header-photo

Salam Tahun Baru

2011-01-01


Assalamualaikum wrh wbt

Alhamdulillah, alhamdulillah, tahun 2010 selamat melabuhkan tirainya dengan meninggalkan seribu satu makna kehidupan bagi setiap individu. Syukur dilafazkan kerana dapat mengharungi tahun 2010 yang tidak pernah sepi dari asam garam kehidupan buat kita yang bergelar insan, segala pasang surut, naik turun, dapat diharungi, semoga diberi kekuatan untuk melangkah bagi meneruskan hidup dengan lebih berani.

Salam serta selamat datang diucapkan buat tahun 2011. Iya, percaya atau tidak, cepat sungguh masa berlalu, sedar tidak sedar, sudah 2011, seakan baru saja semalam merasakan aura 2010, tetapi sekarang, aura baru sudah menjelma, aura 2011. Apabila melangkah ke tahun baru, semestinya usia kita pun semakin meningkat, dari 19 ke 20, dari 20 ke 21 dan sebagainya. Dengan meningkatnya umur kita, bererti usia kita semakin meningkat, bila bercakap meningkatnya usia, teringat saya pada pepatah "Rumah kata pergi, Kubur kata mari", ada benarnya pepatah tersebut jika diamatinya bersama peningkatan usia.

Saya juga percaya, dengan tibanya tahun baru, ramai sahabat-sahabat merancang dan meletakkan azam serta matlamat yang ingin dicapai pada tahun ini, tahniah diucapkan. Semoga Allah memudahkan anda semua untuk merealisasikan matlamat serta azam anda semua, serta diberi kekuatan untuk berterusan mengejar azam serta matlamat yang anda mahukan.

Kami di SINERGIHATI ingin mengucapkan selamat tahun baru buat pembaca serta pengunjung blog kami, serta maaf dipinta andai ada salah bicara, terkasar bahasa dari kami, dalam berblog :D

*isi borang jgn lupa tulis date,
maaf kami lambat update :P

0 comments:

Post a Comment