“Ape hukum kita menziarahi orang yg bukan Islam sewaktu dia sakit?”
Dan ade gak yg bertanya…
“Xpe ke menghadiri funeral org yg bukan Islam?”
So, memangdangkan sy pon dah lama rasenya x update pasal isu fiqh kat blog ni..thus today sy nak update tentang satu lagi isu melibatkan muslim dan non- muslim; ISU MENZIARAHI NON MUSLIM SEWAKTU MEREKA SAKIT ATAUPUN MENINGGAL DUNIA. Saya masih lagi menggunakan buku yang sama yg sy ulas kembali dlm penyampaian sy sendiri dlm entry Fiqh Perubatan 1
Okok..
Berbalik pada tajuk kita hari ini which is;
ISU MENZIARAHI NON MUSLIM SEWAKTU MEREKA SAKIT ATAUPUN MENINGGAL DUNIA
Sebelum sy further lagi perbahasan ni, better kita soroti sabda Rasullullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah yg bermaksud;
“Ziarahilah kubur, maka sesungguhnya ia akan mengingatkan kamu akan akhirat”
Kita sebagai ummat Islam haruslah sentiasa mengingati mati kerana orang yang paling bijak antara kita adalah orang yg paling kerap mengingati mati. Kita kena paham..mengingati mati ni konteks dia luas. Bukanlah bila kita mengingati mati, kita sampai xbuat fardhu kifayah yang lain( spt bekerja, belajar etc) bersesuaian dengan Kalamullah;
Dialah zat yang menjadikan bumi ini mudah buat kamu. Oleh karena itu berjalanlah di permukaannya dan makanlah dari rezekinya." (al-Mulk: 15)
Dalam kata lain, mengingati mati di sini haruslah selaras dengan ape yang disyariatkan. Kita kena tingkatkan ibadah; samada ibadah khusus atau ibadah am. Dengan cara inilah kita akn sentiasa mengingati mati.
Study, bace buku, sekalipun buat kerja sekolah boleh jadi satu ibadah yg tinggi nilainya andaikata kita sertai dengan niat yang baik which is kerana Allah. Kita xboleh study kerana nk menunjuk2..nk biar orang nampak kita ni bagus..coz 1 day kita sendiri yg akan rugi. So dengan niat untuk study yang ikhlas jugak, kita sebenarnya boleh dikira sebagai mengingati mati. Minda kita kena terbukak kerana ibadah bukan setakat solat, puasa sahaja. Islam itu syumul dan setiap aspek kehidupan hatta membuang air pon kita boleh jadikan ibadah juga.
Kembali kepada perbahasan ayat;
“Ziarahilah kubur, maka sesungguhnya ia akan mengingatkan kamu akan akhirat”
Islam menggalakkan kita menziarahi kubur kerana ianya merupakan salah sati cara mengingati mati. Termasuk juga dalam persoalan ini adalah menziarahi non muslim yang sakit which is satu amalan yang baik.
Rasulullah sendiri pernah melawat bapa saudaranya Abu Talib ketika beliau sakit tenat. Ada juga diceritakan Rasulullah menjaga wanita yahudi yang sakit walhal wanita tersebut amat2 menbenci Baginda. Dua peristiwa ini merupakan ayah( bukti) tentang wujudnya budaya menziarahi non- muslim yang diamalkan oleh Baginda junjungan besar Rasulullah SAW sendiri.
Walaubagaimanapun, Islam tetap menggariskan panduan dalam menziarahi orang sakit yang bukan Islam. Adab2 yang perlu dijaga termasuklah ketidakharusan seorang muslim meminta ampun kepada Allah selagi non- muslim tersebut( iaitu yang kita ziarahi) x beriman kepada Allah.
Hal ini Allah nyatakan dengan jelas menerusi Surah At Taubah ayat 84;
Maksudnya: Dan janganlah kamu ke atas seseorang daripada mereka ( non- Muslim) dan janganlah kamu berdiri atas kuburnya (menyelenggarakan urusan pengkebumiannya). Sesungguhnya mereka kufur kepada Allah dan (kufur) kepada Rasul-Nya, dan mereka mati hal keadaan mereka fasiq.
Sebab Nuzul ( Sebab turun ayat ini) adalah kerana Nabi Muhammad ingin menunaikan solat jenazah keatas mayat Abdullah B. Ubai sedangkan dia seorang yang munafik. Apabila dia mati, anaknya datang berjumpa Nabi SAW meminta pakaian Nabi untuk mengkafankan mayatnya. Rasulullah memberikan bajunya dan meminta anak Abdullah B. Ubai memberitahunya apabila selesai urusan jenazah. Kemudian Nabi bangun untuk menunaikan solat keatas jenazahnya, lantas di tanyakan oleh Umar Al- Khattab tentang tindakan Nabi itu. Nabi mengatakan bahawa Allah memberikannya pilihan samada mahu memohon ampun untuk mereka atau tidak. Namun akhirnya ayat ini di turunkan.
Kita tetap di anjurkan untuk menziarahi non muslim sewaktu mereka sakit mahupun sudah meninggal dunia kerana dengan menziarahi mereka, kita dapat menghubungkan keharmonian dan kemesraan. Budaya ini turut dijadikan sebagai medium untuk kita berdakwah kepada mereka. Namun dakwah haruslah dijalankan tanpa paksaan kerana hidayah itu datangnya dari Allah. Beriman atau tidak bukanlah urusan kita sebagai makhluk tetapi kita tetap harus menyampaikan Islam kepada mereka.
Satu lagi perkara yang selalu dibudayakan oleh orang Islam kebelakangan ini adalah mengucapkan ucapan2 umum seperti:
- May his soul R.I.P.= Semoga rohnya berada dalam ketenangan..
atau
- God Bless Him= Semoga Tuhan merahmatinya.
Ucapan2 seperti ini juga hukumnya tidak harus kerana ia merupakan satu bentuk doa untuk roh si mati kerana seperti sy nyatakan tadi, amalan ini tidak diharuskan dalam Islam.
Wallahu subhanahu wataala a'lam.