Alhamdulillah
dapat lagi hidup pada hari ini untuk meneruskan hidup sebagai khalifah di bumi
ini. Lama sudah tidak menulis, jadi rasa macam bermula dari bawah pun ada.
Semoga diberi kekuatan untuk istiqamah dalam jalan ini.
Sedar
tak sedar, dah hampir 5 tahun di bumi mesir, dan kali ini juga masuk kali
kelima musim sejuk di sini. Rasa macam baru semalam je smpai mesir, dengan
muka-muka fresh year tahun 1, tapi sekarang sudah berada di tahun 5. Cepat
sungguh masa berlalu.
keadaan lalu lintas di kaherah, mmg sesak!!
Mesir
ni negara 4 musim, jadi tak terlepas dari 4 musim, spring, winter, fall dan
summer, tapi musim utama di sini adalah spring, winter dan juga summer. Fall di
sini tak macam di negara lain, tempohnya sekejap, dan ciri-ciri daun luruh itu
memang ada. Winter di sini juga lain, sebabnya, takde salji, dan kesejukan
adalah yg utama bagi winter di sini. Tahun ni winter bermula awal November,
dengan hujan. Hujan di sini mostly sekejap sangat2, bila hujan, itu petanda
mesir mengalami perubahan musim. Perubahan suhu di sini berlaku secara gradual,
dari sejuk yg boleh ditahan, kepada sejuk yang tak tertahan.
sungai yang berasal dari sungai nil
Kalau
winter di sini selalunya memang akan pakai sweater selalu, kalau di rumah pula,
akan pasang pemanas bilik atau nama lainnya heater, dan sakhonah (pemanas air). Dan seperti biasa, akan dihinggapi selsema
dan demam dek kerana perubahan suhu, dan selalunya juga akan kurang mandi, kerana mandi kerap sewaktu winter adalah sesuatu yang tidak baik untuk kesihatan, dan juga disarankan untuk memakan buah limau, kerana kaya dengan vitamin c yang mana sumber perlindungan waktu winter ini dari penyakit. Time winter jugak waktu malam menjadi
lebih lama dan waktu siang lebih pendek, jadi kepada orang-orang yang puasa,
ini merupakan satu kelebihan yang Allah bagi kepada mereka untuk istiqamah
dengan puasa sunat.
Until then, J
p/s : mohon sama-sama doakan keselamatan serta kejayaan buat
saudara-saudara kita di Syria, Palestin, dan Rohingya.
4 comments:
Ya ALLAH ! semoga saya jugak boleh menjejakkan kaki ke sana .. aminnn .. :D
Selalu baca blog para pelajar di msir .. ia membuatkan keinginan sye untuk ke sana semakin tnggi ..
Subhanallah seronoknya. rasa bsemangat utk teruskan sem 2 (baru persediaan) huhu. paling best part puasa tu la ^^ take care ye! ada perubahan tak pd menu harian mgikut musim2 ni?
Dulu saya selalu datang baca di sini sebagai lepasan SPM yang bercita-cita ingin menjadi seorang doktor. Sekarang saya sudah bergelar medical student,dan merasai sendiri winter di Mesir.
Alhamdulillah.
to LIZA : InsyaAllah, semoga Allah makbulkn permintaan LIZA, dan insyaAllah kami akan update serba sedikit tentang mesir, stay tuned :)
to nars : Alhamdulillah. kalau musim winter, yang ad perubahan adalah buah (buah strawberi, tembikai susu kecik, dan kurma) dan jus (jus strawberi dan delima), kalau makanan, it is still the same.
to Dr. Ibnbakr : Alhamdulillah, ahlan wasahlan dan selamat bermujahadah di bumi mesir :)
Post a Comment