Assalamualaikum semua
Apa khabar kalian sekelian, harap baik-baik dan sihat-sihat selalu ^^
Dactylography. bagi sy, satu term yg pelik, sbb ada persamaan dengan aerodactyl, iaitu seekor pokemon yg telah pupus dalam siri animasi pokemon.
*Aerodactyl. Pokemon legend yg telah pupus, mcm dinosaur la plak.
Maaf terlalut pasal pokemon.
Dactylography ni sebenarnya bermaksud menggunakan cap jari sebagai satu cara untuk identification. Buat sahabat-sahabat yang minat siri CSI, mesti korang familiar dengan fingerprint, dan selalunya fingerprint amat penting untuk trace suspek serta mengenalpasti penjenayah. Sebabnya, cap jari setiap orang amat unik dan berbeza antara satu sama lain, pendek kata, untuk mencari cap jari yang sama antara satu individu dengan individu yang lain adalah impossible.
Jenis - jenis cap jari yang ada dalam dunia ni adalah 4 jenis. Antaranya :
1. Jenis Composite ( 2-3% )
2. Jenis Loop ( 60-70% )
3. Jenis Whorl ( 30-35% )
4. Jenis Arch ( 5-10% )
Selalunya, untuk lelaki, fingerprint ibu jari sebelah kiri akan diambil, manakala untuk perempuan fingerprint ibu jari sebelah kiri yang akan diambil. Bagi jasad yang telah mati, cap jari boleh diambil setelah jari direndam di dalam larutan alkaline, sekiranya jarinya telah kering.
Dactylography ni ada gak kepentingan2nya, antaranya ialah :
1. Untuk kenalpasti penjenayah dimana cap jari diorang ditemui di crime scene.
2. Mengenalpasti pelarian-pelarian, melalui perbezaan cap jari atau nama omputihnya
fingerprint comparison.
3. Mengenalpasti gak orang yang meninggal dunia, tapi tidak diketahui identitinya. Begitu juga
kepada orang yang mengidap amnesia, orang yang hilang serta pesakit yang tak sedarkan
diri.
4. Untuk kenalpasti dalam kes2 pertukaran bayi yang baru lahir secara xsengaja.
Akhir sekali, cap jari kita ni memang unik dan merupakan salah satu kuasa Allah s.w.t. yang maha agung dan hebat dalam setiap ciptaan-Nya. Perihal cap jari juga diceritakan di dalam Al-Qur'an pada Surah Al-Qiyamah, ayat 3 - 4.
أَيَحْسَبُ الْإِنسَانُ أَلَّن نَجْمَعَ عِظَامَهُ . بَلَى قَادِرِينَ عَلَى أَن نُّسَوِّيَ بَنَانَهُ
Apakah manusia menyangka bahawa tidak Kami akan kumpulkan tulang-tulangnya. Benar, (bahkan Kami) berkuasa untuk menyusun (dengan) sempurna jari-jari tangannya . ( Al – Qiyaamah : 3 – 4 )
Sekian Terima Kasih
2 comments:
nice facts..u have relate sc with islam..:)
thanks Afiq Arif :)
Post a Comment