header-photo

Jalan ke Akhirat

2010-12-24

Assalamualaikum w.b.t buat pembaca2 sekalian..

Usai kelas Pathology tadi, sy balik meneliti beberapa koleksi artikel yg menarik hati. Membelek2 laptop mencari idea untuk entry hari ini. Tup2..terjumpa 1 folder lama yg dah agak lama sy xbuka. Saya terjumpa sebuah artikel menarik, yang menjelaskan tentang 10 jalan yang akan kita lalui untuk sampai ke alam sana pabila Izrail sudah memanggil. Artikel ini merupakan simpanan lama dari tazkirah2 dan presentation2 yg saya hadiri. Semoga sahabat2 juga beroleh manfaat..insyaAllah.


LALUAN MENUJU KE KUBUR
Jika mahu di permudahkan, maka jauhkan diri kita dari perbuatan mengumpat & mengeji, hindarkan perasaan irihati (benci), jangan terpengaruh dengan emas/perak, dan sucikan kadha' hajat dgn istibra (berak/kencing).


LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
Jika mahu dipermudahkan, maka bersihkanlah diri dengan bertaubat, gembirakan hati saudaramu..orang2 Mu'min, bayarlah semula kadha' yang tertinggal serta letakkanlah cinta sepenuh hati kepada ALLAH Taala.


LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR

Jika mahu dipermudahkan, maka mengucaplah dua kalimah syahadat, jadilah orang yang suka memberi sedekah, jadilah orang yang sentiasa berkata benar dan keraplah membersih dan memperbaiki hati.


LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
Jika mahu dipermudahkan maka belajar atau ajarkanlah ilmu yang bermanafaat, sucikanlah perkataan dan pakaian kita, sentiasalah bersyukur dengan yang sedikit dan redhalah dengan apa sahaja yang didatangkan oleh ALLAH.


LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
Jika kamu mahu dipermudahkan, maka jauhkanlah segala perkataan yang sia-sia, pendekkanlah cita-cita dunia, banyakkan puji-pujian kepada ALLAH serta banyakkanlah sedekah dan khairat.


LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM

Jika mahu dipermudahkan, maka kasihilah aulia2 ALLAH Ta'ala, berbaktilah kepada kedua ibubapamu, berpegang teguhlah dengan hukum syara' dan lazimkanlah bercakap perkataan yang baik sesama makhluk.


LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA

Jika mahu dipermudahkan, maka jadikanlah Quran temanmu selalu dengan membacanya, banyakkanlah menangis kerana dosa-dosamu yang lalu, tinggalkan segala jenis perkara yang maksiat serta jauhkan segala yang haram.



LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA

Jika syurga idamanmu, maka buatlah kebajikan seberapa banyak yang boleh, kasihi dan sayangilah orang2 yang soleh, kerjakanlah segala suruh-suruhan ALLAH dan rerendahkanlah dirimu di antara semua makhluk ALLAH.


LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD

Jika mahu dipermudahkan bagimu, maka kasihilah terhadap nabi2 ALLAH, kasihilah Rasulullah,
Tuntutlah apa yang difardhukan oleh ALLAH serta banyakkan selawat keatas Nabi S.a.w.


LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH

Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH, hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH dan akhir sekali bencikan segala yang diharamkan-Nya.


Semoga laluan kita dipermudahkan olehNya.. sama2 lah kita berusaha untuk mencapai mardhatillah, InsyaAllah. Salam ukhuwah :)

0 comments:

Post a Comment