Alhamdulillah, kerana masih diberi kesempatan pada waktu camni untuk menulis. Alhamdulillah sekali lagi, kerana esok umat islam akan menyambut hari raya aidiladha atau nama malaysianya, hari raya korban.
Teringat waktu kecil-kecil dahulu, masa belajar di sekolah agama rakyat, kisah yang menjadi kesinambungan atau simbolik kepada hari raya aidiladha, adalah kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s., yang diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail a.s melalui mimpi. Lalu, Nabi Ibrahim membenarkan mimpinya itu, akan tetapi sewaktu Nabi Ibrahim hendak menyembelih anak kesayangannya, anaknya digantikan oleh seekor kambing.
Sebenarnya, banyak pengajaran yang dapat kita ambil dari kisah tersebut yang termaktub di dalam Al-Qur'an dalam surah Ash-Shaffat ayat 101 - 111. Antaranya :
1) Nilai penghambaan yang tinggi kepada Allah.
Nabi Ibrahim a.s. taat serta patuh kepada perintah Allah, tanpa mempersoalkan perintah yang Allah beri kepadanya.
2) Perintah Allah mempunyai hikmah.
Nabi Ibrahim a.s. serta Nabi Ismail a.s. pasrah dalam melaksanakan perintah Allah, dan Allah menggantikan Nabi Ismail a.s. dengan kambing.
3) Pengorbanan seorang bapa.
Demi mendapat redha Allah, Nabi Ibrahim a.s. sanggup membenarkan mimpinya terhadap anaknya kesayangannya Nabi Ismail a.s. Hal ini kerana, Nabi Ismail a.s. merupakan anak kesayangan buat Nabi Ibrahim a.s.
Sememangnya, kisah Nabi Ibrahim a.s. dapat memberi pengajaran serta gambaran tentang erti pengorbanan, dan alangkah indahnya sekiranya kita dapat menghayati erti pengorbanan tersebut serta mengaplikasikannya dalam kehidupan kita. Sesungguhnya dengan pengorbanan, sesuatu yang amat berharga dapat dicapai dan kemanisannya dirasai dengan hadirnya pengorbanan.
Akhir kata, kami di SINERGIHATI ingin mengucapkan salam aidiladha, maaf zahir batin buat pembaca-pembaca sekelian.
3 comments:
terima kasih utk perkongsian kisah nabi ibrahim dan selamat hari raya aidiladha juga buat sinergi hati :)
met iduladha!
adibah ishak : alhamdulillah, syukran :)
blogberry emry : thanks, met iduladha jugak!
Post a Comment