1.30 dah sampai merapoh. Hah sudah!
Dah mula rasa gelabah balik…tapi dalam sejam je gelabah.
Sebab lepas tu aku tidoq…

Tau2 aku terjaga pukul 6. Sebab depa berhenti azan subuh. Aku tengok tempat. Mak aih…tak masuk KK pon lagi. Sudoh doh la aku…takpa2, turun semayang dulu apa2 pon. Tapi memang lepas semayang subuh, handphone akan berbunyik setiap 30minit. Kuaga kalut tanya aku kat mana. Maksu paksu sepupu sepapat semua dah ada. Yang aku ni xdak pon lagi. Haha…kelakar sangat masa ni. Sapa punya event tah...

So lebih kuang pukul 8 lebih la jugak aku sampai rumah. Majlis pukul 10. Kentang x?

Aku sampai je umah, Wae terus ajak aku and Umi pergi pasar tani hari tu carik buah nk letak dalam bakul. Adoi…memang dengan x mandi hape pon pagi tu berus gigi je. Wae kate, xpe…presentable tu. Aku pon layan jela…

                                                 Semua tengah gelabah tunggu sambal...haha

 Balik pada pasar tani, aku terus berkejar untuk bersiap sebab x siap apa pon lagi. Sebbaik la baju aku dh siap ber iron. Yes…bila lagi nak ade chance mengarah2 orang ni dalam hidup. Bahagia terasa… So lepas siap mana yg patut, aku pon dress up la. Baju biasa ja. Baju raya hari tu. Pakai ja mana yang ada. Xde tempah2 baju. Sederhana. Lagipon bukan nak menikah. So dengan baju tulah aku berlari kehulu kehilir siapkan mana yang patut. 


Tengah2 dok tolong paksu kat dapur, sekali maksu aku panggil suh pergi tengok hadiah sebab aku memang x tengok ape2 pon lagi bab2 hadiah. Just sebelum balik Shah Alam aku dah beli. Gubah ka apa semua bagi depa ja buat. Busy women. So kesian la paksu aku sorang2 duk sediakan tembikai kat dapur. Banyak okey sebab untuk 500 orang makan. Maafkan orang ye paksu? ^^

                                                            Sedikit hasil dari kerja keras paksu


So aku pon pergi la tengok hadiah semua. Terkesima dengan apa yang ada di depan mata sebab asalnya janji takmau pon meriah sangat tapi last2 Wae aku nak jugak buat meriah sikit untuk meraikan anak sulung lelaki dia. Aku pon layan aje…

                                                 Hasil gubahan maksu...terima kasih maksu ku sayang


Ok approximately 10.30 macam tu, member aku tu kol kate dia dah sampai dekat CIMB bank…which just beberapa langkah je depan rumah. And caterer x siap hantar lauk lagi pon (T__T ). Tapi aku cool je sebab masa tu just tinggal sambal je yang belum sampai. So, sepupu aku yang paling tua…kira abang long dalam family la…bertemankan Umi ngan Maksu jemput member aku dan keluarga dia. 


Ha…itulah serba sedikit betapa kecohnya ‘hari’ tu. 

Apa yang berlaku lepas tu?


Wassalam.

Arrived with new life, new purpose

2013-10-07


     Alhamdulillah, Allah izinkan saya untuk menjejakkan kaki ke bumi Mesir kali ini, saya tiba di bumi mesir lebih kurang pukul 2.30 pagi, seturunnya dari kapal terbang, terus disambut oleh angin musim sejuk. Bulan oktober bulan yang agak sinonim dengan musim sejuk, sebab waktu ini musim panas melabuhkan tirainya dan musim sejuk datang mengambil pentas. pada awal musim sejuk ni, waktu malam, pagi dan waktu subuh merupakan waktu kemuncak tahap kesejukan.



Lapangan Terbang Kaherah
*gambar ehsan internet, tak sempat nak snap



     Memandangkan saya smpai pada waktu awal pagi macam ni, ditambah pula dengan perintah berkurung yang berkuatkuasa bermula 7 malam sehingga 5 pagi, so atas faktor keselamatan terpaksa tunggu sehingga waktu perintah berkurung tamat, tambahan pula saya menerima tugas untuk meneman akhwat (kat sini pelajar perempuan dipanggil akhwat) pulang atas sebab-sebab keselamatan.

     Sementara menunggu waktu perintah berkurung tamat, saya sempat berkenalan dengan seorang pelajar tahun akhir dentist di universiti al-azhar, sempat juga bertukar pendapat serta idea tentang keadaan mesir dan juga study.

     Tepat jam 5.20 pagi, saya meminta diri kerana ingin ke terminal 3, tempat akhwat tersebut turun sebab penerbangan mereka tidak sama, naik egypt air, mungkin sebab tu turun di terminal 3. malangnya untuk ke sana terpaksa naik shuttle train, tetapi perkhidmatan tersebut mula operasi pada pukul 6.00 pagi, jadi saya terpaksa tunggu sehingga pukul 6 pagi. tapi mungkin rezeki saya, pegawai operasi servis tersebut membuka shuttle train tu awal sedikit, iaitu pada pukul 5.50 pagi. Shuttle train ini mengingatkan saya pada aerotrain? di KLIA, cuma ia berhenti dibeberapa stesen, stesen terakhir adalah Terminal 2&3.



View dari dalam shuttle train

     Kemudian dalam pukul 6.30 pagi, kami mula bertolak dari airport ke kediaman masing, naik van besar(dipanggil coaster) sebab 5 orang beserta beg-beg, memang tak cukup. Alhamdulillah, perjalanan sepanjang itu memang lancar, actually memang expected, kalau pagi jalan di mesir tak sibuk serta padat, kalau nak dibandingkan pada waktu tengahari, petang serta malam. memang crowded sangat. Sekatan jalan raya oleh pihak tentera juga tidak kelihatan, walaupun pagar berduri kelihatan juga di beberapa tempat. so far keadaan mesir ok even sehari sebelum itu ada beberapa insiden di medan tahrir yang melibatkan kehilangan nyawa.

     Setibanya di rumah, perkara pertama sekali yang akan saya buat adalah mengemas bilik, bilik saya berdekatan dengan tingkap yang menghala ke luar, jadi lepas bercuti, bilik saya memang akan dihinggapi debu yang banyak. Saya akan mula dengan vacum karpet, kemudian lap meja, basuh baju  serta sarung bantal, dan tak lupa juga mencuci buku yang dicium oleh debu-debu.

     So lepas ni boleh la bersedia untuk ke tahun 6 sebagai pelajar perubatan Universiti Kaherah, ditemani oleh subjek Internal Medicine dan Surgery, mohon doa dipermudahkan segalanya. Amin.




Dari kiri : buku untuk clinical, internal medicine, dan surgery



Sayonara Year 4

2013-09-20


Assalamualaikum w.b.t

Lama jugak x menulis. Bahkan semenjak dah masuk tahun 4 ni, ni baru post ke berapa je. Tak sampai 50 post pon untuk tahun ni. Bukan malas nak menulis, cuma kadang2 kering idea. Tak tahu nk tulis apa. Maybe lepas ni kawan2 boleh sumbangkan idea ape yg patut sy tulis. Deh?

Today, 20hb September 2013 saya dah officially menamatkan zaman bujang tahun empat. Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik dah empat tahun di kuliah perubatan. Tinggal setahun je lagi nak habiskan MBBS. Lepas tu sambung houseman….kawen…mo..PG for MS….pHD…etc. Panjang angan2. Moga2 di permudahkan. Amin~


I just love 'hanging out'  in OT

Setinggi2 kesyukuran sy panjatkan kpd Allah sbb dengan izinNya sahajalah sy mampu habiskan tahun empat ni dengan jayanya. Hahaha. Exam result x tahu lagi tu, harap2 better la dari tahun lepas hendaknye.

Terima kasih pada ummi saya, ayahanda tercinta, kedua mama dan abah serta keluarga tersayang atas sokongan kalian. (ceyh…dah bleh masukkan nama mama ngan abah neh ^^). Dengan doa dan restu kalian kami berjaya meneruskan pengajian ke tahun akhir. Alhamdulillah~

Terima kasih buat semua pensyarah saya, dari O&G sampailah ke Surgery. Terima kasih yang tak terhingga di ucapkan atas bantuan, sokongan, didikan dan dorongan kalian yang tak jemu2 mengajar saya dan kawan2. Pengajian tahun ni enjoy sangat sebab semua lecturer sempoi belaka. Thank you so much dear doctors. Thanks for all ilmu yang kalian curahkan kepada kami. Semoga kalian sentiasa dalam lindungan Allah.

Jutaan terima kasih kepada warga pensyarah Hospital Sungai Buloh…Department Pediatrik, Emergency, Ophtalmology, ENT, Medical dan Surgical yang membantu saya selama sy belajar di HSB tahun ni. Tahun depan dah x p HSB dah…bye2 HSB…bye2 café HSB juge… T__T

Kepada kawan2 saya Group A Batch MBBS 2014, terima kasih atas sokongan korang. Terima kasih atas segala perkongsian ilmu yang tak jemu2. Semoga Allah memberkati perjuangan kita semua dan urusan kita agar di permudahkan. 

My comrades Group A MBBS 2014

Thanks to all 3 special ladies. Kawan2 MBBS kat UKM (Dr. Iera), UM (Dr. Jannah), UiTM( Dr. Atiqah) yang salu bagi sokongan bila sy stress. Thanks a lot gurls.

Syukran jazilan to admin blog ni, Imran sbb banyak bantu saya selama belajar. Thanks for the books… much appreciated bro.

…and to all of u yang sentiasa mendoakan kejayaan saya. Semoga Allah merahmati hidup saya dan kalian semua.

It’s been a lot of ups and downs this year. Some say tahun 4 la honeymoon sebab xde final exam. Takde pro exam. Tapi bagi sy, the most hectic year is this year. Mane x nyer...ade 12 posting yang kita kena cover. Plus cuti inter year cuma seminggu. Tapi ape2 pon seronok sebab banyak subjek baru yang kita belajar tahun ni. Tons and tons of memori yang takkan saya lupakan. Memori suka dan duka. Memori yang mematangkan saya sebagai seorang manusia. Memori yang membuatkan saya lebih menghargai insan2 di sekeliling saya. 7 hari dari sekarang saya officially 23 years old. 

To old to still play around.
To old to still cry about small stuff. 

 rasanya ramai orang pernah rasa kan? ke aku je...?
Because it’s a matter or a year from now and InsyaAllah I'm an MBBS holder. 30th September 2013 dah start final year. Belajar setahun cuti seminggu. Lepas ni kena rajin dah. Takleh malas2. Kena study harder. Sebab hujung bulan 8 tahun depan nak jumpa kekasih lama yang dah 2 tahun x jumpe iaitu...

…PROFESSIONAL EXAM III !!!

Doakan kami bahagia ye.


Wassalam.


Aku Budak Mesir

2013-09-02



Salam alaik dan salam sejahtera.

Ada orang bertanya, macam mana pengalaman flow dalam bidang perubatan?

      Kalau nak sum it up, semuanya bermula lepas SPM, saya mengambil permohonan online daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk program ijazah sarjana luar negara (xpasti perkataan sarjana tu ada ke tak, tapi rasanya ada) dan memilih bidang perubatan timur tengah.

     Kemudian kena hadiri program temuduga yang diadakan di kedah. Ingat lagi waktu tu rasanya mula-mula pakai smart, berbaju kemeja, seluar slack, bertali leher dan kasut hitam berkilat, maklum la nak kena interview, pakaian kena jaga, konon nak impress penemuduga,heh. Kemudian saya ditempatkan di satu bilik, ada la dalam 5 orang. penemuduga siap tanya la sorang-sorang, macam round table. antara soalan yang ditanya,  kenapa ambil perubatan? ambil timur tengah kan, negara mana yang nak? takpe ke jadi doktor, nanti xde life, kerja di hospital je, dan ada juga diberi isu semasa untuk dibincangkan. Itu adalah sebahagian soalan yang dapat saya ingat, dan saya akui saya agak kekok serta cakap tersekat-sekat sewaktu ditemuduga serta sedikit inferior sebab ada je orang lain yang cakap lancar serta mempunyai idea yang bernas serta boleh berhujah. Memang lepas habis temuduga, saya memang tawakal dan berdoa agar diberi yang terbaik.

Macam ni la sesi round table interview yang saya kena   >__<

     Kemudian JPA ada aturkan program pendedahan kerjaya ke hospital, tapi saya tak ingat samada sebelum temuduga ataupun selepas temuduga. Lawatan tersebut bertujuan nak bagi kitorang dapat pendedahan tentang kerjaya perubatan. Saya ingat lagi, hospital yang saya kena adalah Hospital Kepala Batas, sewaktu program itu, ada juga student dari Allianze College of Medical Sciences (ACMS) yang join, jadi sewaktu lepak dengan doktor bincang-bincang, diorang lebih memahami bahasa perubatan berbanding saya, jadi angguk je la yang boleh saya tuturkan. Program itu berlangsung selama beberapa hari, seminggu tak silap saya.

     Kemudian result temuduga diumumkan dan Alhamdulillah saya diterima, serta ditempatkan di bumi Mesir di Universiti Kaherah. Tapi kena buat persediaan di INTEC UiTM Shah Alam selama 3 bulan, di sana belajar subjek physiology, biochemistry, anatomy, komputer sikit2 dan bahasa arab. Persediaan di sana sekali bersama dengan student jordan, dan itu adalah pengalaman pertama duduk di asrama, sebab sebelum ini duduk berulang semasa di sekolah menengah. Alhamdulillah tiada apa-apa masalah semasa berada di INTEC tu melainkan pengalaman baru yang indah2 belaka,hehe.

     Tamat di INTEC seingat saya dalam bulan 8 ataupun 9, kemudian bertolak ke mesir lepas raya pada 8 Oktober 2008, jadi sebelum bertolak tu memang buat persediaan sehabis mungkin la, cari barang macam makanan, baju, beg dan segala macam lagi la, heheh.

     Dan Alhamdulillah, officially 8 Oktober 2008 berlepas ke bumi Mesir sebagai pelajar tahun 1 di Universiti Kaherah, dan sekarang sudah masuk tahun 6. sekejap saja masa berlalu waktu study ni, baru rasa macam tahun lepas je datang mesir. Apapun, doakan mesir selamat dan kemelut yang dilanda cepat berakhir dengan selamat.

wslm wrh wbt.


Wordless Wednesday

2013-08-21


Wordless Wednesday 21/8/2013






Freshman

2013-08-02



Salam 25 Ramadhan buat semua pembaca

Syukur Alhamdulillah sebab kita semua hampir berjaya meng complete kan ibadah puasa kita. Moga kita kekal bersemangat di hari2 terakhir bulan yang mulia ini.

Saya mula tulis blog ni masa tahun 2. So most of the memories embedded here are those from second year onwards. Today, I would like to share a story of my freshman year in International Medical School, MSU Shah Alam and how I end up in MSU.

Lepas habis SPM di Maahad Muhammadi Perempuan, I apply a lot of places. DQ, UPU, matrikulasi, and even JPA untuk program luar negara. Macam2 la senang cerita. Result SPM masa tu pon Alhamdulillah ok. 

1st result yang keluar was Darul Quran. I am so happy sebab application ke Program Persijilan Tahfiz Al- Quran Darul Quran telah berjaya. Ouh I still remember those days during DQ’s interview. Susah kot (T____T). Sebbek temuduga buat dekat MMP so takde la nk cuak sangat. Lepas dapat surat tawaran ingat nak p la. Tapi tup2 x pergi gak sebab ade masalah keluarga. Huhu…sedih sangat2 tapi xpelah. Saya cube redha and ingat yang setiap yg berlaku pasti ade hikmah.

2nd result yang keluar adalah application JPA PILN. It’s always being my childhood dream that my first flight wil be an international one which is fly ke Egypt untuk sambung belajar medic kat sana. I apply PILN program, attended “Kursus Pengenalan Kerjaya Seorang Doktor” kat HRPZII and completed the JPA interview. However, masa phase nak isi online test ke ape tah, my Dad suddenly changed his views. He said he will be happier if I just study in Malaysia. I am so disappointed.  I Cried. But I believe that by making him happy, Allah will make me happy. So, yes… my dreams doing undergrad study overseas ends there.

3rd result yang keluar was matriculation. Dapat Kolej Matrikulasi Perak (KMPk). Sains Hayat. Hayyo…. Masa tu pandang sebelah mata je matrik sebab sape2 yg pergi matrik semua kata matrik susah. So memang x nk g la matrik. Tunggu UPU jelah.

4th result was UPU. UPU.UPU.  I didn’t get any place with my results. Even I got ##A for my SPM, I failed to get any place in UPU. Competition tahun tu memang high, kalau x dapat straight A1 memang la susah. (T___T) 

Sebab dah takde benda lain tinggal, last2 sy pergi jugak la matrik. Matrik memang susah. I didn’t study well. My grades aren’t that bad but to get a place for MBBS in IPTA, it’s just impossible. Tapi ade jugak memori indah kat sini. Salah satu yang sy xleh lupe was attending international youth conference kat oversea. Thank you Allah for the unforgettable moments U gave me.  Banyak lagi kenangan manis tapi dah penat nak tulis. Haha.

Masa lepas habis matrik, memang suffer la sebab x tahu nak study ape. I got UPU post matriculation for Occupational Theraphy (OT) under FSKB UKM KL. Sempat study one sem and MARA tawarkan MBBS program under MSU. It’s an IPTS. I never wanted to be in IPTS for whatever reason but because it’s medicine so yeah… I agreed. Saya anggap benda ni as second chance yang Allah bagi untuk saya teruskan cita- cita saya untuk jadi doktor. 

So my freshman year dekat IMS MSU Shah Alam Campus pon bermula on 4th October 2009. That tarikh.. how can I forget (^^,)

So masa mula2 daftar kat IMS, memang rasa sedih sebab kampus MSU kecik. X macam UKM. Masa tu terfikir balik betul ke keputusan saya ni. Aduhai… Tapi counselor kate kampus MSU akan siap tak lama lagi. So saya pon berdoa dan bersangka baik jelah. Syukur Alhamdulillah. Janji di tepati tidak di capati. Kami study kat kampus lama sekejap je. Lepas 3rd internal assesment, kami pindah ke kampus baru. Facilities memang super awesome la kalau nak compared ngan kampus lama. Syukur… 

Saya termasuk dalam geng intake kedua MBBS. Masuk program lewat sebulan sebab urusan SPC. Masuk2 je kelas memang tahap ape pon tak tahu la ke dungu an saya masa tu sebab orang lain dah sebulan belajar. Kami 14 orang je lambat masuk. Tapi Alhamdulillah sempat catch up dengan bantuan kawan2 dan pensyarah. 

Ingat lagi masa tahun satu. Kelas memang dari pukul 8-5 setiap hari kecuali hari rabu. Sebab hari rabu kelas start pukul 9. Setiap pagi akan ade 3 jam lecture. Gap sejam. Lepas tu lab dua jam. Then gap solat sejam. Then dissection class for anatomy. Memang setiap kali balik je, x sempat nak bersosial ke hape sebab malam balik dh kena study untuk esok. Masa tahun satu plak banyak kuiz. Nak adapt kemain susah.  

Kelas lecture pagi memang memerlukan konsentrasi yang tinggi. Masa 1st ngan second lecture semua orang stay awake. Tapi bila dah masuk 3rd lecture siap ade yang dah tersengguk2. Termasuklah saya. Bhahahaha… Lawak bila terkenangkan pengalaman kelas histology. Saya tak suke study histo sebab saya tak pandai lukis cell. Mata akan mengantuk bila tengok microscope. Dah la banyak kena lukis setiap kali lab histo. Saya jugak pernah kena tegur ngan lecturer histo sebab saya suke sgt tidow dalam kelas dia. Kalu saya tahu kelas hari tu ade kelas histo, sure saya akan carik dinding siap2 sebab bila lecturer masuk je terus jadik mengantuk. Kalau duk dekat ngan dinding senang skit nak sandarkan kepala. Haha….

Sekali tu, Dr. tu masuk kelas and 1st benda yang dia pesan lepas dia bagi introduction was:

“Izzah, please don’t sleep”

Malu gila masa tu.  Satu kelas gelakkan saya. Tapi x goyah sikit pon rasa mengantuk. Sorry sir, but I still sleep. Haha. 

My favourite class masa freshman adalah PHYSIOLOGY. Saya memang tabik sangat dengan sorg lecturer physio ni sebab dia mengajar best. Masuk kelas bawak marker je. Sungguh takjub. Lab physio pon best sebab lab physio banyak study clinical. Buleh pakai steatoscope. Memang saya amat teruja setiap kali lab physio sebab masa lab physio je yang saya rasa macam doctor sikit. Naif sangat masa freshman dulu. Dapat pegang stet pon dah waaaaa…..LOL. 

Biochem memang best sebab saya suke biochem. Prof yang mengajar pon membuatkan Biochemistry tu nampak senang. Tapi yang seramnya, Biochem ni banyak kuiz. Setiap 2 minggu akan ade kuiz. Biochem ni pon ade lab jugak. Lab dia macam lab kimia zaman sekolah dulu la (Duhhh!!) Memang jenuh la kena study. Kena hafal macam2 test, results and cycle yang saya pon dah lupe nama dia. Ingat Kreb’s Cycle je. Haha.

Kelas anatomy tak kurang bestnye jugak tapi sebab banyak fakta so susah sangat nak absorb. Blaja pulak cover to cover sebab masa preclinical, IMS guna system traditional. Kat Malaysia x banyak medical school yang pakai traditional sebab block study or integrated study dah dikira superior masa tu. Dissection class masa petang memang syok sebab bleh pegang mayat. 1st time masuk dissection hall, saya rasa gelabah sangat sebab orang cakap mayat ni macam2 jenis and rupe and menyeramkan. Bukak je pintu dissection hall, bau formalin menusuk hidung. Kejap je bleh bertahan. Lepas tu semua orang ‘menangis’. Balik rumah baju siap basuh dengan khas lagi sebab takut kena air mayat tu semua la. Haha…awal2 je. Lepas tu dah alah bisa tegal biasa.

Tapi anatomy saya ni memang la menyayat hati. Saya viva borderline. Masa keluar nama borderline dekat board, saya rasa macam tabah je. Sekali balik je rumah, terus nangis. Hoho… kenapa saya nangis?
Sebab viva means ape yang saya study for one year kena revise balik within 1 day. Dah la masa tu bulan puasa. Dugaan betol. Saya tumpang rumah member malam tu sebab kami nak study sama2.
Ke esokan harinya saya viva pukul 8 pagi. Dua station ade. Satu station akan tanya soalan from diaphragm upward. Means CNS, CVS, Respiratory system. Satu lagi station akan tanya pasal diaphragm downwards which comprise GIT, GUT, Reproductive system. 

1st station dapat soalan GI tract. Alhamdulillah.
2nd station dengan external examiner from UKM, dapat soalan CNS. Erk..!

Lepas exam yang berakhir lebih kurang jam 12 tengahari, result terus keluar lebih kurang jam 3 petang. Ape yang epic adalah barangsiapa yang nak tengok result, kena masuk jumpa dekan sorang2 sebab dekan akan bagi komen semua. Mak aih!!! Masa tu dada dah rasa nk meletup sebab cuak. Saya berdoa and cube positivekan diri. Dalam batch saya, saya adalah orang pertama yang masuk jumpa dekan sebab dah tak sanggup nak menahan curiosity. Jenis tak sabar macam ni la…

Syukur Alhamdulillah saya lulus!

Hanya Allah yang tahu keadaan kat luar bilik dekan tu. Memang gamat. Macam2 situasi ade. Ade yang tengah kol parents. Ade yang menangis. Ada yang melompat2 kegembiraan. Ade yang nangis sebab happy sangat.Macam2 suasana. Masa tu rasa relieved sangat sebab berakhir jugak perjalanan saya di tahun 1. So, 1/5 done!

And that’s end my freshman year.

Banyak hikmah yang Allah tunjukkan selama saya study kat sini.


  • Saya belajar yang Allah beri apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita nak.
  • Saya belajar tentang cara kehidupan di luar ‘safe zone’. Dulu kat sekolah agama, semua terjaga. Tapi bila sambung belajar plus kat IPTS, Allah tarbiahkan saya dengan cara mengekalkan biah solehah di kampus.
  •  Allah ajar saya tentang rendah diri.
  • Allah hadiahkan saya sahabat2 yang hebat.

Dan saya berikrar untuk jadi seorang doctor yang hebat and akan sentiasa mencuba untuk jadi houseman yang competent sekalipon saya lepasan IPTS.I’ll prove to people that I deserve what I have today. Sekarang pon tinggal lagi setahun 6 minggu aje before graduation. Hope everything turn out smoothly. Doakan saya. 

Wassalam.




Ramadhan Mubarak

2013-07-09


Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh


Kami dari SinergiHati ingin mengucapkan 

Salam Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa.

Semoga Ramadhan kali ini memberi nafas baru kepada hidup kita.

Ayuh sama-sama kita rebut ganjaran nikmat yang Allah sediakan dalam bulan yang mulia ini

Yosh~~~  ^__^