header-photo

Renew Visa

2012-12-28


Alhamdulillah, menulis lagi hari ini. Kali ini jugak nak kongsi tentang buat visa di mesir.  Selalunya visa student Malaysia di sini tahan selama setahun, jadi pada tahun hadapan memang kena renew semula. Tempat untuk renew visa ni di mugamma’, yang terletak di Tahrir, biasanya renew visa dibuat pada waktu pagi, supaya mudah dan tak perlu nak beratur panjang. Tambahan pulak mugamma’ ni tengahari  je dah tak berapa nak boleh renew kerana office hour diorang sampai tengahari ataupun sampai lepas zohor je. So nak x nak, memang kena gerak awal.

On the way nak ke mugamma’ ni, terpaksa menggunakan tren, orang mesir panggil metro. Lokasi tahrir dari rumah tidak jauh, hanya 2 stesen sahaja. Cumanya, keadaan di metro selalunya sarat dengan orang ramai, kalau orang sedikit, itupun pada waktu pagi ataupun tengahmalam.

 Tren (metro) tiba pada waktu pagi, orang pun tak ramai lagi waktu ni

Suasana di stesen metro


Mugamma’ selalunya buka pada pukul 8 pagi, kalau sampai awal sebelum pukul 8 pagi, memang kena tunggu beratur diluar sampai pukul  8 pagi, kemudian baru dibenarkan masuk. Bila nak renew visa, kena isi borang  yang memang tersedia di atas kaunter. Even kita datang awal, ada juga orang lain yang datang awal, so, awal-awal lagi memang akan penuh mugamma’ ni, dalam setengah jam, akan penuh orang beratur. Ramai juga pelancong asing datang ke sini, atas urusan visa, dan kadang-kadang ada juga yang ada urusan kehilangan passport, dan macam-macam lagi.

Mugamma’, tempat renew visa

Lepas isi borang, kena hantar dokumen-dokumen yang diperlukan, antaranya salinan fotostat passport, syahadah (macam surat approval untuk buat visa), salinan visa paling latest, sekeping gambar dan chop ketibaan sewaktu di airport mesir, kemudian kena bayar setem 8LE egyptian pound. Kemudian borang tersebut berserta dokumen akan diserahkan kepada pegawai untuk proses selanjutnya. Selepas itu, kena datang semula ke mugamma’ selepas 10 hari untuk mengambil semula, kemudian waktu tu, kena bayar lagi 83.10LE, after that kena tunggu selama 2 jam, then baru boleh ambil dan visa sudah selamat diperbaharui. Kalau lebih tarikh luput, memang kena denda, sebanyak 150LE.sebab pernah kena  J

Contoh visa mesir

Alhamdulillah, selesai sudah coretan serba sedikit tentang visa, insyaAllah post lain plak lepas ni. Doakan J.

New Fiqh Medic Apps by Elsevier



Assalamualaikum w.b.t and salam sejahtera to all my fellow readers. Semoga kalian semua berada dalam lindungan Allah selalu. InsyaAllah 

Xpernah rasanya tetibe bersemangat nak buat post malam2 buta macam ni especially bila baru balik on call kat Emergency Department. Memang burnt out la sebab Emergency ni memang hectic especially at night.

But today, I’m not gonna talk about EM at all....but about something else which is quite interesting

Bila balik rumah my routine schedule to do with my laptop are always 3 things:

Check my mail, check my facebook notification and on my skype (anakmak@yahoo.com ) ^__^

So tadi bila log in email, I got one email from Elsevier. It’s a mail about one new app developed by them. The app is called Care of Muslims Patient- A Practical Guide.

So basically this app is about Fiqh Medic la lebih kurang about do and don’t that we as a healthcare people especially to know when we deal with muslims patient. Apart from that, this app also provides the medical profession with the information needed to appreciate the concerns of this community and thus improve the delivery of healthcare. 

App ni bukan calang2 olang yang buat tau? It is a JV program between Elsevier Singapore with Federation of Islamic Medical Associations (FIMA)

Other description from this app:

Simple and user friendly page

Download of this app includes four free chapters – The Concept of Illness in Islam, General Consultation, Permitted and Forbidden Food and Abortion

Antara intipati add ini... bestnye kalu ade iPad or iPhone (T____T)


Features are 26 chapters divided according to five main categories: 

  • Islam and Health Careo Etiquette in Treating Muslim Patients
  • Medical and Cultural Issueso Permitted and Forbidden
  • Medical Dilemmas 


• Facts in each chapter are categorized according to Understand, Dos, Don’ts, Caution and Case Study/FAQ for easy reading and reference.

• Top Queries featuring seven patient-centric categories: 

  • Female Muslim patientso Elderly Muslim patients
  • Muslim patients with asthma
  • Muslim patients with diabetes
  • Muslim patients with cardiac conditions
  • Prescribing for Muslim patients
  • Muslim inpatients 


• Relevant images and videos for better understanding.
• Bookmark relevant topics and sections for quick reference.
• Make and save notes.
• Perform keyword search.
• Minimize and maximize font size.
• Available for iPhone® and iPadTM

I myself takde iPad or iPhone (T___T) so x tahu la sejauh mane app ni berkesan or membantu dalam our daily practice as healthcare workers. But kalau sesiapa yg nak cube, boleh la download app ini. Harga untuk complete purchase is just $9.99.


Selamat mendownload!

Wassalam .

Not Really Wordless Wednesday

2012-12-26



1st lesson in Emergency Posting


1st day of Emergency posting is about understanding 3 things; 
Triage, 
Primary Survey,
Secondary Survey

And I was like...(=.=)

WINTER 2012, EGYPT


                

Alhamdulillah dapat lagi hidup pada hari ini untuk meneruskan hidup sebagai khalifah di bumi ini. Lama sudah tidak menulis, jadi rasa macam bermula dari bawah pun ada. Semoga diberi kekuatan untuk istiqamah dalam jalan ini.

Sedar tak sedar, dah hampir 5 tahun di bumi mesir, dan kali ini juga masuk kali kelima musim sejuk di sini. Rasa macam baru semalam je smpai mesir, dengan muka-muka fresh year tahun 1, tapi sekarang sudah berada di tahun 5. Cepat sungguh masa berlalu.

 keadaan lalu lintas di kaherah, mmg sesak!!


Mesir ni negara 4 musim, jadi tak terlepas dari 4 musim, spring, winter, fall dan summer, tapi musim utama di sini adalah spring, winter dan juga summer. Fall di sini tak macam di negara lain, tempohnya sekejap, dan ciri-ciri daun luruh itu memang ada. Winter di sini juga lain, sebabnya, takde salji, dan kesejukan adalah yg utama bagi winter di sini. Tahun ni winter bermula awal November, dengan hujan. Hujan di sini mostly sekejap sangat2, bila hujan, itu petanda mesir mengalami perubahan musim. Perubahan suhu di sini berlaku secara gradual, dari sejuk yg boleh ditahan, kepada sejuk yang tak tertahan.

sungai yang berasal dari sungai nil

Kalau winter di sini selalunya memang akan pakai sweater selalu, kalau di rumah pula, akan pasang pemanas bilik atau nama lainnya heater, dan sakhonah (pemanas air). Dan seperti biasa, akan dihinggapi selsema dan demam dek kerana perubahan suhu, dan selalunya juga akan kurang mandi, kerana mandi kerap sewaktu winter adalah sesuatu yang tidak baik untuk kesihatan, dan juga disarankan untuk memakan buah limau, kerana kaya dengan vitamin c yang mana sumber perlindungan waktu winter ini dari penyakit. Time winter jugak waktu malam menjadi lebih lama dan waktu siang lebih pendek, jadi kepada orang-orang yang puasa, ini merupakan satu kelebihan yang Allah bagi kepada mereka untuk istiqamah dengan puasa sunat.

Until then, J

p/s : mohon sama-sama doakan keselamatan serta kejayaan buat saudara-saudara kita di Syria, Palestin, dan Rohingya.

                

Hallucination

2012-12-25


Assalamualikum w.b.t and salam sejahtera semua…

Post hari ni berkaitan dengan Psychiatry sikit.

Seorang junior pernah mengajukan soalan kepada sy bertanyakan tentang perbezaan diantara hallucination dan delusion.

Ada beza ke???

Ye…memang ade beza (^_____^)

So what is hallucination?

Hallucination ni merupakan persepsi yg tebentuk dalam minda kita tanpa wujud sebarang stimulus, dan persepsi tu terjadi dalam keadaan kita sedar. Persepsi tadi juga mempunyai kualiti yang hebat, seolah2 apa yg kita halusinasikan tu betol2 terjadi dan wujud di hadapan mata kita!



Hallucination ni banyak jenis pulak. Kat bawah ni sy sediakan beberapa contoh2 untuk memberi lebih kefahaman kepada sahabat2 semua.


  •  Auditory hallucination ( halusinasi bunyi): Anda sedang berada dalam sebuah bilik tertutup yg sunyi. Hanya anda seorang sahaja yg berada di situ… tiba2 anda terdengar ada suara berbisik di telinga anda…ataupon anda terdengar foot steps…hehehe. Auditory hallucination is the MOST COMMON TYPE OF HALLUCINATION.
  • Gustatory hallucination ( halusinasi rasa): Dalam mulut anda takde sebarang makanan, tetapi lidah anda dapat merasa sesuatu secara tiba2…mcm ayam goreng ke….
  • Olfactory hallucination ( halusinasi bau): Hidung anda tiba2 tercium bau (selalunya bau busuk but pleasant smell pon boleh jadi jugak) padahal di sekeliling anda takde pon ape2 yg boleh emit bau busuk sebegitu
  •  Somatic/tactile hallucination ( halusinasi sentuhan): Anda terasa bagai di sentuh, sedangkan takde sesape pon yg sentuh atau tersentuh anda. Kalau tactile ni plak, rasa mcm ade bug crawling kat bawah kulit anda. Tactile hallucination ni common among intravenous drug user (IVDU) a.k.a penagih dadah. Most of the time drugs yg hallucinogen adalah heroin and morphine.
  •  Visual hallucination ( halusinasi penglihatan): Melihat kelibat seseorang yg tidak wujud pon di tempat kejadian


Hallucination is one of characteristic symptoms to diagnose Schizophrenia; ONE OF THE CHARACTERISTIC means x semestinya anda ade one of the above dah boleh di kira sebagai Schizophrenia ok? (^__^)

Agaknya ape penyebab utama berlakunya hallucination?

Hallucination terjadi mostly kepada mereka2 yang mempunyai masalah mental seperti Schizophrenia, Bipolar Mood Disorder (BPMD), major depression (kemurungan) or even dementia (nyanyuk). Di samping itu, pengambilan dadah, stress dan brain disease pon boleh membawa kepada hallucination sebab kesemua keadaan di atas akan menjejaskan fungsi otak yg normal which eventually may lead to hallucination.
Boleh dikatakan ramai daripada kita tak tahu mengenai Charles Lutwidge Dodgson a.k.a Lewis Caroll, tapi kalu sebut je Alice in Wonderland mesti semua orang tahu kan?

Hallucination is so synonym with Lewis Caroll. Do you know why?

Lewis Caroll ni merupakan penulis asal buku Alice in Wonderland. Some scientist suspect and claimed that Lewis Caroll suffers from liliputian hallucination. If a person is having liliputian hallucination, they will have wrong perception about size. Mereka akan nampak sesuatu objek itu boleh mengecil dan membesar.



The scientist suspect it to happen when they saw how Lewis Caroll portray the story of Alice in Wonderland dimana Alice herself boleh mengecil dan membesar. Lepas je buku ni di published scientist menamakan syndrome tersebut sebagai Alice in Wonderland syndrome.

Cukup la dulu kot pasal hallucination.

Delusion????

Next post la pulak k (^___^).

Semoga beroleh sedikit ilmu dari perkongsian kami ni. InsyaAllah
Wassalam.

Clinical Year: Orthopedic

2012-12-19


Assalamualaikum wbt

Semoga kalian semua berada dalam lindungan rahmatNya dan sentiasa di berkati dalam apa jua tindakan insyaAllah...

Memang tahun ni x berapa nk produktif la blog ni sebab berapa sen je post yang tersiar. Jutaan ampun dan kemaafan sbb kami x sempat nk update blog. Alhamdulillah hari ni ade sedikit masa dan idea ntuk menulis so terhasillah post ni….

Post pasal my 4th year medical school life…

About my clinical posting…

ORTHOPEDIC!!!



Hari ni saya nk cerita sket pasal ortho sebab now I'm in Ortho posting (promote2) ^^,

So basically Orthopedic is one of the fields in medicine which involve management as well as prevention of problems related to bones, muscle, joint and ligament; from dislocation to fracture, sports injury, congenital malformation till bone tumor. Memang vast sangat bidang pengajian Orthopedic ni. 

Ape yang kita study dalam ortho?
Problems dalam ortho ni bukan sahaja melibatkan Motor Vehicle Accident(MVA) or kemalangan semata2. Kadang kala, ortho jugak merawat pesakit2 yang lahir dengan disability related to tulang seperti club foot or rickets. Diabetic patient yang ade diabetic foot ulcer (DFU) and required amputation pon dirawat di Orthopedic department jugak kadang2… so memang various cases la from trauma, medical and surgical base.

Best tak ortho?


Kan dah kate...ade math and physics?

Best sebab Ortho ni banyak berkait dengan Math dan physics. Nak kate berkait sangat tu takde la tapi dalam Ortho kita akan study banyak angle, dan kita kena paham konsep pulley and load betol2 sebab management2 patient dalam Ortho case banyak menggunakan konsep physic. Kalau masuk je ward ortho, kita boleh tengok banyak pulley yang tergantung di sana sini.

Dalam OT pulak…. Anda akan merasakan diri anda seperti berada dalam bilik kemahiran hidup bersepadu (KHB). Memang banyak besi, spanar, tukul dan berbagai2 lagi gerudi dan accessory2 lain.  Memang seram la jugak nampak depa gerudi kaki orang….especially bagi case2 yang perlu masukkan besi ( medically kita x panggil besi… tapi internal fixator) tapi lama kelamaan akan jadik biasa ja.




Macam mane nak buat specialist dalam bidang ni?

Ok…actually lepas je korang abis MBBS, houseman dan dah bergelar MO, boleh la mintak sambung master dalam bidang Orthopedic ni. Lepas dah settle buat master, so korang pon bergelar specialist la. Bunyi cam senang tapi susah wooo….

So itu la serba sedikit pasal Orthopedic yg sy sempat kongsikan hari ni. Tomorrow is my last day in Orthopedic ward kat HTAR Klang and insyaAllah hari Jumaat ni berakhirlah my Orthopedic posting untuk tahun 4.
Jumpa agi ye ortho next year….insyaAllah (^________^)

Jumpa lagi di lain post...
Salam alaikum (^__^)

P/s: Perkataan paling menarik dalam Ortho is Ilizarov... buleh bagi nama anak. Nak tahu x ape bende Ilizarov tu sila tengok kat bawah ni...hehe. Device ni la namanya Ilizarov. Chantek kot nama...tapi procedurenya SERAM.