" student medic ni semuanya nerd, menghadap buku je"
nerd = ulat buku 24jam
Saya percaya, mesti sahabat-sahabat pernah dengan ayat-ayat yang sama waktu dengan ayat di atas bukan? Saya pun tidak terkecuali, bahkan saya juga pernah dikatakan sedemikian ketika menziarahi rumah saudara ketika menyambut hari raya aidilfitri.
Akan tetapi, sejauh mana kebenaran statement di atas? jika ditanya kepada orang lain mengenai statement itu, mesti mereka menganggap student medic ni membaca je kerjanya, makan dengan buku, tidur dengan buku, berehat pun dengan buku, pendek kata setiap masa saja dengan buku, 24/7 with books. Suatu kebenaran iaitu buku dan student medic, memang tidak dapat dipisahkan, bagai isi dengan kuku. =P
Kami di sinergi, memang tidak menafikan, student medic banyak berdamping dengan buku-buku, ini kerana buku yang perlu dihabiskan banyak, kadang-kadang satu subjek ada sampai 2 buku, tebal-tebal pula tu, tetapi, tidaklah smpai 24jam sentiasa bersama buku, hal lain juga perlu diperuntukkan juga. Terlalu asyik dengan buku sehingga benda lain terabai hak-haknya, tidak elok juga, Paling penting, jangan sampai hak Allah diabaikan, jangan dan jangan.
Sempena post ni juga, kami ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat sekelian. Bagi kami, student medic tidak semuanya nerd, mereka sebenarnya versatile =P, kerana mereka mempunyai pelbagai cara untuk study, tidak semestinya melalui nerd saja =P. Antara cara yang kami dapat kenali, antaranya :
1. Style Photostat
Kalau cara ni, memang macam mesin photostat. Segala isi yang ada dalam buku, ada dihafal each word by word, yang lebih dahsyat lagi, mereka dapat mengingat pages dari buku. Kalau exam, diorang ni just keluarkan semula apa yang ada dalam otak diorang.
2. Sports man
Mereka ni buleh dikatakan balance type, sebab diowang ni besukan n study, so diorang ni fit, so cam balance, steady and go, =D
3. Fotographic type
Yang ini, banyak bergantung pada gambar, kiranya gambar akan memudahkannya untuk study dan mengingat, so kalau masuk biliknya, jangan terkejut kalau dinding biliknya ada gambar.
4. Funky Freak
Haa kalo yang jenis ni, korang akan lihat dia, di kuliah, bukan main, bising-bising gaya cam havoc. Tapi, bila exam, result dia yang paling otai, ada umphh la. Salu diowang yang camni, akan kuat study tatkala pulang ke rumah.
Hehe, rasanya itu la cara yang diaplikasi oleh budak-budak medic ni, haa, diorang bukan nerd, cuma mempunyai cara study yang pelbagai, serta mengekalkan core activity medical student tu sendiri, iaitu, sentiasa ada bersama buku. Sekian. Wassalam.
0 comments:
Post a Comment