25 January 2011
Revolusi mesir, revolusi yang menyatukan hampir 8 juta rakyat mesir, golongan tua dan muda, berlainan agama sama sekali bangkit bersatu, menentang dan menolak kezaliman pemerintahan kuku besi Hosni Mubarak, yang telah lama memegang tampuk pemerintahan selama 30tahun. 30 tahun mesir dalam kemunduran, 30 tahun rakyat yang ditindas, 30 tahun kezaliman serta ketidakadilan bermaharajalela. Tapi, hari itu, segalanya berubah.
Kronologi
Event dimulakan di Iskandariah, Mesir, di mana rakyat di sana bersatu. Pada asalnya, mereka bersatu menentang kezaliman yang dilakukan oleh pihak polis terhadap seorang pemuda; Khaled Said, seorang pemuda yang ditangkap dan diseksa oleh 2 orang polis sehingga mati. Beliau ditangkap di rumahnya oleh 2 orang polis serta dibawa ke sebuah rumah, dan menurut seorang saksi yang melihat bagaimana beliau diseksa sehingga meninggal dunia. Menurut media tertentu, beliau ditahan kerana didapati menyebar video mengenai salah laku polis tersebuat di YouTube. Beliau terus diseksa dan dipukul, walaupun dia merayu meminta belas kasihan daripada polis tersebut. Insiden khaled said ini berlaku kira-kira 6 bulan yang lalu (6 bulan dari bulan januari).
Khaled Said - pemuda yang mengubah Mesir
Sehubungan itu, rakyat mesir khususnya di Iskandariah, telah berkumpul, menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap kekejaman dan kezaliman pihak polis. Di tambah pula inspirasi dari Tunisia yang berjaya menjatuhkankan pemimpinnya Ben Ali, mereka bersatu untuk menjatuhkan rejim Hosni Mubarak.
Laman sosial sebagai alat penyatuan.
Facebook & Twitter
Adalah tidak salah jika saya mengatakan bahawa revolusi mesir merupakan revolusi yang pertama, yang menjadikan laman sosial khususnya Facebook dan Twitter sebagai medium perpaduan bagi memanggil rakyat untuk bersatu menentang rejim yang zalim. Hal ini kerana, ajakan kepada seluruh rakyat mesir untuk keluar bersatu serta berkumpul secara besar-besaran di medan Tahrir, khususnya di area kaherah, dibuat melalui facebook dan twitter, tidak lupa juga kepada khidmat sms.
Perkara ini diboost lagi dengan penubuhan group 'We are all Khaled Said' di Facebook, dimana group ini meng-update suasana yang yang berlaku sepanjang revolusi berlaku, disamping itu juga mengkhabarkan hal revolusi ini kepada seluruh dunia. Penyebaran maklumat yang amat berkesan ini berjaya memanggil hampir seluruh rakyat mesir untuk bersatu menentang rejim mubarak.
Medan Tahrir menjadi saksi
Medan Tahrir
Medan Tahrir, atau Tahrir Square, medan yang menjadi saksi, di mana rakyat mesir yang bangun menentang rejim mubarak, bersatu atas satu matlamat, menolak kezaliman pemerintah. Semuanya bersatu, tidak kira lelaki atau wanita, golongan tua dan muda, serta yang berlainan agama, semuanya bersatu, menyatakan protes mereka secara besar-besaran di Medan Tahrir. Boleh dikatakan setiap hari jumaat, khususnya selepas solat jumaat, akan ada rombongan-rombongan yang akan menyertai protes di Medan Tahrir. Di situ mereka bertandang, mereka bermalam, menyatakan protes mereka 24jam, menuntut supaya Presiden mesir, Hosni Mubarak meletak jawatan.
Huru-hara sepanjang revolusi.
Memang tidak dinafikan, berlaku juga huru-hara sepanjang berlakunya revolusi di mesir, hal ini
kerana terdapat sebilangan protes yang bertindak berlebihan dengan membakar bangunan kerajaan
yang terdapat di Tahrir, ada pula yang bergelut dengan pihak polis dek kerana tidak puas hati.
Battle of the Camel
Tambahan pula, terdapat pula protes yang dibayar oleh rejim Mubarak untuk mengganggu protes
yang sedang berlaku di Tahrir. Mereka juga bertindak menyerang protes-protes yang berada di Tahrir,
ada yang membawa senjata serta menunggang unta. Kejadian tersebut berlaku pada 2 Febuari 2011
dan dikenali sebagai "Battle of the Camel".
Resolusi
Akhirnya, selepas 18 hari berlakunya protes semenjak 25 Januari 2011, pada 11 Febuari 2011, pada pukul 6 petang waktu mesir ( waktu malaysia = 12 tengahmalam ), Presiden mesir Hosni Mubarak mengumumkan perletakan jawatannya. Pengumuman itu dibuat oleh timbalannya iaitu Suleiman. Hari itu juga dinamakan Friday of Departure. Pengumuman tersebut ternyata satu berita gembira buat seluruh rakyat mesir, dan menjanjikan sinar yang baru buat mesir dan generasi akan datang. Siapa sangka, Presidennya dapat dijatuhkan melalui demonstrasi dan protes dari rakyatnya. Berkat kesabaran serta keazaman mereka, akhirnya membuahkan hasil.
Sekian
*sumber : - Group We are all Khaled Said
- Al-jazeera
- Wikipedia
0 comments:
Post a Comment