header-photo

Renew Visa

2012-12-28


Alhamdulillah, menulis lagi hari ini. Kali ini jugak nak kongsi tentang buat visa di mesir.  Selalunya visa student Malaysia di sini tahan selama setahun, jadi pada tahun hadapan memang kena renew semula. Tempat untuk renew visa ni di mugamma’, yang terletak di Tahrir, biasanya renew visa dibuat pada waktu pagi, supaya mudah dan tak perlu nak beratur panjang. Tambahan pulak mugamma’ ni tengahari  je dah tak berapa nak boleh renew kerana office hour diorang sampai tengahari ataupun sampai lepas zohor je. So nak x nak, memang kena gerak awal.

On the way nak ke mugamma’ ni, terpaksa menggunakan tren, orang mesir panggil metro. Lokasi tahrir dari rumah tidak jauh, hanya 2 stesen sahaja. Cumanya, keadaan di metro selalunya sarat dengan orang ramai, kalau orang sedikit, itupun pada waktu pagi ataupun tengahmalam.

 Tren (metro) tiba pada waktu pagi, orang pun tak ramai lagi waktu ni

Suasana di stesen metro


Mugamma’ selalunya buka pada pukul 8 pagi, kalau sampai awal sebelum pukul 8 pagi, memang kena tunggu beratur diluar sampai pukul  8 pagi, kemudian baru dibenarkan masuk. Bila nak renew visa, kena isi borang  yang memang tersedia di atas kaunter. Even kita datang awal, ada juga orang lain yang datang awal, so, awal-awal lagi memang akan penuh mugamma’ ni, dalam setengah jam, akan penuh orang beratur. Ramai juga pelancong asing datang ke sini, atas urusan visa, dan kadang-kadang ada juga yang ada urusan kehilangan passport, dan macam-macam lagi.

Mugamma’, tempat renew visa

Lepas isi borang, kena hantar dokumen-dokumen yang diperlukan, antaranya salinan fotostat passport, syahadah (macam surat approval untuk buat visa), salinan visa paling latest, sekeping gambar dan chop ketibaan sewaktu di airport mesir, kemudian kena bayar setem 8LE egyptian pound. Kemudian borang tersebut berserta dokumen akan diserahkan kepada pegawai untuk proses selanjutnya. Selepas itu, kena datang semula ke mugamma’ selepas 10 hari untuk mengambil semula, kemudian waktu tu, kena bayar lagi 83.10LE, after that kena tunggu selama 2 jam, then baru boleh ambil dan visa sudah selamat diperbaharui. Kalau lebih tarikh luput, memang kena denda, sebanyak 150LE.sebab pernah kena  J

Contoh visa mesir

Alhamdulillah, selesai sudah coretan serba sedikit tentang visa, insyaAllah post lain plak lepas ni. Doakan J.

3 comments:

Wahidah said...

As salam..laam tk komen di sini..selalu jengah2 je..:) nasib baik kt sini iqama atau visa sumer hosp uruskn..tinggl byr jer..

The Medical Duo said...

wsalam wahidah, xpe2.alhamdulillah, di sini ikut rezeki juga, kadang2 mudah, kadang2 byk halangan. anyway, alhamdulillah sebab dh setel ^^

Muhammad Warouq bin Qamar said...

tersinggah sini pulak masa searching for "labour room protocol" sebab ada 1 post dari blog ni cerita pasal O+G and labour room. then it turned out to be my junior's blog rupenye sebab ternampak post ni pasal reniew visa. student U mana ni eh? anyway, nice blog. selamat bekenalan

Post a Comment