Alhamdulillah, post kali ini boleh
dikatakan post-exam post. Syukur kepada Allah, kerana diberi kesempatan untuk
menghabiskan peperiksaan tahun 5 kuliah perubatan di university kaherah, pada
4hb Julai 2013. Banyak al-kisah yang
berlaku beberapa hari sebelum itu.
Antaranya yang sedang panas sekarang
adalah keadaan di Mesir terutamanya.
Memang boleh diandaikan hasilnya akan begini, di mana rakyat turun ke
jalan, seperti revolusi 25 Januari yang
lalu, cumanya kali ini ia terdiri daripada 2 kumpulan; kumpulan yang menyokong
presiden morsi dan kumpulan rebel
@tamarrud. Ianya bermula pada 30 jun 2013, di mana pada tarikh itu,
kumpulan tamarrud keluar berhimpun ke dataran tahrir bagi menyatakan bantahan
seterusnya mendesak presiden mesir, Dr Morsi melepaskan jawatannya.
Himpunan di Dataran Tahrir
Kemudian diikuti pula dengan
himpunan oleh kumpulan yang menyokong presiden Dr Morsi, kumpulan ini berkumpul
di Dataran Rabiatul Adawiyah. Kumpulan ini juga diadakan di kawasan-kawasan
lain di mesir bagi menyatakan sokongan terhadap Dr Morsi.
Perhimpunan di Rabiatul Adawiyah, Rab'ah
Dalam keadaan jumlah kumpulan
masing-masing semakin bertambah, dilaporkan keganasan tercetus, antaranya
kecederaan orang awam, markas Ikhwan Muslimin diserang dan dibakar, sehingga
ada yang melibatkan korban, juga terdapat laporan bahawa kumpulan rebel@tamarrud membawa senjata seperti
pedang, parang dan juga senjata api.
Kemudian pada 1hb Julai 2013, majlis
tentera telah memberi tempoh kepada kedua-dua belah pihak bagi menyelesai
kemelut yang dialami, antaranya menggesa Dr Morsi untuk tunduk kepada tuntutan rakyat. Pada tengahmalamnya, Dr
Morsi mengumumkan dalam ucapannya, bahawa beliau tidak akan memenuhi tuntan
majlis tentera, kerana beliau adalah presiden yang dipilih secara sah oleh
rakyat melalui jalan demokrasi, iaitu pilihanraya.
Sepanjang tempoh itu, saya juga mendengar
khabar berita bahawa kemungkinan peperiksaan akan ditangguhkan berikutan
keadaan semasa di Mesir. Jadual peperiksaan yang ada pada ketika itu adalah
pada 4hb dan 6hb julai. Jadual asalnya pada 6hb julai, akan tetapi, khuatir
jika peperiksaan 6hb ditangguhkan, maka saya memilih untuk menduduki
peperiksaan awal, iaitu pada 4hb Julai 2013.
Malam sebelum peperiksaan,
dikejutkan dengan rampasan kuasa yang dilakukan oleh majlis tentera ke atas
presiden mesir. Saya secara peribadi, amat sedih dengan peristiwa tersebut,
seorang presiden yang sah, digulingkan. Malam itu juga ada sebahagian rakyat
mesir yang ‘gembira’ dengan peristiwa tersebut, dan ada yang bersedih atas
peristiwa itu.
Sekarang keadaan di Mesir
berubah, himpunan masih berterusan, baik di Dataran Tahrir mahupun Dataran
Rabiatul Adawiyah, kebanyakan student di sini mengambil langkah berjaga-jaga,
dan secara keseluruhannya masih boleh menghela nafas lega, Cuma pergerakan
malam dikurangkan serta tidak digalakkan keluar berjalan. Terima kasih kepada
persatuan serta kedutaan yang mengeluarkan garis panduan keselamatan.
Mohon
doa agar keadaan mesir kembali aman dan tidak berlaku konflik yang berlanjutan.
P/S : ulasan di atas hasil daripada penulis sendiri berdasarkan perkembangan yang berlaku di mesir
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pada hari jumaat 5hb Julai, saya
dikejutkan dengan pemergian seorang sahabat sekolah menengah, Fahmi Rosli.
Beliau meninggal disebabkan lemas ( menurut sumber yang saya diberitahu),
Allah, betapa sedih serta terkejutnya saya tentang berita tersebut, dalam batch
SMKA Al-Irshad 2003 – 2007, beliau yang Allah jemput dahulu.
Al
– Fatihah
Semoga
ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman