"Tablet dan Study", seperti tajuk di atas. kalo sekarang, buleh dikatakan era tablet, asal keluar mana2 je, ada je individu2 yang memiliki tablet, buleh dikatakan sebagai gajet accessory lak. Tablet ni sebenarnya banyak kegunaan dia,macam-macam, bukan ntuk keseronokan je,hehe.
Tablet dalam study pun ada kegunaannya juga, sebagai contoh utama, fungsi e-reader ataupun pdf reader yang ada dalam tablet, membolehkan tablet menjadi buku eletronik, kerana segala macam bahan bacaan ada dalam bentuk pdf. Yang bestnya, buku teks yang tebal2 pun ada jugak dalam format pdf ni, so kalo nk study je, bukak tablet. senang. macam2 buku teks pdf dpat disimpan, tambahan pula, size datanya tidak begitu besar. So bayangkanlah, dalam satu tablet je ada macam2 buku n tablet gak tak tebal.
*tablet sebagai alat membaca
Jadi tablet mungkin juga bakal menggantikan buku2 teks bertulis, sekali gus merevolusikan cara pembelajaran buat student. Fungsi animation yang disertakan dalam buku2 pdf, membuatkan proses pembelajaran lebih menarik dan mudah difahami, dan mengurangkan kebosanan,hehe.
Walaubagaimanapun, sy nk sentuh jugak pasal kekurangan tablet dalam study ni, antaranya :
1.Senarai buku2 teks pdf ni, belum cukup banyak, jadi perlunya usaha mencari buku2 tersebut dalam internet terpaksa dilakukan secara double.
2. Even ada buku2 pdf yang senang dicari, mostly adalah yang dijual, n harganya buleh kata agak mahal. so better cari yang free, ada je, tapi kena gigih mencari kerana xsenang jugak nk cari buku2 pdf yang free ni. Salunya ntuk buku pdf free ni, ia terdapat diblog2.
3. Kalo student salah guna tablet, mmg jadi benda lain, sebab selain buku2 pdf, tablet juga diserta dengan applikasi2 yang banyak, mostly game.
4. Kalau tablet hilang, maka hilang la segala buku2 pdf serta fail2 yang lain, so take a good care of your tablet.
Tablet dalam study buat masa sekarang masih lagi diperingkat awal, dan ianya bakal berkembang, dan tidak mustahil ia dapat mengubah cara pembelajaran kita.
Dan setiap benda ada pro n cons dia, so terpulang kepada pengguna bagaimana untuk menggunakannya. be a wise user :D
0 comments:
Post a Comment