header-photo

Google Google Google

2011-09-15


Assalamualaikum semua,
Hari ni nak cerita sedikit pasal Google (gambar besar, sry ye).

Zaman sekarang memang canggih, nak apa-apa je, search je internet, semua ada, tak smpai satu saat, berduyun-duyun maklumat yang dikehendaki dipaparkan. Rasanya semua familiar kot dengan ayat ni

"ko tak tahu ke pasal tu? Google je"

Kalau dulu orang sebut je Google, memang internet yang terlintas, dan dulu gak, Google terkenal sebagai search engine. Salah satu yang aku suka search engine Google time tu adalah feature "I'm Feeling Lucky", yang mana membawa kita kepada source yang kita nak.

Tapi sekarang Google bukan lagi asing kepada pengguna-pengguna internet, buleh kata semua orang tahu akan kewujudan Google, smpaikan diberi nama encik kepada Google, maka jadilah 'Encik Google'. Kini, Google bukan lagi dikenali sebagai search engine provider yang femes, tapi dikenali juga atas sebab2 lain :

Antaranya :

1. Youtube - Ya, youtube yang femes, tempat orang streaming video n upload video merupakan milik Google. Sebut je cite ape, search youtube, insyaallah ada,hehe.

2. Google Maps - Kalau nak pegi mana2, dan nak tahu lokasi sesuatu tempat, Google Maps adalah pilihan yang terbaik, taip je alamat ataupun nama tempat, pastikan akan dijumpai. So, kalau plan nak pergi mana-mana, buleh la guna khidmat Google Maps untuk mengetahui peta dan lokasi, takut2 tersesat nanti.

3. Google Translate - Satu lagi feature dari Google yang awesome, iaitu Google Translate, feature ni buleh membantu kita untuk belajar bahasa2 asing. Jika ada saja perkataan dari bahasa asing yang kita tak paham, kita boleh copy and paste je pada Google Translate, dan ia akan menterjemahkannya untuk anda.

4. Android - Android merupakan OS (operating system) yang dibangunkan oleh Google. OS android sekarang banyak didapati pada telefon pintar dan juga tablet. Versi yang terdapat pada telefon pintar setakat ini adalah Froyo, Gingerbread dan Ice cream Sandwich (belum keluar lagi). Manakala untuk tablet adalah versi Honeycomb.

5. Google Chrome - Google Chrome ni merupakan web browser yang diperkenalkan oleh Google, it's simply fast n stable recently (sbb sy pengguna Chrome). Tapi Google Chrome ni memang tidak sepi dari pencabar2 yang lain seperti Mozilla Firefox, Apple Safari, Microsoft Internet Explorer, Opera dan lain2 web browser.

Itu lah dia Google, di sini saya dapat highlightkan 5 benda ni la, rasanya ada banyak lagi feature2 baru yang diperkenalkan oleh google pada masa kini. Apa pun, Google kini tidak hanya dikenali sebagai search engine provider, tetapi melangkah dengan lebih maju dengan improvement yg tersendiri.

4 comments:

♥ Dea ♥ said...

hehe..sy pon buat entri psl google.. nk tau sy google ttg ape x??.. hehe

The Medical Duo said...

hehe ye ke, kire same la tajuk, tp content lain2 :P

nk gak taw, xsalah kan?hehe

thayae~ said...

google gravity..ader try?

The Medical Duo said...

hehe thayae~ dah try google gravity, it's cool, kita gak bleh gerakkan benda yg dh jatuh disebabkan gravity,hehe

Post a Comment