header-photo

How We Are Formed???

2011-11-29

Salam alaik buat semua
Izzah terfikir satu benda pagi ni…
Kita tahu bila seorang baby tu lahir, dia dah punya semua pancaindera. Ade tangan, kaki, mulut etc. Tapi tahukah kita bilakah panca indera ni terbentuk dalam womb ibu kita? Ape benda yg terbentuk dahulu and ape yg kemudian???
So sebagai perkongsian dengan anda semua, hari ni Izzah nk share post regarding development of the baby during pregnancy. Timeline yg sy akan gunakan adalah minggu sebab in medical school pon kami menggunakan sistem minggu untuk mengira umur kandungan ibu.
P/S: Beberapa terminology perubatan yg disebut dalam post ni adalah term2 yg sy x mampu nk melayukan sebab kelemahan sy yg kurang kosa kata. Tapi for each and every part yg bunyinya medical, I try to explain it in Malay words so that you all can digest this easily, ok?
Week 1
Fertilization of ovum and sperm and starting of implantation.
*Fertilization ni adalah pensenyawaan antara sperm dan ovum. Implantation adalah proses pelekatan hasil pensenyawaan tadi dekat uterus. Kalau dia lekat kat tempat selain uterus, kandungan tersebut akan menjadi kandungan kuar rahim aka ectopic pregnancy.
Week 2
Formation of yolk sac and embryonic disk.
*yolk sac function is to form blood and embryonic disk will soon develop into fetus.
Week 3
First missed menstrual period; formation of primitive streak and neural grove.
*time ni la baru seorang wanita tu perasan yg dia dh x datang bulan. And usually time ni mereka akan buat urine pregnancy test (UPT) samada beli kat pharmacy and buat sendiri kat rumah or bleh jumpe doc di klinik swatsa.
Embryonic Period
Week 4
Primitive heartbeat; Crown- Rump Length (CRL) approximately 4.0 mm.
*CRL ni adalah ukuran yg diambil dari kepala ke punggung baby. Ukuran ni di gunakan untuk menentukan umur kandungan.
Week 5
Hand and foot plate developed.
Week 6
Hand plate develop digital rays; upper lip, nose and external ears.
*Digital rays= Pembentukan jari.
Week 7
Umbilical herniation.
*Pembentukan usus adalah bermula dari luar badan bayi, kemudian usus2 tersebut akan masuk perlahan2 ke dalam badan bayi melalui pusat. Jika usus tersebut gagal masuk secara sempurna ke dalam abdominal cavity, omphalocele akan berlaku.
Week 8
Human appearance; CRL approximately 30mm.
Previable Fetal Period
Week 9
Eye closed.
Week 10
Intestine in abdomen; thyroid, pancreas, and gallbladder development.
Week 11
Fetal kidney start secreting urine into amniotic fluid (air ketuban); fetal liver begins to function and baby teeth formed in the sockets.
Week 12
Sex can be distinguished; colonic rotation; fetus active.
Week 14
Head and neck take an erect; straight line alignment.
*sebelum ni kedudukan badan baby adalah C shape, so during 14th week ni barulah kepala dan leher baby mula menegak.
Week 16
Fetal activity increased. Ultrasound can distinguished the sex. Nerve mylination and bone ossification begin.
*pembentukan saraf, tulang dan jantina bermula.
Week 18
Egg cell, ovaries, and uterus develop in female.
*Bagi org perempuan, ovary dan ovum terbentuk sejak dari dalam perut ibu lagi. Tapi bagi orang lelaki, sperma akan mula terbentuk setelah mencapai akhil baligh.
Week 20
Hair (head and body) visible; testes begin to descent in male.
*Testis terbentuk kat dalam abdomen, and akan turun ke scrotum . Jika testis gagal turun ke scrotum, akan berlakunya cryptorchidism.
Week 22
Fetus can hear; will move reflexively in respond to loud noise.
*Masa ni la setiap ape yg mak and ayah kate amat bermakna. Kalau mak and ayah salu bace quran and berzikir Alhamdulillah. Kalau asik dengar music je, x elok la kan?
Viable Fetal Period
Week 24
Fetal lung develop alveoli and secrete surfactant, fetus generally capable of breathing air by 27th weeks.
Week 28
Eyelid unfuse; muscle tone increase.
*baby makin banyak gerak and tending perut mama dia (^__^)
Week 30
Cerebral gyri and sulci, which begin to form in week 26 are now prominent and begin accelerated in formation.
*Otak bayi mula berkembang
Week 32
Fetal immune system functioning
*Selalunya jika ada sebarang jangkitan kuman, badan bayi dh mula boleh fight.
Week 34
Vernix thickens.
Week 36
Fetal able to suck; meconium present in fetal intestine.
*Meconium adalah najis pertama bayi, warnanya kehijauan.
Week 40
Due date.
Dalam Islam, ada saranan bacaan ayat- ayat suci Al- Quran yg boleh di amalkan sewaktu ibu mengandung. Antaranya:
1. Surah Al- Fatihah: Sebagai penerang hati dan menguatkan ingatan.
2. Surah Hujurat: Memperbanyakkan susu ibu.
3. Surah Maryam: Sebagai doa agar memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat seperti Mariam Bt. Imran.
4. Surah Luqman: Untuk mendapat anak yg pandai.
5. Surah Yasin- Ayat penenang hati dan penghindar dari pengaruh syaitan yg sentiasa mengajak kepada maksiat.
6. Surah At-Taubah: Tazkiatun nafs (bersih jiwa)
7. Surah An-Nahl- Untuk mendapat anak yg berdisiplin.
8. Surah Yusuf: Untuk mendapat anak yang baik paras rupa dan cantik akhlaknya.
Semoga akan lahir lebih ramai alim ulama dan cendekiawan Islam insyaAllah. Syukurlah kepada Allah dan sayangilah ibu dan ayah kita yg telah melahirkan, menjaga dan membesarkan kita sehingga kita menjadi siapa diri kita hari ini.
Alhamdulillah… (^__^)
Wassalam.
P/S: Any doubt, do ask me down here at comment ok?

High Blood Pressure

2011-11-10

Assalamualaikum semua, harap2 semuanya sihat belaka

=)

Photobucket
*penyakit darah tinggi aka hypertension

Penyakit darah tinggi ni atau nama omputihnya hypertension, terjadi apabila tekanan darah melebihi 140/90 (140 systole, 90 diastole). Selalunya, penyakit ini menyerang orang tua, tapi orang muda pun buleh kena jugak kalo tak jaga diet ataupun banyak ambil garam dalam makanan.

Darah tinggi ni selalunya dikesan secara tidak sengaja, iaitu semasa doktor membuat pemeriksaan tekanan darah secara tidak langsung (cth : dalam medical checkup, sbb jarang orang yg akan jumpa doktor untuk diperiksa tekanan darahnya sahaja).

Antara punca2 yang boleh membawa kepada penyakit ini adalah :

- byknya pengambilan garam dalam makanan
- sedentray lifestyle (xbyk bergerak)
-masalah buah pinggang
-merokok
-obesiti
-stress

Sign and Symptom

- sakit kepala
-gangguan penglihatan
-rasa loya dan muntah
- confusion

Rawatan

Tujuan rawatan bagi penyakit darah tinggi adalah menurunkan tekanan darah bawah daripada 140/90. Ubat-ubatan yang digunakan dalam rawatan adalah :

-Symphatolytic drug @ symphatetic depressant
-Diuretic
-Calcium Channel Blocker
-Renin Angiotensin Aldosterone System Inhibitor (RAAS)
-Direct Vasodilator

Langkah pencegahan

-banyakkan bersenam
-kurangkan pengambilan garam dalam makanan
-kurangkan merokok
-kurangkan pengambilan gula

Akhir kata, kita kena berjaga2, kalo rasa sumthing wrong tentang kesihatan kita, bawak2 la pergi jumpa doktor, jgn smpai melarat, baru nk cari doktor. Prevention is better than cure.

Wassalam.

*info2 yang dipaparkan adalah untuk maklumat pengetahuan sahaja, dilarang sama sekali untuk amik guna buat practical, kalau nk guna, consult doktor yang berhampiran dengan tempat tinggal anda^^

Pre Menstrual Syndrome

2011-11-07


Gambar hiasan

Salam alaik dan salam sejahtera semua…

Sebelum ni saya bercakap tentang Endometriosis; Sakit ketika haid?

So hari ni saya nak terangkan one more common issue yg sering di sebut2 oleh wanita which is Pre Menstrual Syndrome.

PMS is the cyclical occurrence of somatic(which means the body functions), physiological and emotional symptom yg berlaku sebelum bermulanya haid and resolved when the menstruation ceased. Maksdunye, PMS ni mula bila person tuh dah beberapa hari ag nk datang haid, and bila haidnya dah nak habis so the symptoms of PMS also eventually stop lah.

Kadangkala PMS yang teruk boleh menjejaskan hubungan

Salunye orang akan kate owg pompuan ni akan jadik emo la…garang la…makan banyak la biler PMS ni happen. Sebenarnya only severe cases je yg bleh jadik sampai cm2. Kalu yg mild2 cases, that particular women just akan moody je. Nothing trouble us much la, guys! Haha..

Tahukah anda naper PMS ni bleh terjadi??

Kalu anda tanya sy how PMS is actually happen, sy pon xleh nk bagik jawapan yg tepat. But there are studies shows that some hormones; estradiol, progesterone and some neurotransmitter play some action that bring about PMS.

Is PMS is only related to mood changes?

Tak…Tak…Tak..

PMS may present with these symptoms also:

  • Rase perut kembung
  • Pertambahan berat badan
  • Sakit perut (abdominal cramps)
  • Penat, mudah lesu dan sakit kepala
  • Tertekan dan mudah emo

Tapi symptom2 di atas ni TAK SEMESTINYA kena ade semua, baru kita bleh kate patient is having PMS. Severe irritability and depression that comes and goes with the menses alone without any other symptoms may suggest that the patient is having PMS.

So macam mana doctors treat PMS?

Treatment can be either simple therapies, prescription of medication or even a cognitive behavioral therapy. For simple therapies, doc akan nasihatkan patient supaya kurangkan any activities yg boleh menyumbang kepada stress, kurangkan pengambilan alcohol atau caffeine dan juga patient perlu banyakkan exercise. Medication plak maybe doc akan bagi oral contraceptive, estrogen or vitamins.

Bagaimana pulak PMS dari sudut agamanya?

Darah haid di kategorikan sebagai salah satu najis dalam agama Islam. Datz why bila kita datang bulan, kita di kira berhadas. So bile berhadas ni, nak solat x bleh, nak ngaji quran pon xbleh kan? It also contribute kepada masalah moody and kemurungan yg di hadapi oleh those yang having PMS. Seperti mana dalam ayat Al- Quran Allah s.w.t berfirman:

“Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang”

Zikrullah tidak pernah mengecewakan

So x hairanlah, kalau orang yg dtg bulan ni kadang kala mereka moody, cepat marah, rasa x tenang sbb kita x boleh solat and mengaji quran. But even though kita xleh solat or x leh ngaji, kita tetap di sarankan untuk sentiasa berzikir kepada Allah supaya di jauhkan dari segala ganggung syaitan, jin mahupun iblis laknatullah yg sentiasa kerjanya nk menyesatkan anak Adam. Nauzubillah...

Bagi anda yg mengalami PMS ni, di samping berusaha cara ubat- ubatan, jangan lupa untuk usaha rohani juga ye? InsyaAllah setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati.

Wassalam.

Aidiladha dan pengorbanan

2011-11-06

Assalamualaikum

Alhamdulillah, kerana masih diberi kesempatan pada waktu camni untuk menulis. Alhamdulillah sekali lagi, kerana esok umat islam akan menyambut hari raya aidiladha atau nama malaysianya, hari raya korban.

Teringat waktu kecil-kecil dahulu, masa belajar di sekolah agama rakyat, kisah yang menjadi kesinambungan atau simbolik kepada hari raya aidiladha, adalah kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s., yang diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail a.s melalui mimpi. Lalu, Nabi Ibrahim membenarkan mimpinya itu, akan tetapi sewaktu Nabi Ibrahim hendak menyembelih anak kesayangannya, anaknya digantikan oleh seekor kambing.

Sebenarnya, banyak pengajaran yang dapat kita ambil dari kisah tersebut yang termaktub di dalam Al-Qur'an dalam surah Ash-Shaffat ayat 101 - 111. Antaranya :

1) Nilai penghambaan yang tinggi kepada Allah.

Nabi Ibrahim a.s. taat serta patuh kepada perintah Allah, tanpa mempersoalkan perintah yang Allah beri kepadanya.

2) Perintah Allah mempunyai hikmah.

Nabi Ibrahim a.s. serta Nabi Ismail a.s. pasrah dalam melaksanakan perintah Allah, dan Allah menggantikan Nabi Ismail a.s. dengan kambing.

3) Pengorbanan seorang bapa.

Demi mendapat redha Allah, Nabi Ibrahim a.s. sanggup membenarkan mimpinya terhadap anaknya kesayangannya Nabi Ismail a.s. Hal ini kerana, Nabi Ismail a.s. merupakan anak kesayangan buat Nabi Ibrahim a.s.

Sememangnya, kisah Nabi Ibrahim a.s. dapat memberi pengajaran serta gambaran tentang erti pengorbanan, dan alangkah indahnya sekiranya kita dapat menghayati erti pengorbanan tersebut serta mengaplikasikannya dalam kehidupan kita. Sesungguhnya dengan pengorbanan, sesuatu yang amat berharga dapat dicapai dan kemanisannya dirasai dengan hadirnya pengorbanan.

Akhir kata, kami di SINERGIHATI ingin mengucapkan salam aidiladha, maaf zahir batin buat pembaca-pembaca sekelian.

Photobucket