Assalamualaikum
Sedar tak sedar, sudah genap sebulan kita berpuasa, dan ramadhan sudah mula mengundurkan diri, bakal menyepi selama 11 bulan, membawa bersamanya segala rahmat yang hanya ada pada waktu tersebut.
Aidilfitri yang bakal disambut pada esok hari, merupakan hari kemenangan buat umat islam, setelah berjaya mengharungi bulan puasa selama sebulan. Moga-moga ramadhan pada tahun ini, berjaya mendidik diri kita, menambahbaik kualiti diri, dan yang paling penting; kita menjadi hamba Allah yang bertaqwa, kerana itulah matlamat utama ataupun 'aim' bagi kita berada di dalam bulan ramadhan.
Aidilfitri yang bakal disambut ini, sama-sama kita menyambutnya dengan cara yang sederhana serta berlunaskan apa yang dianjurkan oleh agama islam. Janganlah kita mencemari aidilfitri kita dengan perkara-perkara yang melalaikan serta boleh merosakkan amalan kita.
Akhir Kalam :
Kami di SINERGI HATI ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
Kami ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf andai ada terkasar bahasa, tersinggung hati sepanjang mengendalikan blog ini
3 comments:
selamat haru raya. :) maaf zahir dan batin
salam aidilfitri
thanks guys, selamat hari raya jugak :D
Post a Comment