header-photo

Salam Ukhuwwah :)

2010-12-20

Assalamualaikum wbt..

Salam sejahtera buat kwn2 yg sudi membaca entry pengenalan dari kami.. diharap kita semua sentiasa berada dalam rahmat Allah..insyaAllah.
SINERGIHATI
Blog ini adalah gabungan idea saya dan shbt bek saya . Kami ingin berkongsi dengan sahabat2 tentang pengalaman yang kami tempuh selama berjihad dalam dunia perubatan bermula dari tahun 1 perubatan dan insyaAllah sampai bila2.. hehe.
Mungkin coretan ini tidak sehebat blogger2 di luar sana.. but we still hope someone get something from our site. InsyaAllah.. Blog ini bakal menjamu pembaca dengan pelbagai jenis entry..bermula dari akademik, agama, sehinggalah pengalaman peribadi kami sendiri.
Jum kite kenal2 sikit ngn admin blog ni..

ADMIN #1

Salam perkenalan buat shbt2 semua di luar sana. Saya merupakan pelajar tahun 3 dlm jurusan perubatan di MSU Shah Alam Campus. Still struggling with my life as medical students even its already a year ago I'm playing with cadaver and all.. As far as I'm concern, sume org blogging nowadays. Sy pown nk gak share sumting with others..although its not so many..As people oways kate..sharing is caring. Hopin 2 become a Cardiothoracic surgeon..a successful muslim teknokrat..insyaAllah.
Jazakallahu khairan jazza’

ADMIN #2
Seuntai bicara untuk pengenalan…
Assalamualaikum n salam sejahtera,..
Dr. muda di sini ingin mengatur bicara buat pengenalan kepada blog yang baru dibuat, iaitu synergistichatidoctormuda.blogspot.com, nama yg panjang, nasib baik diterima blogspot :D.
Sedikit pengenalan mengenai penulis, sebelum itu, harap maaf kerana nama sebenar tidak dapat dinyatakan atas sebab-sebab privasi, cukuplah dengan nama Dr. Muda. Dr. Muda sebenarnya belum menjadi doctor lagi, tetapi masih dalam proses untuk menjadi seorang doctor aka pelajar perubatan. Dr Muda merupakan pelajar perubatan di university timur tengah, sekarang menuntut di tahun ketiga, dan bakal menamatkan pengajian dalam masa tiga tahun setengah lagi.
Dewasa ini, blog menjadi suatu media di mana tempat maklumat serta informasi dapat dikongsi oleh semua orang di serata dunia. Dengan itu, tujuan blog ini dicipta adalah untuk berkongsi apa-apa saja maklumat, informasi serta artikel-artikel yang bermanfaat. Oleh itu, Dr. Muda berharap blog ini dapat dikemas kini secara berkala, dan segala sokongan amat diharap. Sekian Dahulu, Terima kasih.

Ilal liqa wa maas salaamah :)

0 comments:

Post a Comment