header-photo

Fiqh Perubatan 1

2010-12-27

Assalamualaikum wbt...

Hari ni kelas saya habis awal because lab Pharmacology cancel and dibawa ke hari Khamis. So, lepas kelas je saya dan ahli2 beit ke pasar raya nak beli barangan dapur. Seronok hari ni kami masak tomyam. Hehe.. Alhamdulillah, sumenya menjadi dan sedap.

Kembali ke meja study sesampainya di rumah, roommate saya menghulurkan sebuah buku yang dia pinjam dari kawannya. Buku berjudul Fiqah Berinteraksi dengan Non- Muslim karya Mohammad Nidzam Abd. Kadir merupakan sebuah buku fiqah yang santai, membicarakan masalah hukum yang melibatkan non- muslim. Setelah membelek beberapa helai mukasurat, saya rasa buku ni banyak info yang boleh di kongsikan dengan pembaca2 sekalian.

Besides, salah satu sebab saya tertarik dengan buku ini is because of dalam kelas saya sendiri, hampir 2/5 merupakan pelajar2 non- muslim. So, kadang2 saya dan sahabat2 muslim yang lain ada membicarakan tentang agama dan kepercayaan dengan mereka. So that’s why buku ni amat menarik hati saya ntuk membacanya.

Sedang saya belek2 buku ni, mata terpaku pada satu bab yang bagi saya menarik hati saya; Fiqh Perubatan. Boleh di katakana, apa2 sahaja yg melibatkan perubatan merupakan minat saya. So, hari ni saya nak kongsikan 1 topik yang di bahaskan dalam buku ini, yang membicarakan tentang Fiqh Perubatan dalam rawatan.

PERBAHASAN I: DOKTOR NON-MUSLIM MERAWAT PESAKIT MUSLIM

Ramai yang tidak tahu bahawa aurat lelaki muslim dengan lelaki non- muslim adalah sama seperti aurat lelaki dengan perempuan. Dalam agama Islam, tiada sebarang nas yang menegah seorang doktor yang beragama Islam dari merawat orang yang bukan Islam. Namun begitu, ada beberapa keadaan yang perlu kita beri perhatian. Menjaga aurat juga tidak pernah diketepikan dan tidak di pandang mudah walaupun dengan alasan peubatan.

Misalnya, seorang muslimah hendaklah mendapatkan rawatan daripada seorang doktor muslimah yang lain. Jika tiada doktor muslimah atau doktor yang ada kurang kepakarannya dalam hal sakit wanita tadi, dia harus mencari doktor perempuan non- muslim. Jika hanya doktor wanita tidak ada, barulah dia dibenarkan seorang muslimah mendapatkan rawatan daripada doktor muslim. Lastly, bila tiada juga doktor muslim, harus baginya mendapatkan rawatan daripada doktor lelaki non- muslim.


a muslimah doctor wearing hijab

Beberapa perkara perlu di perhatikan dan langkah berjaga2 haruslah diambil; baik di pihak pesakit mahupun doktor tersebut. Pesakit muslimah wajib memastikan dia ditemani oleh wanita lain atau lelaki muhrim ketika mendapatkan rawatan daripada mana- mana doktor lelaki( muslim atau non- muslim). Doktor muslim juga wajib memastikan ada jururawat perempuan yang menemaninya ketika memeriksa pesakit perempuan yang bersendirian. Langkah2 ini bukanlah bertujuan untuk menyusahkan pesakit, tetapi lebih kepada mengelakkan fitnah antara doktor dan pesakit itu.

Dengan pengetahuan ini, di harapkan kita boleh mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian kita., InsyaAllah..Kepada teman2 di jurusan perubatan, semoga kita menjadi doktor muslim yang beriman dan bertaqwa kepadanya..amin :D

Inilah perbahasan pertama dalam buku ini berkaitan fiqh perubatan. InsyaAllah akan datang perbahasan2 lain yang akan saya huraikan di sini, dalam post2 yang akan datang.

P/S: Novel WAJIB BACA pelajar2 perubatan..hehe

20 perkara tentang....

Assalamualaikum wrh wbt,

hehe, nk bekongsi sedikit 20 perkara tentang mesir, selama 3 tahun berada di bumi mesir, actually, spatutny byk, tp 20 je yg mampu tcatit setelah brainstorm. Apa-apa pun, ni la yang dapat saya share kan sedikit, antaranya :

1. Orang arab banyak besar-besar, tuff-tuff pun ada, baik laki ataupun perempuan, just yang tuff tu specifically ntuk laki ye.

2. Orang arab suka makan I’sh (roti) n fuul (kacang) semasa waktu pagi.

3. Orang arab kalo lepak, mesti ada shai (the) dan shisha, memang benda wajib la kalau mereka melepak.

4. Orang arab suka cakap kuat-kuat ataupun jerit, jadi kebisingan itu adalah suatu perkara yang biasa.

5. Jalan raya di mesir tidak pernah sunyi sama sekali dari bunyi hon, jalan raya penuh dengan kereta tapi kekerapan belaku kemalangan adalah sedikit sekali ataupun tak pernah langsung.

6. Di mesir, tidak sah jika tidak minum asir (jus), macam-macam jus ada, paling famous, asir asob (jus tebu).

7. Orang arab suka menipu bab meniaga, so beware la ye.

8. Orang arab jika mereka bergaduh, mereka akan lepaskan semuanya, xde simpan-simpan dalam hati ataupun dendam, lepas gaduh diowang akan bebaik macam xde pape yang belaku.

9. Jurang social di mesir amat ketara, antara miskin dan kaya.

10. Sayur-sayur serta buah-buahan di mesir mmg fresh n besar-besar.

11. Orang Malaysia di mesir selalu disalah tafsir sebagai siin, yg membawa maksud orang cina.

12. Orang mesir semangat nationalismenya sangat kuat, jangan dikutuk mesir kalo xnk makan kayu.

13. Orang mesir amat berbangga dengan khazanah negara mereka, especially pyramid.

14. Orang mesir kalo baik, baik sgt3, kalo jahat, Allah saja yang tahu.

15. Orang mesir suka tolong-menolong antara satu sama lain, xkira la samada diowang kenal ke tak, antara diowang.

16. Di mesir, milo susah nk cari.

17. Mesir tidak bersih, amat kotor.

18. Kuda dan keldai still digunakan, still memegang title primary transport.

19. Duit mesir murah berbanding duit Malaysia.

20. Budak-budak mesir suka kaco orang asing dengan panggilan buya (orang asli)

Sekian 20 perkara.

*insyaallah ada sambungan, who knows right? :D

Twit twit !!!

2010-12-26






Assalamualaikum wrh wbt buat sahabat-sahabat,

Saya percaya, ramai di kalangan sahabat-sahabat yang familiar dengan 'blue bird' di atas, atau nama internationalnya dalam internet iaitu Twitter.

Twitter dengan slogannya "What's happening?" merupakan satu rangkaian sosial dengan ciri microblogging yang membolehkan pengguna-penggunanya meng'update tentang diri mereka dengan menjawab soalan "What are you doing?", semestinya satu soalan mudah buat pengguna, tambahan pula pengguna tidak perlu menulis panjang2 untuk mengupdate, hal ini kerana Twitter sendiri meletakkan had huruf, so, why write a long word?, :P.

Twitter juga berperanan seperti SMS, ditambah pula ia sekarang dapat diimplementasi melalui telefon bimbit, jadi senang saja jika ke mana-mana, nak contact sahabat-sahabat pun mudah. Aplikasi yang berpusat di United States ini juga, available dalam semua bentuk bahasa, pendek kata, it's worldwide served.

Jika mesej dari handphone dipanggil msg, tetapi tidak bagi Twitter, di mana mesejnya dipanggil tweets, contohnya :


Ahmad : ok la yop, pape hal aku tweets ko.

Yop : orait2, ko tweet aku ye.

Twitter yang baru ditubuhkan pada 15 July 2006, semakin mendapat tempat dan perhatian oleh pengguna internet yg amat menyenangi design serta pelaksanaannya yang simple. Walaubagaimanapun, pendaftaran diperlukan, tetapi sekejap saja, 5 minit siap, :D.

Penglibatan syarikat-syarikat besar, selebriti, serta ahli-ahli korporat dalam Twitter memperhebatkan serta menaikkan Twitter melalui account yang dibuat oleh mereka. Selain itu, pengguna Twitter yang lain dapat mengikuti mereka dengan features Following yang ada pada Twitter, sekaligus dapat mengikuti perkembangan mereka setiap masa (bukan stalker ye, :P)

Secara umumnya, Twitter ni buleh disimplify as "make the unreachable, reached". Kalo nk ke laman webnya click di sini ye. :D

*Dr. muda tulis pasal ini bukan promote ye ^^V

3 Soalan vs 3 Jawapan

Mungkin ada yg pernah baca cerita ni..tapi pape pown sy tetap gak nk share...

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh
menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut,
seorang kiyai.

Pemuda :Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Kiyai :Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda :Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai :Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda :Saya ada 3 pertanyaan:-
1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud Tuhan kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab
mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit) :Kenapa anda marah kepada saya?
Kiyai :Saya tidak marah...Tamparan itu adalah
jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda :Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Kiyai :Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda :Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai :Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda :Ya!
Kiyai :Tunjukan pada saya wujud sakit itu! Pemuda :Saya tidak boleh.
Kiyai :Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Kiyai :Apakah tadi malam anda bermimpi akan
ditampar oleh saya?
Pemuda :Tidak.
Kiyai :Apakah pernah terfikir oleh anda akan
menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda :Tidak.
Kiyai :Itulah yang dinamakan takdir.
Kiyai :Terbuat dari apa tangan yang saya
gunakan untuk menampar anda?
Pemuda :Kulit.
Kiyai :Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.
Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan
neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.



Contohilah sikap kiyai diatas. Berdakwah biarlah dengan hikmah.. insyaAllah kita akan memenangi hati mad'u kita :)

Lelaki dan Wanita


30 fakta yang mungkin kita tidak tahu sebelum ini mengenai Lelaki dan Wanita...

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkhawin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum khawin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah khawin, ia hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengawini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkhawin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara denga suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

22. Cincin perkhawinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

23. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

24. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

25. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

26. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkhawinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkawinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

27. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

28. Wanita pada umumnya takut akan munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

29. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

30. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.


P/S: Artikel ni ada dalam simpanan saya dah lama. Baru baca hari ni dan sy pastekn di sini untuk di kongsi. Entah sape punye entry dulu2 sy copy. Semoga yang menulisnya mendapat kebaikan yg berpanjangan..insyaAllah.

Destinasi Cinta_Mestica


Munsyid : Mestica

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku..
Ya Allah

~Airmata mengalir tiap kali nyayi lagu ni..sebak sgt2. Sama2 la kita berhibur dengan cara Islam dan hapuskan budaya HEDONISME yg melampau!~

Adab- adab berdoa


Assalamualaikum w.b.t..

Dalam kehidupan kita seharian, setiap orang dianugerahi dengan masa selama 24jam. Sebagai muslim, kita di wajibkan solat 5 waktu. Bermula dari waktu Subuh sehinggalah waktu Isya', setiap kali usai solat, tentunya kita berdoa kepada Allah. Allah menyukai hambaNya yang sering berdoa kepadanya.

Allah berfirman maksudnya "Minta doalah daripadaKu, nescaya aku akan menerima doamu" (al-Mukmin 60)


Orang- orang yang tidak berdoa dikira sebagai orang yang sombong. Dalam kita berdoa, pernahkah kita terlintas untuk mengetahui apakah adab- adab yang perlu kita jaga sewaktu berdoa? Justeru itu, saya terasa terpanggil untuk share dengan sahabat2 semua..tentang ADAB2 BERDOA :) Antara adab2 berdoa yang perlu kita patuhi adalah:
  • Memilih waktu yang baik bila bedoa seperti hari Arafah, hari Jumaat, bulan Ramadan, waktu sahur, waktu malam dan sebagainya.
  • Memilih suasana yang baik seperti di waktu sujud, waktu hendak mendirikan sembahyang waktu di antara dua khutbah dan sebagainya.
  • Mengadap ke Qiblat dengan mengangkat dua belah tangan sehingga nampak ketiaknya dan menyapu dua tangan ke muka apabila selesai berdoa.
  • Tidak mengangkat suara di waktu berdoa.
  • Berdoa dengan penuh perasaan takut, gerun, kehebatan dan kebesaran Allah serta khusuk kepadaNya.
  • Merasa tenang dan yakin dengan penerimaan Allah dan menaruh penuh harapan kepadaNya.
  • Doa susunan katanya tidak memberatkan dan tidak bersajak.
  • Berdoa dengan penuh perhatian dan mengulang-ulang sebutan.
  • Memulai doa dengan menyebut nama Allah dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  • Membersihkan batin dengan bertaubat kepada Allah dan hanya menerima Allah sepenuhnya.
  • Bersih badan dari kekotoran hadas dan najis.

So lepas ni, bolehlah kita amalkan adab2 berdoa ni. Mudah2an doa kita akan diterima oleh Allah SWT..insyaAllah :)

Zaid bin Harithah r.a

Riwayat hidup beliau:
- Nama penuh beliau ialah Zaid bin Harithah bin Syurahil Al-Ka'biy.
- Ketika Zaid masih kecil iaitu semasa berumur 8 tahun, beliau dibawa keluar oleh ibunya Sa'diy binti Tha'labah untuk menziarahi kaumnya Bani Ma'n. Semasa mereka di dalam perjalanan iaitu ketika hampir sampai kepada kaum mereka, mereka diserbu oleh pasukan berkuda Bani Al-Qain, kemudian pasukan tersebut merampas harta, unta dan menawan kanak-kanak.
- Sepanjang tempoh kehilangan Zaid, air mata ibu beliau tidak pernah kering, tidak pernah berhenti dari mengalir dan keresahan ibu beliau tidak pernah hilang serta hatinya tidak pernah tenang.


Kisah beliau dijual:
- Zaid dipamerkan di pasar Ukaz untuk dijual. Ukaz adalah merupakan pasar yang dibina oleh bangsa Arab di Mekah pada bulan-bulan haram sebagai tempat untuk menjalankan urusan jual-beli dan mengalunkan syair. Lalu beliau dibeli oleh salah seorang pembesar Quraisy iaitu Hakim bin Hizam bin Khuwailid, anak saudara Khadijah binti Khuwailid r.a yang kemudiannya menjadi isteri Rasulullah s.a.w.
- Setelah itu Hakim memberikan Zaid kepada emak saudaranya iaitu Khadijah. Apabila Khadijah diberikan penghormatan untuk berkahwin dengan Rasulullah s.a.w, Khadijah memberikan pula Zaid kepada baginda sedangkan pada masa tersebut Rasulullah s.a.w masih belum dibangkitkan menjadi Rasul.
- Zaid terlalu gembira tinggal bersama dengan Rasulullah s.a.w malah beliau terlalu menyayangi baginda, begitu juga Rasulullah s.a.w terlalu menyayangi beliau.


Beliau memilih untuk tinggal bersama dengan Rasulullah daripada kembali ke pangkuan bapa beliau:
- Kedudukan Zaid di Mekah telah diketahui oleh bapa beliau, Harithah bin Syurahil. Lalu bapa beliau musafir ke Mekah dengan membawa sejumlah harta untuk menebus Zaid sambil diiringi oleh adik-beradik bapa beliau yang bernama Kaab.
- Walau bagaimanapun Rasulullah s.a.w tidak mahu menerima harta dan baginda juga tidak mahu menerima barangan yang lain sebaliknya baginda bersabda kepada mereka berdua: "Bukankah kamu memiliki sesuatu yang lebih baik daripada tebusan?" Mereka berdua berkata: "Apakah itu?" Lalu baginda bersabda: "Kita serahkan sahaja kepadanya, sekiranya dia memilih untuk bersama dengan kamu, dia akan menjadi milik kamu tanpa tebusan dan sekiranya dia memilih aku, demi Allah aku bukanlah terdiri dari kalangan orang yang tidak suka apabila dia dipilih." Kemudian mereka berdua menjawab: "Kamu telah memberikan pilihan yang sangat tepat." Tetapi Zaid telah memilih untuk tinggal bersama dengan Rasulullah s.a.w menyebabkan ayah dan bapa saudara beliau terkejut lantas bapa beliau berkata: "Betapa bodohnya kamu wahai Zaid! Adakah kamu memilih kehidupan menjadi hamba daripada bapa dan ibu kamu?!" Lantas Zaid menjawab: "Sesungguhnya aku mendapati orang ini memiliki sesuatu yang tidak boleh sama sekali aku berpisah daripadanya." Sebaik sahaja Zaid mengucapkan kata-kata tersebut, Rasulullah s.a.w terus menarik tangan Zaid kemudian keluar ke Masjidilharam seterusnya baginda berdiri di atas batu sambil memegang Zaid lalu berkata kepada pembesar Quraisy: "Wahai bangsa Quraisy! Saksikanlah bahawa kanak-kanak ini adalah anak aku, dia akan mewarisi harta aku dan aku akan mewarisi hartanya". Ketika itu hati bapa dan bapa saudara beliau menjadi tenang kemudian mereka berdua meninggalkan Zaid tinggal bersama dengan Rasulullah s.a.w seterusnya mereka berdua pulang dengan hati yang tenang. Bermula peristiwa tersebut Zaid dikenali dengan Zaid bin Muhammad sehinggalah tiba seruan Islam yang mengharamkan penggunaan bin bagi anak angkat kepada bukan bapanya dengan turunnya firman Allah s.w.t:

Ų§ŲÆْŲ¹ُŁˆŁ‡ُŁ…ْ Ł„ِŲ¢ŲØَŲ§Ų¦ِŁ‡ِŁ…ْ

Yang bermaksud: Panggillah anak-anak angkat itu dengan ber"bin"kan kepada bapa-bapa mereka sendiri.

Setelah itu Zaid digelar dengan Zaid bin Harithah.


Perjuangan beliau pada jalan Allah:
- Selepas Rasulullah s.a.w dibangkitkan menjadi Rasul, Zaid adalah terdiri dari kalangan orang-orang yang terawal memeluk Islam, beliau pernah dilantik menjadi panglima tentera bagi beberapa utusan dan pertempuran baginda dan beliau pernah menjadi wakil kepada Rasulullah s.a.w di Madinah ketika baginda keluar berperang.


Kematian beliau:
- Pada tahun kelapan Hijrah, Zaid bin Harithah keluar ke peperangan Mu'tah sebagai seorang panglima tentera Islam. Beliau memimpin seramai 3,000 bala tentera. Ketika tentera Islam sampai di Ma'an (Jordan sekarang), tiba-tiba mereka diserang oleh Heraclius Raja Rom yang mengetuai seramai 100,000 bala tentera yang kemudian dia dibantu pula oleh 100,000 bala tentera daripada musyrikin Arab yang bergabung dengannya. Di dalam peperangan tersebut, Zaid bin Harithah gugur syahid kemudian Jaafar bin Abu Talib menjadi panglima tentera menggantikan beliau, tetapi dia juga turut terkorban. Selepas itu Abdullah bin Rawahah pula menjadi panglima tentera, walau bagaimanapun dia juga turut terkorban. Seterusnya umat Islam memilih Khalid bin Al-Walid yang kemudiannya beliau mengundurkan tentera dan menyelamatkan mereka dari turut menjadi mangsa terkorban.
- Rasulullah s.a.w terlalu sedih di atas kematian Zaid sebagai seorang teman baginda malah baginda juga banyak menangis di atas kehilangan Zaid, orang yang sangat baginda sayangi.

Rasullullah s.a.w, the chosen one


MAHER ZAIN

THE CHOSEN ONE

In a time of darkness and green
It is your light that we need
You came to teach us how to live

Mohammed ya rasool Allah


You were so caring and kind
You're so wise full of light
You are the best of mankind



Mohammed khairo khalq illah
Salu ala rasool ellah
Habibi el mostafa
Peace be upon the messenger the chosen one


From love you returned away
In all nigh you would pray
Truthful in every word you say

Mohammed ya rasool Allah


Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by no one
You are Allah chosen one

Mohammed khairo khalq illah
Salu ala rasool ellah
Habibi el mostafa
Peace be upon the messenger the chosen one


I'll try to follow your way
And do my best to live my life
As you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me

Salu ala rasool ellah x3
Habibi el mostafa x2
Peace be upon the messenger the chosen one x3

Semarak Perjuangan

2010-12-25



Album : Amal Kerana Allah
Munsyid : Shoutul Amal

Marilah beramal
Beramal kerana Allah
Beramal kerana ?..? Allahu Akbar

Beramal kerana Allah
Pemuda melangkah gagah
Menjana kuasa rakyat
Bersiap menghadapi cabaran

Semarakkan semangat perjuangan
Usahlah kita terus terleka
Menegak kema?rufan menentang kemungkaran
Allah pasti bersama

Bentukkan ukhuwah hidupkan jamaah
Susunlah barisan usahlah terleka
Bersatu teguh mara bersama
Moga Islamkan subur

Kerahkan tenaga jua fikiranmu
Korbankan harta sekalipun jiwamu
Menentang musuh Allah laungkan takbir
Allahu Akbar ..

Bersatulah kita bergerak melangkah
Tegakkan Islam agama yang tercinta
Ayuh kita julang kembali
Islam pasti gemilang

~Lagu wajib yang selalu sy nyayi bila otw ke tamrin :)~

Kerana Dengki

Sebuah lagi kisah yang sy copy dr sebuah buku cerita yg saya suka baca..nk share ngan kawan2 sume...

Ada seorang lelaki yang setiap hari mengunjungi raja. Setelah bertemu raja, ia selalu berkata, "Orang yang berbuat baik akan mendapat balasan, dan orang yang berbuat buruk, cukup keburukan itu sebagai balasannya."

Ada seseorang yang dengki melihat keakraban lelaki itu dengan raja. "Lelaki itu memiliki kedudukan yang dekat dengan raja, setiap hari ia bertemu raja," pikir si pendengki dengan perasaan kurang senang. Si pendengki kemudian menemui raja dan berkata, "Lelaki yang setiap hari menemuimu, jika keluar dari sini selalu berbicara buruk tentang kamu. Ia juga berkata bahwa bau mulutmu busuk." Raja terdiam.

Sekeluarnya dari kerajaan, pendengki duduk di tepi jalan yang biasa dilalui oleh lelaki yang akrab dengan raja. Ketika si lelaki itu lewat dalam perjalanannya menemui raja. Ia menghadangnya, "Kemarilah, singgahlah ke rumahku."

Setelah temannya singgah ke rumahnya, si pendengki menawarkan bawang merah dan putih, dan memaksanya agar ia memakannya. Karena dipaksa, ia akhirnya mau juga memakannya untuk melegakan hati orang itu. Bau bawang merah dan putih itu tentu tidak mudah hilang.

Selesai berkunjung ke tempat si pendengki, lelaki itu sebagaimana biasa mengunjungi raja. Sewaktu berjabatan tangan dengan raja, ia menutup mulutnya agar raja tidak mencium bau mulutnya.
"Rupanya benar perkataan orang itu, ia benar-benar menganggap mulutku bau," pikir raja. Sang raja kemudian memikirkan suatu rencana jahat.
Lelaki itu kemudian duduk dan berkata sebagaimana biasa, "Orang yang berbuat baik akan mendapat balasan, dan orang yang berbuat buruk, cukup keburukan itu sebagai balasannya."

Setelah merasa waktu berkunjungnya sudah cukup, ia kemudian pamit kepada raja. Raja berkata, "Bawalah surat ini dan serahkanlah kepada fulan." Surat itu berisi, "Jika sampai kepadamu pembawa surat ini, maka sembelih dan kulitilah dia, kemudian isilah tubuhnya dengan jerami."

Lelaki tadi keluar membawa surat raja. Di tengah jalan ia dihadang oleh si pendengki.
"Apa yang kamu bawa?" tanyanya.
"Surat raja untuk fulan. Surat ini beliau tulis dengan tangannya sendiri. Biasanya beliau tidak pernah menulis surat sendiri, kecuali dalam urusan pembagian hadiah.".

"Berikanlah surat itu kepadaku, aku ini sedang butuh uang," pintanya. Ia kemudian menceritakan kesulitan hidupnya. Karena kasihan, surat itu kemudian ia serahkan kepada si pendengki.
Si Pendengki menerimanya dengan senang hati. Setelah sampai di tempat tujuan, ia menyerahkan surat itu kepada teman raja.
"Masuklah ke sini, raja menyuruhku membunuhmu," kata teman raja.
"Yang dimaksud bukan aku, coba tunggulah sebentar biar kujelaskan," katanya ketakutan.
"Perintah raja tak bisa ditunda," kata teman raja.

Ia lalu membunuh, menguliti dan mengisi tubuh si pendengki dengan jerami.

Keesokan harinya, lelaki itu datang sebagaimana biasa dan berkata, "Orang yang berbuat baik akan mendapat balasan, dan orang yang berbuat buruk, cukup keburukan itu sebagai balasannya." Raja heran melihatnya masih hidup. Setelah diselidiki, terbongkarlah keburukan si pendengki.

"Tidak ada sesuatu yang terjadi antara aku dengannya, hanya saja kemarin ia mengundangku kerumahnya dan memaksaku makan bawang merah dan putih. Waktu aku menemuimu kututup mulutku agar kamu tidak mencium bau tidak sedap dari mulutku. Sekeluarnya dari sini, ia menemuiku dan menanyakan titipanmu," lelaki itu kemudian menceritakan semua yang terjadi.

Mendengar jalannya cerita, tahulah raja bahwa orang itu ternyata dengki kepada sahabatnya. "Benar ucapanmu, orang yang berbuat baik akan mendapat balasan, dan orang yang berbuat buruk, cukup keburukan itu sebagai balasannya."

Kedengkian di hati orang itu telah membunuh dirinya sendiri. Dengki itu merusak amal Dengki memakan kebaikan seperti api memusnahkan kayu bakar. (HR Ibnu Majah) Kedengkian seseorang hanya akan berakibat buruk bagi orang itu sendiri.



Dipetik dari: Habib Muhammad bin Hadi bin Hasan bin Abdurrahman Asseqaf, Tuhfatul Asyraf,
Kisah dan Hikmah

Keadaan Manusia di Mahsyar

Setelah semua mahkluk yang bernyawa dialam nyata ini mati dan hancur binasa Allah s.w.t. memerintahkan Malaikat Israfil untuk meniupkan angin Sangakala yang hebat itu untuk menghidupkan semula semua mahkluk yang sudah mati Israfil meniup dan berteriak dengan sekuat-kuatnya: "Wahai nyawa yang telah keluar dari badan, tulang-tulang yang telah reput luluh, tubuh yang telah buruk, urat yang telah putus berkecai, kulit-kulit yang telah pecah hancur, rambut-rambut yang telah luruh! Bangunlah kamu semua untuk menjalani hukuman dari Allah s.w.t. yang menjadi Hakim Besar dan Raja kepada semua raja!".

Maka dengan tiba-tiba mereka pun tegak bangun berdiri. Mereka lihat langit, didapati langit berjalan-jalan, mereka lihat bumi, didapati bertukar wajah, tidak seperti bumi yang dahulu. Dilihat bintang-bintang, semuanya telah berhimpun di satu kawasan dengan padatnya. Dilihat laut terdapat api yang sedang bernyala-nyala diatasnya. Dilihat Malaikat Zabaniah telah berada dihadapan mereka. Dilihat matahari telah hilang cahayanya. Maka sedarlah dan tahulah mereka bahawa mereka berada ditempat yang dijanjikan kiamat.

Lantas mereka berkata: "Inilah dia sebagaimana yang telah Allah janjikan dan inilah menunjukkan kebenaran para Rasul." Seperti yang telah Allah sebutkan dalam Al-Quran: "Mereka berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?, Lalu dikatakan kepada mereka: "Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul !" (Yassin, Ayat: 52)

Mereka pun keluar dari kubur tanpa pakaian, tidak berkasut dan sebagainya. Mereka bertelanjang bulat tanpa seurat benang pun dibadan. Dalam masa bangkit itu, manusia dalam keadaan bermacam-macam rupa.

1. Sesetengah mereka ada yang berupa kera kerana di dunia mereka suka membuat fitnah kepada orang lain.

2. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan rasuah ketika menjalankan hukuman.

3. Ada yang buta mata kerana keterlaluan pada menghukum manusia.

4. Ada yang pekak dan bisu kerana mereka hairan dengan amalan yang mereka lakukan.

5. Ada yang mengalir daripadanya nanah dan darah yang amat busuk dan sentiasa menikam-nikam lidah sendiri.Ini adalah kumpulan ULAMA yang bercakap dan mengajar tetapi perbuatannya tidak sama dengan apa yang diucapkan.

6. Ada pula yang luka-luka seluruh badan kerana suka menjadi saksi bohong.

7. Ada yang telapak kaki mereka terletak didahi dan terikat kepada ubun-ubun mereka serta menjadi sangat busuk, lebih busuk daripada bangkai. Mereka adalah orang yang sanggup membeli dunia dengan akhirat (mencari kemewahan dunia dengan memperalatkan agama).

8. Ada seperti orang mabuk, rebah ke kiri, rebah ke kanan terhuyung-hayang. Mereka inilah yang sanggup menyimpan harta dari belanjakan ke jalan Allah.

9. Ada yang berkeadaan benar-benar mabuk,orang ini suka bercerita-cerita dalam masjid akan hal dunia.

10. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan harta riba.

11. Ada yang tidak bertangan dan tidak berkaki. Mereka ini suka menyakiti orang-orang sekampungnya.

12. Ada yang berupa khinzir kerana mereka mempermudah-mudahkan sembahyang lalai dalam sembahyang)

13. Ada pula yang bangkit dengan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking yang sentiasa mengigit-gigit dan menyengat-nyengat. Mereka ini di dunia payah hendak mengeluarkan zakat.

14. Ada yang berkeadaan dimana darah yang amat busuk sentiasa keluar dari mulut mereka.Orang ini suka berbohong dalam perniagaan.

15. Ada yang sampai terasing daripada manusia serta badannya sangat busuk dari bangkai. Mereka ini suka menyembunyikan maksiat kerana takutkan manusia,tidak takut pada Allah.

16. Ada yang terpotong halkum,keadaannya tercerai dari leher. Orang ini selalu sanggup untuk bersaksi bohong.

17. Ada yang bangun dari kubur tiada berlidah dan mengali darah busuk dari dalam mulutnya. Orang itu malas mengucap kalimah syahdah.

18. Ada pula yang berjalan dengan kepala di bawah dan kaki di atas langit.Darah dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluan mereka.Mereka itu suka berbuat zina semasa hidup.

19. Ada yang berkeadaan muka hitam dan perutnya penuh dengan api neraka.Mereka ini suka memakan harta anak yatim secara zalim.

20. Ada pula yang bangun dengan mengidap penyakit kusta dan sopak. Mereka inilah yang derhaka terhadap kedua ibu bapanya.

21. Ada yang gigi mereka seperti tanduk lembu, lidah mereka terjelir hingga ke perut, najis dan kencing sentiasa keluar dari perut mereka. Mereka adalah orang yang suka meminum arak.

Berdoalah semoga kita tergolong dalam golongan yang segera menginsafi diri dan bertaubat di atas dosa dan pengkhianatan yang dilakukan terhadap sesama manusia.

Rasulullah S.A.W

Nabi Muhammad s.a.w. meskipun sama kejadiannya dengan manusia lain di muka bumi ini, namun bentuk lahiriah dan rohaniahnya tidak sama. Baginda mempunyai keistimewaan yang sama sekali tidak terdapat pada manusia-manusia biasa.

Sebagai manusia yang terbaik di muka bumi ini, Baginda dianugerahkan dengan keperibadian dan perwatakan yang istimewa kerana padanyalah terdapat contoh untuk diteladani.

Umum mengetahui keadaan yang zahir adalah gambaran yang terjelma dari unsur-unsur batin. Rupa paras seseorang boleh membantu menjelaskan keperibadian setiap individu. Ciri-ciri seperti bentuk badan, sifat fizikal dan rupa bentuk anggota adalah menggambarkan tentang akal dan akhlak seseorang. Begitulah dengan Nabi Muhammad s.a.w. yang mempunyai bentuk badan yang indah dan segak, namun tidak dapat digambarkan oleh mana-mana pelukis potret di dunia ini. Allah mengharamkan penggambaran potret Baginda oleh sesiapa saja. Sungguhpun begitu sifat-sifat kecantikan baginda masih boleh diillusikan melalui pertuturan dan riwayat para sahabat dan tabi'in.

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Ulama Yahudi berkenaan terpukau dengan raut paras dan akhlak baginda yang sudah tentunya milik seorang Rasul Agung di muka bumi ini.

Para sahabat yang sentiasa bersamanya sentiasa meneliti bentuk tubuh tokoh kesayangannya secara terperinci. Di antara kata-kata appresiasi mereka yang pernah melihat baginda s.a.w. :

Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah. Aku melihat cahaya memancar dari lidahnya.
Seandainya kamu melihat Rasulullah, kamu akan merasa seolah-olah sedang melihat matahari terbit.
Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w. di bawah sinaran bulan. Aku bandingkan wajahnya dengan bulan, akhirnya aku sedari bahawa Rasulullah s.a.w. jauh lebih cantik daripada sinaran bulan.

Rasulullah s.a.w. seumpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah s.a.w.

Apabila Rasulullah s.a.w. berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama dan dari situ kami mengetahui yang baginda sedang gembira.

Kali pertama memandangnya, sudah tentu kamu akan terpesona

Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat

Wajahnya seperti bulan purnama

Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang

Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.

Mulut baginda sederhana luas dan cantik

Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari giginya

Janggutnya penuh dan tebal menawan

Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.

Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya

Rambutnya sedikit ikal

Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi

Rambutnya terbelah di tengah

Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat

Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa

Seimbang antara kedua bahunya

Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya , jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik

Aku tidak pernah menyentuh sebarang sutera yang tipis mahupun tebal yang lebih lembut daripada tapak tangan Rasulullah s.a.w.

Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. kakinya berisi, di tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran antara coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.

Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan

Warna kulitnya putih tapi sehat

Kulitnya putih lagi bercahaya

Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh

Badannya tidak gemuk

Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak

Perutnya tidak buncit

Badannya cenderung kepada tinggi. Semasa berada di kalangan orang ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi tubuhnya lebih gagah dan sihat daripada orang yang cukup makan.Aku tidak pernah melihat seorang lelaki yang lebih gagah dan berani daripada Rasulullah s.a.w.

Begitu hebat personaliti dan ketokohan Baginda s.a.w., makhluk terpuji dan teragung di muka bumi. Kesimpulannya Nabi Muhammad s.a.w. adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.

Sinusitis and Its Story


What is it?

Sinusitis is inflammation of the sinuses, which are air-filled cavities in the skull. The etiology/causes can be infectious (bacterial, viral, or fungal) or noninfectious (allergic) triggers. This inflammation leads to blockade of the normal sinus drainage pathways, also known as sinus ostia. When sinus ostia is blocked, it leads to mucus retention, deprivation of oxygen supply/hypoxia, decreased mucociliary clearance, and predisposition to bacterial growth.



What causing it?

The most common cause of acute sinusitis is an upper respiratory tract infection (URTI) of viral origin. The viral infection can lead to inflammation of the sinuses that usually resolves without treatment in less than 14 days. If symptoms worsen after 3 to 5 days or persist for longer than 10 days and are more severe than normally experienced with a viral infection, a secondary bacterial infection is diagnosed.

The inflammation can predispose to the development of acute sinusitis by causing sinus ostial blockage. Although inflammation in any of the sinuses can lead to blockade of the sinus ostia, the most commonly involved sinuses in both acute and chronic sinusitis are the maxillary and the anterior ethmoid sinuses.

The nasal mucosa responds to the virus by producing mucus and recruiting mediators of inflammation, such as white blood cells, to the lining of the nose, which cause congestion and swelling of the nasal passages. The resultant sinus cavity hypoxia and mucus retention cause the cilia—which move mucus and debris from the nose—to function less efficiently, creating an environment for bacterial growth.

If the acute sinusitis does not resolve, chronic sinusitis can develop from mucus retention, hypoxia, and blockade of the ostia. This promotes mucosal over production of cells/hyperplasia, continued recruitment of inflammatory infiltrates, and the potential development of nasal polyps.


What a person with sinusitis will have?

Acute bacterial sinusitis in adults most often manifests with more than 7 days of nasal congestion, postnasal drip, and facial pain and pressure, alone or with associated referred pain to the ears and teeth. There may be a cough, often worsening at night.

Children with acute sinusitis might not be able to relay a history of postnasal drainage or headaches, so cough and rhinorrhea(runny nose) are the most commonly reported symptoms. Other symptoms can include fever, nausea, fatigue, impairments of smell and taste, and halitosis (unpleasant odor exhaled in breathing).

Chronic sinusitis can cause more indolent symptoms that persist for months. Nasal congestion and postnasal drainage are the most common symptoms of chronic sinusitis. Chronic cough that is described as worse at night or on awakening in the morning is also a commonly described symptom of chronic sinusitis. Clinical evidence of chronic sinusitis may be subtle and less overt than in acute sinusitis unless the patient is having an acute sinusitis exacerbation (a state of inflammation or painful reaction to allergy or cell-lining damage).


How to treat?

Acute: Antibiotics, such as amoxicillin for 2 weeks, have been the recommended first-line treatment of uncomplicated acute sinusitis. The antibiotic of choice must cover S. pneumoniae, H. influenzae, and M. catarrhalis. Because rare intracranial and orbital complications of acute bacterial sinusitis are caused by S. pneumoniae (most commonly in the immunocompromised host), adequate coverage for this organism is important. Amoxicillin-clavulanate (Augmentin) is also an appropriate first-line treatment of uncomplicated acute sinusitis. The addition of clavulanate, a beta-lactamase inhibitor, provides better coverage for H. influenzae and M. catarrhalis.Because of S. pneumoniae resistance, higher doses of amoxicillin (90 mg/kg/day to a maximum of 2 g/day) should be considered. These higher doses are effective against S. pneumoniae because resistance is related to alteration in penicillin-binding proteins, a mechanism distinct from the beta-lactamase enzymatic inactivation of H. influenzae and M. catarrhalis.

Other options include cephalosporins such as cefpodoxime proxetil (Vantin) and cefuroxime (Ceftin). In patients allergic to beta-lactams, trimethoprim-sulfamethoxazole (Bactrim), clarithromycin (Biaxin), and azithromycin (Zithromax) may be prescribed but might not be adequate coverage for H. influenzae or resistant S. pneumoniae.Penicillin, erythromycin (Suprax), and first-generation cephalosporins such as cephalexin (Keflex, Keftab) are not recommended for treating acute sinusitis because of inadequate antimicrobial coverage of the major organisms.

If treatment with one of these first-line agents has not shown a clinical response within 72 hours of initial therapy, more broad-spectrum antibiotics should be considered. These include the fluoroquinolones, gatifloxacin (Tequin), moxifloxacin (Avelox), and levofloxacin (Levaquin), especially if amoxicillin-clavulanate, cefpodoxime proxetil, and cefuroxime were previously prescribed.


Chronic: Antibiotic therapy for chronic sinusitis is controversial and may be most appropriate for acute exacerbation of chronic sinusitis. Medical therapy should include both a broad-spectrum antibiotic and a topical intranasal steroid to address the strong inflammatory component of this disease. Antibiotic therapy might need to be continued for 4 to 6 weeks.The antibiotics of choice include agents that cover organisms causing acute sinusitis but also cover Staphylococcus species and anaerobes. These include amoxicillin-clavulanate, cefpodoxime proxetil, cefuroxime, gatifloxacin, moxifloxacin, and levofloxacin. Currently used topical intranasal steroids such as fluticasone (Flonase), mometasone (Nasonex), budesonide (Rhinocort AQ), and triamcinolone (Nasacort AQ) have a favorable safety profile and indications for the pediatric age group. A short course of oral steroids may be used for extensive mucosal thickening and congestion or nasal polyps.

Adjunctive Therapy: To temporarily alleviate the drainage and congestion associated with sinusitis, decongestant nasal sprays oxymetazoline (Afrin) and phenylephrine hydrochloride (Neo-Synephrine) may be used for 3 to 5 days. Long-term use of topical decongestants can cause rhinitis medicamentosa, which is rebound congestion caused by vasodilatation and inflammation. Oral decongestants (pseudoephedrine) may be a reasonable alternative if the patient has no contraindication such as hypertension. Mucolytic agents (guaifenesin) can help to decrease the viscosity of the mucus for better clearance and are often found in combination with decongestants. Some mucolytics are now available over the counter. Saline spray or irrigation can help clear secretions. Topical corticosteroids are not indicated for acute sinusitis but may be helpful for chronic sinusitis, nasal polyps, and allergic and nonallergic rhinitis. Antihistamines are not indicated for sinusitis but may be helpful for underlying allergic rhinitis.


Surgery: If medical therapy fails or if complications are suspected, an otolaryngology consultation is warranted. This may begin with a nasal endoscopy for better visualization of the nasal cavity and ostiomeatal complex. The otolaryngologist can also perform endoscopically guided sinus culture. If surgical therapy is being contemplated, newer techniques of functional endoscopic sinus surgery are performed to clear sinuses of chronic infection, inflammation, and polyps. This may be combined with somnoturboplasty (i.e., shrinkage of the turbinate using radiofrequency waves). Endoscopic sinus surgery is commonly performed on an outpatient basis using local anesthesia and has less morbidity than traditional open surgery for chronic sinus disease.

Reference: http://www.clevelandclinicmeded.com/

Hippocrates Oath



Do you know what is Hippocrates Oath?

HO is the most widely known of Greek medical texts. It requires a new physician to swear upon a number of healing gods. In Islam, this such thing is forbidden and thus, over the centuries, it has been rewritten often in order to suit the values of different cultures. Contrary to popular belief, the Hippocratic Oath is not required by most modern medical schools.

medical students taking Hippocrates Oath

  • I swear to fulfill, to the best of my ability and judgment, this covenant:
  • I will respect the hard-won scientific gains of those physicians in whose steps I walk, and gladly share such knowledge as is mine with those who are to follow.
  • I will apply, for the benefit of the sick, all measures [that] are required, avoiding those twin traps of overtreatment and therapeutic nihilism.
  • I will remember that there is art to medicine as well as science, and that warmth, sympathy, and understanding may outweigh the surgeon's knife or the chemist's drug.
  • I will not be ashamed to say "I know not," nor will I fail to call in my colleagues when the skills of another are needed for a patient's recovery.
  • I will respect the privacy of my patients, for their problems are not disclosed to me that the world may know. Most especially must I tread with care in matters of life and death. If it is given to me to save a life, all thanks. But it may also be within my power to take a life; this awesome responsibility must be faced with great humbleness and awareness of my own frailty. Above all, I must not play at God.
  • I will remember that I do not treat a fever chart, a cancerous growth, but a sick human being, whose illness may affect the person's family and economic stability. My responsibility includes these related problems, if I am to care adequately for the sick.
  • I will prevent disease whenever I can, for prevention is preferable to cure.
  • I will remember that I remain a member of society, with special obligations to all my fellow human beings, those sound of mind and body as well as the infirm.
  • If I do not violate this oath, may I enjoy life and art, respected while I live and remembered with affection thereafter. May I always act so as to preserve the finest traditions of my calling and may I long experience the joy of healing those who seek my help.

Besarnya makna doa yang kita lupakan...

Assalamualaikum wrh, wbt.


Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon dalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah.

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)


Warfa'nii (angkatlah darjatku)


Warzuqnii (berilah aku rezeki)


Wahdinii (berilah aku petunjuk)


Wa'Aafinii (sihatkan aku)


Wa'fuannii (maafkan aku)


Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita

betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja.

6 Orang yang Mendapat Doa Para Malaikat

2010-12-24

Assalamualaikum wrh wbt,


Allah SWT berfirman, “Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa’at melainkan kepada orang – orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya”
*(QS Al Anbiyaa’ 26-28)

Berikut adalah senarai orang-orang yang mendapat doa oleh para malaikat:

1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci‘”
*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia
* (Sahih Muslim no. 469)

3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.

Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra’ bin ‘Azib ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada pada saf-saf terhadapan
*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf
*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu
*(Sahih Bukhari no. 782)

6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu’nya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia‘”
*(Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadith ini)

Semoga sama-sama mendapat manfaat =]