header-photo

Perubahan

2011-04-16


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ya, perubahan, atau dalam bahasa inggeris iaitu change. Bagi kebanyakan orang, menyebutnya begitu senang sekali, bagai angin meniup daun yang gugur. Akan tetapi, untuk melaksanakannya bukanlah suatu yang boleh di pandang mudah, hal ini kerana tidak semua mampu melaksanakannya. Malahan, yang melaksanakannya sekalipun, tidak semua perubahan yang dirancang, berjaya dilaksanakan. Walaubagaimanapun, usahlah berduka cita dan masam mencuka, kerana:


Allah telah memperingatkan kita, supaya tidak berputus asa daripada rahmat Allah, ini kerana rahmat serta kasih sayang Allah terhadap hamba-Nya maha luas. Justeru itu, andai kata, perubahan yang anda idamkan tidak membuahkan hasil yang yang diidamkan, usahlah bersedih hati, kerana kita mempunyai Allah, tempat bergantung serta memohon pertolongan. Janganlah malu untuk berdoa, kerana Allah amat amat amat amat amat suka tatkala hamba-Nya memohon daripada-Nya. Maka, berdoalah, berdoalah dan berdoalah, jangan penah sekali merasa jemu, dan jangan lupa, sertakan juga tawakal, kerana hanya kepada Allah kita bertawakal.

Juga perlu diingatkan, dalam melakukan revolusi perubahan, sikap putus asa harus dibuang jauh-jauh, kerana ujian seringkali menjelma tatkala hati kita bersemangat untuk melakukan perubahan. Tidak lupa juga, perubahan yang diidamkan harus dibaja dengan keazaman yang tinggi, moga benih-benih perubahan akan mekar menghijau.

Akhir kalam yang serba sedikit ini, perubahan itu suatu yang amat berharga, dan jalan untuk menempuhnya dipenuhi onak duri yang tidak jemu mengganggu orang yang ingin menuju ke arahnya. Walaubagaimanapun, itu tidak bermakna kita tidak mampu melakukannya, buat peringatan, perubahan itu bermula dari diri kita.Sekian.

*Nukilan di atas adalah peringatan buat diri kami serta sahabat-sahabat, moga bermanfaat, insyaallah

*jika ada point yang salah atau tidak kena dalam nukilan di atas, harap maklum =)

0 comments:

Post a Comment