header-photo

Isu PANAS Dunia Perubatan!!

2011-04-26

Kat sini kami nak kongsikan dua article mengenai isu doktor pelatih (HO).. sila tinggalkn pendapat anda ok?

SAYA bersetuju dengan pendapat 'suami doktor' yang disiarkan pada 13 April lalu bahawa kebajikan doktor diabaikan. Pengalaman saya ketika menjaga ibu di wad, mengesahkan andaian ini.

Seorang doktor muda yang ‘on-call’ melaksanakan tugas murninya dengan penuh dedikasi sepanjang malam dan keesokan harinya. Apabila saya bangun dari tidur, doktor berkenaan masih berada di wad itu. Raut wajahnya kelihatan tidak ceria ketika bertugas pagi itu, yang memberi isyarat bahawa beliau kepenatan.Yang mengejutkan saya, tugas doktor muda itu tidak terhenti pada pagi itu saja, tetapi berlanjutan sehingga jam 5 petang. Cuba bayangkan profesion apakah dalam dunia ini yang menuntut pekerjanya bekerja 34 jam tanpa henti?
Dalam kepenatan, sudah pasti beliau tidak mampu memberi tumpuan kepada tugasan yang diberikan. Apakah jaminan beliau tidak melakukan kesilapan ketika menjalankan tugas?

Kita tidak mahu melihat malapetaka menimpa pesakit akibat kesilapan yang mungkin dilakukan. Saya juga pernah terjumpa seorang doktor yang terbabit dalam kemalangan ketika pulang dari bekerja. Beliau tertidur seketika kerana terlalu penat dan mengantuk kerana malam sebelum itu beliau ‘on-call’. Beliau masih bernasib baik kerana hanya mengalami cedera ringan, walaupun keretanya rosak teruk.

Nasib baik juga kerana tiada kehilangan jiwa berlaku. Bagaimana sekiranya kemalangan itu membabitkan kematian? Mungkin selepas berlakunya malapetaka sebegitu barulah pihak bertanggungjawab ada sedikit keinsafan untuk menyemak semula pelaksanaan prosedur lapuk di hospital di negara ini.

Jarang sekali kita nampak keluhan daripada doktor sendiri dalam akhbar berhubung kebajikan mereka. Adakah doktor tidak mempunyai saluran untuk mengadu hal kebajikan mereka?
Kita juga tidak pernah mendengar sebarang pembelaan daripada Menteri Kesihatan sendiri yang membela nasib doktor dari segi kebajikan atau waktu bekerja. Justeru, tidak hairanlah berlakunya penghijrahan doktor ke hospital swasta.

INSAN SIMPATI,
Shah Alam.


Doktor latihan siswazah kena kerja 40 jam berterusan.

SAYA tertarik dengan pandangan 'insan simpati' berkenaan doktor muda yang disiarkan dalam ruangan ini pada 20 April lalu. Saya baru saja selesai tempoh sebagai pegawai perubatan latihan siswazah atau 'houseman' di sebuah hospital di selatan tanah air.

Memang benar seperti apa ditulis oleh ‘insan simpati’, malah ada yang lebih teruk lagi. Ada di antara kami yang bekerja berterusan selama 40 jam seandainya kami ‘on-call’, purata antara enam dan tujuh kali dalam sebulan.

Akibatnya, kami memang benar-benar keletihan hingga mudah berasa tertekan dan marah yang ada kalanya kami tanpa sedar meluahkannya kepada pesakit. Komunikasi dengan pesakit juga nampak kurang mesra kerana keletihan.
Kesilapan juga mudah berlaku, seperti yang pernah dialami antaranya salah memberi ubat, dos yang tidak tepat, terlupa menyelesaikan tugas, kerja yang tidak sempurna dan optimum sehingga berlaku ulangan kerja contohnya seperti prosedur mengambil darah, memasang jarum penghubung (branula) dan sebagainya.

Kesihatan dan nyawa doktor juga menjadi taruhan. Pernah berlaku, seorang teman satu universiti meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya selepas pulang dari kerja. Punca kemalangan akibat tertidur ketika memandu kerana keletihan.

Mungkin ada yang tidak tahu, sebagai seorang ‘houseman’, harus melengkapkan empat bulan ‘rotation’ di dalam satu jabatan. Untuk tempoh itu, hanya lapan hari cuti diberikan.

Ketika mereka wajib bekerja setiap hari. Sabtu dan Ahad biasanya hanya perlu datang pada waktu pagi dan petang untuk melakukan rondaan jika tidak ‘on-call’. Hingga kini tiada saluran khusus untuk ‘houseman’ mengadu masalah.

‘Houseman’ takut untuk mengadu kerana bimbang akan dipanjangkan tempoh latihan dalam jabatan, dilabel sebagai doktor bermasalah dan ‘lembik’, ‘mengada-ngada’ dan sering dinasihatkan untuk bersyukur dan dibandingkan dengan doktor zaman dulu.

Sememangnya adalah wajar untuk berlaku penghijrahan doktor ke sektor swasta.

Sebab utama kerana beban kerja yang tidak setimpal dengan gaji yang ada, di samping tiada masa terluang untuk aktiviti lain atau bersama keluarga tersayang.

Mungkin orang di luar mudah mengatakan ‘Ala, kerja biar ikhlas, jangan merungut’ tetapi realitinya kalau anda di situasi seperti ‘houseman’, apa anda sanggup?

DR CEKAL, Kuala Lumpur.


7 comments:

dayanaazhar:) said...

profesion seorang doktor bukan sahaja sebuah usaha yang murni bahkan menjadi seolah-olah perantara antara kuasa Tuhan yg menguji pesakit dengan penyakitnya dengan tugas utk sedaya upaya mengubati pesakit itu dengan apa cara sekalipun

ain j said...

yup3..kalau pergi hospital, selalu kesian tengok HO yang kerja macam tak berhenti, pagi dia check, petang dia lagi, malam dia lagi..esok lusa pun sama..Bila lah HO rehat erk..?

The Medical Duo said...

dayanaazhar: the noble job usually need a big sacrifice. Doakan kami kuat :)

ain j: HO rehat sat2 je kot. Tyme solat makan sume. Dulu bila HO bising kat hospital sy rase dowg ni cm blagak. Bila tgok situasi sebenar ni baru tahu...mreka stress. :(

´¯`·.¸¸.·♥ amirah liyana´¯`·.¸¸.·♥ said...

kerajaan xpatut bersikap xadil macam tu kat HO..consider la sikit kan...yang pasti pekerjaan doktor sangat murni..

The Medical Duo said...

amirah liyana: betul 2.. mereka pon manusia jugak. Ada hak yg perlu diberikan perhatian slain pkerjaan..

Umngok iblis laknat said...

menteri kesihatan dulu liow tiong lai siap cakap x ada HO kerja smp 34 jam.
X tau la dia buta ke atau terlalu syok duduk kt atas smp lupa tengok org2 bawah

The Medical Duo said...

Truth can be devastating sometimes :D

Post a Comment