header-photo

Clinical Year: Forensic Medicine

2012-01-20


Assalamualaikum

Medical Forensic and Toxicology
Medical Forensic and Toxicology, atau nama BMnya, Forensik Perubatan dan Toksikology, dan cikgu saya selalu berpesan jika ada -logy -logy di belakang perkataan, it means study. Secara generalnya, Forensic medicine ni melibatkan penyiasatan, analysis yang berkaitan dengan scene-scene jenayah, mostly macam kes-kes pembunuhan, salahlaku seksual, kes-kes bunuh diri, luka pun termasuk jugak dalam Forensic nih.

Manakala toxicology pulak, mostly dia concern tentang racun2 serta kesan2 dia pada tubuh badan kita, tidak lupa jugak cara2 nk uruskan patient yg terkena racun. Bg saya, tajuk toxicology ni dia lebih kepada tajuk pharmacology.



Buku Forensic Medicine dan Toxicology


Dan Alhamdulillah telahpun selesai round Medical Forensic and Toxicology, dan saya akan summarize dalam bentuk gambar :P


Bidang Doktor tidak terhad kepada merawat pesakit, tapi berperanan juga dalam menyelesaikan kes jenayah.



Fingerprint sangat penting dalam kerja identifikasi dalam forensic sbb dari fingerprint, suspek dapat dijejak.




Dalam tajuk senjata api, semua aspek senjata api dipelajari, dari senjata api, sehingga kepada pelurunya.



Beza antara racun dan ubat adalah jumlah doses, racun juga bermacam-macam jenis, dari bahan kimia, ubat, hingga kepada tumbuh-tumbuhan.



Organophosphate merupakan racun yang sering dialami oleh petani yang tidak memakai topeng pernafasan


Paracetamol merupakan digunakan bila demam, tp tidak boleh ambil kerap sgt, kerana ia boleh merosakkan hati pada dose yg tinggi.



-sekian-

Kali Pertama

Semuanya pasal kali pertama

Kali pertama tahu yg sy layak amik course perubatan, semangat sgt2 nak study...and rasa happy sebab cita2 sejak dr kecik dh tercapai. Alhamdulillah...

Kali pertama study subject medic, masa tu subject Biochemistry. Lecturer sy org Bangalore, India. Mula2 sy susah sgt2 nk paham BI dia, tapi lama2 dia ngajar SUPERB!!!...mmg best!

Kali pertama masuk bilik mayat, mmg mula2 seram sebab dorang kate mayat tu siap potong EMPAT lagi. Bila masuk je, tetibe mata pedih...pandang keliling kwn2 sume mata merah. Sumenya angkara formalin. Memang study sambil tahan nafas. Xselesa sangat2...tapi last 1st year tu...rasa sayang plak nk tinggalkan mortuary.

Kali pertama seat exam midyear, study subjek Anatomy sampai pukul 7 pagi...marathon x tdow dengan hosmate, cik L...sebbek bleh jawab exam xpa tertidoq dlm dewan.

Kali pertama seat professional exam, masa tu tahun 1...sy nangis sebab baca Biochem x paham. Notes plak hilang time tuh...dugaan...

Kali pertama tunggu list viva voce, result tu kua lepas 4 jam berakhirnya paper OSCE Anatomy...and sebak sgt2 bila tengok nama ada kat situ. Kena viva voce Anatomy and masa yg berbaki ntuk study just 24 hour. Bayangkan, ape yg kita study ntuk setahun kena revise and HAFAL dlm masa 24 hour.

Kali pertama tunggu keputusan Professional Exam, sume student kena masuk office dekan one by one and dekan sendiri yg akan bacakan result exam kita. Pergh x??? Hahaha...and sy la org pertama yg masuk jumpe dekan. Keputusannya????? Alhamdulillah lulus (^__^)

Kali pertama view postmortem, mmg x de selera nk makan pagi tu. Kawan2 sume elok je pegi makan kat kafe, sy seram nk makan takut termuntah during view procedure tu. Tapi lepas je abis post mortem tu, makan nasik x hingat sebab lapar sgt2. Dah xde rasa loya..sebab rasa lapar merajai segalanya.

Kali pertama buat posting kat hospital, hari 1st semuanya indah. Tahun tiga yang ku tunggu2...White coat memang bergosok baek punya, stethoscope segak je di leher, ngan pita pengukur dan mcm2 lagi apparatus bergantung kat white coat. Tu belum kira buku kat dlm poket ni, sampai nak koyak poket white coat tu. Berjalan kat hospital pon segan2 lagi sebab takut orang kate poyo. Sekali lalu kat kaki lima hospital, sorang pakcik ni tegur...”Assalamualaikum, dokter.” Sy jawab salam and dlm hati... Waaa...rasa makin semangat nk jadik doc lepas tu. P/S: Walau di mana pun pakcik berada, terima kasih pakcik sbb memberi semangat kat saya!

Kali pertama posting, kena masuk ward sakit puan. Mula2 macam x best je posting ni...tapi bila dh study and clerk patient, sungguh seronok! Tiap2 hari Isnin kena masuk dewan bersalin. Dah banyak kelahiran sy tengok. insyaAllah nnt mudah2an ada peluang nk sambut baby plak. Amin~

Kali pertama masuk dewan bedah, time tu ade case Elective Lower Segment Cesaerean Section (ELSCS). Dengan penuh semangat scrub in sebab nk tengok procedure tu. Lepas sejam, sy ngan member kua nak g amik tandatangan pengesahan dari doc yg sy dh view that procedure. Sekali kena marah ngan Sister sebab kitorang ade buat salah sikit. Aduhai malunya kena marah depan2 houseman n medical officer. Sebbek time tu pakai mask, xde la doc tu cam muka kami. Tapi lepas je kejadian tu, sister tu la da best sister and yg paling rapat ngan sy. Irony??

Semuanya pengalaman pertama saya (^__^)

~2 years 6 months to go~