header-photo

Top 5 Hadiah Birthday untuk Medical Student

2011-06-29

Salam alaik pembaca semua

Pernah x kalian sume come across sabda Rasulullah;

Tahaddu Tahabbu_Berilah hadiah nescaya kalian akan berkasih sayang...

Hari ni entry sy pasal top 5 hadiah hari lahir yg boleh anda bagi kat kawan2 anda yg amik perubatan...ni bagi yg mencari keunikan pada hadiah bufday member2 anda. Entry sempoi je tapi ape2 pon semoga mendapat info yg membantu. InsyaAllah (^__^)

BEG BERODA

Hadiah ni xmahal okes cuz it varies based on jenama. This beg is so so important for those medical student yg mane lecturer depa ske buat open book exams…bunyi cm sonang ja kan open book exams ni? Tapi percayalah…mmg xsempat pon nk semak buku tu ntuk carik jawapan. Anda jugak buleh bagi hadiah ni ntuk kwn2 anda yg mane asik bwk balik buku tyme cuti2. Kalu nk bawak ngn beg galas mau la scoliosis beliau. So beg beroda ni recommended!

Harga: RM 50.00- 200.00 (kalau beli yang swan mahal skit la kot :P )


MICRON MEDICAL MULTIMEDIA CD SET

Sy xtahu la benda ni ade jual ke x kat msia sebab sy dapat CD nih pon dari supplier dari indon. CDs ni merupakan alat bantu belajar. Ade total 30 CD dalam 1 pakej. Some CDs are CD for medical eBooks from 1st to 5th year, software of Dorland’s Medical dictionaries and banyak lagi interactive medical media and videos ntuk membantu pemahaman kwn2 anda yg blaja medic ni. I have this and it do helps me a lot. Mahal skit la tapi jangan risau…. kalo anda nak beli hadiah ni ntuk kwn2 anda, anda buleh la menabung start dari skg. Hehe..

Harga: RM650.00

OXFORD HANDBOOK OF CLINICAL MEDICINE

Buku ni di guna pakai oleh medical student bila mereka dh masuk clinical year when they take subject medicine…buku ni kecik tapi banyak info kat dalamnya. Salu clinical year student akan bawak buku ni tyme round ward sebab ia senang di bawa ke mana2. It’s only a handbook tapi amat berguna sebab tyme jalan2 round ward tuh sape la rajin nak bawak buku teks Harrison yg tebal amat tuh..? Xlarat den T.T

So buku ni is one of the way how u can help your friend in their study. Buku ni affordable and special sebab akan salu di bawak p mana2. (^__^)

Harga: RM 60.00

LITTMAN CLASSIC STETOSCOPE

Sememangnya hadiah yg di nanti2 kan oleh mane2 budak medic tahun 2 yg nak masuk tahun 3. Hadiah ni memang amat2 special la. Actually kalu anda nk beli yg murah skit pon ade je…range around 160-200. Tapi usually Littman ni memang jenama stethoscope yg di recommend la sebab kualiti dia best. Stetoscope ni akan salu di bawak oleh doc mahupun med student yg dh start clinical year. Stiap kali dia pandang stetos dia…sah dia ingat tuan yg bagi tuh. X ke special tu?

Harga: RM215.00

A WISH AND SOLAT HAJAT BUAT KAWAN ANDA!

This is the most important gift yang selalu orang lupa. Bila dah exam mode menjelma, sume dah x heran kat kawan2 sekeliling. Lagi dahsyat sampai x perasan hari berlalu sebab asik terperuk kat dalam bilik je. So tampal DOB kawan anda kat cermin solek masing2 ok… so that anda akan alert terhadap bufday kawan2 anda yg mana bufday dia jatuh pada malam exam. Wish him and solat hajat ngan ahli beit ntuk keberkatan umur sahabat kita tadi…sambil2 tu buleh buat solat hifzi ntuk nak exam skali. Combo!

Harga: Priceless


Umur kita mungkin panjang tapi sayangnya sarat pula dengan dosa. Usaha kita mungkin banyak, tapi tidak dapat meraih kejayaan. Ilmu pun mungkin banyak, tapi menyebabkan kita lalai dan derhaka kepadaNya. Makin tinggi ilmu, semakin ego. Jadi, marilah kita banyak berselawat, justeru ia adalah sumber keberkatan dalam kehidupan!_Ust Pahrol Mohamad Juoi

Selamat Hari Lahir buat sahabat yang meraikan hari lahir bulan Jun ni...semoga umur kita diberkati Allah..Amin.Sanah Helwa!

Wassalam.

Belajar dari Jari

2011-06-16

Salam alaik buat semua pembaca yg sy kasihi…

Xpernah buat entry tyme2 magrib ni. Pas solat magrib td tangan rasa nk menulis sesuatu. Entry ni adalah entry pendek…ambil masa dan hayati intipati entry ni. OK?

Sy nak cerita skit tentang isu takabbur and berlagak hebat…hehe. Isu panas ni… tapi insyaAllah kita kena salu tazkiah nafs kan?

Pernah x anda terasa riak?

Pernah x anda tetibe rasa cm nk berlagak?

Kalau jawapan kita ya…so kita kena aware that kita sebenarnya mempunyai masalah hati. Semoga Allah menerima taubat kita yg sentiasa lalai dan leka ni.

Seorang kwn kata... kalu diri kita ni ade je rasa nk berlagak cepat2 istighfar dan tengok tangan kita….

Hah? Kenapa tangan??????

Allah kurniakan manusia dengan 5 jari.

Ibu jari…jari telunjuk…jari hantu…jari manis dan jari anak. Mesti anda semua tahu yg panjang jari tu semua x sama kan??

Ok skg anda bleh cube snirik…cube tegakkan tapak tangan anda cm gmbar di bawah.

Sekarang…anggapkan jari yg tengah ‘berdiri’ ni sebagai analog kepada manusia yg masih hidup dan berdiri di muka bumi Allah ni….

  • Jari hantu adalah jari yg paling panjang. Bila kita tegakkan tangan cm gambar di atas, jari hantu appear as jari paling tinggi. … Jari hantu ni di analogkan kpd orang2 yg tinggi darjatnya, tinggi pangkatnya…tinggi social statusnya. So we can say that jari hantu = orang kaya2.
  • Jari telunjuk, jari manis dan jari anak adalah jari yg pendek skit dari jari hantu. Jari2 ni plak di analogkan kepada orang2 yg sederhana tahap ekonominya…kira orang biasa2 la. So 3 jari ni= Orang biasa
  • Jari ibu plak adalah jari yg paling pendek. Jari ibu ni di analogkan kepada insan2 yg kurang bernasib baik.

So kalu kita tengok berdasarkan ketinggian jari yg sy mention kat atas ni, kita nampak di masa hidupnya…manusia ni Allah jadikan dlm berbagai2 jenis social status. Ada orang kaya, sederhana dan miskin.

Tapi…

Cube anda semua jatuhkan tangan anda…mcm gmbar dlm figure ni. Mane yg tinggi???

Xde satu pun jari yg lebih tinggi dari yg lain….am I rite???

Ape maksudnya??

Bila mati anak adam itu…xde satu pon yg lebih tinggi dari yg lain. Semuanya sama… Jari hantu yg eksyen td pon same je dengan ibu jari. Haha

Pengajaran yg sy nk share ngn anda semua kat sini are:

  1. Hidup kat dunia ni mmg ade orang kaya…ade orang miskin. Tapi bila mati semuanya sama. Di mandikan…di kafankan…di tanam di bumi yg sama. So kenapa perlu ada sikap bermegah2 dlm hati kita? Kan better kalu yg kaya membantu yg miskin so that rezki Allah ni dapat di kecapi bersama (^__^). Ingatlah bahawa hanya amal soleh je yg boleh membezakan kita di sisi Allah SWT.

  1. Cuba tegakkan tapak tangan anda dan anggap diri anda berada di puncak…kat jari hantu tu. Hidup ni bukan ke umpama roda? Ada naik dan jatuh…ada atas dan bawahnya.

Kalu anda jatuh ke jari manis…anda still bleh climb up ke jari hantu. Kalu ada jatuh di jari anak pon still ag anda bleh put some effort ntuk climb up ke jari hantu td. Tapi ape anda rasa kalu anda jatuh ke jari ibu??? Jauh kan nak lompat semula ke jari hantu???

Kat sini sebenarnya kita buleh lihat…jangan sesekali kita berlagak. Kalu Allah tarik nikmat cmne??? X ke naya???

Pada diri sy ni…sy nak berpesan

Wahai diri…sentiasalah ingat bahawa mati itu pasti. Buatlah amal sebanyak mungkin selama di dunia supaya nnt kamu x menjadi orang yg muflis di hadapan Allah.

Xda yg bodoh dan xda yg pandai...sebab ilmu tu bukan milik mutlak kita.

Xda yg hina dan xda yg mulia...sebab kita semua berasal dari mani yg hina.

P/S: Credits to yg memahami.

Wassalam.

Me...Marry a Doc?

2011-06-12

Salam alaik buat semua…

Lama sungguh x menjenguk blog ni. Bukan xmahu tapi sy xberkesempatan nk buat sebarang entry lately. Email2 ada pon sy xsempat nak balas. Mock exam 1hb 8 and my 2nd professional exam is on 22nd of August. Ada masa sebulan lebih je nak study and my carry mark this year is not as good as last year. Thus, I need to study harder!

Sekarang ni musim cuti skolah…( exceli dah abis cuti skolah pon)…so ramai la jemputan walimah dari saudara mara mahupun sahabat handai. Im 21 and 3 of my close friend is already marry. One of them already have children. Kadang2 jeles gak tengok depa semua kawen awal. Tapi nak buat cmne, rezki sy x sampai lagi. Xpe2…kejar MBBS dulu insyaAllah (^__^).

Entry sy hari ni is entry yg santai..sbb malas nk rujuk2 buku nk buat entry perubatan segala. So, memandangkan skg ni depa suma duk sebok sembang pasal kawen, apa kata sy buat entry sempoi pasal 5 pro and 5 cons for marrying a doc. Ni entry suka2 ja bukan entry perubatan yg lepas2 noh?

So lets start with the 5 pro’s 1st ok?

  1. Bila dh kawen ngn doc, masalah kesihatan kuaga2 kita semua insyaAllah terjaga. Especially kalau dia ni jenis yg alert. Nampak cm anak xsihat skit je, trus bagi medical advice and belive me it’s not gonna cost a cent. No more kena jumpe doc kalu stakat flu or cold bse2. Kuaga kita pon dpt benefit bersama…hehe.
  2. Kawen ngn doc je, orang akan mention senang la hidup awak…in true life I don’t know cuz my parents are not docs. But kwn2 sy yg anak2 doc alhamdulillah hidup mereka senang. So kalu isu financial mungkin xmenjadi suatu masalah. Actually Allah pays all of their hard time and survival during their meds school in double…Allah bagi pahala dan jugak rezeki yg agak masyuk. So adil la kan?
  3. Docs talk about disease and medicine and patients. Sometimes u might not understand them but believe me u will learn something about medicine when u marry a doc. Some say they are quite boring tapi menimba ilmu ni bukan je dari buku. So ambil la dari sudut yg positif. Allah bagi anda jalan nak menambahkan ilmu and menambah pahala. Anak2 anda nnt juga akan learn a lot about medicine and probably can pronounce “stethoscope” 1st instead of “mom” and “dad”…LOL.
  4. People respect a medical profession and regard them as a noble job. They will do the same to your family. Masyarakat akan sentiasa melihat diri kita. The pro here is u will gain respect from others, but in the same time it’s quite stressing. Tapi jgn pulak ade riak and rasa bangga diri ye?....nauzubillah.
  5. Anak2 anda merupakan antara anak2 yg paling berdikari. Nak tau nape? Bila anda kawen ngn doc, mereka busy. Kalo anda pon orang yg bekerja, anda busy. Kalo anda dan suami anda doc???? Paham2 snirik la….So anak2 anda akan di force untuk berdikari. Sy ada sorang kwn zaman skolah dulu…mak dia seorang anesthesiologist and papa dia pon doc ( sy xtau la ape speciality papa dia)…and she always do things on her own. Bila sy tanya dia, are u ok with all of this? Dia akan salu jawab…they work for my family sake, aku just buleh bantu mereka dgn be independent. ß I admire her!

So what are the cons of marrying a doc?

  1. MASA. Ni la isu utama yg di bangkitkan oleh mama and papa anda kalu anda tetibe buat keputusan nk kawen ngn doc. Doc ni bukan bajet busy ok? Dia mmg busy. Especially kalu yg specialist dlm surgery ke…1 operation takes quite a long time to be completed. So bagi anda2 yg jenis xleh nk berdikari and try hidup sorang susah la skit.
  2. Xsemua doc merupakan sowg yg nerd ok? Some of them maybe romantic and knows how to take care of their partners heart. So, sometimes they might surprisingly send you a bouquet of flower with a love letter. U will enjoy the flower but the letter, u cant even recognized which one is A and which one is E…senang cite, the handwritings are totally unreadable. (T.T)
  3. Docs selalunya balik lewat keje and kdg2 xbalik lansung. Perkara yg akan teruji kat sini is your faith. Is your partner is really go to work? Persoalan ni salu orang perkatakan. Tapi trust me, love and faith comes in combo. Kalau kepercayaan xde, sakit la docs ni nk bekerja. Tengah2 keje ade msg la…kol la…so what I wanna say here is kalau anda ni jenis yg mudah sgt2 jeles and anda plak bakal berkahwin ngn sorg doc, belajar la kawal cemburu anda sebelum ia memakan diri. Nauzubillah….
  4. If u marry a doc which is not specialized yet (contohnye macam doc2 yg baru je grad from meds school)… so mereka akan ade tendency to pursue their study for specialization. So this is also a BIG BIG cabaran buat anda. Kalau anda ni surirumah or keje anda nnt membenarkan anda follow suami anda it’s ok and Alhamdulillah…tapi kalo la keje anda ni x membenarkan anda tuka tempat keje sesuka hati, so anda probably akan berjauhan ngn dia. It’s quite sad but solution is always there…so just take a flight and visit him sometimes if u are free.
  5. Docs is always under pressure. Don’t ever take it lightly as it might hurt him/her. Bila doc ni balik penat2 jgn la tetibe mintak nk beli sofa baru of TV baru. Kalo dorang kate ….“sorry, im so tired”…believe me..they mean it. So instead of giving he/she a lecture about how bad your day is, replace it with a glass of milo beng and a cute smile…haha. Kepenatan mereka td pasti hilang dengan sbb adanya senyuman anda (^__^)
Usai sudah post ni....

Post ni no offense pada sesiapa...just post suka2 but i still hope u will get something. Walau sesiapa pon orang yg kita cintai, terimalah dia seadanya sebab xde manusia yg sempurna. DOc berbakti pada bangsa. Kalau anda seorang yg bakal mengahwini doc, jadilah pembantu dalam jihadnya. InsyaAllah ada ganjaran menanti anda. Buat sahabat2 yg dh melansungkan perkahwinan baru2 ni....kami nak ucapkan selamat pengantin baru and semoga kalian bahagia bersama hingga ke akhir hayat... Amin..

Wassalam.

Syncope

2011-06-05


Salamullahi alaikum buat semua...

Hari ni lets talk about syncope, ok x?

Syncope is the english term for pengsan. Pengsan or syncope is defined as total loss of consciousness with interruption of awareness of oneself and ones surroundings. This must be understood as bila person tuh pengsan and regain balik consciousness spontaneously...

Tahu x camne syncope ni boleh terjadi???

Syncope terjadi bila berlakunya pengurangan aliran darah yg menyebabkan kurangnya oxygen di hantar ke otak. Otak manusia merupakan organ yg amat2 sensitif kepada fluctuation of oxygen . Usually person yg mengalami syncope ni akan rase pale dowg ringan and salu ade episode of black out ( loss of conscoiusness ). Ade beberapa sebab kenapa syncope ni boleh berlaku; samada sebab yg berkait secara lansung dengan jantung dan aliran darah or sebab2 lain...

Causes for Syncope are (in the order of system by system),
HEAD HEART VESSELS:

  • · CNS causes include HEAD:
Hypoxia/ Hypoglycemia: xcukup udara, xcukup gula
Epilepsy : sawan
Anxiety: gelabah...T.T
Dysfunctional brain stem (basivertebral TIA) : brain stem yg xboleh berfungsi

  • ·Cardiac causes are HEART:
Heart attack : serangan sakit jantung
Embolism (PE): kehadiran bendasing dlm sistem peredaran darah
Aortic obstruction (IHSS, AS or myxoma) : salur darah di jantung tersumbat
Rhythm disturbance, ventricular
Tachycardia: Heart kita beating faster than normal
  • Vascular causes are VESSELS:
Vasovagal
Ectopic (reminds one of hypovolemia)
Situational
Subclavian steal
ENT (glossopharyngeal neuralgia)
Low systemic vascular resistance (Addison's, diabetic vascular neuropathy)
Sensitive carotid sinus

Saya snirik pon salu jek pengsan... harap2 bila dah keje nnt syndrome pengsan sy akan hilang la..kalu x cmne la nk treat patients kan?? So harap anda semua boleh manfaat dengan entry saya kali ni okes?

P/s:
  1. Certain medical terminology yg ada ni maybe agak mengelirukan...any doubt u can leave a comment then i will explain more...im so sorry sbb sy xleh nk translate beberapa medical terminology dlm entry kali ni T.T
  2. Kat atas ni merupakan notes ntuk medical2 students kat luar sana jugak tau? Salunye kita susah nk ingat what is the causes of syncope to happen. Thus i share this with u all...i take this from doc2doc forum.

Roh dan Jasad

2011-06-03

Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Nabi S.A.W bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah S.A.W duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.

Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya." Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda.
Baginda terbangun dari tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?" Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W bertanya, "Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku, "Tunjukkan wahai Rasulullah!"

Rasulullah S.A.W berkata, "Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!"
Rasulullah S.A.W bertanya lagi: "Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal perbuatannya." Rasulullah S.A.W bertanya lagi, "Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah, "Hanya Allah dan Rasul-Nya saja yang lebih tahu."

Maka bersabda Rasulullah S.A.W : "Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan masuk ke rumahnya untuk emmandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan.
Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut." Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat, "Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh," Dan jika merea memandikan, maka berkata roh: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."

Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, "Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidakakan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat."
Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya."

Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, "Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."

Wassalam.