header-photo

Hallucination

2012-12-25


Assalamualikum w.b.t and salam sejahtera semua…

Post hari ni berkaitan dengan Psychiatry sikit.

Seorang junior pernah mengajukan soalan kepada sy bertanyakan tentang perbezaan diantara hallucination dan delusion.

Ada beza ke???

Ye…memang ade beza (^_____^)

So what is hallucination?

Hallucination ni merupakan persepsi yg tebentuk dalam minda kita tanpa wujud sebarang stimulus, dan persepsi tu terjadi dalam keadaan kita sedar. Persepsi tadi juga mempunyai kualiti yang hebat, seolah2 apa yg kita halusinasikan tu betol2 terjadi dan wujud di hadapan mata kita!



Hallucination ni banyak jenis pulak. Kat bawah ni sy sediakan beberapa contoh2 untuk memberi lebih kefahaman kepada sahabat2 semua.


  •  Auditory hallucination ( halusinasi bunyi): Anda sedang berada dalam sebuah bilik tertutup yg sunyi. Hanya anda seorang sahaja yg berada di situ… tiba2 anda terdengar ada suara berbisik di telinga anda…ataupon anda terdengar foot steps…hehehe. Auditory hallucination is the MOST COMMON TYPE OF HALLUCINATION.
  • Gustatory hallucination ( halusinasi rasa): Dalam mulut anda takde sebarang makanan, tetapi lidah anda dapat merasa sesuatu secara tiba2…mcm ayam goreng ke….
  • Olfactory hallucination ( halusinasi bau): Hidung anda tiba2 tercium bau (selalunya bau busuk but pleasant smell pon boleh jadi jugak) padahal di sekeliling anda takde pon ape2 yg boleh emit bau busuk sebegitu
  •  Somatic/tactile hallucination ( halusinasi sentuhan): Anda terasa bagai di sentuh, sedangkan takde sesape pon yg sentuh atau tersentuh anda. Kalau tactile ni plak, rasa mcm ade bug crawling kat bawah kulit anda. Tactile hallucination ni common among intravenous drug user (IVDU) a.k.a penagih dadah. Most of the time drugs yg hallucinogen adalah heroin and morphine.
  •  Visual hallucination ( halusinasi penglihatan): Melihat kelibat seseorang yg tidak wujud pon di tempat kejadian


Hallucination is one of characteristic symptoms to diagnose Schizophrenia; ONE OF THE CHARACTERISTIC means x semestinya anda ade one of the above dah boleh di kira sebagai Schizophrenia ok? (^__^)

Agaknya ape penyebab utama berlakunya hallucination?

Hallucination terjadi mostly kepada mereka2 yang mempunyai masalah mental seperti Schizophrenia, Bipolar Mood Disorder (BPMD), major depression (kemurungan) or even dementia (nyanyuk). Di samping itu, pengambilan dadah, stress dan brain disease pon boleh membawa kepada hallucination sebab kesemua keadaan di atas akan menjejaskan fungsi otak yg normal which eventually may lead to hallucination.
Boleh dikatakan ramai daripada kita tak tahu mengenai Charles Lutwidge Dodgson a.k.a Lewis Caroll, tapi kalu sebut je Alice in Wonderland mesti semua orang tahu kan?

Hallucination is so synonym with Lewis Caroll. Do you know why?

Lewis Caroll ni merupakan penulis asal buku Alice in Wonderland. Some scientist suspect and claimed that Lewis Caroll suffers from liliputian hallucination. If a person is having liliputian hallucination, they will have wrong perception about size. Mereka akan nampak sesuatu objek itu boleh mengecil dan membesar.



The scientist suspect it to happen when they saw how Lewis Caroll portray the story of Alice in Wonderland dimana Alice herself boleh mengecil dan membesar. Lepas je buku ni di published scientist menamakan syndrome tersebut sebagai Alice in Wonderland syndrome.

Cukup la dulu kot pasal hallucination.

Delusion????

Next post la pulak k (^___^).

Semoga beroleh sedikit ilmu dari perkongsian kami ni. InsyaAllah
Wassalam.

2 comments:

Nomad Melayu said...

Assalamualaikum,

Terima kasih atas perkongsian.

Tapi macam tak setuju jer kalau author Alice in Wonderland tu ada hallucination. After all, an author have to have creativity, dan penulisan dia adalah daripada hasil creativity dia sendiri.

But then again, mereka mengkaji, sedang saya hanya melontar pendapat hati.

Nice article!!

The Medical Duo said...

Thanks for the comment. I would say a disagree as well for the fact that they actually think Lewis got some sort of medical problems...it's just creativity and its not an illness but a gift :)

Post a Comment