header-photo

25 Nasihat Lukman Al- Hakeem

2010-12-23


01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia
ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg
karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat,
agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan
SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN
dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada
ALLAH.

02 - orang - orang yg sentiasa menyediakan
dirinya utk menerima nasihat, maka dirinya akan
mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf
dan sedar setalah menerima nasihat orang lain,
dia akan sentiasa menerima kemulian dari
ALLAH juga.

03 - Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina
dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd
ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia
akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu
berusaha menghindarkan maksiat kepada
ALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah
kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu,
maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan
baja bagi tanam tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana
sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan
dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu
malam.

06 - Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang
sesuatu yg menyebabkan untuk tidak
menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH
dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah
engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari
rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas
hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang
dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan
sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak
benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr
tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi
pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa
beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat
berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu,
adalah bilamana engkau mempunyai tetangga
(jiran) yg jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan
orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak
ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja
yang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu
mudah dilakukan, bagaikan memakan daging
burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah
memberikan akibat yg berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua
pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis
perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati,
sebab ianya akan mengingatkanmu kepada
kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta
perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada
kesenangan duniawi sahaja.

12 - janganlah engkau makan sampai kenyang yg
berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg
terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila
makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung
menelan sahaja kerana manisnya barang dan
janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya
sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu
menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu
menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama
dengan orang orang yg takwa dan
musyawarahlah urusanmu dengan para alim
ulamak dengan cara meminta nasihat dari
mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan
namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu
tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal
itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu
bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu
memikulnya, padahal ia masih mahu
menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari
kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan
berpura pura membuat dia marah. Bilamana
dalam kemarahan itu dia masih berusaha
menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau
mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak
demikian, maka berhati hatilah.

17 - selalulah baik tuturkata dan halus
budibahasamu serta manis wajahmu, dengan
demikian engkau akan disukai orang melebihi
sukanya seseorang terhadap orang lain yg
pernah memberikan barang yg berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman,
tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg
tidak mengharapkan sesuatu daripadanya.
Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu
darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku
sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian
atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu
adalah sifat riya~ yg akan mendatangkan cela pd
dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kpd
urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah
dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH
bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada
makhluk yang lebih hina daripada orang yang
terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu
jangan mengeluarkan kata kata yg busuk dan
kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih
selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara,
usahakanlah agar bicaramu mendatangkan
manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa
kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan,
janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti,
janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak
ada guna bagimu, janganlah mensia siakan
hartamu.

23 - Barang sesiapa yg penyayang tentu akan
disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat
daripada berkata yg mengandungi racun, dan
sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr
berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang
yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata
nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini
mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini
dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya
bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar
keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg
selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan
engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul
sampah kerana nanti engkau akan menjadi
pengemis yang membuat beban orang lain.
Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta
meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg
engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka.
Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg
bersifat talam dua muka, kelak akan
membinasakan dirimu.

0 comments:

Post a Comment