header-photo

Wasiat Allah kepada Rasulullah

2011-04-23

Sebuah pengisian rohani...
sebuah wadah muhasabah..

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam aku diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikanku lima wasiat, antaranya :

  • Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau
  • Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
  • Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
  • Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
  • Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T.
Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

  • Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
  • Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.
  • Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
  • Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
  • Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
  • Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
  • Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."


Subhanallah...

Ya Allah ya Tuhan Kami...

Kami memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Kami memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,

Tambahkan kepada kami ilmu yang berguna,
Berikanlah kami amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepada kami rezeki yg meluas,
Terimalah taubat kami dgn taubat nasuha…

Amin...Ya robbal Alamin.

Semoga Allah mengampunkan dosa kita. Sentiasalah muhasabah diri dan memohon keampunan kepadanya kerana pintu taubat masih terbuka.

Wallahu subhaanahu wataala a'lam

3 comments:

puteri ain said...

amin .

Aishah Rahman said...

Thanks for sharing. Amiin....

The Medical Duo said...

puteri ain: amin. sama2 kita doakan

aisyah rahman: Sama2.. amin :D

Post a Comment