header-photo

5 Bonus Khas Ramadhan

2011-08-04


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan,

Teringin sekali nak berkongsi tentang tajuk ini, walaupun pendek, diharap dapat memberi manfaat.5 bonus khas ramadhan ini, berdasarkan hadis ini ;


Abu Hurairah r.a. meriwayatkan Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :

"Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan, iaitu :

1. Bau mulut orang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah.

2. Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

3. Allah memperindahkan syurga-Nya setiap hari, dan berfirman :

" Hampir-hampir hamba-hamba-Ku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan
penderitaan lalu kembali kepadamu." ( Mereka sangup bersusah payah di dunia demi
kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat )

4. Syaitan-syaitan dibelenggu tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadhan.

5. Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam ( orang yang beramal akan disempurnakan pahalanya setelah selesai mengerjakannya )

0 comments:

Post a Comment