Alhamdulillah, menulis lagi hari
ini. Kali ini jugak nak kongsi tentang buat visa di mesir. Selalunya visa student Malaysia di sini tahan
selama setahun, jadi pada tahun hadapan memang kena renew semula. Tempat untuk
renew visa ni di mugamma’, yang
terletak di Tahrir, biasanya renew visa dibuat pada waktu pagi, supaya mudah
dan tak perlu nak beratur panjang. Tambahan pulak mugamma’ ni tengahari je dah tak berapa nak boleh renew kerana
office hour diorang sampai tengahari ataupun sampai lepas zohor je. So nak x
nak, memang kena gerak awal.
On the way nak ke mugamma’ ni, terpaksa menggunakan tren,
orang mesir panggil metro. Lokasi tahrir
dari rumah tidak jauh, hanya 2 stesen sahaja. Cumanya, keadaan di metro
selalunya sarat dengan orang ramai, kalau orang sedikit, itupun pada waktu pagi
ataupun tengahmalam.
Tren (metro) tiba pada
waktu pagi, orang pun tak ramai lagi waktu ni
Suasana di stesen
metro
Mugamma’ selalunya buka pada pukul 8 pagi, kalau sampai awal
sebelum pukul 8 pagi, memang kena tunggu beratur diluar sampai pukul 8 pagi, kemudian baru dibenarkan masuk. Bila nak
renew visa, kena isi borang yang memang
tersedia di atas kaunter. Even kita datang awal, ada juga orang lain yang
datang awal, so, awal-awal lagi memang akan penuh mugamma’ ni, dalam setengah
jam, akan penuh orang beratur. Ramai juga pelancong asing datang ke sini, atas
urusan visa, dan kadang-kadang ada juga yang ada urusan kehilangan passport,
dan macam-macam lagi.
Mugamma’, tempat renew
visa
Lepas isi borang, kena hantar
dokumen-dokumen yang diperlukan, antaranya salinan fotostat passport, syahadah (macam surat approval untuk
buat visa), salinan visa paling latest, sekeping gambar dan chop ketibaan
sewaktu di airport mesir, kemudian kena bayar setem 8LE egyptian pound. Kemudian
borang tersebut berserta dokumen akan diserahkan kepada pegawai untuk proses
selanjutnya. Selepas itu, kena datang semula ke mugamma’ selepas 10 hari untuk mengambil semula, kemudian waktu tu,
kena bayar lagi 83.10LE, after that kena tunggu selama 2 jam, then baru boleh
ambil dan visa sudah selamat diperbaharui. Kalau lebih tarikh luput, memang
kena denda, sebanyak 150LE.sebab pernah kena J
Contoh visa mesir
Alhamdulillah, selesai sudah
coretan serba sedikit tentang visa, insyaAllah post lain plak lepas ni. Doakan J.
3 comments:
As salam..laam tk komen di sini..selalu jengah2 je..:) nasib baik kt sini iqama atau visa sumer hosp uruskn..tinggl byr jer..
wsalam wahidah, xpe2.alhamdulillah, di sini ikut rezeki juga, kadang2 mudah, kadang2 byk halangan. anyway, alhamdulillah sebab dh setel ^^
tersinggah sini pulak masa searching for "labour room protocol" sebab ada 1 post dari blog ni cerita pasal O+G and labour room. then it turned out to be my junior's blog rupenye sebab ternampak post ni pasal reniew visa. student U mana ni eh? anyway, nice blog. selamat bekenalan
Post a Comment