header-photo

Selamat Tinggal Tahun 3

2012-09-30


Assalamualaikum w.b.t..
It’s been a while since I update this beloved blog of ours.

Semoga semua pembaca berada dalam keadaan sihat walafiat serta senentiasa berada dlm ridha Allah. InsyaAllah…

Esok officially sy akan masuk tahun 4. The second year of clinical years..Alhamdulillah…

Kesemua suka duka di tahun 3 sudah melabuhkan tirainya. Keputusan exam pon dh keluar. Syukur Alhamdulillah, tahun ni result better than tahun lepas. Alhamdulillah lulus ke enam2 matapelajaran.
Sekadar menggamit kembali kenangan di tahun 3…

I had been posted to Hospital Klang during my 3rd year. My first posting was Obstetric & Gynecology. Masa mula2 nak masuk tahun 3, saya berdoa supaya Surgery menjadi 1st posting saya and O&G jadik yang last. But cliché plak rasa other way around yg happen.. so not happy at that moment.
But bila dh masuk O&G, I fell in love with the subject. And I cried twice masa tengok baby di lahirkan. Feel so gifted at that moment sebab I live as a women. (^__^) Subhanallah…

My 2nd posting, which I must say the toughest among all other subjects was Pediatric. I had a lot of bad experience with kids and I suffer during the posting. And I suffer until exam. I got a very cooperative patient but a super doper scary examiner T__T… but yet Alhamdulillah I managed to pass. Sebbek...hehe.

3rd posting is Primary Care Medicine (PCM) posting and Psychiatry. Both are 1 month duration punye posting. I don’t remember much about PCM. Apa yang sy bleh recall only during the exams where u should make a diagnosis and consult the patients. It’s so scary and I feel so terrible because the patients on the day of the exams were actually medical doctors as well. So kalau U goreng cakap dia ade hyperlipidemia but the truth is he doesn’t, memang jadi bahan la…LOLs.

Medicine followed later on for about 2 months. I had a lot of hardship because posting2 lain, report yang kena submit was only 2. But for this posting, it is 42 hand-written case reports. Memang malam deadline tu, me and my hosmate semua stay up…sampai lenguh tangan menulis 42 case. Btw, sape suh bertangguh kan??? T__T …But thanks to the lecturers who forced us to do it, we learn a lot in Medicine and I miss it so much (^^,).

My favorite subject, SURGERY...SURGERY…SURGERY!!!

During my postings, we are so lucky to have visiting lecturers from M.S Ramaiah, Bangalore. Surgery ni memang best kalau kita minat sbb it’s a matter of skills and techniques. We study how to diagnosed a surgical cases like hernia and we also had some ideas about the management of each cases. U wanna noe more? Maybe u can click this LINK and read about it okes??
Habis sudah tahun 3…

Syukur pada Allah yang telah memberikan saya kemudahan dalam kehidupan saya selama ini…
Thanks to my parents, my family members, my teachers and all my fellow comrades of 3rs year MBBS IMS Shah Alam. I feel so honored to be a part of it and to have a chance to sail with u guys.

So long 3rd year…



And tomorrow…?
Tomorrow is a brand new day of 4th year… nak rajin2..xmo malas2 and x mo gak banyak tido dalam kelas (^__^)

Ahlan wasahlan wamarhaban bik…4th Year!!!
Wassalam…

P/S: Tomorrow jugak, my co- pilot for this blog; Saudara Imran Bukhari akan terbang kembali ke Mesir untuk meneruskan pengajian beliau di tahun 5 MBBCh. Bittaufiq wannajah buat beliau.

Nisfu Syaaban: The Countdown

2012-07-04


Salam alaik dan salam sejahtera buat semua pembaca…

Lepas 4 bulan approximately x buat sebarang post, hari ni Alhamdulillah ade sedikit masa terluang untuk sy menulis. Sebab dh lama sangat x menulis ni, idea agak kering jugak currently. Ape2 pon di harapkan post ni mampu member serba sedikit ilmu buat semua pembaca. InsyaAllah…

Hari ni dh masuk 14 Syaaban. Esoknya 15 hb Syaaban which means ade lagi setengah bulan sebelum datangnya bulan 1000 rahmat; Ramadhan! Memang happy tengok keadaan sekeliling sebab ramai yg berpuasa sunat hari ni. Semoga amalan kita semua di terima oleh Allah insyaAllah (^^).

Dalam kita berpuasa dan bersembang tentang Nisfu Syaaban ni, agak2nya kita ni cukup arif tak tentang ape itu Nisfu Syaaban? Bagi anda2 yg dh tahu, syukur Alhamdulillah. Tapi bagi yg belum, insyaAllah di post ni kami akan berkongsi dengan anda serba sedikit mengenai Nisfu Syaaban.

Dalam bahasa arab, nisfu bermaksud separuh. So Nisfu Syaaban bermaksud separuh daripada Syaaban a.k.a 15 hb Syaaban. Syaaban adalah salah satu bulan dalam kalendar Hijrah dan bulan yg menandakan kita semua semakin hampir kepada Ramadhan. Istimewanya Syaaban bertepatan dengan hadith yang di riwayatkan oleh Umamah Al Bahili ra, yg berkata: Rasulullah S.A.W bersabda;


"Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."


Rasulullah juga pernah menyebut bahawa di namakan sebagai bulan Syaaban itu adalah kerana padanya amal kebaikan akan berkembang dengan banyak sekali.

Sebagai hamba Allah yg lemah dan banyak melakukan kesilapan, kita di anjurkan untuk sentiasa membersihkan diri kita dari dosa setiap hari. Jika setiap hari kita melakukan perkara yang baik, di bulan Syaaban ini perlulah segala amalan itu di lipat gandakan lagi. Contohnya…kalau sebelum ni kita puasa sunat setiap hari isnin dan Khamis, mungkin di bulan Syaaban ni kita boleh buat 5x seminggu. Puasa di bulan Syaaban ni merupakan latihan awal kita sebelum kedatangan Ramadhan. So kalau kita dh mula berpuasa di bulan Syaaban, insyaAllah di bulan Ramadhan nanti kita dh terbiasa dengan puasa dan hasilnya takde la kita nk longlai je masa Ramadhan nanti, kan?? (^^,)



Di riwayatkan juga dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril as pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!" Kata saya (Nabi Muhammad SAW): "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."

Segala dalil ni dah membuktikan cinta Allah kepada para hambanya dengan mengurniakan kita semua jalan serta cara untuk mendapat pahala. Tunggu kita ni je…nak mengambil peluang itu ataupun tidak.
Sama- samalah kita berdoa:


"Allahuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan"

Yang bermaksud:

"Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan."

Jom perbanyakkan amalan kita di bulan Syaaban yang berbaki 15 hari saja lagi…dan bersedia untuk menantikan bulan yang din anti- nantikan oleh seluruh ummat Islam; RAMADHAN!!
Illal liqa wa maas salaamah.

Clinical Year: Family Medicine & Psychiatry

2012-03-19



Salam alaik buat semua pembaca… lama x jumpe kalian, noh? Hope anda semua sihat2 selalu.

Hari ni officially dh abis my 3rd and 4th posting; Family Medicine and Psychiatry. I would love to call this posting as double wave posting because previously for each 2 months of duration, we will have 1 exam. But as for my university, they put FM and Psy together for 2 months duration and at the end of the 2 months, there will be TWO EXAM! Homai2…. T__T

Rasanya ramai dari kita yg tahu what is Psychiatry kan? But do many of us know what Family Medicine is?? So as for today, I would like to share with all of u some fact about these two fields.

FAMILY MEDICINE

Sebenarnya ramai dari kita pernah encounter seeing family medicine specialist but it’s just that we did not aware of that. Family medicine doctors adalah doc yg usually kita jumpa kat klinik2 kesihatan or klinik2 swasta. Mereka adalah 1st line doctor yg merawat pesakit. Bila mereka assess the patient, they will give necessary treatment. Some cases, the family medicine doctors will also refer the cases to the specialist. One scenario:

“A 21 years old Malay female presented to the KLINIK IZZAH with the chief complaint of abdominal pain. The doctor takes the history and perform a full physical examination on the patient. Later, the doc discovered that this patient’s shows sign and symptoms of Acute Appendicitis. She give analgesic (ubat tahan sakit) just for the pain relief and write a referral letter to Surgical Department of Hospital Sungai Buloh. The patient later was planned to have appendectomy as to remove her inflamed appendix.”

So, basically what we can conclude is that, a family medicine docs need to have a very broad knowledge about medicine as they cannot predict what types of complaint the patient might present with. FM docs akan assess the patient dulu. If they think the disease was treatable and x perlu refer ke mana2 specialty, so they will treat them la. But if they think the patient might need further investigation regarding the disease, they will refer.

So I guess that was serba sedikit perkongsian bout FM.

PSYCHIATRY

What was the 1st thing that comes to your mind when U read or heard about Psychiatry?

Is it CRAZY PEOPLE?? Is it PEOPLE THAT LOVE TO TALK TO THEMSELVES? Or is it SCARY PEOPLE THAT I DO NOT WANT TO SEE????

Whatever u thinks, I hope u can re-think it after reading this short sharing (^__^)v

Psychiatry merupakan salah satu speciality dalam bidang pengajian perubatan. Most of medical school kat Malaysia will introduce psychiatry as 5th year or 4th year subject. As for my university MSU, they introduce psy during 3rd year, 4th and 5th year…but it was a short duration posting; 1 month/ year.

Mula- mula start posting psy ni, nak dekat ngan patient pon seram sebab saya ingatkan semuanya aggressive but I WAS TOTALLY WRONG!

Psychiatrist surely must be a good listener to the patient

Why did I say so????

Psychiatry field ni bukan melibatkan masalah2 major seperti manic and Schizophrenia semata2…bahkan psy ni lebih meluas daripada tu because in this discipline, we deal with many types of emotional problems, such as:

  • stressed people that usually diagnosed to have Major Depressive Disorder.
  • People with sleep disorder a.k.a Insomnia.
  • Patient presented with “rasa berdebar2”…”tangan selalu berpeluh”… usually symptoms of anxiety disorder.
  • Remaja belasan tahun yg banyak mengalami masalah pemakanan seperti Anorexia nervosa atau Bulimia nervosa.
  • Patient presented with many complain of “sakit badan” but when investigation done takde plak abnormalities…those usually diagnosed with Somatoform Disorder.
  • Student yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara…tapi lepas beberapa bulan balik ke Malaysia sebab mengadu sering tak sihat. Bila check, xde problem. This maybe an adjustment disorder.

….and many more.

So at your opinion, semua yg mentioned tu seems aggressive ke?

I can say that most of them was stable and believe me, kalau kita terserempak dengan mereka kat luar, we never know they have such problem…betul x?

Psychiatry and Stigma (T__T)

I do emphasize on this because stigma masyarakat kita amat2 kejam terhadap mereka yg seek for help from Psychiatrist. Many people akan memandang sinis bila seseorang tu mendapatkan rawatan or even jumpa ngan Psychiatrist. They will think that the person was insane… (T___T).Pandangan masyarakat yg macam ni la yg telah membuatkan ramai pesakit2 psychiatry tak nak datang hospital dan mendapatkan rawatan. Hasilnya, lebih banyak masalah berlaku di luar sana.

Dalam agama pon di larang untuk kita bersangka buruk kepada orang lain. Langkah terbaik adalah membantu mereka2 yg memerlukan bimbingan dan sokongan kita. This applies the same kepada bekas penagih yg ingin berubah. Mereka melalui saat yg sukar lepas keluar dari penjara or pusat serenti sebab kurangnya moral support drp masyarakat. Memang la mereka pernah membuat kesilapan sewaktu mengambil dadah dulu, tapi bila mereka dah nk berubah sebaik2nya kita support lah mereka…kan? (^__^).

Tenang- tenang aja yach?

Pesakit2 psy ni adalah mereka2 yg di uji oleh Allah… dan ingatlah Allah juga boleh menguji kita bila2 masa sahaja…it just that tahap dan bentuk ujian yg diberikan pada seseorang tu mungkin berbeza. Berdoalah semoga kita kuat untuk menghadapi segala ujian dari Allah.

Firman Allah dalam Surah Al- Baqarah ayat 156:

"...Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali”

Sekian perkongsian hari ini… Illal liqa wa maas salaamah (^__^)

P/s: Doakan saya berjaya dalam exam end posting Family Medicine & Psychiatry this week!

Clinical Year: Pediatric

2012-03-11




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua readers sy. Sihat x today? Syukur Alhamdulillah Allah masih memberikan kita peluang ntuk hidup ngan sihat di muka bumi Nya ini..

Hari ni merupakan post yg dh lama sy nak buat tapi x buat2 lagik sampai hari ni. Saya nk share ngan anda semua pengalaman melalui posting yg paling tough sofar; Pediatric.

As you all know, Pediatric merupakan bidang pengajian kesihatan dan perubatan kanak2. Ramai orang kate, x mencabar lansung jadik pakar kanak2. Haha..mula2 sy pon rasa cm2. Tapi skali bila dh tengok ngan mata, kepala sendiri…mmg sape2 yg buleh jadik pakar kanak2, saya tabik spring!!!

Kenapa agaknya sy bleh cakap camtu ek?

Haaa…xceli, kalau anda semua nak tahu, bidang pengajian kesihatan kanak2 ni amat mencabar atas beberapa sebab. Antaranya:

Bila pesakit jumpe doc, mereka akan ditanya beberapa soalan oleh doc kan? Contohnye;

“Makcik sakit kat mane ye?”

“Sakit tu jenis yg macam mana makcik..?”

And most of the time patient akan berjaya describe the pain or they can tell the doctor how they feel. But in Pediatric, u cannot have such information especially in young children. Sekalipun anda tanya parents mengenai keadaan anak mereka yg sakit, information dia still gak ada kebarangkalian ntuk silap sbb parent x rasa sendiri sakit yg anak mereka alami. So, the history taking part was actually not as easy as we think.

During physical examination pon ade part yg susahnya juge. In adult, kita boleh mintak mereka berikan kerjasama time kita nk check mereka, betul x?

Bagi information and a little instruction pada pesakit td, InsyaAllah mereka mampu ntuk melaksanakannya. Nak measure blood pressure ke, nak ambil darah (venipuncture) ke, or apa2 sahaja procedure hanya menguji sejauh mana kecekapan kita dlm melakukan that particular task.

But in Pediatric, bukan setakat skill klinikal kita yg diuji…malah lebih dari tu. Kita kena pandai counsel kanak2…senang citer pandai amik ati budak2 la. Kita perlu buat semua examination on that patient secepat mungkin sebab kanak2 amat cepat merasa bosan. Ambik darah budak2 especially bayi…subhanallah…(^^,)!!

Special stethoscope... Pediatrician kat ward sy pakai...COOL

Another situation….

Masuk ke clinical year, ramai medical students yg akan rasa teruja. Especially when it comes to stethoscope and white coat.

Tapi, di department Pediatric… sebaliknya. Ramai kanak2 yg akan terus menangis lepas tengok anda dan white coat anda itu. Mereka tend to think that doc ni nak ape2kn mereka. So bila kita dekat je ngan mereka, terus mereka nangis or menjerit. Saya pernah melalui pengalaman ini T__T

Tapi bila pikir2 balik ape yg berlaku ni, kita dulu pon pernah rasa kan? Dulu2…kalo ade je van klinik kesihatan masuk ke area skolah, semua jadi gelabah. Macam2 reaksi…ade yg nangis, ade yg pucat, ade gak yg menyorok. Haha..kelakar kan? Sebab kita sume takut jarum yg doc pakai. Saya yakin anda sume pernah rasa betapa gelabahnya masa darjah 6 dulu time nak amik suntikan BCG. Haha..seram!

Islam mengajar kita untuk sentiasa bersabar dalam apa jua masalah yg kita hadapi. Bagi sy, sekalipun Pediatric ni amat2 menguji iman sy, sy ttp happy setiap kali dapat buat my patient giggle even when they sick. (^__^)

…and kata seorang senior:

“Budak2 ni insan yg suci dari dosa. Doa mereka lansung di terima oleh Allah..so harap2 kalau kita bersabar dan buat baik dengan mereka, mudah2an mereka mahu mendoakan kita…”

Apa2 pon, sy dh lalui Pediatrics and I passed the exam alredy. Alhamdulillah…and nothings better than the fact that I started to love kids nowßI don’t hate them before ok?

Nantikan post2 lain yg bakal menyusul (^__^)

Wassalam.

Clinical Year: Forensic Medicine

2012-01-20


Assalamualaikum

Medical Forensic and Toxicology
Medical Forensic and Toxicology, atau nama BMnya, Forensik Perubatan dan Toksikology, dan cikgu saya selalu berpesan jika ada -logy -logy di belakang perkataan, it means study. Secara generalnya, Forensic medicine ni melibatkan penyiasatan, analysis yang berkaitan dengan scene-scene jenayah, mostly macam kes-kes pembunuhan, salahlaku seksual, kes-kes bunuh diri, luka pun termasuk jugak dalam Forensic nih.

Manakala toxicology pulak, mostly dia concern tentang racun2 serta kesan2 dia pada tubuh badan kita, tidak lupa jugak cara2 nk uruskan patient yg terkena racun. Bg saya, tajuk toxicology ni dia lebih kepada tajuk pharmacology.



Buku Forensic Medicine dan Toxicology


Dan Alhamdulillah telahpun selesai round Medical Forensic and Toxicology, dan saya akan summarize dalam bentuk gambar :P


Bidang Doktor tidak terhad kepada merawat pesakit, tapi berperanan juga dalam menyelesaikan kes jenayah.



Fingerprint sangat penting dalam kerja identifikasi dalam forensic sbb dari fingerprint, suspek dapat dijejak.




Dalam tajuk senjata api, semua aspek senjata api dipelajari, dari senjata api, sehingga kepada pelurunya.



Beza antara racun dan ubat adalah jumlah doses, racun juga bermacam-macam jenis, dari bahan kimia, ubat, hingga kepada tumbuh-tumbuhan.



Organophosphate merupakan racun yang sering dialami oleh petani yang tidak memakai topeng pernafasan


Paracetamol merupakan digunakan bila demam, tp tidak boleh ambil kerap sgt, kerana ia boleh merosakkan hati pada dose yg tinggi.



-sekian-

Kali Pertama

Semuanya pasal kali pertama

Kali pertama tahu yg sy layak amik course perubatan, semangat sgt2 nak study...and rasa happy sebab cita2 sejak dr kecik dh tercapai. Alhamdulillah...

Kali pertama study subject medic, masa tu subject Biochemistry. Lecturer sy org Bangalore, India. Mula2 sy susah sgt2 nk paham BI dia, tapi lama2 dia ngajar SUPERB!!!...mmg best!

Kali pertama masuk bilik mayat, mmg mula2 seram sebab dorang kate mayat tu siap potong EMPAT lagi. Bila masuk je, tetibe mata pedih...pandang keliling kwn2 sume mata merah. Sumenya angkara formalin. Memang study sambil tahan nafas. Xselesa sangat2...tapi last 1st year tu...rasa sayang plak nk tinggalkan mortuary.

Kali pertama seat exam midyear, study subjek Anatomy sampai pukul 7 pagi...marathon x tdow dengan hosmate, cik L...sebbek bleh jawab exam xpa tertidoq dlm dewan.

Kali pertama seat professional exam, masa tu tahun 1...sy nangis sebab baca Biochem x paham. Notes plak hilang time tuh...dugaan...

Kali pertama tunggu list viva voce, result tu kua lepas 4 jam berakhirnya paper OSCE Anatomy...and sebak sgt2 bila tengok nama ada kat situ. Kena viva voce Anatomy and masa yg berbaki ntuk study just 24 hour. Bayangkan, ape yg kita study ntuk setahun kena revise and HAFAL dlm masa 24 hour.

Kali pertama tunggu keputusan Professional Exam, sume student kena masuk office dekan one by one and dekan sendiri yg akan bacakan result exam kita. Pergh x??? Hahaha...and sy la org pertama yg masuk jumpe dekan. Keputusannya????? Alhamdulillah lulus (^__^)

Kali pertama view postmortem, mmg x de selera nk makan pagi tu. Kawan2 sume elok je pegi makan kat kafe, sy seram nk makan takut termuntah during view procedure tu. Tapi lepas je abis post mortem tu, makan nasik x hingat sebab lapar sgt2. Dah xde rasa loya..sebab rasa lapar merajai segalanya.

Kali pertama buat posting kat hospital, hari 1st semuanya indah. Tahun tiga yang ku tunggu2...White coat memang bergosok baek punya, stethoscope segak je di leher, ngan pita pengukur dan mcm2 lagi apparatus bergantung kat white coat. Tu belum kira buku kat dlm poket ni, sampai nak koyak poket white coat tu. Berjalan kat hospital pon segan2 lagi sebab takut orang kate poyo. Sekali lalu kat kaki lima hospital, sorang pakcik ni tegur...”Assalamualaikum, dokter.” Sy jawab salam and dlm hati... Waaa...rasa makin semangat nk jadik doc lepas tu. P/S: Walau di mana pun pakcik berada, terima kasih pakcik sbb memberi semangat kat saya!

Kali pertama posting, kena masuk ward sakit puan. Mula2 macam x best je posting ni...tapi bila dh study and clerk patient, sungguh seronok! Tiap2 hari Isnin kena masuk dewan bersalin. Dah banyak kelahiran sy tengok. insyaAllah nnt mudah2an ada peluang nk sambut baby plak. Amin~

Kali pertama masuk dewan bedah, time tu ade case Elective Lower Segment Cesaerean Section (ELSCS). Dengan penuh semangat scrub in sebab nk tengok procedure tu. Lepas sejam, sy ngan member kua nak g amik tandatangan pengesahan dari doc yg sy dh view that procedure. Sekali kena marah ngan Sister sebab kitorang ade buat salah sikit. Aduhai malunya kena marah depan2 houseman n medical officer. Sebbek time tu pakai mask, xde la doc tu cam muka kami. Tapi lepas je kejadian tu, sister tu la da best sister and yg paling rapat ngan sy. Irony??

Semuanya pengalaman pertama saya (^__^)

~2 years 6 months to go~