header-photo

WINTER 2012, EGYPT

2012-12-26


                

Alhamdulillah dapat lagi hidup pada hari ini untuk meneruskan hidup sebagai khalifah di bumi ini. Lama sudah tidak menulis, jadi rasa macam bermula dari bawah pun ada. Semoga diberi kekuatan untuk istiqamah dalam jalan ini.

Sedar tak sedar, dah hampir 5 tahun di bumi mesir, dan kali ini juga masuk kali kelima musim sejuk di sini. Rasa macam baru semalam je smpai mesir, dengan muka-muka fresh year tahun 1, tapi sekarang sudah berada di tahun 5. Cepat sungguh masa berlalu.

 keadaan lalu lintas di kaherah, mmg sesak!!


Mesir ni negara 4 musim, jadi tak terlepas dari 4 musim, spring, winter, fall dan summer, tapi musim utama di sini adalah spring, winter dan juga summer. Fall di sini tak macam di negara lain, tempohnya sekejap, dan ciri-ciri daun luruh itu memang ada. Winter di sini juga lain, sebabnya, takde salji, dan kesejukan adalah yg utama bagi winter di sini. Tahun ni winter bermula awal November, dengan hujan. Hujan di sini mostly sekejap sangat2, bila hujan, itu petanda mesir mengalami perubahan musim. Perubahan suhu di sini berlaku secara gradual, dari sejuk yg boleh ditahan, kepada sejuk yang tak tertahan.

sungai yang berasal dari sungai nil

Kalau winter di sini selalunya memang akan pakai sweater selalu, kalau di rumah pula, akan pasang pemanas bilik atau nama lainnya heater, dan sakhonah (pemanas air). Dan seperti biasa, akan dihinggapi selsema dan demam dek kerana perubahan suhu, dan selalunya juga akan kurang mandi, kerana mandi kerap sewaktu winter adalah sesuatu yang tidak baik untuk kesihatan, dan juga disarankan untuk memakan buah limau, kerana kaya dengan vitamin c yang mana sumber perlindungan waktu winter ini dari penyakit. Time winter jugak waktu malam menjadi lebih lama dan waktu siang lebih pendek, jadi kepada orang-orang yang puasa, ini merupakan satu kelebihan yang Allah bagi kepada mereka untuk istiqamah dengan puasa sunat.

Until then, J

p/s : mohon sama-sama doakan keselamatan serta kejayaan buat saudara-saudara kita di Syria, Palestin, dan Rohingya.

                

4 comments:

LIZA said...

Ya ALLAH ! semoga saya jugak boleh menjejakkan kaki ke sana .. aminnn .. :D

Selalu baca blog para pelajar di msir .. ia membuatkan keinginan sye untuk ke sana semakin tnggi ..

Aqilarin said...

Subhanallah seronoknya. rasa bsemangat utk teruskan sem 2 (baru persediaan) huhu. paling best part puasa tu la ^^ take care ye! ada perubahan tak pd menu harian mgikut musim2 ni?

Hazmi Al-Wafi said...

Dulu saya selalu datang baca di sini sebagai lepasan SPM yang bercita-cita ingin menjadi seorang doktor. Sekarang saya sudah bergelar medical student,dan merasai sendiri winter di Mesir.

Alhamdulillah.

The Medical Duo said...

to LIZA : InsyaAllah, semoga Allah makbulkn permintaan LIZA, dan insyaAllah kami akan update serba sedikit tentang mesir, stay tuned :)

to nars : Alhamdulillah. kalau musim winter, yang ad perubahan adalah buah (buah strawberi, tembikai susu kecik, dan kurma) dan jus (jus strawberi dan delima), kalau makanan, it is still the same.

to Dr. Ibnbakr : Alhamdulillah, ahlan wasahlan dan selamat bermujahadah di bumi mesir :)

Post a Comment