Eid Mubarak
2011-08-29
Selamat Tinggal Tahun 2!
2011-08-27
Salam alaik buat sahabt2 semua...
Doktor Islamik
2011-08-26
Kata-kata nasihat daripada Dr.Hamdi Mas’ud dalam kitabnya Daur at-Tobib al-Muslim fi nasyri Ta’alim al-Islam bermaksud:
“Adapun bagaimanakah cara untuk seseorang doktor itu membawa pesakitnya ke jalan menuju Allah ketika melaksanakan tugasan dirinya.. hendaklah berusaha dalam kadar waktu yang mengizinkan untuk memasukkan ke dalam benak fikiran dan hati pesakit akan kefahaman Islam yang sebenar… bertitik-tolak dari kefahaman Islam yang sebenar inilah, seseorang doktor itu mampu mendekatkan pesakitnya akan hakikat Tauhid dengan menyatakan bahawa segala perkara yang terjadi adalah di bawah kekuasaan Allah.”
Dr. Nada Abd Azez Mohamed al-Yusfi, dalam kitabnya Ila at-Tobib wa Tolib at-Tib Kaifa Takhdimu al-Islam:
“Sesengguhnya doktor yang hidupnya adalah untuk dirinya sendiri tanpa memikirkan orang lain di sekelilingnya dan tidak meletakkan di hadapannya tujuan dakwah yang menggunung, juga tidak melapangkan masanya sejam sahaja dalam seminggu untuk mempelajari ilmu agama dan menghafaz apa yang patut dari al-Quran, juga tidak memikirkan apa yang perlu dibuat untuk Islam terhadap ilmu perubatan yang dianugerahkan kepadanya, maka keadaannya kadang-kadang banyak rehat, hidup matinya dalam keadaan jiwanya kerdil. Adapun doktor yang berjiwa besar sanggup memikul tugasan yang penat ini, tidak mementingkan urusan tidurnya, waktu rehatnya, berada di atas tilam empuk dan kehidupan yang senang-lenang disamping harta benda yang memuaskan. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah memberitahu keadaan sepatutnya dan bersabda kepada Ummul Mukminin Saidatina Khadijah: Telah berlalu masa untuk tidur wahai khadijah. Maka kami ingin menyatakan di sini: Telah berlalu masa untuk kamu tidur dan pejam lelap wahai penuntut-penuntut bidang perubatan!”
Courtesy of: Ahmad Nazrin
P/S: Teringat kata2 dekan IMS, Prof Malina...medical student is not a students anymore...they are doctor in practice!
A Quest for Lailatul Qadr
2011-08-20
Alhamdulillah baru hari ni sy (Izzah) boleh buat entry. MasyaAllah rindu yg amat kot kat blog ni. Memang xleh nk update lansung sebab time exam week je I left my lappy at home. Kalau x, xstudy la jawabnye. Hehe
Pejam celik pejam celik dh 20 ramadhan kita kan?
Camne ngan checklist amalan kita tahun ni?
Kalau yg bertambah baik daripada tahun2 sebelumnya, alhamdulillah. Kalau yg kurang, sama2 la kita gandakan usaha during 10 hari yg berbaki ni. InsyAllah, masih x terlambat.(^__^)
Bila sebut je 10 malam terakhir, kita mesti trus terfikir tentang salah satu malam yg Allah anugerahkan pada kita dalam bulan pose ni. Malam Al- Qadr. Ralat yg selalu di lakukan oleh people sewaktu mention nama Malam Al- Qadr is that they tend tu sebut "Malam Lailatul Qadr". Dalam bahasa arab, lail bermaksud malam. Perkataan "Lailatul" di sini sudah membawa maksud malam. So, lepas ni kalau anda nk mention pasal malam Al- Qadr ni, its either:
Malam Al- Qadr, or
Lailatul Qadr
Sy harap dh xde kesilapan lagi la ye pasni?