header-photo

Nisfu Syaaban: The Countdown

2012-07-04


Salam alaik dan salam sejahtera buat semua pembaca…

Lepas 4 bulan approximately x buat sebarang post, hari ni Alhamdulillah ade sedikit masa terluang untuk sy menulis. Sebab dh lama sangat x menulis ni, idea agak kering jugak currently. Ape2 pon di harapkan post ni mampu member serba sedikit ilmu buat semua pembaca. InsyaAllah…

Hari ni dh masuk 14 Syaaban. Esoknya 15 hb Syaaban which means ade lagi setengah bulan sebelum datangnya bulan 1000 rahmat; Ramadhan! Memang happy tengok keadaan sekeliling sebab ramai yg berpuasa sunat hari ni. Semoga amalan kita semua di terima oleh Allah insyaAllah (^^).

Dalam kita berpuasa dan bersembang tentang Nisfu Syaaban ni, agak2nya kita ni cukup arif tak tentang ape itu Nisfu Syaaban? Bagi anda2 yg dh tahu, syukur Alhamdulillah. Tapi bagi yg belum, insyaAllah di post ni kami akan berkongsi dengan anda serba sedikit mengenai Nisfu Syaaban.

Dalam bahasa arab, nisfu bermaksud separuh. So Nisfu Syaaban bermaksud separuh daripada Syaaban a.k.a 15 hb Syaaban. Syaaban adalah salah satu bulan dalam kalendar Hijrah dan bulan yg menandakan kita semua semakin hampir kepada Ramadhan. Istimewanya Syaaban bertepatan dengan hadith yang di riwayatkan oleh Umamah Al Bahili ra, yg berkata: Rasulullah S.A.W bersabda;


"Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."


Rasulullah juga pernah menyebut bahawa di namakan sebagai bulan Syaaban itu adalah kerana padanya amal kebaikan akan berkembang dengan banyak sekali.

Sebagai hamba Allah yg lemah dan banyak melakukan kesilapan, kita di anjurkan untuk sentiasa membersihkan diri kita dari dosa setiap hari. Jika setiap hari kita melakukan perkara yang baik, di bulan Syaaban ini perlulah segala amalan itu di lipat gandakan lagi. Contohnya…kalau sebelum ni kita puasa sunat setiap hari isnin dan Khamis, mungkin di bulan Syaaban ni kita boleh buat 5x seminggu. Puasa di bulan Syaaban ni merupakan latihan awal kita sebelum kedatangan Ramadhan. So kalau kita dh mula berpuasa di bulan Syaaban, insyaAllah di bulan Ramadhan nanti kita dh terbiasa dengan puasa dan hasilnya takde la kita nk longlai je masa Ramadhan nanti, kan?? (^^,)



Di riwayatkan juga dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril as pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!" Kata saya (Nabi Muhammad SAW): "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."

Segala dalil ni dah membuktikan cinta Allah kepada para hambanya dengan mengurniakan kita semua jalan serta cara untuk mendapat pahala. Tunggu kita ni je…nak mengambil peluang itu ataupun tidak.
Sama- samalah kita berdoa:


"Allahuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan"

Yang bermaksud:

"Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan."

Jom perbanyakkan amalan kita di bulan Syaaban yang berbaki 15 hari saja lagi…dan bersedia untuk menantikan bulan yang din anti- nantikan oleh seluruh ummat Islam; RAMADHAN!!
Illal liqa wa maas salaamah.

4 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah... segala kerja yang dilakukan terasa begitu mudah dan senang. Hati terasa bagai dihembus angin ketenangan. Oh rupa2nya inilah malam nisfu syaaban... Syukur. Terima Kasih Ya Allah... Kerana menunjukkan ku JALAN-Mu

Astromas said...

best sekali perkongsian ni.

kaki bola said...

jom beramal.tapi nak constant amal tu susah.harap2 syaaban dan ramadhan ni terbaik utk kite.

Anonymous said...

Assalamualaikum. Saya Azlin. Bakal ke MBBS MSU. Boleh email saya tak? ^^ Saya nak tanya sikit. Terima kasih

leenazman@gmail.com

Post a Comment