header-photo

Taubat

2011-05-31

Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang bersiar-siar di lorong-lorong dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan pemuda yang membawa kendi. Pemuda itu menyembunyikan kendi itu di dalam kain sarung yang diselimutkan di belakangnya. Timbul syak di hati Omar AL-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas bertanya, "Apa yang engkau bawa itu?"
Kerana panik sebab takut dimarahi Omar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar iaitu benda yang dibawanya ialah madu. Walhal benda itu ialah khamar. Dalam keadaannya yang bercakap bohong itu pemuda tadi sebenarnya ingin berhenti dari terus minum arak. Dia sesungguhnya telah menyesal dan insaf dan menyesal melakukan perbuatan yang ditegah oleh agam itu. Dalam penyesalan itu dia berdoa kepada Tuhan supaya Omar Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi kendinya yang ditegah oleh agama itu.

Pemuda itu masih menunggu sebarang kata-kata Khalifah, "Kendi ini berisikan madu."
Kerana tidak percaya, Khalifah Omar ingin melihat sendiri isi kendi itu. Rupanya doa pemuda itu telah dimakbulkan oleh Allah seketika itu juga telah menukarkan isi kendi itu kepada madu. Begitu dia berniat untuk bertaubat, dan Tuhan memberikan hidayah, sehingga niatnya yang ikhlas, ia terhindar dari pergolakan Khalifah Omar Al-Khatab, yang mungkin membahayakan pada dirinya sendiri kalau kendi itu masih berisi khamar.

Allah Taala berfirman:

" Seteguk khamar diminum maka tidak diterima Allah amal fardhu dan sunatnya selama tiga hari. Dan sesiapa yang minum khamar segelas, maka Allah Taala tidak menerima solatnya selama empat puluh hari. Dan orang yang tetap minum khamar, maka selayaknya Allah memberinya dari 'Nahrul Khabal'.

Ketika ditanya, "Ya Rasulullah, apakah Nahrul Khabal itu ?"
Jawab Rasulullah, "Darah bercampur nanah orang ahli neraka ! "


Semoga kisah ini menjadi sempadan kepada kita...insyaAllah

Wassalam

Kencing Manis a.k.a Diabetes

2011-05-29

Salam alaik semua pembaca…

Di negara kita, kencing manis memang cukup2 feymes. Pengidap kencing manis bukan je dlm kalangan warga emas, tapi budak2 muda pon dh ramai yg kena kencing manis sekarang. So hari ni sy nk share tentang what is kencing manis pulak…ok?

In medical terminology, kencing manis is called diabetes. Based on the medical dictionary definition, diabetes is defined as a chronic diseased marked by a high level of sugar in blood.

Blood is a medium of transport in our body. Antara substances yg di transport oleh blood are oxygen, carbon dioxide, hormone, waste material from cellular metabolism and also nutrients. So sugar is considered as nutrient which is needed by our body in order to allow the cells to undergo biochemical process. Bila adanya biochemical process ni barulah badan kita sihat.

Ok…sy nak tanya anda semua…

Setiap hari kita makan…betol x??

Tapi anda tahu x ape yg berlaku pada makanan yg kita makan???

Actually, bila kita makan, makanan yg di makan td akan di digest dan akan menghasilkan glucose aka gula. Gula yg terhasil daripada process digestion td akan masuk ke dalam darah kita. Gula ni merupakan component khas yg perlu ada dalam badan kita supaya sel- sel badan kita mampu berfungsi dengan baik. Pancreas pulak merupakan organ yg bertanggung jawab untuk merembeskan hormon insulin. Insulin adalah hormon yg Allah ciptakan untuk mengawal kadar gula dalam badan kita supaya x terlebih dr amount required. Insulin akan bertindak pada organ2 dalam badan kita.

Bila badan detect adanya gula dalam darah (example… lepas makan), insulin akan di secrete ke dalam darah kita. Lepas tu darah akan transfer hormone ni ke organ2 yang memerlukannya. Bila hormone ni sampai je kat organ yg memerlukan td, hormone akan bind pada receptor yg ada pada organ tersebut… dan biochemical process akan berlaku. Kalu x cukup insulin, biochemical process ni x boleh berlaku dan akan menyebabkan berlakunya masalah dalam badan kita. Sama la jugak ngan receptor kat organ tadi, kalu insulin dah cukup tapi receptor plak yg rosak…maka biochemical process ni still gak xleh berlaku.

Based on my explaination above, there are three types of diabetes:

1. Type I diabetes:

Apabila insulin yg di rembeskan oleh pancreas terlalu sikit, maka type I diabetes will occur. Sebab sebenar berlakunya type I diabetes ini tidak diketahui. Namun beberapa pendapat mengatakan autoimmune dan genetics memainkan peranan dlm menifestasi penyakit ini. Cara untuk mengubati diabetes jenis ni adalah dengan injection of insulin setiap hari.

2. Type II diabetes:

Kadar insulin yg dirembeskan mencukupi tapi bila sampai je kat organ, insulin xboleh nak bind pada receptor. Adults are more prone to get this type of diabetes but unfortunately nowadays yg muda2 pon dh ramai mengidap type II diabetes ni.

Diabetes type II lebih cenderung untuk menyerang mereka yang:

  • Mempunyai sejarah keluarga yg mengidap diabetes.
  • Mempunyai masalah kegemukan.
  • Xcukup bersenam.
  • Mempunyai kadar kolestrol yg tinggi dalam badan.
  • Mempunyai masalah jantung.
  • Berumur 45 tahun keatas.

3. Gestational diabetes:

Diabetes yg berlaku semasa pregnancy phase. Ia berlaku pada ibu2 mengandung padahal sbelum mereka mengandung, mereka xde pon history of diabetes. Kalu x di jaga dengan baik, person having gestational diabetes may develop type II diabetes together with heart and circulatory problem later in life.

Harap semua dah jelas dengan pengkelasan diabetes ok? (^__^)

Symptoms for patient having type I diabetes are:

  • Mudah merasa penat.
  • Rasa loya dan sering muntah- muntah.
  • Selera makan bertambah tetapi berat badan semakin menurun.
  • Cepat merasa dahaga.
  • Sering membuang air kecil.

Bagi patient yg mengidap type I diabetes, simptom2 diatas selalunya muncul secara mengejut. Harus di ingat bahawa type I diabetes boleh berlaku secara tiba- tiba dan patient diagnosed with type I diabetes must go to the hospital immediately!

Bagi type II diabetes, selalunya patient tidak mengalami sebarang symptom pada awal2 penyakit kerana penyakit ini develop slowly. But bila keadaan dh chronic, symptoms yg berlaku pada patient diagnosed with type I juga boleh dilihat pada patient type II diabetes.

Complication that may develop in patients having diabetes are:

  • Darah tinggi
  • Diabetic nephropathy: kegagalan buah pinggang berpunca dari diabetes.
  • Diabetic retinopathy: may result in blindness.
  • Diabetic ketoacidosis : menifested by bau nafas yg manis seperti bau buah.
  • Stroke.
  • Hyperlipidemia: kadar lemak yg tinggi dalam darah.
  • Jangkitan pada kulit terutama di bahagian kaki.

Selalunya bila kita mention diabetes, mesti kita akan terbayangkan kes- kes amputation (potong anggota badan). Diabetes boleh menyebabkan salur darah dan saraf kita rosak. Bila salur darah dan saraf kita dah rosak, badan kita x boleh nak lawan sebarang jangkitan yg berlaku pada badan kita. Dalam kes foot amputation, patient selalunya mempunyai history of foot injury. Bila injury ni x di berikan rawatan yg baik, infection akan berlaku. Tisu kulit dan otot pada kaki akan mati and patient akan develop gangrene. Bila gangrene ni dah berlaku, susah untuk doktor merawat gangrene ni kerana sel- sel kaki sendiri dah mati…and untuk menyelamatkan nyawa patient daripada jangkitan terus merebak adalah dengan cara amputation.

Jadi bagi mereka2 yg mempunyai diabetes, sy nasihatkan sila pastikan kaki anda sentiasa berada dalam keadaan yg baik setiap hari. Kalo ade je luka, terus jumpa doc dan pastikan anda bagitahu doc yg anda menghidap diabetes.

Complication of diabetes boleh di elakkan kalo kadar gula dalam badan dan tekanan darah kita terkawal. Beberapa kajian gak membuktikan kalo patient betul2 take care pasal pemakanan mereka, chances to develop stroke, heart attack, dan sakit buah pinggang berjaya dikurangkan.

Recently there are still no cure for diabetes. Treatment yg ada hanyalah untuk mengawal kadar gula dalam darah using medication given by the doctor. We also treat diabetes by preventing symptoms from happen. Some of measures taken in order to prevent the symptoms are:

  • Routinely monitor blood pressure and cholesterol level.
  • Regularly test the blood glucose level.
  • Rancang pemakanan yg sihat.
  • Banyakkan bersenam dan kurangkan berat badan.
  • Prevent any injury to the foot. Patient with diabetes have a higher tendency to develop gangrene which will result in amputation.

Dari segi pemakanan pula;

  • People with type 1 diabetes harus mengambil makanan seperti biasa. Kalo boleh menu dan masa makan haruslah sentiasa seragam to prevent blood sugar from becoming extremely high or low.
  • People with type 2 diabetes harus makan makanan seimbang dan kurang lemak.

Setiap kesakitan yg Allah sertakan bukanlah semata2 kesakitan. Kesakitan gak merupakan manifestasi kecintaan Allah kepada kita kerana sakit adalah kifarah dosa, Kalau kita bersabar insyaAllah akan ada ganjaran yg menanti. Hati kita perlulah sentiasa bersangka baik terhadap apa yg Allah tentukan kepada kita. Hati yg mati dan jauh dari Allah lebih bahaya dari penyakit AIDS sekalipun.

Diseases of the soul are more dangerous and more numerous than those of the body_Cicero.

Semoga beroleh ilmu yang bermanfaat (^_^) Wassalam.

Menghormati Tetamu

2011-05-28

Seorang telah datang menemui Rasulullah S.A.W dan telah menceritakan kepada baginda tentang kelaparan yang dialami olehnya. Kebetulan pada ketika itu baginda tidak mempunyai suatu apa makanan pun pada diri baginda mahupun di rumahnya sendiri untuk diberikan kepada orang itu. Baginda kemudian bertanya kepada para sahabat, "Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai tetamunya pada malam ini bagi pihak aku ?"
Seorang dari kaum Ansar telah menyahut, "Wahai Rasulullah S.A.W, saya sanggiup melakukan seperti kehendak tuan itu."

Orang Ansar itu pun telah membawa orang tadi ke rumahnya dan menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata, "Lihatlah bahwa orang ini ialah tetamu Rasulullah S.A.W. Kita mesti melayaninya dengan sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada diri kita dan semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di rumah kita."
Lau isterinya menjawab, "Demi Allah! Sebenarnya daku tidak ada menyimpan sebarang makanan pun, yang ada cuma sedikit, itu hanya mencukupi untuk makanan anak-anak kita di rumah ini ?"

Orang Ansar itu pun berkata, "Kalau begitu engkau tidurkanlah mereka dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka. Apabila saya duduk berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang sedikit ini, dan apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu, sambil berpura-pura hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidakk akan ketahui bahwa saya tidak makan bersama-samanya."
Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan seluruh keluarga tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri terpaksa menahan lapar semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang.

Berikutan dengan peristiwa itu, Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud,

"Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan." (Al-Hasy : 9)

Ape itu Asthma?

2011-05-26

Salam buat semua…

Hari ni hari Khamis.. masuk hari ni ade lagi 87 hari sebelum final. Phewww… =.=


Study masih banyak yg nk sy habiskan. Masih banyak yg nak di hafal… aduhai. Tapi insyaAllah di kelapangan masa yg sedikit ni, sy nak taip entry baru…a new sharing insyaAllah.


Kalau sbelum ni sy buat entry pasal appendicitis, so hari ni sy akan share pulak tentang asthma. Kalo cakap kat opah or tok wan, sebut asthma ni mybe la susah skit depa nk paham kan? Tapi cuba kita ckp lelah…or semput…sure2 la depa tau sakit apa yg kita maksudkan. So dalam bahasa mudah, asthma ni adalah penyakit lelah or semput. Even asthma ni merupakan penyakit yg dh biasa kita dengar, tapi sejauh mana sebenarnya pemahaman kita tentang asthma?


Asthma merupakan sejenis penyakit yg berlaku disebabkan berlakunya keradangan di bahagian saluran pernafasan kita.


Anatomy saluran pernafasan kita adalah seperti dlm figure dibawah ni..





Saluran pernafasan kita bermula dari lubang hidung (nostrils) dan berakhir di alveolar yg berada di paru2 kita. Apabila berlakunya keradangan, beberapa tindakbalas berlaku dan menyebabkan otot2 di sekeliling saluran pernafasan tadi akan contract and saluran pernafasan akan menjadi sempit. Bahagian dlm saluran pernafasan jugak akan menjadi bengkak. Ok..., kita tahu bila berlakunya asthma ni, laluan udara kita menjadi semakin sempit. So, bila airways kita dh makin sempit, kurang la oxygen akan dihantar ke paru2…and thus this fenomena result in semput.


For individuals yg ade problem allergic…asthma ni gak boleh occur bila mereka bernafas dlm udara yg mempunyai bhn yg boleh menyebabkan berlakunya allergic td. Antara substances yg boleh menyebabkan berlakunya asthma termasuklah debu, bulu binatang, kedaan yg terlampau sejuk, or memakan bahan2 makanan seperti seafood etc. Merokok dan stress juge buleh menjadi sebab berlakunya asthma… so bagi readers2 yg merokok, kena kurang2kan la ye? (^_^)


Kadang- kadang, asthma gak buleh terjadi bila sumwan tuh mempunyai history of allergy…ataupun mempunyai family yg ade history of allergy before. Contohnye parents dia penah ade hay fever…or grandparents dia penah ade eczema ke. So, person with such family history are more prone to get asthma


Asthma buleh berlaku as short as minutes and kalo lama it can be as long as days. Antara simptom2 major bagi orang yg mengidap penyakit asthma are:



  • Cough


  • Sakit dada


  • Sesak nafas


  • Wheezing sound heard (bunyi ni macam bunyi siulan).

o Wheezing merupakan bunyi yg kedengaran bila pesakit asthma tarik nafas mereka. Selalunya bunyi ni akan severe pada waktu malam and awal pagi. Actually wheezing terhasil apabila udara cube ntuk melalui laluan udara yg sempit tadi. Analogue yg sy buleh bagi kat sini samelah cam belon. Dalam belon kan ade angin…so kalu kita nk buang angin yg ade kat dlm belon ni perlahan2…kita akan pegang mulut belon tadi and tarik mulutnya kan??? Akan kedengaran bunyi nyaring yg keluar bcoz of air yg cube escape dari belon td…so same here in case of wheezing.



  • Shortness of breath bila pesakit bersukan atau melakukan activity yg vigorous.


  • Bila kita tengok orang yg sdg face asthmatic attack, kita boleh lihat akan ade lekuk kat dada mereka between the ribs sewaktu mereka bernafas. This is actually due to the intercostal retraction.

Jika anda mempunyai kenalan yg menghidap asthma, anda kena tahu simptom2 di bawah ni coz simptom2 ni merupakan emergency symptoms…and kena bawak patient tersebut ke hospital dengan SEGERA! Antara simptom2 tersebut adalah:



  • Pesakit kelihatan gelisah dan berpeluh


  • Muka kelihatan biru terutama pada bahagian bibir


  • Susah untuk bernafas yg amat sangat


  • Nadi yg tinggi ( boleh check kat pergelangan tangan or kat leher)

In case of rawatan selalunya doc akan prescribe bronchodilator a.k.a inhaler. Bronchodilator ni merpakan ubat yg akan menyebabkan saluran pernafasan yg sempit tadi kembali normal so that oxygen can be supplied adequately to the lung. Sejenis ubat lagi yg doc bagi is corticosteroid ( in form of ubat telan samada pil, kapsul atau cecair ).


So bagi anda2 yg ade ahli keluarga or kenalan2 yg mengidap asthma, terdapat beberapa cara untuk prevent asthmatic attack ni daripada berlaku. Antara cara yg boleh anda ambil:



  • Kalo buleh kat umah jgn la ade banyak kapet sangat cuz kapet ni mudah memerangkap debu.


  • Kena elakkan memakan makanan yg boleh trigger allergic reaction cause as I mention earlier allergic reaction may also induce asthmatic attack.


  • Tak mau ade asap rokok dekat dengan orang2 asthma!


  • Elakkan daripada membawa masuk haiwan peliharaan especially binatang berbulu halus spt kucing ke dalam bilik tidur anda. Bulu kucing amat merbahaya bagi pesakit2 asthma.


  • Gunakan sarung bantal, sarung tilam and selimut yg allergy- proff. Kalo buleh elakkan pakai selimut yg berbulu.

Semoga entry ni dapat memberikan anda info yg berguna…insyaAllah. Hargailah kesihatan kita as a Rome’s famous poet; Virgil pernah berkata:


"The greatest wealth is health."

Syurga Dunia Syadad bin 'Aad

2011-05-25

Sebuah perkongsian yg penuh pengajaran...

Dikisahkan bahawa 'Aad mempunyai dua orang putera, yang pertama bernama Syadid dan yang kedua bernama Syadad. Syadad adalah orang yang suka membaca kitab. Pada suatu ketika ia membaca tentang sifat-sifat syurga, kemudian ia berkata dalam hatinya: "Pada suatu saat nanti aku akan membuat di permukaan bumi ini suatu syurga seperti yang dijelaskan dalam kitab ini."

Pada masa itu seluruh kerajaan berada pada kekuasaannya. Lalu ia mengajak raja-raja bawahannya untuk bermesyuarat dan berkata kepada mereka: "Aku akan membangun syurga seperti yang difirmankan Allah dalam kitab-kitab-Nya. Mereka menjawab: Hal itu terserah kepada tuan hamba, kerajaan ini kepunyaan tuan hamba."

Kemudian ia memerintahkan agar dikumpulkan semua emas dan perak dari Timur hingga ke Barat. Setelah itu ia berkata: "Bangunkanlah untukku syurga dalam masa tiga ratus tahun." Maka berkumpullah segala macam bentuk tukang bangunan. Maka dipilihlah tiga ratus di antara mereka setiap seorang dari tukang tersebut memimpin sebanyak seribu anak buah.

Mereka mengelilingi bumi selama sepuluh tahun, akhirnya mereka menemukan suatu tempat yang paling baik. Ada pohon-pohon, sungai-sungai. Maka mereka pun mulai membangun syurga yang dirancangkan itu satu parsakh demi satu parsakh. Satu parsakh daripada emas dan satu parsakh daripada perak.

Setelah mereka anggap semuanya telah sempurna, lalu mereka alirkan sungai-sungai, mereka dirikan pohon-pohon yang batangnya terbuat daripada perak, cabang dan rantingnya terbuat daripada emas. Dan mereka bangun istana-istana dari mirah delima, dengan dihiasi berbagai permata, seperti intan, berlian dan lain-lain. Kemudian mereka sirami dengan minyak yang paling wangi. Setelah itu baru mereka memberitahukannya kepada Syadad.

Syadad pun bersiap-siap untuk ke sana. Keberangkatan mereka itu selama sepuluh tahun perjalanan. Untuk mewujudkan keinginan Syadad tersebut, raja-raja dan para pembantu mereka telah mengambil emas dan perak daripada rakyat dengan cara paksaan. Sehingga tidak tertinggal sedikit pun emas dan perak daripada rakyatnya, melainkan yang masih ada pada leher seorang anak, yang beratnya kira-kira satu dirham.

Ketika mereka ingin merampasnya, maka anak itu berkata: "Janganlah tuan ambil emasku ini." Akan tetapi mereka berusaha untuk mengambilnya, dan mereka berkata: "Kami diperintahkan oleh raja untuk mengambilnya." Lalu emas yang sedikit itu mereka paksa mengambilnya daripada leher anak kecil itu.

Maka anak tersebut mengangkat tangan, sambil berdoa: "Wahai Tuhanku, Engkau Maha mengetahui tentang apa yang telah dilakukan oleh orang yang zalim ini terhadap hamba-hamba-Mu yang lemah. Maka tolonglah kami, wahai Zat yang menolong kepada orang-orang yang meminta pertolongan."

Semua malaikat mengaminkan doa anak tersebut. Kemudian Allah s.w.t. mengutus Jibril a.s. Ketika itu rombongan Syadad telah sampai dekat syurga yang mereka buat. Akan tetapi tiba-tiba Jibril memekik dengan suara yang sangat keras dari atas langit. Maka dalam masa yang singkat mereka semuanya mati, sebelum sempat memasuki syurga tersebut.

Firman Allah s.w.t.:

"Dan berapa banyak telah Kami binasakan umat-umat sebelum mereka. Adakah kamu melihat seorang pun daripada mereka atau kamu dengar suara mereka samar-samar?" (QS Maryam: 98)

Renung- renungkan dan selamat beramal!

GOODLUCK!

2011-05-22

Ditujukan khas buat co-admin SINERGIHATI; Imran Bukhari and semua kawan2 sekalian yg bakal menempuhi exam... semoga berjaya!


video

ikhlas dari:
Izzah & SINERGIHATI

Nabi Danial a.s dengan Singa

2011-05-20

Salamulllahi alaikum sahabat2 semua..

Hari ni sy nk share sebuah kisah tentang Nabi Danial. Semoga beroleh kebaikan hendaknya..insyaAllah

Suatu saat, Raja Bukhatnezar datang ke Baitul Maqdis dari negeri Syam. Dia membunuh orang-orang Bani Israil dan merebut secara paksa kota Baitul Maqdis serta menawan ramai orang dari mereka. Di antara mereka yang ditawan adalah Nabi Danial a.s.

Sebelumnya, Raja ini didatangi oleh para ahli nujum (peramal) dan orang-orang cendekiawan saat itu. Mereka semua mengatakan, 'pada malam ini dan ini akan dilahirkan seorang bayi yang nantinya akan menghinakan dan menghancurkan kerajaanmu.' Maka Raja itu berjanji dan bersumpah, 'Demi Allah, tak ada seorang bayi pun yang lahir pada malam itu kecuali akan aku bunuh,' Di antara bayi-bayi yang lahir saat itu, hanya bayi Danial saja yang tidak dibunuh, tetapi dibuang ke hutan yang terdapat singa di dalamnya. Bayi Danial hanya sempat dijilat-jilat oleh seekor singa beserta anaknya dan tidak menyakitinya, sampai akhirnya datanglah ibunya. Saat dua binatang itu menjilatinya, maka Allah s.w.t. menyelamatkannya. Para cendekiawan daerah itu mengatakan, bahawa akhirnya Danial mengukir gambar dia beserta dua singa itu yang sedang menjilatinya, di atas batu cincinnya agar senantiasa tidak lupa akan nikmat Allah s.w.t. itu. (HR. Ibnu Abid-Dunya dengan sanad hasan).


Dalam redaksi riwayat lain disebutkan:

Ada seorang Nabi pada masa Bani Israil, jauh setelah Nabi Musa a.s. meninggal dunia, namanya Danial a.s. Dia didustakan oleh kaumnya. Bahkan akhirnya dia diciduk oleh raja yang berkuasa saat itu dan dilemparkan ke kandang seekor singa yang sudah dilaparkan.

Setelah Allah s.w.t. melihat, betapa besar perasaan tawakkalnya, juga kesabarannya, hanya kerana mengharap keridhaanNya, maka Allah mencegah mulut-mulut singa itu untuk memakannya. Bahkan sampai Danial berdiri di atas kedua kakinya di hadapan singa yang sudah tunduk dan tidak lagi membahayakan. Kemudian Allah mengirim Irmiya dari Syam sehingga Danial dapat keluar dari masalah ini dan menumpas orang yang ingin membinasakannya'.

Dari Abdullah bin Abil Hudail, dia berkata: "Bukhtanashar telah melatih dua singa untuk berburu dan meletakkannya di dalam kandang. Kemudian dia menggiring Danial dan melemparkannya pada binatang tersebut. Tetapi singa itu tidak mengganggunya sama sekali. Danial pun, dengan izin Allah, untuk beberapa lama tinggal di dalam kandang. Tiba-tiba -suatu saat- dia ingin makan dan minum seperti lazimnya orang-orang. Maka Allah s.w.t. memerintahkan melalui wahyu kepada Irmiya yang saat itu berada di Syam, untuk menyediakan makanan dan minuman Danial. Maka dia berakta: "Ya Rabbi, aku sekarang berada di tanah suci (Baitul Maqdis), sementara Danial berada di kota Babilon di tanah Iraq." Lalu Allah mewahyukan lagi kepadanya: "Siapkanlah apa yang telah Aku perintahkan kepadamu. Aku akan kirim utusan yang akan membawamu ke sana beserta apa yang kau persiapkan." Akhirnya Irmiya melaksanakan perintah tersebut dan Allah mengirim utusan yang membawanya serta makanan yang dipersiapkannya. Sesampainya di depan gerbang kandang singa;

Danial berkata: "Siapa ini?"
Irmiya: "Aku Irmiya."
Danial: "Kenapa kau datang ke mari?"
Irmiya: "Aku diutus oleh Tuhanmu untuk menemuimu."
Danial: "Apakah Dia menyebut namaku?"
Irmiya: "Ya."

Danial: "Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang tidak melupakan orang yang mengingatNya. Segala puji bagi Allah yang kalau ada orang bertawakkal padaNya, maka Dia akan berikan kecukupan padanya. Segala puji bagi Allah yang kalau ada orang yang percaya kepadaNya, tidak akan Dia pasrahkan urusannya pada yang lain. Segala puji bagi Allah yang memberikan keselamatan atas kesabaran. Segala puji bagi Allah yang telah menyingkap kesulitan kita setelah ditimpa musibah. Segala puji bagi Allah, Dialah tempat kepercayaan kami, ketika kami berprasangka buruk atas amalan-amalan kami. Segala puji bagi Allah, Dia tempat harapan kami, ketika semua cara tertutup di hadapan kami."

Appendix ke Appendicitis ni???

Assalamualaikum semua pembaca..semoga keadaan sy dan anda lebih baek dari hari yg sebelumnya, InsyaAllah.

Dah lama la jugak x update post kat blog ni cuz im so busy with my classes and all lab report yg nak kena submit before 3rd internal exam ni. So sorry to all readers (T.T). So today as kelas pon abis awal sy nk kongsi sedikit ilmu dgn kwn2 semua tentang penyakit yg feymes among kita2 sejak dari dulu sampai la ni.

Pernah dengar tentang appendix?

Sebenarnya kat sini sy nak betulkan sedikit kesilapan tentang name of this disease.

Appendix adalah one of the structure that make up our gastrointestinal system a.k.a sistem penghadaman. Appendix terletak kat usus besar kita. Anda boleh lihat kat figure di bawah ni. Nampak x yg macam cacing tuh??? Haaa...beliau la appendix!


Keradangan or inflammation of appendix is known as appendicitis. Yg owg duk kata appendix2 tuh bukan penyakit tau… appendix adalah struktur yg terlibat dlm penyakit ni. Manakala the problem itself is appendicitis. Harap penjelasan sy td telah berjaya mensolvekan kekeliruan between appendix and appendicitis ni,

Appendicitis happen when our appendix becomes inflamed. Appendicitis boleh terjadi sekiranya appendix kita tadi di block oleh substances such as feces or any foreign body yg kita makan. Dalam beberapa case, tumor also can cause appendix’s blockage which eventually lead to appendicitis.

Antara symptom of appendicitis:

  • Sakit pada bahagian pusat. Kenapa plak pusat kan?? In medicine there is a term known as referred pain which is defined as pain felt at a site other than where the cause is situated. In this case, the pain maybe vague and become more sharp and pastu may become so severe.
  • Lama kelamaan sakit tadi akan berpindah ke right lower abdomen and sharply pointed to the McBurney’s point. McBurney’s point merujuk kepada base of appendix dan dlm bahasa mudahnya point ini merupakan tempat di mana appendix berada dlm badan manusia.
  • Patient akan mengadu sakit yg amat sangat ketika berjalan atau batuk. Mereka akan lebih selesa untuk duduk kerana sebarang minute movement may cause excruciating pain. Patient akan mengadu sakit mereka bertambah stiap kali makan or mengambil antacid.
  • Other symptom such as low grade fever, chill, nausea and vomiting may also accompany patient diagnosed with appendicitis.

Salunya bila patient jumpe ngan doc, mereka akan mengadu sakit perut. Tapi xsemua sakit perut merujuk kepada appendicitis…cuz the site of the pain which is right lower abdomen may also refer to some other problem such as ectopic pregnancy (mengandung luar rahim) or urinary tract infection ( jangkitan kuman pada salur kencing).

Diagnostic procedure done in order to confirm the early diagnosis are:

  • Blood sample of the patient to check for white blood cell count. Bilangan sel darah putih yg tinggi may indicates an infection.
  • During physical examination of appendicitis, doc akan palpate lower right belly area of the patient. So if patient have appendicitis, the pain will increase when the doctor suddenly releases the pressure after gently pressing on the lower right belly area of the patient tadi. This fenomena is known as rebound tenderness.
  • Kalo xdpt conformation gak..doc akan go for rectal exam.
  • Other additional test including abdominal CT, ultrasound and diagnostic laparoscopy.

Bila doc dah confirm that his patient is having appendicitis, so the doc will soon remove the appendix by surgey. Surgical procedure of removal of appendix is known as appendectomy.


Ni lah ghupe appendix yg inflamed...merahnye mak ngah!

Surgery ni perlu di lakukan seberapa segera coz bila appendix ni rupture dlm perut kita…ia akan mengundang masalah yg lebih serius; a ruptured appendix contain a lot of bacteria which may cause inflammation and infection to our abdominal cavity. This condition is called peritonitis.

Bila peritonitis ni dh berlaku, doc akan rawat peritonitis ni dlu…then bila patient dah sembuh barulah appendectomy is done. Kalau patient only having appendicitis and he undergo surgery, luka surgery tuh akan sembuh dengan cepat. Tapi, bila appendix yg inflamed tadi dh rupture so recovery of the surgery will be slower.

So pada readers yg kami kasihi semua jagalah pemakanan anda sebaik mungkin. Banyakkan makan sayuran dan buah bagi melancarkan sistem penghadaman anda. Bagi anda- anda yg ade simptom-simptom diatas, sy sarankan anda jumpe la doc anda secepat mungkin.

Kata pepatah arab; Mencegah lebih baik dari megubati.

Terima kasih kerana sudi membaca entry ini. Jumpe ag di lain entry…ilal liqa wa maas salaamah.

P/S: Sy pon dh xde appendix so sayangi appendix anda setiap hari! (^__^)

Selamat Hari Guru...Cikgu!

2011-05-16

Salam alaik buat semua..

Semalam wish samat hari guru kat my ma and my pa. Rasa happy sgt2 dapat ucap paling awal..even the date is actually today. Hehe..

Today’s post is about Hari Guru..so I was wandering and planning to talk a little bit bout my own story. Kinda weird actually to make a post bout my self but I guest I should give it a try. Ok, so this is a story a bout my excellent teachers that brings me to who I am today.

Sy kepoh. So tyme tadika lagi cikgu2 salu bagik tumpuan kat sy and classify me as budak nakal. Hehe.. Cikgu tadika sy sowg ni merupakan sumwan yg ajar sy ntuk solat dengan betul..1st person that give me chance to show my talent time tadika… and I still remember her name; Cikgu Zah. Dia salu bagi sy galakan ntuk be brave atas pentas and excel in my exams. Seawal umur 6 tahun sy dah masuk pertandingan syarahan peringkat PASTI..hehe. Rasenya x menang pon, tapi that is my 1st time I stand among big crowds. TQ cikgu sbb ajar sy solat…TQ cikgu sebab ajar sy cara nk bercakap depan orang…and TQ cikgu ntuk semua pengalaman yg xkan sekali2 sy lupakan ini.

Bila masuk skolah rendah I do have issues ngan membaca. Sy boleh membaca ngan elok time darjah 2. Teruk kan? Hehe.. Nama cikgu Bahasa Melayu sy time tuh is Cikgu Zainab. Garang wooo… tapi sebab dia garang gak la sy dh boleh membaca smpai ke hari ni. Setiap kali sy bace buku, sy akan ingatkan cikgu. So here I wanna give my greatest credits for u..Cikgu Zainab. TQ kerana sabar mengajar sy smpai sy boleh membaca.

One of the biggest reason why I choose medicine is I do so bad in Math. Pengalaman paling sy xleh lupa pasal math is during my lower form kat MADA dulu. Sorang cikgu sy ni nama dia Cikgu Yati. Seorang yg amat2 hebat mengajar math. Sy ni slow tahap gaban la math dedolu…( skg pon asenya). Tapi tyme study math form 3, dia bg sy semangat. Dia kate, sy cabar awk ntuk buktikan yg awk mampu buat A dalam math sekalipun awk xsuka math. The result, alhamdulillah I got A. Hanya Allah yg Maha Tahu betapa sy amat rindukan cikgu. Terima kasih cikgu atas segala usaha cikgu, dorongan yg dah cikgu bagik smpai sy berjaya dlm PMR. Wanna noe something guys? Sy xleh nk hafal sifir and sampai hari ni sy masih xdapat hafal sifir 6, 7 and 8. (^_^)

My life start to be more exciting when I enter maahad. MMP is such a great school yg membariskan tenaga kerja yg superb! The most unforgettable academic memory I have during my study session kat maahad was Miss Hayley..( I dunnoe the correct spelling of her name so for those readers that used to be my school mate, correct me if I’m wrong). She’s awesome. Her English is like I’m talking to a native American people. I love her slang!!! She inspired me to better my English. She help’s a lot in my study and alhamdulillah teacher…I do score your subject. TQ Miss Hayley as u always encourage me to be brave and used my English even it was totally broken…cuz today it’s a way better than before.

Dedolu sy penah enter pertandingan syarahan and debate BA masa kat maahad. Memula cuak gak la. Tapi bila dh move to the next and next round perasaan gugup tuh makin hilang. Tau x sape jurulatih sy?? Ustaz Akmal and Ustaz Suazhar..ustaz feymes kat maahad. Ustaz Akmal banyak bagi sy tunjuk ajar…siapkan teks syarahan yg panjang berjela2 tuh. Ustaz Su plak xpenah jemu bagi sy semangat. Im sorry as I can’t make to the top for syarahan but as I promised to both of u..me and my comrades to very well in debate. So ntuk Ustaz Su and Ustaz Akmal, ashkurkuma alfa3 syukran for all those memories!

Grad from maahad I move on to matrik gopeng. Tempat yg sy amat2 xnak pegi tapi kena pegi gak last.. (T.T) but I end up loving KMPk with my entire heart..so irony kan? My precious memory kat KMPk is so many but most unforgettable is when I was selected to represent our country for some event kat Manila. Puan Rosyidah is person in charge tyme tuh and she believes in me. I was so nervous but she talk to me herself and said:

“This is a dream come true…to represent our college..our nation..our country but most of all.. our religion. Go and shine! “

So here ntuk Puan Rosyidah…TQ for your support..TQ for the opportunity u gave…and TQ for being my advisor. Puan Rosyidah is not my teacher but she teach me something I can’t get from classes…it’s BELIEVE IN MY SELF!

Before I boarded into medicine, I used to take allied health science kat UKM KL for one semester. Kat sane there is one lecturer that teach me subjek Pengurusan Masa (PM). Nama lecturer ni is Dr. Fadhilah (sorry ingat2 lupa nama lect ni). Dia pernah ajar kami tentang objective hidup. Sy pernah speak up my objective…one of it is that after I grad my OT’s degree, I wanna apply for Commonwealth scholar to do medicine. Dia aminkan cita2 saya hari tuh and 2 weeks later cita2 sy dimakbulkan. Sy xde la dapat scholar commonwealth…but I get opportunity to do medicine. She was so happy and dia nasihatkan sy ntuk sentiasa memandang ke bawah skalipun siapa sy akan jadi suatu hari nanti. TQ Dr. sebab aminkan doa sy hari tu… and TQ for being a role model to me.

Mereka yg sy mention diatas hanyalah beberapa orang guru yg dh mencorak hidup sy hari ni. Siapa pon kita…kita bermula dengan sowg guru. A doctor…even a prime minister… semuanya bermula dengan didikan seorang guru. Untuk kawan2 choose to be a teacher syukurlah sangat2 pada Allah kerana tugas sorang cikgu adalah tugas yg amat mulia. Sekalipun anda dah xder nanti…ilmu bermanfaat yg anda ajarkan pada anak2 didik anda nanti merupakan wasilah (jalan) ntuk anda beroleh pahala.

Subhanallah…

Sebelum mengakhiri entry hari ni…SINERGIHATI nak mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua guru2 di mana saja anda berada..Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara!

Date that changes

2011-05-10


Teringat saya pada waktu itu, waktu yang mana tiada disangka akan berlaku, ia berlaku sewaktu saya menikmati cuti musim sejuk, setelah selesai struggle dengan midyear examination.


25 January 2011


Revolusi mesir, revolusi yang menyatukan hampir 8 juta rakyat mesir, golongan tua dan muda, berlainan agama sama sekali bangkit bersatu, menentang dan menolak kezaliman pemerintahan kuku besi Hosni Mubarak, yang telah lama memegang tampuk pemerintahan selama 30tahun. 30 tahun mesir dalam kemunduran, 30 tahun rakyat yang ditindas, 30 tahun kezaliman serta ketidakadilan bermaharajalela. Tapi, hari itu, segalanya berubah.

Kronologi

Event dimulakan di Iskandariah, Mesir, di mana rakyat di sana bersatu. Pada asalnya, mereka bersatu menentang kezaliman yang dilakukan oleh pihak polis terhadap seorang pemuda; Khaled Said, seorang pemuda yang ditangkap dan diseksa oleh 2 orang polis sehingga mati. Beliau ditangkap di rumahnya oleh 2 orang polis serta dibawa ke sebuah rumah, dan menurut seorang saksi yang melihat bagaimana beliau diseksa sehingga meninggal dunia. Menurut media tertentu, beliau ditahan kerana didapati menyebar video mengenai salah laku polis tersebuat di YouTube. Beliau terus diseksa dan dipukul, walaupun dia merayu meminta belas kasihan daripada polis tersebut. Insiden khaled said ini berlaku kira-kira 6 bulan yang lalu (6 bulan dari bulan januari).

Photobucket

Khaled Said - pemuda yang mengubah Mesir


Sehubungan itu, rakyat mesir khususnya di Iskandariah, telah berkumpul, menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap kekejaman dan kezaliman pihak polis. Di tambah pula inspirasi dari Tunisia yang berjaya menjatuhkankan pemimpinnya Ben Ali, mereka bersatu untuk menjatuhkan rejim Hosni Mubarak.


Laman sosial sebagai alat penyatuan.


Photobucket

Facebook & Twitter

Adalah tidak salah jika saya mengatakan bahawa revolusi mesir merupakan revolusi yang pertama, yang menjadikan laman sosial khususnya Facebook dan Twitter sebagai medium perpaduan bagi memanggil rakyat untuk bersatu menentang rejim yang zalim. Hal ini kerana, ajakan kepada seluruh rakyat mesir untuk keluar bersatu serta berkumpul secara besar-besaran di medan Tahrir, khususnya di area kaherah, dibuat melalui facebook dan twitter, tidak lupa juga kepada khidmat sms.

Perkara ini diboost lagi dengan penubuhan group 'We are all Khaled Said' di Facebook, dimana group ini meng-update suasana yang yang berlaku sepanjang revolusi berlaku, disamping itu juga mengkhabarkan hal revolusi ini kepada seluruh dunia. Penyebaran maklumat yang amat berkesan ini berjaya memanggil hampir seluruh rakyat mesir untuk bersatu menentang rejim mubarak.


Medan Tahrir menjadi saksi


Photobucket

Medan Tahrir

Medan Tahrir, atau Tahrir Square, medan yang menjadi saksi, di mana rakyat mesir yang bangun menentang rejim mubarak, bersatu atas satu matlamat, menolak kezaliman pemerintah. Semuanya bersatu, tidak kira lelaki atau wanita, golongan tua dan muda, serta yang berlainan agama, semuanya bersatu, menyatakan protes mereka secara besar-besaran di Medan Tahrir. Boleh dikatakan setiap hari jumaat, khususnya selepas solat jumaat, akan ada rombongan-rombongan yang akan menyertai protes di Medan Tahrir. Di situ mereka bertandang, mereka bermalam, menyatakan protes mereka 24jam, menuntut supaya Presiden mesir, Hosni Mubarak meletak jawatan.


Huru-hara sepanjang revolusi.

Memang tidak dinafikan, berlaku juga huru-hara sepanjang berlakunya revolusi di mesir, hal ini
kerana terdapat sebilangan protes yang bertindak berlebihan dengan membakar bangunan kerajaan
yang terdapat di Tahrir, ada pula yang bergelut dengan pihak polis dek kerana tidak puas hati.


Photobucket
Battle of the Camel

Tambahan pula, terdapat pula protes yang dibayar oleh rejim Mubarak untuk mengganggu protes
yang sedang berlaku di Tahrir. Mereka juga bertindak menyerang protes-protes yang berada di Tahrir,
ada yang membawa senjata serta menunggang unta. Kejadian tersebut berlaku pada 2 Febuari 2011
dan dikenali sebagai "Battle of the Camel".


Resolusi

Akhirnya, selepas 18 hari berlakunya protes semenjak 25 Januari 2011, pada 11 Febuari 2011, pada pukul 6 petang waktu mesir ( waktu malaysia = 12 tengahmalam ), Presiden mesir Hosni Mubarak mengumumkan perletakan jawatannya. Pengumuman itu dibuat oleh timbalannya iaitu Suleiman. Hari itu juga dinamakan Friday of Departure. Pengumuman tersebut ternyata satu berita gembira buat seluruh rakyat mesir, dan menjanjikan sinar yang baru buat mesir dan generasi akan datang. Siapa sangka, Presidennya dapat dijatuhkan melalui demonstrasi dan protes dari rakyatnya. Berkat kesabaran serta keazaman mereka, akhirnya membuahkan hasil.

Sekian

Photobucket

*sumber : - Group We are all Khaled Said
- Al-jazeera
- Wikipedia


Sambutan Hari Ibu Menurut Islam

2011-05-08

1. Sambutan yang dilakukan sebaik-baiknya secara sederhana, tidak melalaikan tanggungjawab seorang Muslim terhadap Allah s.w.t. dan tidak bersifat membazir.


2. Sambutan yang baik adalah dengan cara mengasihi sesama sanak saudara melalui amalan ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka, menzahirkan rasa syukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa sebarang musibah.


3. Sebaik-baik sambutan adalah dengan mengadakan sembahyang berjamaah bersama ahli keluarga, majlis tahlil dan doa selamat, pesanan dan nasihat yang baik serta dalam suasana yang mahabbah.


4. Setiap ibu bapa perlu merenung kembali dan muhasabah diri ke atas amanah serta tanggungjawab yang terpikul di bahu mereka. Adakah kita telah memainkan peranan sebagai pemimpin keluarga dengan penuh kasih sayang, melalui jalan kebenaran untuk menikmati kedamaian hidup di dunia dan kebahagiaan akhirat.


5. Setiap ibu bapa perlu menyayangi dan melindungi ahli keluarga mereka daripada segala bentuk ancaman akidah dan kelalaian dunia. Ibu bapa perlu menjadi contoh terbaik di dalam keluarga dan disegani, dihormati serta disayangi oleh ahli keluarga.


6. Setiap ibu bapa perlu mewujudkan persekitaran yang baik dan selesa agar ahli keluarga merasa selamat, dihargai dan dihormati dalam usaha melahirkan insan syumul.


7. Setiap ibu bapa perlu prihatin dan memainkan peranan bersama untuk membabitkan diri dalam membanteras gejala sosial dan maksiat yang berleluasa dalam masyarakat, melalui program amar makruf nahi mungkar bagi melindungi ahli keluarga daripada terjebak.


8. Setiap ibu bapa perlu memperingatkan dirinya perihal pentingnya peranan mereka dalam menyemaikan nilai-nilai etika dan spiritual yang tinggi dalam kalangan ahli keluarga mereka.


9. Setiap ibu bapa mestilah mengambil langkah-langkah proaktif bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran keibubapaan (parenting skills) bagi menyediakan anak-anak mereka untuk lebih berupaya menghadapi cabaran masa kini.


10. Didikan agama yang sempurna adalah satu faktor perlindungan (protective factor) yang mampu menyelamatkan manusia dari terjebak ke dalam perbuatan keji yang hanya akan merosakkan dirinya sendiri. Apabila pegangan serta keutamaan tidak lagi berkisarkan kepada tunjang agama yang kukuh, dengan mudah sahaja seseorang itu melakukan sesuatu perbuatan yang merugikan diri, keluarga, masyarakat dan negaranya.


Apa Saya Study di Tahun 2

2011-05-03

Salam buat semua pembaca yg sy hormati dan kasihi..

Hari ni entry sy merupakan sebuah entry yg amat simple..it’s actually a sekuel for Apa Saya Study di Tahun 1..so today sy akan sembang2 dengan anda bout ape yg sy study di tahun 2 sewaktu kat med school ni.

2nd year is an interesting year cuz bermula di tahun 2ni la kita akan study all about the basic medical practice and senang cite it’s more real compared to the 1st year dedulu. Tahun 2 di certain2 university adalah berbeza. For my university as it is based on the Indian syllabus, kami study empat subjek sahaja di tahun 2. The subjects are:

Pathology

For pathology it’s actually a study of a disease and abnormalities happen in the body. Dalam patho ni kita akan study a lot pasal diseases, the kita akan study jugak what is the etiology a.k.a causes of such disease. Bagi sy pathology ni memang amat2 mencabar especially when we study the histopathology of the disease. Histopathology ni is a study of microscopic changes yg happen bila adanya abnormalities tadi. Contoh yg saya bawakan kat sini is TB or nama penuh dia tuberculosis. Kita salu sembang pasal TB kan? Tapi kita tau x ape yg berlaku kat lung of a person yg mengidap TB?? So here in histopathology we do study the changes made by the bacteria that eventually lead to manifestation seen in patienbt with TB. Seyes kate..Patho ni killer subject gak la bagi sy tapi bila study memang best! In clinical pathology, kami study pasal abnormalities in test yg physician perform in order to diagnose sesebuah disease. Means like kalu dalam physiology we study pasal normal ECG, here we study pasal abnormal ECG and believe me it’s not easy T.T

Pharmacology

Setiap penyakit ade ubatnya kecuali mati. Dalam pharmacology, student2 medic akan study what is treatment regimen yg applied for each disease. Kalu study pharma ni selalunya kita kena bnyak rujuk student2 pharmacy cuz mereka cukup mahir bab2 ubat ni. Pharaco ni same gak susahnya ngan patho as kita bukan sahaja study the drug, but we also need to remember the exact dosage as next year which is the clinical year, kita akan pakai semua info neh in internal medicine. Kalu dulu kita just tau sebut je panadol…skg n kita tau ape dia punye mechanism setiap kali kita amik sesuatu ubat tuh. Thus bagi yg minat nk buat medic u have 2 be aware that we do need hafalan yg kuat. So same2 la kita jaga makan dan mengamalkan ape2 yg leh membantu dlm menguatkan hafalan kita ok?

Microbiology

In this subject kita akan diperkenalkan dengan beberapa topic yg menarik antaranya:

1. Bacteriology: study of bacteria
2. Virology: study of viruses
3. Immunology: study of immune system in our body
4. Parasitology: study of medically important parasite
5. Mycology : study of fungi Kesemua ni merupakan microorganism yg salu ade dlm kehidupan kita seharian.

So as a medical doc 2 be..kita kena tahu ape microorganism yg buleh cause disease dlm kehidupan seharian kita. Antara topic yg dipelajari bwh subjek ni adalah cmne tersebarnya H1N1..ape itu denggi and malaria..etc. Semua disease ni ade vector which is pembawa yg transmit disease ni kepada kita semua. So, under microbiology verctor2 ni la yg kita kena study. Understood? (^_^)

Forensic Medicine and Toxicology

Xsemua medical school mengajar subjek ni di tahun 2 cuz forensic med and toxicology memerlukan pemahaman tentang pathology yg tinggi. Tapi bagi med school yg gunakan indian syllabus, mmg kita akan study forensic ni di tahun 2. Macam ape yg anda tengok dlm CSI, dat is what Forensic Med and Toxico is about. Cool x?? Forensic Medicine akan memberikan kita pendedahan tentang camne kita nk deal dgn patient form rape case, abuse, etc. Kita gak kena deal with dead corpse in case of suicide, homicide, accident etc. Semua ni memerlukan mental yg kuat as kita xkn buleh withstand nk study atlas forensic tgh2 malam bila esoknya ade exam (FYI,atlas adalah buku bergambar yg digunakan ntuk bagi exact view tentang figure2 yg kita study theoretically ). Forensic gak adalah study pasal judiciary. Kita akan study akta2 yg melibatkan jenayah. If one day ade rape victim yg dibawa oleh polis ntuk diperiksa oleh sowg doc , doc tuh bukan stakat check je patient tuh..tapi kena buat laporan gak. Then the doc yg check and buat laporan td akan di panggil ke mahkamah oleh hakim bagi sesi pembentangan laporan perubatan tersebut. Forensic ni memang best.

Toxicology plak is a study of toxic substances. Kita akan study how specific poison akan affect human life. Bila kita study about vitriol case(kes simbah2 asid kat muka)kita akan tahu kepentingan toxicology. Kalu anda rajin, buleh tekan site ni ntuk bace tentang satu kes dahsyat yg melibatkan toxic which harm people's life bertahun2 lamanya.

Medic ni memang susah tapi percayalah, sesusah mana pon subjek yg anda pelajari InsyaAllah kesenangan tuh pasti akan ade bila anda mencintainya..cuz Allah ulang 2x dalam surah Al- Insyirah;

Sesungguhnya dalam setiap kesulitan ada kesenangan...

Wassalam.

Scoliosis

2011-05-02

Salam alaik buat semua pembaca. Maaf sgt2 sy xsempat nk update entry kat blog cuz im at my home n so busy doing house chores. Today’s entry is a short entry regarding soklan yg diajukan kepada SINERGIHATI daripada salah seorang followers; Kak Zie yg bertanyakan soal scoliosis. Entry kali ni merupakan entry perubatan yg insyaAllah menarik untuk di kongsikan bersama semua.

Scoliosis is an abnormal curving of the spine. Kalau anda semua tahu, spine kita bukanlah straight macam pembaris. It has it’s own shape and it’s own normal curve. Tapi dlm case ni spine pathologically.

So what is it’s etiology?

When we talk about the etiology (causes) in case of scoliosis, there are three etiologies that usually associated with scoliosis. Scoliosis yg berlaku sejak kelahiran seorang bayi a.k.a congenital scoliosis merupakan scoliosis yg terjadi disebabkan wujudnya masalah sewaktu pembentukan tulang belakang bayi atau tulang rusuk yg bercantum sewaktu perkembangan bayi dlm rahim ibu. Terdapat juga scoliosis yg disebabkan oleh masalah kelemahan kawalan otot. Scoliosis juga boleh terjadi disebabkan oleh lumpuh yg terjadi dlm beberapa case seperti dalam case cerebral palsy, muscular dystrophy, spina bifida, dan polio. Idiopathic scoliosis terjadi tanpa sebab yg jelas dan sering melanda orang dewasa.

Kalo case scoliosis ni usually ia akan worsen sewaktu growth peak which means sewaktu remaja. Scoliosis jarang berlaku dlm kalangan kanak2. Lelaki dan perempuan mempunyai chances yg sama banyak ntuk mendapat scoliosis ini. Usually doc akan perasan that sebelah bahu patient akan lebih tinggi dari yg satu lagi or pelvis patient akan give a tilted view. Sakit belakang di bahagian bawah badan, kepenatan juga merupakan other symptoms yg boleh kita perhatikan.There may also be some fatigue in the spine after prolonged sitting or standing. If there is irritation to the soft tissue and wear and tear of the spine bones, kesakitan akan berpanjangan.

Bila patient (ptt) ke hospital, doc akan melakukan beberapa test untuk mengenal pasti samada person tuh ade scoliosis or x. Antara test yg available termasuklah dengan menggunakanscoliometer screening, spine x-rays or maybe they will use MRI. Treatment plak kena berdasarkan etiology of the disease and sejauh mana disease tuh dh memberi kesan kepada ptt. Kalo dlm case adolesence scoliosis ni treatment selalunya x dilakukan tapi ptt kena salu jumpe doc ntuk check keadaan sakitnye tuh. Other treatment including surgery and bracing. Physical therapists and orthotists (orthopedic appliance specialists) juga memainkan peranan dlm treating scoliosis.

When we talk about the prognosis, it may differ based on the etiology, location of the scoliosis and how severe curve tuh dah terjadi. The greater the curve, the greater the chance the curve will get worse after growth has stopped. Salunya ptt akan mengadu sakit2 belakang, pernafasan yg bermasalah serta rasa rendah diri bcoz of the deformities yg mereka hadapi. Oleh sebab itu, sebagai masyarakat sekeliling haruslah sentiasa memberikan sokongan kepada mereka.

So I hope semua dh paham skit2 what is scoliosis..ok? Jika anda ada sebarang masalah berhubung entry ini boleh emailkan kepada email admin yg tertera kat side bar blog ini.

Wassalam