C-U-T-I
Cuti cuti cuti dan cuti, masa kecik2 dulu tyme sekolah rendah hari cuti adalah hari yang best khususnya hari sabtu dan ahad. Mana taknye, ari cuti time tu mmg x buat apa-apa, tambahan pula byk pulak kartun kat tv,haha heaven sungguh, tambah2 kalo ada cuti sekolah, lagi laa,hehe :).
Tapikan, cuti sabtu ahad tu, just sama untuk sekolah rendah n sekolah menengah, tu pun kalo yang sekolah menengah, hari sabtu ada aktiviti2 len. Bila masuk alam pengajian tinggi, cuti tidak sama lagi seperti dahulu...
Bila di alam pengajian tinggi, cuti amat2 dihargai even satu hari, buleh kata macam2 aktiviti serta rancangan diatur oleh tuan punya diri. Kalo student medic, bila dpt cuti dari kuliah, mmg kitorang hepi sgt2, tambah-tambah lepas final exam, mmg yahoo abes (sronok sgt2). Selalunya kalo cuti lepas final exam ni, lama sket gap die dan ia bergantung kepada university gak. Di samping itu, kitorang akan ditemani sedikit rasa cuak, kerana menunggu result final, harap2 bjaya =D.
Selalunya time cuti memang banyak aktiviti yg nk dibuat, tambahan plak gap byk, memang bertambah banyak la, hehe. Antaranya, here they are :
1. Jalan-jalan aka melancong
Hehe, jalan-jalan memang best selepas exam, dapat release tension, lawat tempat2 yg dah lama diidamkan, jalan-jalan x semestinya ke tempat jauh, even ke shopping complex yg berdekatan pun dikira berjalan-jalan gak, hehe. Salunya kalo jalan-jalan, mmg dari pagi smpai mlm, balik-balik memang letih amat, salunya tido terus, tp jgn lupe solat hehe.
2. Mengkhatamkan movie2 serta series2
Memang xdapat dinafikan, tyme cuti kitorang akan tgk movie yang xsempat tgk or terpaksa tangguh disebabkan exam, begitu juga dengan series2, kadang2 satu hari dapat habes 5 movies, kalo series lak, depends, sebab episod dia xsama bilangan.
3. Membaca buku
Tidak lupa juga, dalam menikmati cuti, bagus juga diisi dengan membaca, bahan bacaan byk, xbaca buku pun, baca artikel2 di internet orait gak. Kalo nk revise tajuk2 yang lepas mahupun akan datang untuk subjek2 akademik, buleh juga, sebagai persediaan, cam sediakan payung sebelum hujan :D.
4. Bermain/bersukan
Buat yang lama tidak bersenam or bermain, tyme cuti mmg paling best untuk aktiviti ni, plan je waktu bila, ajak membe, setel. Hehe, buat yang seronok men game, mmg heaven la tyme cuti, men game 24jam je,hehe, tp jangan men direct 24jam, at least selang 1 jam or 2 jam, amik rehat kejap, :D.
5. Mengambil extra knowledge
Sometimes time free2 lepas exam ni, ada kelas pengajian yang diadakan, so masa yang free digunakan untuk menadah ilmu2 tambahan sebagai 'added value'. Kalau yang rajin tu, ada yang pergi ke hospital untuk membuat practical atau termnya attachment, dapat clinical skill yang berguna untuk clinical nanti, :).
Well, 5 aktiviti di atas adalah yang common dilakukan oleh med student during diorang cuti, hehe, apa2 pun, hari ni Malaysia lawan Singapura , football :D
~Good Luck buat Skuad Harimau Malaya~
~Mengaum kuat2 ye^^~
Sekian, wassalam...
0 comments:
Post a Comment