header-photo

SPA, MMC, KKM dan PTM

2015-04-04


Assalamualaikum wbt dan hello buat semua pembaca. Semoga kalian semua sihat sejahtera…

Ramai yang bertanya pasal proses selepas habis belajar MBBS pada aku; baik student local or overseas. So hari ni insyaAllah post aku adalah tentang proses nak menjadi seorang doktor berdaftar di Malaysia or senang cerita apa yang nak di lakukan selepas lulus MBBS. Sebelum aku memulakan bicara dengan lebih lanjut aku nak congratulate those yang membaca entry ni yang mana korang dah lulus MBBS, MD or MBBCh dengan jayanya. Tahniah2!

Step 1: Apabila kita nak kerja sebagai doktor di Malaysia, kita kena berkhidmat sebagai houseman selama 2tahun. So untuk keje ngan gomen, kita kena apply dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Cara permohonan SPA ni adelah dengan log in ke website SPA dan isi jelah segala jenis details yang di perlukan. Benda ni boleh siap within 10 minit je so no problem…

Step 2: Korang wajib menghantar borang permohonan pendaftaran pengamal perubatan sementara ke Malaysia Medial Council (MMC) sebab MMC nilah council yang bertindak untuk mendaftarkan kita sebagai seorang doktor di Malaysia. Kalau foreigner nak kerja di Malaysia pon kena apply melalui MMC jugak. Lepas dah mendaftar dengan MMC, kita akan diberikan sijil perakuan pedaftaran sementara dan nombor pendaftaran yang kita akan pakai selama 2 tahun…if HOship x extend la… haha. Lepas dah mendaftar under MMC dan dah dapat nombor pendaftaran kira korang ni dah officially menjadi seorang doctor berdaftar di Malaysia. Masa dapat surat MMC nilah aku rasa happy sgt sbb surat tu depan dia tulis Dr. Rasa syukur and puas hati sebab akhirnya orang dah recognized kita as doctor. Cita-cita dah separa tercapai. Haha.

Ok2 kembali kepada tajuk asal kita.

Step 3: Waktu aku ni kami kena apply post di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan mengisi Borang Maklumat Diri (BMD). Kat borang ni lah korang kena tulis hospital pilihan korang beserta dengan sebab- sebabnya sekali. Special sikit bagi sesiapa yang apply KL and Selangor, bila korang MO nanti kena apply luar drp KL dan Selangor. Kenapa? Aku pon x tahu. Tanyalah KKM. Haha. Yang pasti aku apply Kelantan. Tiga- tiga choices aku memang Kelantan.  
P/s: Sistem baru bermula Mac 2015 plak, graduan perubatan dh tak perlu isi BMD manually. Korang just perlu isi eHouseman je online. Mudah dan cepat. Terus dapat placement within 10minutes. Bagus x?

Ok.

Step 4: Lepas semua ni settle, kitorang di panggil untuk temuduga SPA. Certain uni akan buat temuduga sebelum professional exam. Certain akan buat lepas Pro. Kalau korang student oversea, korang kena booking date personally and usually akan temuduga dekat Putrajaya. Tapi if korang student local or student offshore yang ade main campus di Malaysia, boleh temuduga di university masing2 pakai batching macam local uni. Student offshore uni kitorang (IMS Ramaiah Banglore) temuduga kat Putrajaya and kitorang kat uni kampus Shah Alam. Kenapa berbeza, toksah la tanya..tetibe rasa baran je nak jawab. Hahaha

Ok kembali kepada temuduga punye story. Temuduga SPA ni nak kate lepak x jugak, nak kata susah pon bukan. Kenapa?

Sebab depends pada penemuduga kot. Masa kitorang temuduga, kitorg dlm 50+ org camtu la. Ade 2 bilik. And panel semuanya MEDICAL DOCTOR. I repeat..MEDICAL DOCTOR.  Orang kuat KKM seyh… Aku ade tanya kawan- kawan lain yang temuduga tapi dorang ade je orang SPA bidang non- medical yang jadi penemuduga. So takdelah soalan2 medic bagi dorang. Cuma soalan- soalan bab government la. Segala dasar akta bagai. Cuma bagi aku kalau dapat soalan medical ni senang sikit sebab kita dah biasa dengar. Tahu ingat ke x je. If soalan akta semua ni ken abaca balik la sebab masa study Malaysian Studies dulu sah- sahla takde nak ingat dah. So basically ade pro and cons jugak la korang dapat siapa pon penemuduga tu.
Berbalik kepada cerita tadi. asalnya dorang nak buat 2orang sekali masuk. Lepas tu dorang tukar pikiran buat sorang2. Cuak mak! Haha. Aku kena bilik 1, ngan 2 orang penemuduga. Sorang laki sorg pompuan. Bila korang dapat orang KKM as panel, expect la soalan medic sesikit. Dua2 bilik ni memang penemuduga tanya soalan. Worst is, of them adalah someone working for WHO. Aku dah la pergi sane x prepare soalan-soalan medic pon. Hafal rukun negara je. Bhahaha. Banyak baca pasal dasar2 kerajaan sebab dorang cakap penemuduga selalunya bukan medical doctor pon. Dah elok aku sampai tetibe kawan2 ralit study. Dalam pale..habisla aku.

Ni standard soalan yang kami dapat masa temuduga:

1.       Perkenalkan diri anda
2.       Kenapa nak jadi doctor?
3.       Siapa diri anda 10 tahun dari sekarang
4.       For medical questions, dorang bagi common cases la especially current outbreak. Macam aku hari tu  kena soalan pasal banjir. Disease yg kita akan encounter during banjir like typhoid and cholera and how we as medical professional can help those victims.
5.       Mintak mane for housemanship and why?
6.       Kalau dapat Sabah Sarawak nak pergi ke x?
7.       Family vs Job…which one came 1st?

Ape jawapan aku, biarlah rahsia. Yang penting aku flunk jawapan cholera masa temduga hari tu. Haha. But everything went well and alhamdulillah semua kawan2 aku lulus je temuduga tu. 

Step 5: Lepas korang dah settle temuduga ni, beberapa lama lepas tu korang akan dapat surat SPA melalui pos sebagai menandakan yang korang ni dah berdaftar sebagai government servant. Surat tu explain kat korang beberapa items yang kena bawak masa pergi Program Transformasi Minda (PTM) a.k.a Induksi. (Aku pon masa tengah menulis post ni tak siap- siap lagi items ni semua).

Anyway, list ni korang kena settlekan sebelum pergi ke PTM:

1.       Buat KWSP
2.       Bukak akaun or pakaila akaun ape2 and dapatkan salinan muka depan buku akaun tu.
3.       Buat medical checkup
4.       Buat surat akuan sumpah
5.       Buat copy IC, transkrip and yg sama waktu dengannya banyak- banyak and make sure document tu semua disahkan.
6.       Sediakan gambar passport banyak- banyak.

Step 6: Bila semuanya dah settle so aku just tunggu jelah result placement. Masa isi borang BMD dulu aku apply semuanya Kelantan; HRPZ II, Hosp Kuala Krai and Hosp Tanah Merah. Reason dia yg aku isi dalam borang adalah nak stay dekat dengan family. Haha. Jujur kan? Alhamdulillah tepat 16hb Mac 2015, tibalah masanya nak check online dapat hospital mana. Punyalah drama sebab pagi tu aku demam selsema, so makan la ubat selsema. Well, memang akan sure lentok punyelah kan bile dah makan ubat selsema ni. Tapi aku gagahi jugak xnak bagi tertidur. Sekali tak sedar bila tah mata ni tertidur, tahu- tahu je handphone dah macam nak meletup sebab message banyak masuk phone. Aku terjaga and terus tengok whatsapp and masa tu rasa nak dapat arrhythmias je rasa sebab kawan2 semua dah update dapat hospital mana. Aku pon dengan mamainya sambil berdebar2 cuba check website KKM. Dah nak dijadikan cerita crash pulak websitenya tak boleh nak access. Last-last member aku tolong check. 

Alhamdulillah dapat 1st choice kot; Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu, Kelantan. Seronokla sebab 15minit je daripada rumah aku. Dari kecik salu angan-angan one day akan kerja kat situ. Syukurlah tercapai jugak impian masa kecilku..wah!

Step 7: Lepas je dah dapat tahu tempat tu, so kami menanti pulak surat untuk tahu tempat Program Transformasi Minda (PTM) or orang panggil induksi tu bakal berjalan. Alhamdulillah 3hb 4 dapat tahu induksi and zon timur semuanya dikumpulkan di Terengganu. So insyAllah 13hb April sampai 17hb April ni aku bakal start kerja la. Bermulanya dengan menghadirkan diri ke PTM tu dulu. Moga- moga semuanya dipermudahkan buat aku dan kawan- kawan semua. Amin..

Itu sajelah dulu. Nanti kita update pasal PTM pulok yob!

3 comments:

Mer said...

salam akak, akak mohon MARA ke untuk buat medik kt msu ni? :)

Unknown said...

Hi. Saya nak tanya, kalau doctor foreigner tu barh je tamat MBBS dia, and nak buaf internship and kerja terus kat hospital Malaysia, boleh ke mcm tu? Ke dia perlu buat internship kat negara asal dia dulu? Anf mcm mana pulak kalau lepas habis MBBS, dia kahwin dgn org Malaysia, so boleh tak fia buat intership kat Malaysia?

haifahsacha said...

Grand Victoria Casino & Hotel - Mapyro
Grand Victoria 경산 출장마사지 Casino & Hotel is situated right on the beach 보령 출장샵 in Grand 문경 출장마사지 Victoria and offers a good mix 동해 출장샵 of slots and live entertainment. There are 2 안산 출장안마 live casino

Post a Comment